Pages

  • RSS

Monday, April 20, 2009

ilmu bagaimana yang diperlukan oleh negara islam?

artikel ni sy copy paste dr blog cik yuyu miza atas saranan beliau, memandangkn blog cik yuyu adlh private dan x dpt dbace olh sume lapisan masyarakat.yg menariknye, we both wrote bout d same topic in d same day tnpe dsedari.
(kalo post sy yg berkaitan dgn artikel ni adelah post
ILMU DAN FIKRAH)

cube korg bace n compare kedua2 post ktrg, content n mesej yg cube kami sampaikan hampir same.


no wonder lah kan, cik yuyu ni skoolmate sy d smap labu, n skrg masok cairo U pon same,pulak tu, currently she's my usrahmate n teammate dlm gerak kerje dakwah :)

so, tak pelikla kalo fikrah kami same kan?dah membesar pon dlm bi'ah yg serupa..

happy reading dear readers !


salam aleyk.. merujuk kepada soalan yang terlampau general ini, ingin saya huraikan beberapa point penting untuk difikirkan. merujuk kpd hadith Nabi, manusia diibarat seperti 3 jenis tanah.

yang pertama, tanah yang subur dan mengandungi mineral yang banyak serta cacing-cacing yang menggembur. apabila hujan turun, tanah itu akan menyerap air dan menumbuhkan pokok. pokok itu akhirnya akan mengeluarkan buah, menjadi tempat burung-burung hinggap setelah penat terbang, menjadi tempat berteduh dan sebagainya.

yang kedua, tanah yang berbatu bata dimana tatkala hujan turun, batu itu akan menakung air dan air yang ditakung dijadikan minuman oleh binatang-binatang.

yang ketiga, tanah poros. air yang lalu akan mengalir begitu sahaja. tidak ditakung dan tidak diserap. begitulah perumpamaan manusia dan ilmu. manusia yang pertama mendapat manfaat dari ilmu itu dan memberi manfaat pula pada orang lain. manusia yang kedua memberi manfaat kepada org lain daripada ilmu yang didapatinya tetapi ilmu itu tidak memberi kesan atau bekas padanya. yang ketiga pula, ilmu itu tidak memberi apa-apa impak kepada diri atau orang sekitarnya.

maka, mari berusaha untuk jadi yang pertama.[cakap senang weyh..]

Ilmu (bahasa Inggeris:Knowledge) merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia.

Biasanya, ilmu adalah hasil daripada kajian terhadap sesuatu perkara. Dalam hal ini, ilmu sendiri juga boleh menjadi sasaran kajian dan menghasilkan apa yang dikenali sebagai "ilmu mengenai ilmu", yakni epistemologi. [sumber WIKIpedia bahasa melayu]


1. ilmu yang bagaimanakah yang islam perlukan?

semua ilmu adalah ilmu islam, milik Allah. semua yang baik adalah milik Islam, milik Allah. bukankah begitu?cuma yang menjadi persoalannya ilmu yang mana sepatutnya didahulukan.

dan ini perlu dikupas dari segi fiqh aulawiyat(priority). tengok status core. tgk waqi'(tempat).

kalau rumah tengah bocor atapnya, dan kita mahu atasi masalah ini, sesuaikah kita keluar dan belajar menjahit? tak masuk akal kan? begitulah analogi ringkasnya, yang penting kita tahu apa masalah yang ingin diselesaikan dan kita tahu untk bertindak mengikut kesesuaian masa.

kalau ada masa cuba google sistem pendidikan zaman abbasiyah mcm mana.

2. apakah yang dimaksudkan dengan negara islam?

adakah apabila sultannya dan PM nya beragama islam?

adakah apabila hampir 50% penduduknya beragama islam[tak kesah semayang ke tak etc]

adakah apabila semua penduduk negara tersebut Muslim?

adakah apabila hudud dan undang2 islam dijalankan di negara tersebut?

kurang tepat..

madinah dulu ada je orang bukan Islam. tapi kita isytihar madinah negara islam kan?

negara islam adalah rakyatnya yang Islam. yang tunduk dan patuh. yang hayati keislaman.

yang FAHAM ISLAM.

jika saya bertekad untuk menjadikan pulau tersebut pulau islam, saya akan beli sebuah pulau yang ada orang asli {dan tak pernah tahu apa itu Islam] dan menjadi pemimpinnya. saya akan wajibkan semua wanita betudung mengikut syariat. yang tak solat kita potong gaji. boleh kah?

boleh kot bertahan seminggu dua sebelum rakyat memberontak dan menggulingkan saya. tapi jika mereka faham kenapa saya memperkenalkan segala macam polisi baru itu kepada mereka tentu tidak susah. sekiranya FAHAM.

kadang kala ilmu kita banyak tapi kita tak FAHAM. kita tahu banyak perkara tapi tak memberi kesan pada diri kita. banyak juga para doktor yang boleh huraikan tentang bahaya merokok setebal beberapa ratus muka surat tetapi mereka juga merokok. clear ke contoh ini?

saya suka sngat huraian tentang kepentingan ilmu yang terdapat dlam buku DASAR-DASAR ISLAM oleh Maududi.[boleh download kat tarbiyah.info rasanya]. padat tapi pedas. buku inilah saya suka kongsi dengan semua.

p/s:refleks diri. setiap kali bagi peringatan, sama ada melalui lisan atau tulisan, mesti jantung berdebar-debar.

kalau ada tafsir, cuba bukak surah saff 61:2 dan baqarah 2:44[wajib!!] kalau tadek cakap.

p/s 2: nk berubah jadi lebih baik[if only u really noe how i was before]



sape2 yang bosan copy link youtube ni dan tengoklah gelagat pelik artis mesia.haih

http://www.youtube.com/watch?v=pvNFRRQe8dg&feature=related

ni video klip yg aku ulang berkali2 sejak hari tu.hihi.jgn kutuk k!

http://www.youtube.com/watch?v=chfMTRc3bOA


Friday, April 17, 2009

ilmu dan fikrah

Bismillah. Salaam Alayk.

FIKRAH vs ILMU

Pernahkah anda berjumpa dengan golongan ilmuan, yang pengetahuannya sangat tinggi dalam sesuatu bidang, bidang agama khususnya, tetapi tidak 'bergerak'?
Saya sering berjumpa dengan golongan sebegini.
Golongan yang sibuk melengkapkan diri dengan ilmu yang pelbagai, namun mengabaikan tanggungjawab dakwah.

Cuba anda renungi kembali sejarah silam, dimana 2 malapetaka besar telah menimpa umat Islam dahulu.

1.Serangan Monggol ke atas Baghdad.
2. Serangan barat ke atas dunia Islam.

Kenapa 2 peristiwa dianggap sebagai malapetaka besar?
Ini kerana 2 malapetaka ini memberi impak yang sangat besar di dalam sejarah umat Islam.
Umat Islam ketika serangan berlaku, sedang menghadapi masalah kejatuhan akhlak, semangat jihad yang luntur dan sibuk dengan kemewahan dunia. Mereka mempunyai tamadun keilmuan yang sangat hebat, tetapi hanya sekadar ilmu yang kering.

Bagaimana yang dimaksudkan dengan ilmu yang kering ?

Analogi ilmu kering

Kapas A adalah kapas yang kering, dan terjatuh di atas tanah. Bila diangkat kapas tersebut, ia tidak memberi kesan langsung pada tanah tempat ia terjatuh sebelumnya kerana sifatnya yang kering.
Kapas B pula adalah kapas yang basah.Ia menyerap air, dan terjatuh di atas tanah. Bila diangkat, sedikit sebanyak memberi kesan kepada structure tanah tersebut.

Kapas diibaratkan sebagai ilmu.Kapas kering adalah ilmu yang kering, sekadar ilmu semata-mata, dan tidak mengubah apa-apa.Manakala kapas basah adalah ilmu yang 'basah', ilmu yang disertai dengan fikrah yang akan mengubah dirinya dan orang lain.

Ada sebuah Hadis Bukhari, yang lebih kurang berbunyi begini:

Ilmu dan penerimaan ilmu diibaratkan dengan 3 jenis tanah.

1. Tanah yang subur.
Bila hujan turun, tanah itu menyerap air, menumbuhkan rumput-rumput dan pokok-pokok.Tumbuh-tumbuhan itu akan memberi manfaat kepada manusia dan binatang.

2.Tanah berbatu.
Bila hujan turun, ia menakung air, maka binatang dan manusia boleh minum dari air tersebut.Tetapi, tanah itu sendiri tidak menyerapnya dan tidak mendapat manfaat dari air hujan tersebut.Lama kelamaan air itu akan tersejat dan kering.

3. Tanah yang berpasir dan berbatu kelikir.
Bila hujan turun, ia tidak menakung air, tidak menyerap, dan tidak menumbuhkan apa-apa tumbuhan.

Itulah ibarat ilmu kepada manusia.

Ada orang, ilmunya memberi manfaat kepada dirinya dan juga orang lain.
Ada orang, ilmunya tidak bermanfaat dan tidak mengubah dirinya sama sekali. Ilmunya hanya bermanfaat kepada orang lain sahaja. (eg: orientalis dan ilmuan barat, yang tidak mendapat hidayah islam, teapi ilmunya sangat banyak.)
Ada orang,ilmunya langsung tidak berfaedah kepada dirinya dan orang lain.

Kita sepatutnya jadi golongan yang mana?
Sudah tentu yang pertama, bukan?

Saya bawakan anda satu lagi peristiwa dalam sejarah islam.

Berlakunya malapetaka terbesar dalam sejarah Islam adalah pada tahun 1924, dimana Khilafah Turki Uthmaniyyah telah jatuh ditangan Mustafa Kamal.

Bagaimana keadaan umat Islam dikala itu?
Mereka bagaikan dibius, tidak sedar bahawa khilafah yang diasaskan sejak zaman sahabat telah runtuh.Semuanya bingung, bukan hanya berlaku pada bangsa Arab sahaja, bahkan umat Islam seluruh dunia juga turut sama bingung dan tidak sedar bahawa khilafah telah tiada.

Adakah ketika jatuhnya khilafah pada 1924, tiada ulama' atau golongan yang mempelajari Islam?
Sudah tentu ada. Bahkan Universiti Al-Azhar telah wujud berabad lamanya.
Jika di kepulauan Melayu, adakah ketika itu tiada insitusi pondok, pesantren dan sebagainya?
Ada. Dan sangat banyak tentunya.

Jadi, tidak pelikkah kita,sebelum datangnya Imam AsSyahid Hassan Al-Banna, bangkit menyedarkan umat Islam sedunia, kenapa tiada manusia yang tersedar tentang malapetaka terbesar yang menimpa Islam ketika itu? Tiada siapakah di kalangan golongan agama yang begitu ramai tatkala itu yang sedar bahawa khilafah telah tiada?

Pelik, bukan?

Itulah dia, bilamana ilmu yang dituntut adalah ilmu yang 'kering'. Tidak basah, dan tidak membentuk pemikiran atau fikrah, dan tidak mampu menggerakkan orang tersebut.
Mungkin intipati ilmu 'kering' dan 'basah' itu sama saja. Kedua-duanya mempelajari Al-Quran, Sunnah, Fiqh, Tauhid, Seerah dan sebagainya. Tetapi ilmu 'kering' itu sebenarnya kekurangan sesuatu.
Ilmu tanpa fikrah.

Apa pula fikrah itu?
Fikrah, atau pemikiran dan pemahaman yang dibentuk, mungkin boleh kita umpamakan sebagai 'reactant', yang men-'stimulate' dan 'trigger' ilmu-ilmu yang kita pelajari, supaya bergerak.Bergerak, dalam erti kata, melaksanakan dakwah, dan berjuang menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi.
Mungkin sebelum ini kita mempelajari tafseer dan hadith, sebagai satu ilmu semata-mata. Tetapi jika disertakan dengan fikrah, ilmu tafseer dan hadith itu mampu menggerakkan kita dan membentuk diri kita menjadi seorang daie.

Bagaimana proses pembentukan fikrah itu?

Itulah proses tarbiyyah. Di dalam proses tarbiyyah melalui halaqah, daurah dan sebagainya, fikrah dibentuk, dan naqib/naqibah mendefinasikan semula semua ilmu Islam yang pernah kita pelajari dahulu. Sama ada pengertian islam,iman, ibadah, ilah, robb, pentafsiran AlQuran, AlHadis, Seerah Nabawiyah dan sebagainya. Dalam erti kata lain, meng'haraki'kan atau menggerakkan ilmu-ilmu tersebut :)

Anda faham?

Saya yakin, ada yang kurang faham, atau memang blurr sungguh.

"ntah ape yg budak ni mngarut agaknye?"

Oh, saya tidak mengarut ye. Anda akan memahaminya jika anda sendiri berada di dalam proses pentarbiyyahan itu.

Jadi, perhatikan di sekeliling anda. Sumbernya mungkin saja berdekatan dengan anda.

Till then. Toodles~

**erk..sbnarnye, niat asal nak share video ni, tp x sngaje membebel terlebih2 plak dlm post ni.sgt menarik video ni, ttg hakikat kejadian manusia @ human embryological development. masa tgk video ni, terpikir skjap..slame blajar medic ni,kadang-kadang trase ilmu yang masuk dlm kepale adelah ilmu yang kering smate2.

inshaAllah, video ni adelah salah satu wasilah, dalam nak mem'basah'kan ilmu medic and anatomy antum sume :)

Enjoy~




Saturday, April 11, 2009

Allah knows

Bismillah. Salaam Alayk.
Let me introduce u to a very beautiful song sang by Zain Bikha.

Dah lame kenal lagu ni, tp just baru2 ni je rase cm feeling sket bile dengar balek.
Agaknye sjak kblakangan ni mood cam x best kot, down, futur dan seumpama dgnnye.
Slalu buat something tanpa mengambil kire 'neraca Allah'.
Slalu terlupe yg Allah sntiase tahu ape yg kite buat.
Slalu terlupe, yg Allah sntiase ada bersame, dekat dgn kite.
Bahkan lg dekat drpd pembuluh darah d leher kite.
(korang budak medic mst blaja internal carotid artery kan?mcm tu la nak diibaratkan dekatnya Allah ngan kite)
Tp still tak takut buat maksiat.
Padanla dgn muke,hati pun tak tenang.Emosi pun tak stabil.

This week was really a very hectic week i ever had.

*Sigh*

But remember, Allah knows, and He will always knows,wut we did, n everything deep inside our heart.

Mujahadah!!

~AlMujahid man jaahidil hawaa'~


When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

No matter what, inside or out
There’s one thing of which there’s no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows


*lagu ni yg original version ade kat playlist kat sblah.
**u tube dbwh adela version yg dnyanyikan oleh sedare anastahir (ahli kump nasyid fareast), adek faizaltahir. bebaru ni kwn2 promot tgk video2 die.suare die bley tahan,lawak die pon mmg thumbs up.adek bradek dua2 mmg berbakat :)



Ok nak study Biochem.Ahad ni start Final Practical Exam. Saya sgt mengharapkan doa2 anda sume yg soleh solehah blake.Doakan yg terbaik utk sy, dan doakan kejayaan sy dunie akhirat ye.

Toodles~

Saturday, April 4, 2009

ASTRO bergerak?




Anda gemar bergossip?

Jika anda bertanya kepada saya, jawapannya adalah YA.

Saya memang gemar bergossip, suatu ketika dahulu.
Tidak kira mengenai artis-artis kegemaran, mahupun berkisar tentang manusia-manusia di sekeliling saya sahaja.Memang seronok bercerita tentang orang lain, bukan?Perempuan, apatah lagi.

Sehinggalah saya mempelajari ayat 11 hingga 20 dari Surah AnNuur, hati bagaikan tersentak.

Kenapa?
Kerana rupa-rupanya Allah ada menyebut tentang kisah orang-orang yang gemar bergossip ini di dalam Al-Quran.
Sungguh, saya tidak mengetahuinya sebelum ini!

Oh ya, saya namakan kaki gossip ini seperti tajuk yang tertera di atas, ASTRO bergerak.
Kenapa? Jangan tanya saya kenapa. :)

Ok, kita masuk kepada mood tafseer pula ya :)
Ayat 11 hingga 20 Surah AnNuur ini menceritakan tentang Kisah Ifk.Kisah yang berlaku ketika Saidatina 'Aisyah berumur 14tahun ketika mana Aisyah tertinggal di dalam satu rombongan umat Islam yang baru kembali dari medan perang.Ditakdirkan Allah, sahabat Rasulullah Safwan bin Mu'attal juga tertinggal dari rombongan itu, dan terserempak dengan Aisyah.Safwan yang terkejut, hanya berkata,

"Innalillah wa inna ilaihi rooji'uun. Isteri Rasulullah !"

Dan hanya itu sahaja kalam yang terbit dari mulut Safwan.Safwan terus memberi isyarat kepada Aisyah supaya naik ke atas untanya. Tidak berlaku langsung dialog di antara mereka berdua.Dan Safwan terus menarik untanya, yang di atasnya ada Aisyah, terus balik ke Madinah.
Setibanya di Madinah, orang-orang munafiq sengaja menggunakan peristiwa Safwan dan Aisyah yang bersama-sama pulang ke Madinah, sebagai modal untuk membuat fitnah.Diriwayatkan, ketua munafiq yang paling hebat bergossip mengenai Safwan dan Aisyah, adalah Abdullah bin Ubai.Kisah Safwan dan Aisyah terus tersebar meluas ke pelusuk Madinah.
Diriwayatkan juga, Abdullah bin Ubai menimbulkan fitnah terhadap mereka berdua dengan cara yang halus. Dia berjaya menimbulkan syak di dalam hati umat Islam Madinah terhadap isteri Rasulullah dan sahabat baginda.Dan malang sekali, umat Islam kebanyakannya terpengaruh dengan helah yang Abdullah bin Ubai lakukan.Yang lemah imannya, kemungkinan boleh hilang ketsiqahan terhadap Rasulullah, dan meragui kesucian Aisyah dan Safwan.Dan seluruh Madinah sibuk ber'gossip' tentang Aisyah dan Safwan pada ketika itu.
Rasulullah hanya berdiam diri, bukan kerana tidak percaya dan meragukan Aisyah, tetapi baginda menunggu wahyu dari Ilahi.


Dan Allah menurunkan ayat 11 hingga 20 sebagai hujah dan membersihkan Aisyah dan Safwan dari fitnah tersebut.

إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلۡإِفۡكِ عُصۡبَةٌ۬ مِّنكُمۡ‌ۚ لَا تَحۡسَبُوهُ شَرًّ۬ا لَّكُم‌ۖ بَلۡ هُوَ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ‌ۚ لِكُلِّ ٱمۡرِىٍٕ۬ مِّنۡہُم مَّا
ٱكۡتَسَبَ مِنَ ٱلۡإِثۡمِ‌ۚ وَٱلَّذِى تَوَلَّىٰ كِبۡرَهُ ۥ مِنۡہُمۡ لَهُ ۥ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬

11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga). Janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu bahkan itu baik bagi kamu. Setiap orang dari mereka akan mendapat balasan dari dosa yang diperbuatnya. Dan barang siapa di antara mereka yang mengambil bahagian terbesar (dari dosa yang diperbuatnya), dia mendapat azab yang besar (pula).

Ayat ini secara automatiknya membuktikan bahawa Aisyah dan Safwan tidak bersalah. Dan walaupun peristiwa ini sangat memalukan bagi keluarga Rasulullah, Aisyah, Saidina Abu Bakar dan Safwan sendiri, Allah menjanjikan bahawa ada hikmah di sebalik peristiwa tersebut.

Dan insyaAllah, hikmah-hikmah tersebut yang akan kita kongsi kali ini. :)

"Setiap orang dari mereka akan mendapat balasan dari dosa yang diperbuatnya. Dan barang siapa di antara mereka yang mengambil bahagian terbesar (dari dosa yang diperbuatnya), dia mendapat azab yang besar (pula)."

"Dosa yang diperbuatnya" di sini bermaksud, dosa mengumpat, bergossip, dan memfitnah yang ditujukan kepada penduduk Madinah ketika itu.

Ini bermakna, ayat di atas menunjukkan satu equation.
SEMAKIN banyak seseorang itu bergossip, yang macam ASTRO bergerak, menyebarkan kisah-kisah fitnah yang tidak diketahui kesahihannya, SEMAKIN banyak dosa dan azab yang dia bakal terima.

Manakala jika seseorang itu hanya senyap, dan tidak menjadi penyampai kisah-kisah gossip tersebut, maka dia akan selamat.

Anda faham equation tersebut?

Azab dari Allah adalah berkadar terus (proportionate) dengan kadar gossip yang dibuat.

Apa yang baiknya dari peristiwa Ifk ini?

Sebenarnya dari kisah ini, banyak mendedahkan di kalangan umat Islam sendiri, yang mana yang benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya, dan yang mana di antara mereka yang munafiq.Yang mana di antara mereka yang tsiqah dan beriman kepada Nabi, yang tidak akan mempercayai khabar-khabar angin tersebut, sehinggalah disahkan sendiri kesahihannya daripada Rasulullah. Ini kerana, Rasulullah hanya mendiamkan sahaja fitnah yang berlaku kepada Aisyah dan Safwan, untuk menunggu pembelaan dari wahyu Allah itu sendiri.

Jadi peristiwa ini bukan saja suatu ujian kepada Rasulullah, Aisyah dan keluarganya, bahkan juga kepada seluruh umat Islam, sejauh mana mereka mempercayai Rasulullah dan ahlul bait baginda.

لَّوۡلَآ إِذۡ سَمِعۡتُمُوهُ ظَنَّ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بِأَنفُسِہِمۡ خَيۡرً۬ا وَقَالُواْ هَـٰذَآ إِفۡكٌ۬ مُّبِينٌ۬

12. Mengapa orang-orang mukmin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, ketika kamu mendengar berita bohong ini dan berkata, "Ini adalah (suatu berita) bohong yang nyata."

Ayat ini menunjukkan kemarahan Allah terhadap orang-orang Islam.
Allah seakan-akan bertanya, kenapa perlu bersangka buruk terhadap sesama mukmin sendiri? Kenapa perlu percaya kepada khabar-khabar angin yang dibawa oleh orang munafiq?Kenapa iman sangat lemah sehinggakan boleh hilang kethiqahan terhadap Rasulullah dan keluarga baginda?

Jadi, ayat ini mengajar kita tentang HUSNUZZON. Bersangka baiklah.Selagi mana seseorang itu tidak terbukti bersalah, maka kita wajib bersangka baik terhadapnya.
Manusia ini suka bersangka-sangka, kan?
Kita selalu berkata,
"Entah-entah si H tu couple dengan si P.Kamceng semacam je aku tengok."

"Aku rasa kakak2 tu saja-saja je buat baik dengan kita, datang lawat-lawat,bawak makanan, entah-entah ada udang disebalik mee."

Tapi sebenarnya, BERSANGKA-SANGKA itu juga adalah satu DOSA.

Hadis Nabi ada mengatakan,
"Jauhilah prasangka, kerana sebahagian besar dari prasangka itu adalah dosa."

Dalam Islam, a person is innocent until proven guilty. Selagi mana tiada bukti, maka seseorang itu tidak bersalah. Tapi jika kita lihat sekarang, undang-undang dunia menetapkan bahawa, seseorang itu akan disabitkan bersalah jika tertuduh, sehinggalah ada bukti mengatakan dia tidak bersalah, maka dia terlepas dari tuduhan tersebut.

Terbalik, kan?
Jika kita lihat dunia kini, jika seseorang itu didakwa, dia akan ditahan reman. Padahal baru didakwa, TANPA bukti yang menunjukkan dia bersalah.Dia akan dikira sebagai bersalah, sehinggalah proven innocent, dan dibicarakan di dalam mahkamah contohnya dan didapati tidak bersalah, barulah dia akan dibebaskan. Nah, itulah undang-undang manusia, tidak selari dengan undang-undang yang Allah telah tetapkan. Undang-undang manusia yang tidak adil, dan zalim.

Di dalam ayat 12 ini juga, Allah menyuruh kita menolak segala khabar angin, tuduhan, atau gossip yang sampai ke telinga kita.

"Ini adalah (suatu berita) bohong yang nyata."

Sewajarnya umat Islam tidak percaya kepada gossip yang dibawa oleh Abdullah bin Ubai. Bukankah mereka sendiri mengenali Aisyah, isteri Rasulullah yang solehah, mukminah dan muhsonat? Bukankah mereka tahu tentang kesolehan Safwan bin Mu'attal?
Dan teguran ALlah itu juga, ditujukan kepada kita. Sekiranya satu kisah tidak baik sampai ke pengetahuan kita, tanpa ada bukti atau saksi, Allah mengajar kita di dalam ayat ini untuk MEMOTONG percakapan orang yang menyampaikan kisah itu, dan mengatakan,
"Ini semua adalah dusta yang nyata."

Situasi 1

"Eh, aku nampak Minah jumpa dengan Abu tadi. Ko tak rase pelik ke?Apsal diorang jumpe ha? Aku tak tau la betul ke tak kan..tapi pade firasat aku kan..diorang mesti ade pape!"


Pernah mengalami situasi di atas? Sama ada kita menjadi pendengar, ataupun kita sendiri menjadi penyampainya.
Kita sendiri mungkin pernah mengenali seorang sahabat yang kita rasakan, baik orangnya. Tapi mungkin ada orang bercerita tentang keburukan dia, padahal kita sendiri merasakan bahawa dia sebenarnya tidaklah sejahat itu. Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Kita seharusnya MENAFIKAN cerita yang dibawa itu, dan membela sahabat kita tersebut, selagi mana tidak terbukti kesalahannya.

Ertinya, tanggungjawab seorang mukmin apabila mendengar gossip adalah:

1.Memotong gossip tersebut, jika sampai ke telinga kita.
2. Tolak kebenaran gossip tersebut.
3. Bagitahu orang lain, supaya turut sama menolak cerita dan gossip tersebut.

..selagi mana tidak terbukti kebenarannya.

Mungkin ada di antara kita yang kononnya mahu mengambil jalan selamat.Pura-pura tidak mendengar gossip tersebut, dan hanya buat tidak tahu sahaja.
Tidak! Allah sebut di dalam ayat ini, umat Islam seppatutnya bukan sahaja tidak mendengar gossip tersebut dan duduk jauh-jauh, tetapi juga kena TOLAK dan mengatakan, "ini adalah dusta yang nyata!"

Ya, inilah akhlak Islam, bahawa kita seharusnya menjaga maruah muslim yang lain. Ini kerana, gossip dan tuduhan ini adalah melibatkan maruah. Walaupun tuduhan yang dibuat tidak betul, sedikit sebanyak, maruah orang yang dituduh tercalar, bukan?

إِذۡ تَلَقَّوۡنَهُ ۥ بِأَلۡسِنَتِكُمۡ وَتَقُولُونَ بِأَفۡوَاهِكُم مَّا لَيۡسَ لَكُم بِهِۦ عِلۡمٌ۬ وَتَحۡسَبُونَهُ ۥ هَيِّنً۬ا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ۬

15. (Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar.


Menerima dari mulut ke mulut. Obviously kita bergossip macam tu kan? Dari mulut ke mulut :)
Kita selama ini hanya menganggap gossip sebagai perkara yang kecil sahaja, kerana kita yang bergossip, bukannya kita yang digossipkan. Kita tidak pernah memikirkan bagaimana perasaan dan maruah orang yang kita gossipkan itu. Padahal pada pandangan Allah, gossip, fitnah, mengumpat, mengata adalah BESAR dan BERDOSA di sisi Allah.

وَلَوۡلَآ إِذۡ سَمِعۡتُمُوهُ قُلۡتُم مَّا يَكُونُ لَنَآ أَن نَّتَڪَلَّمَ بِہَـٰذَا سُبۡحَـٰنَكَ هَـٰذَا بُہۡتَـٰنٌ عَظِيمٌ۬

16. Dan mengapa kamu tidak berkata ketika mendengarnya, " Tidak pantas bagi kita membicarakan ini. Mahasuci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar."

Apa yang boleh kita ambil dari ayat ini?
Allah seolah-olah mengajar kita melalui ayat ini, bahawa kita langsung tidak layak untuk MENGATA, MENGUMPAT dan BERGOSSIP tentang orang lain.
Hakikatnya, apabila kita berdepan dengan realiti sebenar, agak susah untuk mengaplikasikan apa yang Allah ajarkan menerusi ayat-ayat ini.

Anda pernah mengalaminya?
Saya pernah, boleh juga dikatakan selalu.
Contoh situasi yang pernah saya alami, ketika makan beramai-ramai di dalam talam. (trend di Mesir, dinner, lunch dan breakfast di dalam talam, secara beramai-ramai)

Sambil makan, mulut pun sibuk bercerita. Dan cerita yang dibuka adalah mengenai kisah hidup ORANG LAIN. Orang tu melamar orang ni. Orang nun couple dengan orang ni. Orang ni makin hari makin hensem. Jemaah X bergaduh dengan jemaah Y. Artis ni cerai sebab itu ini.Penyanyi nasyid kumpulan S sekarang dah jadi bapuk. Dan...macam-macam lagi.
Sedang kita tidak sedar, kita sebenarnya sedang memakan daging saudara kita sendiri. Dan kisah mengenai orang lain, yang konon-kononnya kita tahu 100%, sebenarnya tidak terbukti lagi kesahihannya.

Dan apabila kita termasuk di dalam perbualan-perbualan dan gossip-gossip hangat ini, saya tahu, sangat susah untuk kita MEMOTONG, MENOLAK dan MEMBERHENTIKAN maksiat yang berlaku depan mata kita ketika itu, iaitu bergossip, fitnah dan mengumpat.




Segalanya memerlukan kekuatan diri.
Kita bukan sekadar hanya bangun, dan meninggalkan perbualan tersebut jika kita benci dengan maksiat itu, tetapi Allah suruh kita menyuruh mereka yang lain untuk turut berhenti dari berkata tentang orang lain.

Inilah pengajaran dari Kisah Ifk ini. Sebelum ini kita mempelajarinya dari Seerah, dan kita hanya menganggapnya sebagai satu perisiwa yang menjadi asbab nuzul bagi ayat dari Surah AnNuur ini. Tetapi sebenarnya, kisah Ifk ini berlaku di SEKELILING kita, setiap hari. Di meja makan, di dalam lecture, sementara menunggu lecturer bermula, di dalam teksi.Di mana-mana.Benda ini berulang-ulang dan berkait dengan ramai orang. Dan sedar tak sedar, kita adalah orang yang mengalami Kisah Ifk ini, hampir setiap hari.Kita melihat dan mendengarnya saban hari.

Betapa pentingnya akhlak Muslim yang Allah ajar di dalam ayat ini, sehinggakan Allah ajar dialog-dialog yang sepatutnya kita gunakan bilamana berdepan dengan situasi ini !

Dan anda rasa,kenapa peristiwa ini terjadi kepada Aisyah dan Rasulullah sendiri?
Kenapa mereka berdua dijadikan watak utama dalam kisah Ifk ini?
Sedangkan Rasulullah adalah orang yang paling tsiqoh di Madinah, dan Aisyah adalah isteri Rasulullah yang solehah.

Ini menunjukkan, peristiwa dan pengajaran dari kisah Ifk ini sangat penting untuk kita teladani, disebabkan itu Allah menggunakan watak-watak yang paling hebat.
Ibaratnya, jika kita sebagai pengarah filem, kita mahukan filem kita menjadi box-office contohnya, sudah tentu kita akan mengambil pelakon yang paling terkenal sebagai watak utama, bukan?

Jadi, jangan ambil ringan dengan apa yang kita bualkan. Perhatikan apa yang kita sembangkan.Kerana topik yang kita sembangkan saban hari adalah BESAR di sisi Allah.Kalau tahu, katakan tak tahu. Kalau tahu, katakan tahu. Jika tak pasti, diamkan sahaja.

Hadis Nabi juga mengatakan:
"Berkatalah yang baik sahaja, ataupun diam."


Jika ayat 12 mengatakan tentang kewajipan kita MEMOTONG percakapan orang yang membawa kisah-kisah gossip dan fitnah ini,
jadi ayat 16 ini pula mengajar kita tentang dialog yang sewajarnya digunakan untuk MEMBERHENTIKAN orang lain dari bergossip.

Sudah faham tentang kewajipan kita?Align Center
Masih mahu bergossip?

Bukankah ia sangat besar pada pandangan Allah?

Maka,berhati hatilah dengan apa yang kita bualkan saban hari.





Friday, April 3, 2009

pesan 'emak'

Bismillah. Salaam Alayk.

juz a quick post :)
hari ni, ukhti Khairah & akh Qamarul selamat diijabkabulkan di Dewan Malaysia Abbasiyah, Kaherah.
Hamdalah.Hamdalah.Hamdalah.Satu lagi Bait Muslim terbentuk.Sama-sama kita doakan moga-moga diberkati hendaknya.
Dan moga-moga Bait Muslim ini menjadi pemacu dalam D&T dan dalam menegakkan kalimah Allah yg mulia di atas muka bumi ini..ameen ya robb.
Ustaz Halim dan isteri pun nampak berseri-seri hari ni :)

sy smpt memenuhi jemputan walimah td, tapi sekejap je.tp alhamdulillah Allah bg peluang utk sy jumpa dgn mereka.subhanallah..mmg sgt2 rindukan akhawat2 yg ada disitu.dah lame xjumpa agaknye :)
moga Allah tetapkan langkah antunna d jalan ini, dan moga Allah tsabatkan kami juga..

oh ya, for those who may concern, ini ade pesanan dari 'emak' kita dari galway,
sempena kita nak menghadapi exam dunia ni.
biasanya 'emak' selalu bagi pesanan nak menghadapi exam akhirat kan?hehe

nmpk mcm ditujukan kpd sy smate2, tp sbnarnye ditujukan kpd antunna semua juga!
selamat membaca, sisters!

(btw, 'emak' ade good news.nak tahu ape die?nantikan..hoho)

ps:doakan kami utk exam Biochemistry esok.carry 10marks.robbuna yusahhil~


KH: jgn cuak
KH: tawakkaltu 'alalAllah
KH: study dgn ihsan
ntahsapesape: cmne stadi ngn ihsan ek
KH: and inshaAllah whatever happens after that is the best
KH: ihsan tu apadia?
ntahsapesape: buat sumting rse kite tgk Allah..atleast rase Allah tgk kite
KH: yes.......ertinya kita buat yang TERBAIK kan
ntahsapesape: oooo
ntahsapesape: phm2
KH: ihsan entails.......... Completeness.........Sincerity........Tastefulness........Correctness
KH: itu 4 syarat utk ihsan
KH: kene complete, siap.....
KH: kene sincere, ikhlas ketika membuatnya
KH: kene correct, betul & accurate
KH: kene tasteful, ertinya bukan setakat siap, ikhlas dan betul......ia juga mestilah ada zouk! best! barulah ia sempurna
ntahsapesape: waa
KH: itulah 4 syarat utk mencapai Ihsan
ntahsapesape: dalam mksud ihsan eh
ntahsapesape: yg plg takut satu je..
ntahsapesape: jd fitnah lm dkwh, if x pass
KH: doa byk2 pada Allah dan study betul2
KH: kalau perlu study group, buatlah.
find out tarikh exam awal2.......... dan study dengan tengok silibus
KH: jgn tak tengok
KH: silibus senarai kena ada
KH: supaya kita nampak ada berapa topik lagi nak cover dan ada berapa hari lagi before exam
KH: kalau study tak tengok silibus, tak tahu topik, cuma ikut lecture je.......kita akan macam menerawang sikit
KH: kita tak tahu byk mana lagi kene baca
KH: go with the flow...
KH: medic takleh gitu
KH: we need to be organized......a little exam-oriented is okay.....because this is april already
KH: skrg ni buat notes siap2
KH: so that bila nak exam u dont have to use big text books
ntahsapesape: cmne?
ntahsapesape: mknenye gne notes?
KH: a'ah
KH: buatlah nota sendiri
ntahsapesape: ooo ok
ntahsapesape: dlm SG ade notes
KH: ataupun, kalau tak buat notes sendiri........huda sendiri kene tahu, kalau dekat nak exam nnt.......nak baca yg mana
ntahsapesape: ooo ok
KH: takpe je kalau tak buat notes......terpulang lah pada cara huda study
KH: cuma
KH: skrg ni dah kene design 'cara study nak exam' nnt
KH: contohnya
KH: utk tajuk Shoulder anatomy........... huda akan baca nota lecture+buku teks mukasurat 5.
KH: mmg dah tahu dah
KH: kalau utk Lower Limb... nak baca nota SG+kertas soalan kuiz haritu
KH: kira mcm huda dah tahu dah nak baca yg mana bila nak dekat xm nnt
KH: bukan baru nak tercari2
ntahsapesape: oo gitu.....
btol tu..buku pon ade mcm2
ntahsapesape: nt time exam tu la nak bukak 5,6 buku dpan mate
KH: sbb kadang2 kita 'mencari-cari' tu yang lambat!
ntahsapesape: heh
ntahsapesape: btol2 stuju
KH: dah baca 1 jam............. baru rasa 'buku ni tak bestlah'
KH: tak boleh gitu. skrg ni dah kena identify......buku mana best dan tak best. Nota mana yang kita nak 'pegang'
KH: kalau seminggu b4 exam baru nak 'mencari'..........trouble!
KH: itu bukan revision
KH: itu 'mencari'
KH: hehe
KH: mencari tu kene buat awal
KH: nak exam nnt mmg betul-betul REVISION = memasukkan maklumat ke dlm otak je
KH: proses 'mencari' tu kene buat awal, supaya before exam kita boleh buat revision
sbb nak hafal tu ambil masa
KH: at least kalau kita dah tahu apa benda, nota mana yg kita nak hafal.......senanglah
KH: kalau tak sure lagi.....kat mana, yg mana satu nak hafal, buku mana best.......susahlah
KH: kak tahu huda boleh buat!

yes, we all can do it!
~selamat bermujahadah semua~

Sunday, March 8, 2009

Maafkanku

"Selamat menyambut maulidurrasul,Huda"

"Malam ni jangan lupa hadirkan diri ke rumah X ye, ada ceramah sempena Maulud Nabi"

"Mauludirrasul sebagai stimulus untuk kita lebih mengamalkan sunnah Baginda SAW"

"Bestnye, naseb baek ada maulud.dapatla aku holiday sehari."

Bismillah.Salaam Alayk.

Moga rahmat Allah sentiasa melimpah ke atas ummat Muhammad SAW.

Tahukah kamu hari ini hari apa?

Hari ini, 12 Rabiu'ulawwal 1430H.Hari Maulud Nabi Muhammad SAW.


رَضِيْتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالإِْسْلاَمِ دِيْنًا وَبِحَمَّدٍ نَبِيًا وَ رَسُوْلاً

Aku redha Allah sebagai Tuhanku. Islam sebagai agamaku. Dan Muhammad sebagai nabi dan rasulku.


Tahukah kamu?

Aku ada seorang nabi, yang dikurniakan Allah kepadaku.Seorang nabi, untuk aku taati sepanjang hayatku. Aku tidak pernah berjumpa dengan baginda. Tapi aku tahu, nabiku sangat kasihkan aku. Sewaktu hayatnya, nabiku telah mengorbankan seluruh hidupnya untukku. Nabiku menanggung derita, menahan lapar dahaga, dicaci, dimaki,terluka dan cedera parah, serta bersusah-payah menyabung nyawanya untukku.Nabiku sangat bimbangkan aku, bahkan menitiskan air matanya kerana risaukan aku yang mungkin tidak ketemu jalan ke syurga.Dan yang paling mengharukan, tatkala hayatnya tiba ke penghujungnya, lidahnya masih menyebut tentangku. Nabiku memohon kepada Tuhanku, agar dipindahkan seluruh kesakitan sakaratulmaut kepada baginda. Agar aku tidak terseksa kelak, ketika maut mendatangiku.

Dan kerana Nabiku itu, aku bergelar muslimah kini. Kerana Nabiku itu, aku berpeluang mengenal Tuhanku. Aku ada peluang untuk ke syurgaNya.

Namun, penat lelah Nabiku yang bermati-matian memperjuangkan Islam dan mewariskannya kepadaku dan umat manusia, bagai tiada nilainya kini. Islam yang Nabiku bawa kini dihina, dianggap kolot, ganas, tertutup, mundur dan menyusahkan. Umatnya dipijak-pijak, dibunuh sesuka hati, miskin dan tertindas. Tidak lupa juga sebahagian dari mereka, yang sudah melupakan Tuhan mereka, lupakan Nabi mereka. Hidup hanyut dalam fatamorgana dunia, tenggelam dalam lautan keingkaran dan akhirnya karam.


Hari ini, hari memperingati kelahiran Nabiku.

Maka apa yang telah aku lakukan untuknya? Untuk Nabiku, dan untuk Tuhanku?

Entah. Aku pun tidak tahu.

Sewaktu kecil, aku gembira dengan kedatangan hari ini. Aku akan berpakaian cantik, dan berarak bersama rakan-rakanku sambil berselawat. Aku sukakan irama-irama selawat sejak kecil lagi. Namun, lafaz selawatku hanya pada hari itu sahaja. Dan pada hari-hari lainnya, jarang sekali lidahku mahu menyebut namanya.

Bahkan ketika dewasaku, sukar sungguh bagiku untuk mengingati Nabiku. Sukar sungguh untukku turuti sunnah Baginda.

Pabila ditanya, tanpa segan silu ku katakan, "Aku cintakan Nabiku."
Namun kata-kataku langsung tidak diterjemahkan dengan perbuatan.
Kerana aku masih lagi tidak mencintai Nabiku melebihi segala-galanya.
Bagaimana dengan akhlak, perilaku, dan tutur kataku?
Masih lagi seperti dulu. Buruk.


Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia (riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah)


Nabiku sering dihina oleh kafir laknatullah, bahkan sunnahnya dianggap kolot oleh ummatnya sendiri..
Aku marah.Hatiku membara dan menggelegak.Kumaki-maki mereka yang menghina Nabiku.

Namun hanya seketika sahaja.
Aku kembali melupakannya.Aku kembali meninggalkan sunnahnya.

Tetapi Nabiku tidak pernah melupakanku.Bahkan baginda merinduiku. Walau tidak pernah bersua denganku.

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam telah pergi ke kawasan perkuburan dan berkata, “sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita”. Sahabat bertanya: Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah? Baginda menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin) yang belum muncul (i.e mukmin di masa hadapan) – [Riwayat Muslim]

Aku menangis.

Maafkanku Ya Rasulullah. Aku telah mensia-siakan pengorbananmu, dan umat Islam terdahulu. Aku hanya melihat umat Islam hari ini yang semakin jauh dari Tuhan mereka, dan semakin jauh darimu. Aku malu kepada Nabiku. Sedang sunnah baginda yang kecil-kecil itu pun aku tinggalkan, bagaimana pula dengan sunnah Nabiku yang terbesar-DAKWAH-Amar Maaruf Nahi Munkar? Tidak, masih belum cukup terlaksana lagi sunnah dakwah Nabiku.

Aku kembali menyelak surat cinta dari Allah untukku,yang disampaikan melalui Nabiku.
Aku kembali membuka lembaran-lembaran seerah Nabiku.

Aku menangis lagi.

Apa yang telah aku lakukan untuk Tuhanku?
Adakah aku menyambung perjuangan Nabiku?

Hari ini, 12 Rabiulawwal 1430H adalah hari bekerja.

Hari ini bukan hari perayaan. Ia adalah hari bekerja dan berusaha.

Kerana aku adalah ummat Nabiku, Muhammad SAW.

Dan bukankah Nabiku juga adalah Nabi kamu semua?

Semoga Allah mengurniakan kedudukan yang tertinggi dan terpuji di syurga kepada Nabiku.Dan moga Allah sampaikan salam rinduku kepada Baginda.



Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.

Wa ‘ala aalihi wasohbihi wasallam.


12 Rabiulawwal 1430 Hijrah,7 pm

.



Monday, March 2, 2009

ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ

Bismillah. Salaam 'Alayk.

Entri kali ini lebih ditujukan kepada para wanita Islam, walau di mana sahaja anda berada.

Kepada yang bukan wanita pun, sangat dipersilakan untuk turut membaca. :)

Tertarik untuk membuat entri mengenai kisah perempuan yang muhsonat.

Rujukan : Al-Quranul Kareem, Surah AnNuur (24:1-5)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Dengan Maha Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang.

سُورَةٌ أَنزَلۡنَـٰهَا وَفَرَضۡنَـٰهَا وَأَنزَلۡنَا فِيہَآ ءَايَـٰتِۭ بَيِّنَـٰتٍ۬ لَّعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ (١)

1. (Inilah) suatu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukumnya), dan Kami turunkan di dalamnya tanda-tanda (kebesaran Allah) yang jelas, agar kamu ingat.

ٱلزَّانِيَةُ وَٱلزَّانِى فَٱجۡلِدُواْ كُلَّ وَٲحِدٍ۬ مِّنۡہُمَا مِاْئَةَ جَلۡدَةٍ۬‌ۖ وَلَا تَأۡخُذۡكُم بِہِمَا رَأۡفَةٌ۬ فِى دِينِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ وَلۡيَشۡہَدۡ عَذَابَہُمَا طَآٮِٕفَةٌ۬ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

2.Penzina perempuan dan penzina laki-laki, deralah masing-masing dari keduanya 100 kali, dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian; dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman.

Ayat ini menceritakan hukuman zina yang sangat berat. Sudahlah hukumannya berat, orang di sekeliling pun tidak dibenarkan merasa kasihan terhadap si penzina itu, jika perasaan itu akan menyebabkan hukuman Allah tidak berjalan di atas muka bumi.

Sering saja kita mendengar, manusia mempersoalkan tentang pelaksanaan hukuman Allah. Orang bukan Islam, dan bahkan orang Islam sendiri, mempertikaikan bahawa hukuman hudud dari Allah tidak relevan, terlalu dahsyat, tidak diterima akal dan macam-macam lagi.

Ah, di Malaysia, di dalam sebuah 'negara yang dikatakan Islam' sekalipun, hukuman Allah masih tidak tertegak lagi, bukan?

Kita seharusnya sentiasa ingat, bahawa Allah yang menciptakan kita, dan Allah lah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk manusia. Sebaliknya kita bukannya orang yang LEBIH TAHU daripada Allah, untuk mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan.
Memanglah jika kita lihat kebanyakan hukuman di dalam Islam yang ditetapkan, jauh dari logik akal manusia.

Tetapi, kita sebagai orang Islam perlu tahu, dalam kita menimbang sesuatu perkara atau membuat keputusan, kita tidak hanya mengikut logik akal semata-mata.Bahkan pertimbangan seorang Muslim itu perlu disertai KEIMANAN. Disebabkan keimanan inilah, banyak perkara yang dilakukan oleh Muslim, yang dianggap tidak logik oleh orang bukan Islam. Bahkan, Muslim yang tidak MUKMIN juga kadangkala mempertikaikan, kenapa perlu dilaksanakan syariatAllah, kenapa perlu kepada hudud. Ini kerana pertimbangan yang mereka lakukan, hanya berlandaskan logik akal, dan tidak bersandarkan kepada IMAN.

Dan Allah menegaskan tentang perkara ini di dalam ayat di atas.

Surah AnNuur ini, seperti yang kita tahu, adalah surah madaniyah, yang diturunkan pada zaman Madinah. Ini bermakna, Allah telah menurunkan ayat hukuman zina dalam keadaan umat Islam yang beriman,kuat,mempunyai negara Islam,bi'ahnya solehah dan Rasulullah SAW juga masih hidup dan berada di samping mereka. It seems inappropriate, rite?

Mungkin jika ayat zina ini diturunkan pada tahun 2009 hari ini, sesuai sangatlah, kerana umat Islam sekarang yang memang terlalu ramai berzina.



Anda rasa apa sebabnya?

Ini kerana mukjizat AlQuran itu sendiri salah satunya adalah menceritakan tentang perkara-perkara yang AKAN berlaku. AlQuran adalah satu bukti bahawa Allah memang mengetahui, akan tiba suatu zaman di mana zina menjadi benar-benar berluasa di atas muka bumi, which is zaman kini. Sedangkan umat Islam pada zaman Madinah itu, mungkin tak pernah terfikir bagaimana zina itu menjadi perkara yang casual di dalam mansyarakat dan berlaku saban hari.Ayat ini juga menjadi bukti bahawa zina memang dipandang sangat BERAT dan JIJIK di dalam Islam.

ٱلزَّانِى لَا يَنكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوۡ مُشۡرِكَةً۬ وَٱلزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَآ إِلَّا زَانٍ أَوۡ مُشۡرِكٌ۬‌ۚ وَحُرِّمَ ذَٲلِكَ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ 

3. Penzina laki-laki tidak boleh menikah kecuali dengan penzina perempuan, atau dengan perempuan musyrik; dan penzina perempuan tidak boleh menikah kecuali dengan penzina lelaki atau dengan lelaki musyrik; dan yang demikian diharamkan bagi orang-orang mukmin.

Ayat ini boleh dilihat dari sudut ayat penyata, dan juga dari sudut ayat perintah.

Ayat penyata: penzina lelaki hanya akan berkahwin dengan penzina perempuan.
Ayat perintah (menurut tafsiran Ulama') : orang mukmin dilarang dari berkahwin dengan penzina lelaki/perempuan.
Tapi bagaimana jika penzina tu telah bertaubat?
Ulama' berpendapat, ayat ini dikecualikan ke atas penzina yang telah bertaubat nasuha, kerana dia dikira telah kembali bersih dari dosa dan tergolong sebagai orang MUKMIN.

وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَأۡتُواْ بِأَرۡبَعَةِ شُہَدَآءَ فَٱجۡلِدُوهُمۡ ثَمَـٰنِينَ جَلۡدَةً۬ وَلَا تَقۡبَلُواْ لَهُمۡ
شَہَـٰدَةً أَبَدً۬ا‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (٤)


4. Dan orang-orang yang menuduh perempuan-permpuan yang baik (berzina) dan mereka tidak mendatangkan 4 orang saksi, maka deralah mereka 80 kali, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka untuk selama-lamanya. Mereka itulah orang-orang yang fasik.


إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُواْ مِنۢ بَعۡدِ ذَٲلِكَ وَأَصۡلَحُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬


5. Kecuali mereka yang bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Cuba kita lihat kalimah ini di dalam ayat ke 4.

ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ

Apakah maksud perempuan muhsonat?
(sila rujuk Quran terjemahan masing-masing)

AlQuran terjemahan kepunyaan saya menafsirkan perempuan muhsonat sebagai perempuan yang baik-baik. Padahal, itu bukan maksudnya yang sebenar.Perempuan muhsonat bukan sekadar baik sahaja, malah lebih daripada itu.Dia adalah perempuan yang baik, suci, solehah, berakhlak dengan akhlak Islam,mukminah dan macam-macam lagi.. Bukan sekadar baik semata-mata.

Inilah kelemahan Bahasa Melayu. Banyak perkataan di dalam Bahasa Arab, jika diterjemah ke dalam Bahasa Melayu, akan hilang hampir separuh daripada maksud asalnya.

Dan inilah pentingnya kita mempelajari Bahasa Arab, supaya maksud ayat AlQuran yang sebenar dapat kita fahami keseluruhannya.

Jika kita lihat, ayat ini merupakan satu ayat protection dari Allah kepada perempuan-perempuan Islam.Allah hendak memelihara perempuan muhsonat, supaya sesiapa sahaja tidak boleh menuduh mereka dengan sesuka hati. Sesiapa yang menuduh perempuan muhsonat ini melakukan zina, dan si penuduh itu tidak berjaya mendatangkan 4 orang saksi, maka yang wajib disebat adalah si PENUDUH, bukannya perempuan yang TERTUDUH itu.

Ya, inilah dia keadilan Islam !

Ini kerana, once seseorang itu dituduh, walaupun masih belum terbukti tuduhan itu benar atau tidak, secara automatik tuduhan tersebut telah menjatuhkan maruah orang yang tertuduh itu.

Jadi, sekarang Allah sebenarnya hendak melarang manusia daripada MENUDUH sesuka hati.

Betapa hebat ayat ini, dan betapa besar perlindungan Allah terhadap perempuan-perempuan Islam, yang MUHSONAT.


Saya hendak mengajak anda melihat ayat ini dari sudut yang pelbagai.

Jika ayat ini hanya menyatakan perlindungan kepada perempuan muhsonat..

Bagaimana jika perempuan yang tertuduh itu BUKAN perempuan yang muhsonat?

Maka, tidak perlulah didatangkan 4 orang saksi zina itu.Kerana ayat protection ini tidak valid langsung kepada perempuan-perempuan yang tidak baik, tidak solehah, tidak menjaga batasan pergaulan, tidak menjaga aurat dan tidak berakhlak dengan akhlak Islam.

Dan jika tuduhan yang dilemparkan kepada perempuan itu, walaupun tidak benar, si PENUDUH tidak akan dikenakan apa-apa hukuman sebatan. Kerana Allah hanya melindungi perempuan-perempuan yang muhsonat sahaja.

Ini bermakna, hukuman sebatan kepada PENUDUH, hanya akan diwajibkan bergantung kepada perempuan yang DITUDUH tersebut, sama ada dia adalah perempuan muhsonat, atau tidak.Jadi, perkara pertama yang harus dilihat sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman, adalah mengenai perempuan itu sendiri. Adakah perempuan itu terjaga pergaulannya, bagaimana pemakaiannya,bagaimana akhlaknya, dan lain-lain.

Dan jika perempuan yang dituduh itu, pakaiannya memang seksi habis,keluar malam entah dengan siapa,lelaki keluar masuk rumahnya, dan jika tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu tidak benar sekalipun,ia langsung tidak memberi kesan kepada si penuduh. Kerana ayat pembelaan Allah itu tidak valid kepada perempuan sebegini.

Anda faham apa yang cuba disampaikan dari ayat ini?

Oleh itu, jika kita, sebagai muslimah, jika kita tidak mahu DITUDUH, jika kita mahukan pembelaan dari Allah seperti yang dinyatakan di dalam ayat ini, maka kita PERLU berusaha menjadi perempuan yang muhsonat.

Bagaimana?Setuju dengan saya?

Dan untuk memiliki pembelaan Allah seperti ini bukan mudah.

Ibaratnya, jika kita mahukan emas, adakah berbaloi dengan membayar dengan wang yang hanya 10sen?

Sama sahaja jika kita mahukan pembelaan Allah, kita perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi muslimah yang solehah, yang zahiriah mahupun lahiriahnya adalah selari dengan apa yang digariskan oleh Islam.

Jadi, sekarang saya mengandaikan bahawa anda telah faham tentang kepentingan menjadi perempuan yang muhsonat.

Ayat 1 hingga 10 dari Surah AnNuur ini menceritakan tentang hukum-hakam.Hukum kepada penuduh, hukum kepada si tertuduh, hukum li'an dan pembelaan Allah terhadap muslimah yang solehah.

Manakala jika kite telusuri lagi ayat 11 hingga 20 dari surah ini, kita akan lihat bagaimana APLIKASI terhadap teori, hukuman dan pembelaan Allah seperti yang dinyatakan sebelum itu dilaksanakan pada zaman Rasulullah .Dan segalanya diceritakan di dalam kisah Ifk,kisah tuduhan terhadap Saidatina Aisyah yang diceritakan oleh Allah di dalam ayat 11 hingga 20.

InsyaAllah, perbincangan kisah Ifk dan tafseer ayat 11 hingga 20 ini akan disambung ke entri yang akan datang.


ps: sanah helwah ya gameelah kepada Nurnawwar Ramalan. Moga Allah berkati usia kamu.
Luv u!muah3


~Toodles~
2 Mac 2009
11.00pm