Pages

  • RSS

Thursday, April 29, 2010

rabithah

indah sungguh ukhuwwah itu.
lebih-lebih lagi ukhuwwah yang terbina yang menjadikan keserasian fikrah dan matlamat sebagai asbab.

kita tak pernah berjumpa sebelum ini.atau mungkin pernah sekali dua di daurah-daurah di malaysia.
tapi kita boleh bergelak tawa bersama. makan setalam.solat dan mathurat berjemaah.masak beramai-ramai.

kita tak pernah berjumpa.
tapi antunna tanpa dipinta memasak untuk kami yang kelaparan setiap kali pulang dari kuliah.
antunna jemur dan lipat baju-baju kami sepanjang 2 minggu ni.
antunna sambut di muka pintu setiap kali kami pulang dari kuliah dengan ceria.
antunna kemas itu ini, bagaikan ini rumah antunna juga.
antunna beli barangan dapur.daripada telur sampai ke sabun basuh baju.antunna tak kisah kemana mengalirnya duit antunna.

kita tak pernah berjumpa.
tapi kita bercakap dengan bahasa 'dakwah dan tarbiyah' yang sama.
masalah kami, masalah antunna juga di sana. kita ber'qadhaya' bersama-sama.
bahan bacaan kita juga serupa. lagu-lagu yang kita minati tak kurang bezanya.

kita tak pernah berjumpa.
namun antunna boleh mengerahkan tenaga antunna untuk menjayakan program-program kami.
antunna lah 'team masak', antunna juga 'team aktiviti dan games'.malah antunna juga adalah pesertanya :)

kita tak pernah berjumpa.
tapi apabila berbual-bual untuk pertama kalinya, antunna mampu menyentuh hati kami dengan bicara antunna.
antunna juga yang memberi sumbang saran dalam membaiki kualiti kerja kami.
antunna mengajar kami tentang ikhlas dalam beramal. antunna mengajar kami tentang redha dengan perancangan Dia.

kita tak pernah berjumpa.
tapi ukhuwwah ini bagai telah lama terbina.

kita tak pernah berjumpa.
tapi hati-hati kami sangat sayu ketika antunna pulang ke medan antunna.
dan 'anfaal' bakal menjadi sunyi tanpa keriuhan antunna semua.

jazakunnallahu kheyr ukhti2 semua,

kak atie yang slumber, tapi fragile juga rupa-rupanya (hehe)
kak mira yang chomeyl sangaat2,
asiah yang 'perempuan'.calon terbaik buat menantu ;p
nadiah yang tabah.huhu kesian kasut kena curik ye.
farha yang sweet.pemurah dengan senyuman :)
kak shikin yg best! saya banyak belajar dari akak..
kak fatirul kakak ein yg kiut.sangat suka shopping :D
kak pija yang pendiam (kot?) tapi kata-katanya sangaat berisi.

maaf jika ada banyaaaak sangat kekurangan selama mana keberadaan antunna di bumi mesir ni.
maaf juga jika ada hak-hak yang tak tertunai.
rasanya,banyak hikmah yang Allah nak tunjukkan dengan meletupnya gunung di Iceland tu kan?
supaya antunna boleh berlama-lama di sini, dan supaya kita mampu membina ukhuwwah ini :)

nasyid ni khas untuk antunna tau!



jemput datang lagi, sisters UK :) :)

huda,
ahl anfaal.

Monday, April 12, 2010

surat cinta dari dia

awak ada kekasih ?

awak sayang tak kekasih awak?

of course lah kan.lagi mau tanya.

awak tau tak, saya pun ada kekasih tau.kekasih saya sangaaat baik. dia sweet sangat. setiap hari saya akan dapat surat cinta dari dia. kata-kata dia, gaya bahasa dia yang indah, selalu membuai-buai hati saya. kalau saya sedih, saya akan baca surat cinta dari dia. sebab itulah penawar hati saya. mana taknya, kekasih saya sangat charming tau! dia sayang saya sangat2.dia hadiahkan saya macam2. dia kata, saya boleh mintak apa saja yang saya nak. pasti dia akan tunaikan. dan dia tak suka kalau saya meminta-minta dari orang lain. buat apa nak cari orang lain, dia kan ada! tambah sweet lagi, dia kata, dia sentiasa dekat dengan saya.cuma saya saja yang tak tahu. kekasih saya suka sangat kalau saya luangkan waktu malam saya semata-mata untuk dia.dia akan bertambah sayang dekat saya katanya. dan dia mahu hati saya diberikan sepenuhnya kepada dia sahaja. dia sangat marah kalau saya lebihkan benda lain daripada dia.tak boleh! tapi, kalau saya sayang orang lain disebabkan dia yang suruh, baru dia benarkan. asalkan apa saja yang saya buat semata-mata disebabkan dia.

tapi kan awak, kami saling mencintai, tapi kami tak pernah berjumpa. dia pernah berjanji kepada saya, yang kami berdua pasti akan berjumpa suatu hari nanti. saya tahu kekasih saya sangat setia. kasih sayang dia kepada saya tak pernah berubah. tapi saya? saya selalu curang pada dia. saya melebihkan benda lain daripada kekasih saya. saya selalu melupakan dia. saya tak setia. saya selalu buat benda yang dia tak suka dan larang.

kadang-kadang saya rasa bersalah terhadap kekasih saya sebab selalu membelakangi dia. saya selalu merungut, 'susahnya nak bercinta dengan kekasih yang kita tak pernah jumpa!' tapi saya tahu tu cuma alasan yang yang saya cipta. ada masa-masa tertentu, surat cinta yang kekasih saya bagi, saya abaikan. berhari-hari saya biarkan tak berbaca. kalau baca pun, saya rasa feelingless. saya baca sepintas lalu je. kadang-kadang saya tak faham pun isi kandungan surat cinta yang dia beri. tapi saya malas berusaha untuk fahamkan. padahal saya tahu, itu kata-kata cinta dan amanat dari dia, yang ditujukan khas untuk saya!

tapi kekasih saya tak pernah menzahirkan kemarahan dia pada saya. dia kata, dia akan sentiasa menunggu saya. saya tahu dia tetap sayangkan saya,walaupun saya tak setia. dan dia akan terus menanti sampai saya kembali mencintai dia semula.

awak nak tau, baru-baru ni, bila saya buka dan baca kembali salah satu surat cinta dari dia, saya tersentak.saya jadi tersentuh dengan kata-kata dia. padahal surat cinta ni dah lama dah dalam simpanan saya. cuma saya je tak pernah nak perasan. saya baca surat cinta tu. dan tak semena-mena air mata saya tumpah.jantung saya berdebar laju. sebabnya saya sangat takut. kekasih saya kata, dia tahu every single thing yang berbisik dalam hati saya, sama ada saya masih menyayangi dia atau tidak. so, kalau saya berterusan nak melebihkan benda lain daripada dia, kalau saya berterusan tak setia, sampai satu waktu nanti, kami takkan dapat berjumpa selama-lamanya. malahan dia akan mengabaikan saya pada hari tu. dia takkan terhingin langsung nak pandang muka saya kelak. malah dia takkan kisah apa yang akan jadi pada saya nanti, bila sampai hari yang dia janjikan tu.

saya takut. sangat takut. sebab saya tahu, bila tiba hari yang dijanjikan tu, saya takkan mampu nak mintak tolong daripada sesiapa, melainkan dari dia. dan saya sangat sangat mahu berjumpa dengan dia.sebab itulah nikmat dan hadiah terindah dalam hidup saya.tapi saya tak dapat bayangkan, kalau saya tak sempat kembali kepada kekasih saya,dan saya mati ketika mana kekasih saya sedang marahkan saya, pasti dia akan benci saya sampai bila-bila.

awak, saya sangat takut T.T

awak nak saya kongsikan apa kandungan surat cinta yang saya takutkan sangat tu?

awak kena dengar tau isi kandungannya dari sini ->SILA KLIK SAYA<- kalau awak tak faham macam saya,awak rujuklah terjemahan surat cinta tu.yelah, kan saya dah kata, bahasa kekasih saya ni indah sangat.tak semua orang mampu fahaminya dengan baik.tapi jika awak menghayatinya, saya pasti awak akan menangis tersedu juga. awak kena dengar sampai habis tau! baru awak tau kenapa saya takut sangat dengan kata-kata kekasih saya ni :(

saya yakin selepas awak mendengarnya, awak semua pasti akan faham perasaan saya, bukan?

sudah semestinya,sebab kita semua kan berkongsi KEKASIH yang sama.

dan kita juga menerima SURAT CINTA yang sama.

betul tak, awak?

Wednesday, April 7, 2010

pencinta waktu fajar

Siapa pencinta waktu Fajar itu?

Dia yang senantiasa kepingin untuk bertemu RabbNya di permulaan hari, meski belenggu syaitan yang merantai tubuhnya saban pagi sangat sukar diungkaikan.

Kerana dia percaya, pada fajar itu ada simbol kemunculan segala kebaikan.
Fajar simbol kemenangan. Lambang kehidupan.
Ia saat pembahagian rezeki dijalankan.
Fajar, solatnya bukti kuatnya iman dan kesucian dari kemunafikan.

"Solat yang paling berat pelaksaannya bagi orang-orang munafiq ialah Solat Isya' dan Solat Subuh. Andai mereka tahu kebaikan pada keduanya,tentu mereka mengerjakannya walaupun dengan merangkak."
(HR Bukhari Muslim)


Munafiq? Sebegitu dahsyat sekali?

Ya. Bahkan para sahabat radiallahu anhum menjadikan solat subuh berjemaah sebagai kayu ukur untuk menilai orang mukmin dan munafiq.

justeru bagaimana dengan umat kini, yang solat sunat lebih diutamakan dari solat fardhu?

Kita berbangga melihat saff jemaah solat terawikh di bulan Ramadhan yang melimpah ruah.

Kita senyum terharu melihat golongan yang tidak pernah solat sepanjang tahun, akan datang juga ke masjid untuk solat sunat hari raya 2 kali setahun,memenuhkan lagi ruang masjid yang sedia padat.

Namun,

tak sayukah hati kita melihat jemaah Subuh di masjid dan di rumah-rumah yang sekadar dihitung dengan jari?

"Dua rakaat solat Fajar lebih baik dari dunia dan seisinya."
(HR Muslim)

Dunia dan seisinya tiada apa-apa pun dibandingkan dengan dua rakaat solat sunnah sebelum solat Fajar (Subuh) di mata Rasulullah.

Apatah lagi solat Subuh yang fardhu itu.

"Malaikat yang bertugas malam dan malaikat yang bertugas siang pergi secara bergantian kepada kalian. Mereka bertemu ketika solat Subuh dan solat Asar. Malaikat yang bertugas malam naik,lalu ditanya Allah, walhal Dia lebih mengetahui daripada mereka,'Bagaimana kalian meninggalkan hamba-hambaKu?' Para malaikat yang bertugas malam menjawab,'Kami tinggalkan mereka sedang mengerjakan solat, dan datang lagi kepada mereka saat mereka mengerjakan solat"
(HR Bukhari Muslim)


Waktu Asar itu, waktu manusia sibuk dengan urusannya

Subuh pula, waktu manusia ralit dalam mimpinya.

Asar dan Subuh, dua waktu yang sulit,bukan?

Maka beruntunglah mereka yang memelihara kedua solat ini. Kerana ia jaminan bahawa dia akan tetap memelihara solat-solat fardhu yang lainnya.

"Dan solat Subuh, sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan"
(Al-Israa':78)


Ya. TuhanMu menyaksikan. Malaikat turut menyaksikan.

Berbahagialah pencinta-pencinta fajar.

mereka menjadi golongan yang terawal, yang ditulis namanya pada buku para malaikat yang bertugas pada malam dan siang hari.

maka tak kepinginkah kau bersamaku, menjadi pencinta-pencinta fajar?



ps: saya bahagia di daerah baru saya.bersama mereka 'ahl anfaal', saya lebih menghayati erti fajar yang sebenar :)

pss: dah lame tak cuci sawang blog ni kan? :D


Saturday, December 19, 2009

isn't this proof enough for us?


OPEN YOUR EYES- Maher zain


Look around yourself
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such a perfect harmony





Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
No..



We just have to
Open our eyes, our hearts, our minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah...)
Guide us every single day
(Allah...)
Keep us close to you
Until the end of time



Look inside yourself
Such a perfect order
Hiding in your cells
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there



When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life



Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Rabb we raise our hands
Forever we thank You
Alhamdulillah..


*a-must-watch video, how Rubben (Abu Bakr) reverting into Islam*
subhanallah, walhamdulillah, allahuakbar!
and there is NO OTHER GOD BESIDES YOU..

Thursday, December 10, 2009

Ar-Rumaisa'


Rumaisa' yang aku kenali, namanya tidak segah Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah, mahupun Fatimah Az-Zahrah. Namun, tokoh yang seorang inilah yang sering aku jadikan sebagai inspirasi.


Kisahnya terkenal sehingga ke umat hari ini. Namun, kebanyakannya kurang mengetahui, bahawa watak utama yang diceritakan adalah merupakan peribadi yang sama.


Dialah Ar-Rumaisa' binti Milhan, juga dikenali sebagai Ummu Sulaym.


Dia antara wanita Ansar pertama yang menerima Islam hasil dakwah yang disampaikan oleh Mus'ab bin Umair di Madinah, dan turut terlibat dalam Perjanjian Aqabah II. Malang sekali, keislamannya mengundang marah suami yang tercinta, Malik bin Nadhir. Keimanannya sama sekali bukan ikut ikutan, tapi berlandaskan kesedaran dan kefahaman. Lantas dia ditinggalkan suaminya bersama anaknya, Anas bin Malik, dan ditakdirkan pula suaminya mati dibunuh musuhnya.


Tidakkah rawan hati sang isteri, tatkala suami yang disayangi mati dalam keadaan kufur?


Namun, Ummu Sulaym punya hati yang tegar. Diasuh dan dibesarkan anaknya, Anas bin Malik sebaik mungkin. Sungguh, bukan calang-calang ibu semurni Ummu Sulaym. Anak kesayangannya diserahkan kepada Rasulullah, untuk berkhidmat sepenuh masa kepada baginda, dan kepada Islam. Anas dididik supaya menjaga rahsia Rasulullah, bahkan kepada ibunya sendiri. Nah, hasilnya terkesan sehingga ke hari ini, bilamana umat hari ini menerima beratus-ratus hadis Rasulullah SAW, yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik. Masakan Anas mampu sehebat begitu, jika tidak kerana pengorbanan sang ibu?


Ummu Sulaym yang terkenal dengan peribadinya yang terpuji, mengundang pinangan daripada Abu Talhah, yang di waktu itu masih lagi kufur. Pinangan Abu Talhah, sukar ditolak. Masakan tidak, Abu Talhah adalah dari golongan bangsawan dan hartawan yang kacak, yang menjadi kegilaan sekalian wanita. Namun bukan itu yang menjadi neraca pertimbangan bagi Ummu Sulaym. Pinangan Abu Talhah dikenakan syarat, dan hanya akan diterima, apabila keislaman Abu Talhah menjadi mahar perkahwinan mereka. Subhanallah, mana lagi wanita di atas muka bumi ini empunya mahar 'termahal' seumpama Ummu Sulaym? Emas, perak dan harta, sama sekali tidak menjadi ukuran !


Bahtera perkahwinan mereka juga diuji Tuhan, tatkala zuriat tercinta jatuh sakit dan meninggal dunia, ketika Abu Talhah keluar berperang. Sekembalinya suaminya ke rumah, dilayaninya sebaik mungkin. Ummu Sulaym mendandan dirinya lebih cantik dari biasa, wangian dipakai, dan ditunaikan tanggungjawab sebagai sang isteri. Sehingga di akhir malam, barulah Ummu Sulaym bersuara,


" Wahai Abu Talhah, bagaimana pendapatmu seandainya ada suatu kaum meminjamkan barang kepada satu keluarga kemudian satu ketika mereka mengambil semula barang tersebut,maka bolehkah bagi keluarga tersebut tidak mengizinkan?"


"Tentu saja tidak boleh." jawab Abu Talhah.


Ummu Sulaym berkata, " Sesungguhnya anakmu adalah pinjaman dari Allah, dan Allah telah mengambilnya kembali. Maka tabahkanlah hatimu dengan pemergian anakmu"


Amarah dan kesedihan Abu Talhah tidak terbendung. Keesokannya Rasulullah dicari dan diceritakan apa yang berlaku. Rasulullah bersabda, "Semoga Allah memberi barakah kepada malam kalian berdua." Dan dengan berkat doa itulah, Ummu Sulaym mengandung dan dikurniakan anak yang diberi nama Abdullah oleh Rasulullah.


Seorang sahabat meriwayatkan , "Aku melihat Abdullah mempunyai 7 orang anak, yang kesemua hafiz Al-Quran."


Ummu Sulaym, yang juga tinggi semangat jihadnya, turut sama menyertai Perang Uhud dan Ahzab. Bahkan tatkala beliau sarat mengandung, disisipnya pisau, yang diniatkan untuk membunuh musuh dan umat islam yang lari dari medan jihad !


Tuhan, bagaimana aku mampu menjadi sehebat wanita ini..?


Rumaisa' , peribadimu sungguh mulia. Seorang ibu yang mithali, juga isteri yang romantik dan tenang. Wanita yang begitu mengenal Rabbnya, dan memahami tanggungjawab sebagai muslimah sejati, yang berkorban apa saja demi agama. Rumaisa' , bukan calang-calang wanita, bahkan cemerlang di dalam sirahnya. Ah, andai peribadimu aku dan seluruh muslimah yang lain teladani, betapa rumahtangga kami adalah syurga, yang berpayungkan di bawah rahmatNya !


Andai..


Andai di zaman ini masih wujud lagi wanita solehah umpama Khadijah R.A, wanita secerdas Aisyah R.A, seorang wanita bersifat perwira seperti Nusaibah binti Kaab, seorang syahidah yang teguh imannya seteguh Sumayyah, dan juga daie berfikiran tajam dan berani, seumpama Ummu Sulaym..


Andai masih ada figur-figur sehebat mereka di akhir zaman ini, mungkinkah Islam kan tertegak kembali, dengan lahirnya pejuang-pejuang Islam dari rahim wanita-wanita seperti ini?


Ya Rabb, betapa aku ingin menjadi seperti mereka..



Friday, November 13, 2009

jauh

terasa jauh rasanya.

kamu aku kira sudah tidak seperti dulu.

sedangkan, bukankah kita suatu masa dulu pernah bersama-sama menerima 'pencerahan' dan diperkenalkan semula dengan islam dari kaca mata yang baru?

bukankah kita dahulu pernah menangis bersama, kerana baru tersentak dari lena yang panjang, sedang kita tidak menyedari bahawa umat sedang parah menderita?

bukankah dahulu, aku dan kamu, pernah menjadi golongan gharib, dipulaukan dan dicemuh oleh manusia sekeliling, semata-mata kerana kita ingin membawa islam, dan bercita-cita untuk menegakkan kesaksian syahadah ini di atas muka bumi?

bukankah kita satu ketika dahulu pernah berkongsi murabbi dan murabbiah yang sama, menadah telinga saban minggu, untuk menerima ilmu dan fikrah yang akhirnya menjadi urat nadi perjuangan kita kini?

kamu yang dahulu, sangat aku kagumi. kamu sering menjadi inspirasi aku. hati kamu yang telah disentuh oleh tarbiyyah, telah menggerakkan jasadmu, untuk terus menyampaikan islam ini kepada manusia lain, tanpa berlengah-lengah. kamu benar-benar beriman dengan wahyu kedua dari Rabbmu, "Qum fa anzir!" tanpa berhujah dengan bermacam alasan, kamu menerima amanah ini dengan rela.

kamu tidak pernah ragu-ragu dengan bebanan tanggungjawab dakwah ini. kamu tidak pernah kisah dengan apa yang mereka umpatkan, apa sahaja celaan mereka tentang kita. bahkan ia menjadi penguat semangat kamu. sehinggakan bila takdir membawaku terbang ke bumi Mesir ini, aku jadi rindu kepada kamu yang sentiasa menjadi penguat semangat dalam aku terus bertahan di atas jalan ini.

dan pabila kamu menyusul ku juga memijak di bumi Ardhul Kinanah ini, aku bagai tidak pernah mengenali kamu.

kamu mula disibukkan dengan tanggungjawab yang pelbagai. sehinggakan ajakan demi ajakanku untuk kita kembali menanam fikrah seperti dahulu, tidak kamu endahkan. aku tahu, kamu bukannya sengaja begitu. tanggungjawab mu itu berat. tapi bukankah kita dahulu telah sama-sama diberi kefahaman dan pencerahan, bahawa tanggungjawab sebagai du'at itu layak menerima prioriti teratas, mengatasi yang lain?

di mana hilangnya kamu yang dahulu?

bila aku mendengar kalam-kalam yang tidak enak menceritakan tentangmu, aku jadi sedih. saban hari, jahiliyah makin menjauhkanmu dari tarbiyyah islam ini.

kesedihanku bertambah, pabila mengetahui kamu telah memberikan persepsi yang buruk tentang ku.kamu mengata di belakangku. kamu marahkan aku, aku tahu. intonasi suaramu ketika berbicara denganku sudah tiada lagi mesranya. tegang. dan nada itu sangat merobekkan hati ku.

aku tak tahu kenapa kamu begitu marahkan aku. sedang kamu tahu apa sebenarnya yang sedang aku buat.bahkan kamu faham, mengapa aku begitu bersusah payah membuat kerja-kerja ini. bukankah kamu juga dahulu pernah begitu? bertebaran di atas muka bumi, mencari hati-hati manusia yang ingin kembali mengenal Rabbnya?

sungguh, aku tidak mengerti, mengapa kamu yang kini sudah jauh berbeza.

mungkin salahku, kerana tidak bersemuka denganmu, berbicara dari hati ke hati. mungkin salahku juga, kerana mengabaikan ikatan ukhuwwah ini.

tapi ketahuilah ukhti, aku rindukan kamu yang dahulu.

aku akan sentiasa berdoa, semoga Allah menemukan kita lagi dalam pertemuan yang penuh erti, bahkan ditemukan semula di atas jalan ini. kerana bukankah kita pernah bertekad suatu masa dahulu, untuk terus menjadi jundiy dalam deen ini?

ya Allah jangan kau palingkan hati kami, setelah kami menerima hidayahMu ini..

Monday, November 2, 2009

adakah taat tergolong dalam birrul walidain?

khusus kepada mereka yang masih keliru dalam membuat 'keputusan', saya sarankan membaca post ini :)

sanggupkah membuat ibu bapa kita menangis,melukakan hati mereka, demi menjaga hati dan perasaan naqib/naqibah kita? sedang ibu bapalah murabbi/ah pertama kita dalam dakwah dan tarbiyyah ini?

(ditujukan kepada mereka yang merupakan anak-anak hasil dari beit muslim, termasuk saya.huhu)