Pages

  • RSS

Tuesday, September 30, 2008

Hamdalah !

~Bismillahirrahmanirrahim~

Result dur baru sahaja keluar.Terkedu sebentar bila sahabat di Mesir menyampaikan berita.Alhamdulillah.Berkat Ramadhan dan doa keluarga serta sahabat-sahabat, Allah anugerahkan saya rezekiNya lagi.Terus saja saya bersujud syukur.

Namun kegembiraan dirasakan tidak lama. Beberapa sahabat-sahabat lain ada yang terpaksa bertungkus-lumus lagi pada tahun hadapan menghadapi imtihan yang sama. Sayu rasanya. Kerana saya ada bersama-sama mereka berjuang di Mesir tatkala sahabat lain sedang enjoy summer holiday di Malaysia kebanyakannya. Saya tahu mereka juga berusaha keras. Malah lebih keras berbanding biasa. Tapi mungkin Allah ada perancanganNya sendiri. Allahu a'lam.

Sememangnya pengalaman pertama kali di'nobat'kan antara yang terpilih untuk menjalani imtihan dur, satu pengalaman yang sangat berharga. Macam-macam yang dipelajari sepanjang tempoh 20hari tersebut. Insaf memang insaf. Lepas ni berazam nak belajar rajin-rajin.No more ronggeng2. Akidah terasa sudah kembali ke landasan yang benar, itu lebih penting.Konsep Qada' Qadar, sabar, ikhlas, tawakkal semakin dihayati tatkala menjalani hari-hari imtihan di Mesir. Di sana, kami bermuhasabah diri semula. Apa hikmahnya di sebalik semua ini?Apa yang Allah mahu tunjukkan kepada kami di sebalik ketetapanNya?


Terasa hancur luluh hati bila diberitakan tentang natijah imtihan Julai lalu, walaupun hakikatnya sudah dapat disangka. Sebulan saya mengurung diri. Tambahan pula menerima tekanan dari orang sekeliling. Pressure yang amat. Segala SMS dan email rakan-rakan yang mengambil berat dibuat tak endah. Bagi saya tatkala itu, mereka langsung tak memahami,kerana mereka tidak mengalami.

Mujur ada sahabat. Mereka yang memberi peransang, walaupun mereka juga menerima nasib yang sama. Saya akui saya memang lemah, tak tabah. Susah nak terima kenyataan, lagi-lagi berkaitan pelajaran. Ini agaknya yang cikgu2 SMAP selalu sebut2kan dulu.

"Budak-budak SMAP ni, asyik kene spoon feeding je kat skolah.Dah masuk U nnt, tak reti nak urus diri sendiri.Pelajaran pun kantoi!"

Hmm.baru kena batang hidung sendiri.Tapi tak boleh nak guna alasan tu juga. Sebab ada budak SMAP lain najah. Mumtaz lagi tu~Huhu salah siapa? Lu pikir la sendiri.

Teringat words of wisdom from Melor,

''rilek la huda. exam2 ni dunia je. ko jgn compare diri ko ngan org atas ko.ko kene tgk org dibawah ko yg lagi susah.kite stakat kne dur je pon.org kat palestin tu,kne bunuh.skola pon xsempat nak pegi!''

Cemie pula berkata,

"Maybe Allah nak suruh kite duduk kat Mesir taim2 Ramadhan ni. Kalo kat Mesia, ape kite buat? enjoy je kan..Allah nak suruh kite kumpul pahale dalam bulan Ramadhan.Org enjoy,kite study.Doa kite pon mesti berbakul-bakul kan.Result tu sejak azali dah Allah tetapkan.Allah tak pandang hasil, tapi Allah pandang usaha kita."


Saya sangat kagum dgn mereka krn begitu optimistik. Thanks kawan2. Saya semakin tabah pabila bersama kalian!




If Allah answers your prayers, Allah is increasing your patience. If not, He has better plans for you in the future


Wednesday, August 6, 2008

KENANGAN TERINDAH

"Mak.Huda sayang nak keluar dari DQ.Menghafal pun tak habis lagi ni.." Surat tawaran MARA ke Mesir di tangan.Kalau kawan-kawan yang lain semua ceria dengan tawaran tersebut, hanya saya saja yang bermuram.

"Menghafal tu kat mana-mana pun boleh. Kat Mesir sana nanti banyak syeikh2 boleh tasmi'.Offer MARA ni pun bukan senang nak dapat! Kat sana nanti pelan-pelan la menghafal ye"Nampaknya mak dah bagi hint,mak mengharapkan saya terima tawaran tersebut.






Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak kblakangan ni, jadi rindu yang teramat kat bumi barakah Darul Quran. Rindu kat kwn2 ofcoz lah, tp rindu kpd bi'ah dan ketenangan di DarulQuran lebih2 lagi. Suasana d dlm masjid saban malam slps maghrib sampaila dekat2 pukul 12tgh malam.Masjid DQ akan hingar bingar dgn alunan kalamullah oleh banin dan banat yg bersungguh2 mencarik 'modal' 2maqra sblm ditasmi' d hdpm ustazah esok paginya. Masjid mmg mnjadik port rasmi saye ntok menghafal dan mencarik modal. Ade zouq lah kununnye kalo menghafal d masjid. Ade yg mncrk modal kat tepi tasik, lam bilik kuliah,dlm bilik tdo, kat balkoni asrama n so on. Mcm2 ragam bleh dlihat tatkale plajar DQ mencarik modal.Hmm mane lagik tempat laen dlm Msia ni yg ade bi'ah solehah sbgtu.


Minggu sudah, demi mlepaskan rindu yg da staun dtanggung, saye merajinkan diri ke DQ yg kebetulan sedang meraikan Majlis Konvokesyen sahabiah2 saye (gen8) yang telah tamat pengajian d DQ, yg bemakne juge telah tamat katam 30juz hafalan.Tak sempat nak jumpe sume org, hanye sempat bertemu muke dgn ex-roommate,Syifa yang juge akan terbang ke Mesir nnt,akhawat seusrah,bbrp banat gen8 dan tak lupe Ustaz Nazri yang byk berjase (ni ustaz yang hakim Akademi Quran tu ye, harap maklum).Jelez yg teramat mlihat kawan2 sudah bergelar huffaz dan hamalatul quran,sedang diri saye maseh terkial-kial nak menjage hafalan 10juz yg sempat dhafaz d DQ dulu. Walaubagaimanepun,, hamdalah hamdalah hamdalah.Allah kabulkan impian mereka.Allah kurniakan mereka dgn AlQura. InsyaAllah saye akan tros berdoa moge Allah izinkan saye untuk bersame2 mereka dalam menjadi pembawa Kalamullah ini.Ameen Ya Rabb

alf mabruk bagi yg berkonvo pade tempoh hari.Allah yubarik alaikunna!

Oh ye. gossip hangat yg baru dkutip tempoh hari. 4org sahabiah gen8 telah memilih ntok tdak meneruskan pengajian d UIA krn ingin mementapkan hafalan 30juz d maahad tahfiz laen.Mereka adelah Humaira,Anis Sakinah, Faizah Jasni dan Rahmah. Subhanallah. Sgt kagum dgn antunna sumer.

dan sejujurnya sgt cemburu dgn kalian krn dpt meluangkan spenuh mase dgn Kalamullah..



turut drindui.suasane imtihan d darulquran. frankly speaking dis is d worst exam i ever had.lagi cuak dpd SPM!



rindu jugak!! tasmi' modal dgn ustzh setiap pagi..


kelas kami *BASYIRAH* bersame Ustazah Nazaturraha

Moge harapan dan impian menggunung ni dpt tros membakar smangat saye ntok bejuang merealisasikan impian yg sejak kecil saye tanam.Betol kate mama, d Mesir lebih banyak peluang.Allah kurniakan saya Ustazah Iffat yang penyayang, Sheikhah Talaqi saye yang mendapat sanad tros dpd Rasulullah.Ustazah juge merupakan skeikhah dalam bidang Qiraat Al-Quran, yang dgn senang hatinye beliau mahu menyampaikan ilmunye kpd kami, pelajar2 Melayu d Mesir.Mesir bukan sahaja bumi Anbiya', bumi bersejarah, tempat asalnya Firaun dan Qarun, malahan ia merupakan gedung ilmu, terutamanya ilmu Agama Islam dan perubatan. Allah sangat baik. Dia hadiahkan saye mutiara yang lebih berharga untuk saye gali d sebalik debu-debu Mesir.Allahu a'lam.Dia yang Maha Mengetahui ape yg tebaek untuk hambaNya. Kini tinggal saye, same ade mahu tros berjuang atau tdak. Robbi ma'aya, ameen!

216. Diwajibkan ke atas kamu berperang padahal itu tdak menyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu , padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

[AlBaqarah 2:216]


Darul Quran tetap di hati =)

5.13 am

6 Ogos 2008

Kajang, Selangor

Cinta Yang Membawa Ke Syurga

1.MENCINTAI ALLAH, TUHAN ALAM SEMESTA

31. Katakanlah : "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah,ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

32. Katakanlah : "Taatilah Allah dan RasulNya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir."
[3.Ali Imran]
1. MENCINTAI ALLAH DAN RASULNYA


7. Dan ketahuilah olehmu bahawa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemahuanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, sebagai kunia dan nikmat dari Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

[QS:49. Al Hujuraat]

2.MENCINTAI RASULULLAH SAW


Hadis riwayat Anas RA ia berkata :

Nabi SAW bersabda : Ada 3 hal yang barangsiapa mengamalkannya, maka dia menemukan kemanisan iman, iaitu orang yang mencintai Allah dan RsulNya lebih daripada yang lain, mencintai yang lain kerana Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya ) sebagaimana dia tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.

[HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'ie, Ahmad]

2. MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW


Hadis riwayat Anas bin Malik RA dia berkata :
Nabi SAW bersabda : Tidak disebut beriman seorang hamba (dalam hadis Abdul Warits, seorang laki-laki ) sebelum aku lebih dicintainya daripada keluarganya, hartanya dan semua orang.

[HR Bukhari, Muslim, Nasa'ie, Ibnu Majah, Ahmad,AdDarami]

3. MENCINTAI KEDUA ORANG TUA


Hadis Riwayat Abdullah bin Mas'ud RA dia berkata:
Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:
Pekerjaan manakah yang paling utama. Beliau menjaw
ab : Salat pada waktunya. Aku bertanya lagi, kemudian apa? Baginda menjawab : Berbakti kepada kedua orang tua. Kembali aku bertanya : Kemudian apa lagi? Baginda menjawab: Berjuang di jalan Allah. Aku tidak bertanya lagi kepada beliau untuk menjaga perasaan beliau.

[HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'ie,Ahmad, AdDarami]

4. MENCINTAI KELUARGA / SAUDARA


Hadis Riwayat Anas bin Malik RA beliau berkata :
Nabi SAW bersabda: Salah satu di antara kalian tidak disebut
beriman sebelum dia mencintai saudaranya (atau tetangganya) seperti mencintai dirinya sendiri.

[HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'ie, Ibnu Majah,Ahmad, AdDarami]

5. MENCINTAI SESAMA MUKMIN



Hadis Riwayat Nukman bin Basyir RA beliau berkata:
Rasulullah SAW bersabda : Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti satu tubuh, jika sal
ah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh lain ikut merasakan sukar untuk tidur dan demam.

[HR Bukhari, Muslim, Ahmad]

JIKA ALLAH MENCINTAI HAMBANYA


Hadis Riwayat Abu Hurairah RA beliau berkata :

Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan memanggil Jibril dan berkata, Sesungguhnya aku mencintai si Fulan, Maka cintailah dia! Jibril pun mencintainya. Kemudian dia (Jibril) menyeru kepada para penghuni langit: Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka cintailah dia! Para penghuni langit pun mencintainya. Kemudian die pun diterima di bumi. Dan apabila Allah membenci seorang hamba, maka dia memanggil Jibril dan berkata : Sesungguhnya aku membenci si fulan, maka bencilah dia! Jibril pun membencinya. Kemudian dia menyeru kepada penghuni langit : Sesungguhnya Allah membenci si fulan, maka bencilah kepadanya. Para penghuni langit pun membencinya. Kemudian kebencian pun merambat ke bumi.

[HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ahmad, Malik]






Thursday, July 3, 2008

FIQH DAKWAH SEMUT

Bismillahirrahmanirrahim

Tadabbur ayat.

Surah An Naml (27:15-19)

These ayat remind me to the Sirah class during my primary school time, when we were taught about Prophet Sulaiman's story with ants.We learnt about the miracle@mukjizat that Allah gave to Nabi Sulaiman AS which is the ability to understand the animal's languages..

16: Dan Sulaiman telah mewarisi Dawud* dan dia(Sulaiman) berkata,"Wahai manusia, kami telah diajari bahasa burung dan kami diberi segala sesuatu. Sungguh semua ini benar-benar kurnia yang nyata"

*Nabi Sulaiman replaced the prophethood and the government of Nabi Dawud AS, and he bequeathed the knowledge and Zabur which was given to Dawud AS.

18: Hingga ketika mereka sampai di lembah semut,berkatalah seekor semut, "Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari."

UKHUWAH SEMUT

Bila seekor semut mengetahui akan bencana yang bakal tiba, semut tersebut cepat-cepat warn semut-semut laen. Dia tak selamatkan diri sorang-sorang sbb dia ada persaan tanggungjawab untuk beritahu kepada ummat semutnya. Sifat tanggugjawab (mas'uliyyah) macam semut ni perlu ada dalam diri daie, di mana daie perlu sensitive dengan persekitaran n sentiasa mengingatkan ummat.

Zaman sekarang ummat Islam diserang bukan secara fizikal, tetapi serangan ideology.Hedonism berleluasa.Itu memang kita sudah sedia maklum.ASTRO menghabiskan duit rakyat dengan program hiburan,undian sms diraih kononnya untuk artis tersayang.Celcom dengan program pertandingannya yang ternyata bersifat judi. Kristianisme mula menular, atau hakikatnya dari dulu lagi. But the worst is Aku Tidak Pedulisme ideology. Whenever Muslimin themselves doesn’t care about each other and ummah's problems,that's the worst disaster.

BENCANA AKIBAT AKU TIDAK PEDULISME

Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara keseluruhan). Dan ketahuilah Bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. [Al-Anfaal 8: 25]

When Allah mention bencana, tak semestinya bencana alam,rebut,taufan dsb. Kenaikan harga minyak pun dikira bencana. Harga barang naik, kadar jenayah berleluasa, traffic jam blablabla sumenya bencana. Bencana ni bukan stakat kepada perogol atau perasuah, bahkan pak imam tgh baca khutbah pun boleh dtimpa bencana. Azab Allah sangat dahsyat dan melata.How to solve this problem.? Return to Allah, become His slave n caliph.Everybody must perform Amar Makruf Nahi Munkar because Allah's punishments not only for kuffar, but also for muslimin n mukminin.

Na'uzubillahi min dzalik!

Quote from Raja Petra:

Do anything. Kill detainees in the police lockup. Detain political opponents and dissidents without trial on the lame excuse that they are threats to national security. Spend billions of the nation’s money on white elephants and monumental projects. Siphon out billions of Ringgit in ‘commissions’ from government projects and stash the money in numbered Swiss bank accounts. Kill of all the Rainforests. Mess up the environment. In short, do whatever you want. Just don’t put any strain on my pocket. The instant you touch my pocket, then, and only then, will I rise up in anger. That is the mentality of the Malaysian Rakyat.

Sindrom Peduli Apa terus berkembang biak di kalangan ummat kerana masyarakat sendiri selesa hidup dalam sikap AKU TIDAK PEDULISME mereka selama ini.

Semut pun lagi pandai daa!

p/s: saya suka semut.semut sangat comel dan rajin ;)

Lullaby

Shari' Khayrat

Saad Zaghloul

11.46pm

25 June 26, 2008

HAKIKAT KENABIAN




Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni saya sedih.sedih sbb rindukan mama n abah. Tambah sedih bile saya n ahli beit same2 mlayan cite2 raye.Pondok Buruk, Daun Ketupat Kering blablabla..spanjang muvi tu airmate kami mcm hujan mncurah2.homsik pade femili smaken dasat.

Stlh tamat adegan tangisan kami sesame ahli beit,saya mula berkurung dlm bilik.tengah2 duk mlayan lagu hijjaz, terpana skjap bile dnga lagu Rasulullah.And I'm wondering,why I cant cry.I confess that I miss Rasulullah,kununnye more than how much I miss my mama n abah,but stitik airmate pun xde for him.I said I love him, I became angry when the kuffar humiliated him,sgale kutukan came out while watching the Fitna film n Denmark's cartoons.But is that true that I love him more than anything?more than myself.?Tears start running down on my cheek.Tp bukan sbb saya rindu kat nabi, tp sbb saya sedih, knape saya takdapat nak rindudan sayangkan Rasulullah lebih daripada sgale2nye.


tringat kesah Rasulullah n Umar Alkhatab,penah skali Rasulullah tanye Umar,

"wahai Umar,benarkah aku lebih kau cintai drpd harta bendamu?"

Umar reply, "Ye,benar Rasulullah!"

"adakah aku lebih kau cintai daripada ahli keluargamu?"

"Ye Rasulullah,xde syak lagi."

"Kalo mcm tu, adekah aku lebih kau cintai drpd dirimu sendiri?"

"Err…tak Rasulullah.aku lebih cintakan diriku."

Rasulullah berpaling drpd Umar n ckp, "iman kamu masih belum sempurna Umar!"

After few days Umar datang balek kat nabi, seraye berkate,

"wahai kekasih Allah, sekarang aku cintakan kau lebih dari sgale2nye,hatta diriku sendiri!"

Barula Rasulullah senyum n berkate,"Sekarang imanmu telah sempurne, Umar!"

Lebih kurang mcm tu lah kesahnya.Btape berani n jujurnya Umar mengaku cmtu kat dpan Rasulullah. Dan die telah balek utk muhasabah diri balek,n menanamkan rase cinte die yg lebih mendalam kat Rasulullah.If Rasulullah ask me the same questions now, maybe awal2 lagi saya sudah fail.betulkah saya lebih cintekan Rasulullah lebih dpd harta benda?Infaq dan sedeqah pun kadang2 berkira..Ighfirli ya Allah…

MAULIDURRASUL-HARI BEKERJA DAN BERUSAHA

Kalo dikire2,maybe dlm setahun hanye sehari je yg kita paling banyak berselawat ke atas Rasulullah SAW.itu pun pada hari Maulidurrasul.Kalau takde banner2 tepi2 jalan yg tulis "Selamat Menyambut Maulud Nabi" ataupun channel2 kat TV yang tayangkan muvi sempena maulud,maybe kita sendiri tak perasan hari tu adelah 12Rabiulawwal.But we have to realize that Maulidurrasul bukanlah sekadar perayaan smate mate.Bahkan ia adalah Hari Bekerja dan Berusaha bagi ummat Muhammad SAW.Berusaha membaiki diri dan menghargai apa yang nabi dah bermati-matian hadiahkan kepada kita,iaitu ISLAM, Alquran dan sunnah baginda.

Cakap pasal sunnah,slalunya yg terbayang kat fikiran kita cthnye janggut lebat hitam,mcmmane Rasulullah senyum (penuh sampai nampak gigi),warne feveret Rasulullah: hijau n putih,Rasulullah tunduk sampai cecah blakang unta tunggangannya n so on. Tapi kite slalu melupakan atau buat2 lupa satu-satunya sunnah Rasulullah yg terbesar, iaitu Sunnah Dakwah. Kite marah bile orang laen persendakan Rasulullah.Kite mengamuk bile orang lukis kartun nabi,kite bakar bendera Denmark,boycott mati matian sampai susu anak pun ditukar dari Dutch Lady ke Dumex,kita melenting bila pemimpin kata Rasulullah simpan janggut sbb dulu takde Gillette blablabla.Dalam masa kita duk mlenting n mengamuk sakan, rakyat Malaysia yg Muslim,80% dpdnya tak solat.Dakwah diabaikan.Mula lah keluar mcm2 alasan,"itu mereka.Aku solat je.Full lagi tu." Mana peranan kita?Apa sumbangan kita untuk Islam?

Bila sebut je pasal Dakwah,org akan terbayang ustaz-ustaz berkopiah,ustazah-ustazah bertudung bulat duduk dalam usrah.Jadik naqib n naqibah.Sedangkan dakwah ni luas n ada seninya.Even kita ajak kawan solat berjemaah juga adalah dakwah.Kita cegah diorg drpd mengata org lain pun dakwah jugak.

DOKTOR VS DAKWAH

Err…sounds odd.ape ketan dakwah ngan doctor ek? Ramai yang bertanya, "Mcm mane doctor nak berdakwah?"Let's compare between ustaz yang berceramah agama n doctor pakar yang juga berceramah agama.Of course masyarakat lebih terkejut n berminat nak dengar ceramah drpd doctor bcoz it's rare. Now we need doctors to teach patient how to perform solat duringsick or syahadah before they die. Doctors can go berdakwah to the nurses in Malaysia yg pakai uniform2 ketat mcm yg PUSRAWI n most of pusat rawatan islam in Malaysia already did. Yeah, government selalu bising pasal statistic in Malaysia, sorang doctor equal to bape ribu patient. Hakikatnya, statistic dalam ramai-ramai doctor, bape ramai yang bawa risalah Islam, itu yang lebih penting.Dakwah bagi seorang doctor bukan setakat suruh patient baca bismillah sebelum makan ubat, tapi lebih drpd tu. Seorang doctor sepatutnya menerapkan unsur Aqidah dalam diri patient dimana kebergantungan patient hanya kepada Allah smate-smate.Sembuh bukan sebab doctor hebat,bukan sebab ubat bagus, tapi sebab Allah yang sembuhkan. Suruh mereka solat n perbanyakkan baca Quran dalam usaha nak sembuh dari penyakit.Dan ianya mmg berkesan sbb kata-kata doctor slalunya dpatuhi patient.Maaf tapi saya menekankan bidang kedoktoran kerana saya adalah bakal doctor insyaAllah.So, let's play our role! Baiki diri, baiki ummat dengan serius. Sama serius macam mana kita belajar medic, engineering, Usuluddin ect.Ijazah kedoktoran hanyalah alat untuk kita berdakwah kepada masyarakat.

CINTA PAKSAAN?

"Tidak sempurna iman seseorang di kalangan kamu sehinggalah diriku dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak-anak bahkan sekalian manusia"

(Riwayat Bukhari, Muslim, AnNasaie dan Ibnu Majah)

Macam cinta paksaan je..

Macam mana nak jatuh cinta kepada Rasulullah, yang tak pernah kita jumpa? Pulak tu kena cinta lebih dari dunia dan seluruhnya,kalau tak iman tak sempurna!

Hmmphh..maybe kita boleh berguru dengan peminat-peminat David Beckham contohnya.Ramai rakyat Malaysia termimpi-mimpikan Beckham eventho they never meet him,never go to Manchester, stakat jadi pemain bola wakil kampong je.Tapi dialah peminat paling setia.Rambutnya macam Beckham, sirah hidup Beckham di hafal, seluar dalam pun jenama MU. Cuba tnya diorg, cam mana agaknya mereka boleh jatuh cinta segila tu? Mesti cinta mereka kepada Rasulullah lebih hebat!

Mungkin kita boleh memupuk cinta kepada Rasulullah dengan menghayati personality baginda. Rasulullah yang berani, dalam keadaan berkawal, he's the first one yang ke depan kalau dengar apa-apa bunyi. Rasulullah yang penyayang, sujud begitu lama bila cucu baginda panjat di belakang beginda yang sedang sujud. Rasulullah yang playful n romantic,main kejar-kejar dgn Saidatina Aisyah RA. Rasulullah yang optimistic n cheerful, sms Perang Ahzab, Rasulullah ajak sahabat menyanyi sambil gali parit untuk hilangkan ketakutan sahabat.Dan sebagainya.

It is easier to fall in love with Mr.Perfect,right?

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah pergi ke tanah perkuburan dan berkata,

" Sejahtera ke atas kamu penghuni negeri orang-orang beriman. Sesungguhnya kami inshaAllah akan menyusuli kamu.Amat ingin di hatiku seandainya dapat melihat saudara-saudara kita. Sahabat bertanya, "Apakah akmi bukan saudaramu ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah mereka yang beriman tetapi tidak pernah bertemu denganku"

(Riwayat Muslim)

Siapa?

Kitalah yang di maksudkan oleh nabi!

Awal-awal lagi nabi dah rindukan ummatnya.

Tapi aku?

"Ya Allah, kurniakanku cinta kepada baginda, sehebat cinta baginda kepada ummatnya, biarpun hanya cebisan dari nya"

Sollu 'alannabi!

Allahummasolli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbi wasallim

Lullaby

Shari'Khayrat

Saad Zaghloul

10.51pm

25 June 2008

Tuesday, July 1, 2008

WE GOT A NEW HOUSE!

Bismillahirrahmanirrahim

FYI,me and my former housemates (fana,ulya,zacky n iman) just moved into our new syaqah (apartment) for about two weeks ago.Masakin Fustat yg penuh dgn knangann kami swaktu 1st year telah dtinggalkan.Alhamdulillah our new house is much more better, cheaper n very strategically located.We are now in Saad Zaghloul,which is located between Sayeda Zainab n Tahrir towns, both already well known as the shopping centres.1st thing that came inside my mind when we planned to move here :'adeh,,habesla kering poket aku lpas ni..' those yg rapat dgn saya mesti memahami,btape huda ni adela sorg yg shopaholic,pantang nampak shopping centre.But I realized that life now in Egypt is not as same as Malaysia,which I live under my parent's armpits,money is not a problem.Now is different.saye pelu brubah!(kunun2nyela)

Back to the story, the house is on the 8th floor and of course we are provided with asansil(lift).tp ade lift pun mcm takde je memndgkan lift itu sgtla slalu rosak dan kami terpakse mendaki ke tingkat 8 ssaban hari.haih, abah jgn risau ye,nt huda balek mesia nnt msti abah tekejut tgk huda maken slim ;) It has 4rooms n three toilets and there are only five of us. That's why I'm really excited coz I got my own room.Luckily fana n zacky had already planned to share in a room.Our sohibul shaqah,Mr Ahmad is a very kind person.He's not like most of others Misreen.dia takdela nak sgt duet kami, cume die nak kami jage rumah die elok elok.He fulfilled all of our requests. He provided us with a new 3doors-fridge,2 airconds,cupboards n so on.All we have to do is to make sure there's no cockroaches in this house n NO SHABAB ALLOWED.How come pacik ahmad tu bule terpikir kami nak bawak lelaki msok rumah?kami yg muslimah mukminah solehah ni ;)

Our building is actually in the centre of the town,dmane hirukpikuk bandar maseh kdengaran selewat jam 3pagi.I had to get used with the Arab's smell that get inside my room by Brown's movement everyday.aha,BTW, jazakumulllahukhairan kasira for those ikhwah yg tolong angkat barang hari tu, Menthol n d geng.dah la barang kitrg mcm brg2 org branak sploh,kne angkat sampai tingkat lapan pulak tu..Even me collapsed on the next day sbb saket2 badan,korang apetah lagik,huhu.Tp xpe,urat2 korang yg bengkok tu msti da lurus balekk lpas makan nasik lemak spesel chef Iman kite kan.ahaks

Thanks Allah for your ni'mah.
Fabi ayyi alaai robbikuma tukazziban?


Till then,chalo

Lullaby,
Shari' Khairat,
Saad Zaghloul.

8.01pm
25 June 25, 2008


LULLABY HUDA