Pages

  • RSS

Friday, April 17, 2009

ilmu dan fikrah

Bismillah. Salaam Alayk.

FIKRAH vs ILMU

Pernahkah anda berjumpa dengan golongan ilmuan, yang pengetahuannya sangat tinggi dalam sesuatu bidang, bidang agama khususnya, tetapi tidak 'bergerak'?
Saya sering berjumpa dengan golongan sebegini.
Golongan yang sibuk melengkapkan diri dengan ilmu yang pelbagai, namun mengabaikan tanggungjawab dakwah.

Cuba anda renungi kembali sejarah silam, dimana 2 malapetaka besar telah menimpa umat Islam dahulu.

1.Serangan Monggol ke atas Baghdad.
2. Serangan barat ke atas dunia Islam.

Kenapa 2 peristiwa dianggap sebagai malapetaka besar?
Ini kerana 2 malapetaka ini memberi impak yang sangat besar di dalam sejarah umat Islam.
Umat Islam ketika serangan berlaku, sedang menghadapi masalah kejatuhan akhlak, semangat jihad yang luntur dan sibuk dengan kemewahan dunia. Mereka mempunyai tamadun keilmuan yang sangat hebat, tetapi hanya sekadar ilmu yang kering.

Bagaimana yang dimaksudkan dengan ilmu yang kering ?

Analogi ilmu kering

Kapas A adalah kapas yang kering, dan terjatuh di atas tanah. Bila diangkat kapas tersebut, ia tidak memberi kesan langsung pada tanah tempat ia terjatuh sebelumnya kerana sifatnya yang kering.
Kapas B pula adalah kapas yang basah.Ia menyerap air, dan terjatuh di atas tanah. Bila diangkat, sedikit sebanyak memberi kesan kepada structure tanah tersebut.

Kapas diibaratkan sebagai ilmu.Kapas kering adalah ilmu yang kering, sekadar ilmu semata-mata, dan tidak mengubah apa-apa.Manakala kapas basah adalah ilmu yang 'basah', ilmu yang disertai dengan fikrah yang akan mengubah dirinya dan orang lain.

Ada sebuah Hadis Bukhari, yang lebih kurang berbunyi begini:

Ilmu dan penerimaan ilmu diibaratkan dengan 3 jenis tanah.

1. Tanah yang subur.
Bila hujan turun, tanah itu menyerap air, menumbuhkan rumput-rumput dan pokok-pokok.Tumbuh-tumbuhan itu akan memberi manfaat kepada manusia dan binatang.

2.Tanah berbatu.
Bila hujan turun, ia menakung air, maka binatang dan manusia boleh minum dari air tersebut.Tetapi, tanah itu sendiri tidak menyerapnya dan tidak mendapat manfaat dari air hujan tersebut.Lama kelamaan air itu akan tersejat dan kering.

3. Tanah yang berpasir dan berbatu kelikir.
Bila hujan turun, ia tidak menakung air, tidak menyerap, dan tidak menumbuhkan apa-apa tumbuhan.

Itulah ibarat ilmu kepada manusia.

Ada orang, ilmunya memberi manfaat kepada dirinya dan juga orang lain.
Ada orang, ilmunya tidak bermanfaat dan tidak mengubah dirinya sama sekali. Ilmunya hanya bermanfaat kepada orang lain sahaja. (eg: orientalis dan ilmuan barat, yang tidak mendapat hidayah islam, teapi ilmunya sangat banyak.)
Ada orang,ilmunya langsung tidak berfaedah kepada dirinya dan orang lain.

Kita sepatutnya jadi golongan yang mana?
Sudah tentu yang pertama, bukan?

Saya bawakan anda satu lagi peristiwa dalam sejarah islam.

Berlakunya malapetaka terbesar dalam sejarah Islam adalah pada tahun 1924, dimana Khilafah Turki Uthmaniyyah telah jatuh ditangan Mustafa Kamal.

Bagaimana keadaan umat Islam dikala itu?
Mereka bagaikan dibius, tidak sedar bahawa khilafah yang diasaskan sejak zaman sahabat telah runtuh.Semuanya bingung, bukan hanya berlaku pada bangsa Arab sahaja, bahkan umat Islam seluruh dunia juga turut sama bingung dan tidak sedar bahawa khilafah telah tiada.

Adakah ketika jatuhnya khilafah pada 1924, tiada ulama' atau golongan yang mempelajari Islam?
Sudah tentu ada. Bahkan Universiti Al-Azhar telah wujud berabad lamanya.
Jika di kepulauan Melayu, adakah ketika itu tiada insitusi pondok, pesantren dan sebagainya?
Ada. Dan sangat banyak tentunya.

Jadi, tidak pelikkah kita,sebelum datangnya Imam AsSyahid Hassan Al-Banna, bangkit menyedarkan umat Islam sedunia, kenapa tiada manusia yang tersedar tentang malapetaka terbesar yang menimpa Islam ketika itu? Tiada siapakah di kalangan golongan agama yang begitu ramai tatkala itu yang sedar bahawa khilafah telah tiada?

Pelik, bukan?

Itulah dia, bilamana ilmu yang dituntut adalah ilmu yang 'kering'. Tidak basah, dan tidak membentuk pemikiran atau fikrah, dan tidak mampu menggerakkan orang tersebut.
Mungkin intipati ilmu 'kering' dan 'basah' itu sama saja. Kedua-duanya mempelajari Al-Quran, Sunnah, Fiqh, Tauhid, Seerah dan sebagainya. Tetapi ilmu 'kering' itu sebenarnya kekurangan sesuatu.
Ilmu tanpa fikrah.

Apa pula fikrah itu?
Fikrah, atau pemikiran dan pemahaman yang dibentuk, mungkin boleh kita umpamakan sebagai 'reactant', yang men-'stimulate' dan 'trigger' ilmu-ilmu yang kita pelajari, supaya bergerak.Bergerak, dalam erti kata, melaksanakan dakwah, dan berjuang menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi.
Mungkin sebelum ini kita mempelajari tafseer dan hadith, sebagai satu ilmu semata-mata. Tetapi jika disertakan dengan fikrah, ilmu tafseer dan hadith itu mampu menggerakkan kita dan membentuk diri kita menjadi seorang daie.

Bagaimana proses pembentukan fikrah itu?

Itulah proses tarbiyyah. Di dalam proses tarbiyyah melalui halaqah, daurah dan sebagainya, fikrah dibentuk, dan naqib/naqibah mendefinasikan semula semua ilmu Islam yang pernah kita pelajari dahulu. Sama ada pengertian islam,iman, ibadah, ilah, robb, pentafsiran AlQuran, AlHadis, Seerah Nabawiyah dan sebagainya. Dalam erti kata lain, meng'haraki'kan atau menggerakkan ilmu-ilmu tersebut :)

Anda faham?

Saya yakin, ada yang kurang faham, atau memang blurr sungguh.

"ntah ape yg budak ni mngarut agaknye?"

Oh, saya tidak mengarut ye. Anda akan memahaminya jika anda sendiri berada di dalam proses pentarbiyyahan itu.

Jadi, perhatikan di sekeliling anda. Sumbernya mungkin saja berdekatan dengan anda.

Till then. Toodles~

**erk..sbnarnye, niat asal nak share video ni, tp x sngaje membebel terlebih2 plak dlm post ni.sgt menarik video ni, ttg hakikat kejadian manusia @ human embryological development. masa tgk video ni, terpikir skjap..slame blajar medic ni,kadang-kadang trase ilmu yang masuk dlm kepale adelah ilmu yang kering smate2.

inshaAllah, video ni adelah salah satu wasilah, dalam nak mem'basah'kan ilmu medic and anatomy antum sume :)

Enjoy~




0 comments: