Pages

  • RSS

Saturday, April 4, 2009

ASTRO bergerak?




Anda gemar bergossip?

Jika anda bertanya kepada saya, jawapannya adalah YA.

Saya memang gemar bergossip, suatu ketika dahulu.
Tidak kira mengenai artis-artis kegemaran, mahupun berkisar tentang manusia-manusia di sekeliling saya sahaja.Memang seronok bercerita tentang orang lain, bukan?Perempuan, apatah lagi.

Sehinggalah saya mempelajari ayat 11 hingga 20 dari Surah AnNuur, hati bagaikan tersentak.

Kenapa?
Kerana rupa-rupanya Allah ada menyebut tentang kisah orang-orang yang gemar bergossip ini di dalam Al-Quran.
Sungguh, saya tidak mengetahuinya sebelum ini!

Oh ya, saya namakan kaki gossip ini seperti tajuk yang tertera di atas, ASTRO bergerak.
Kenapa? Jangan tanya saya kenapa. :)

Ok, kita masuk kepada mood tafseer pula ya :)
Ayat 11 hingga 20 Surah AnNuur ini menceritakan tentang Kisah Ifk.Kisah yang berlaku ketika Saidatina 'Aisyah berumur 14tahun ketika mana Aisyah tertinggal di dalam satu rombongan umat Islam yang baru kembali dari medan perang.Ditakdirkan Allah, sahabat Rasulullah Safwan bin Mu'attal juga tertinggal dari rombongan itu, dan terserempak dengan Aisyah.Safwan yang terkejut, hanya berkata,

"Innalillah wa inna ilaihi rooji'uun. Isteri Rasulullah !"

Dan hanya itu sahaja kalam yang terbit dari mulut Safwan.Safwan terus memberi isyarat kepada Aisyah supaya naik ke atas untanya. Tidak berlaku langsung dialog di antara mereka berdua.Dan Safwan terus menarik untanya, yang di atasnya ada Aisyah, terus balik ke Madinah.
Setibanya di Madinah, orang-orang munafiq sengaja menggunakan peristiwa Safwan dan Aisyah yang bersama-sama pulang ke Madinah, sebagai modal untuk membuat fitnah.Diriwayatkan, ketua munafiq yang paling hebat bergossip mengenai Safwan dan Aisyah, adalah Abdullah bin Ubai.Kisah Safwan dan Aisyah terus tersebar meluas ke pelusuk Madinah.
Diriwayatkan juga, Abdullah bin Ubai menimbulkan fitnah terhadap mereka berdua dengan cara yang halus. Dia berjaya menimbulkan syak di dalam hati umat Islam Madinah terhadap isteri Rasulullah dan sahabat baginda.Dan malang sekali, umat Islam kebanyakannya terpengaruh dengan helah yang Abdullah bin Ubai lakukan.Yang lemah imannya, kemungkinan boleh hilang ketsiqahan terhadap Rasulullah, dan meragui kesucian Aisyah dan Safwan.Dan seluruh Madinah sibuk ber'gossip' tentang Aisyah dan Safwan pada ketika itu.
Rasulullah hanya berdiam diri, bukan kerana tidak percaya dan meragukan Aisyah, tetapi baginda menunggu wahyu dari Ilahi.


Dan Allah menurunkan ayat 11 hingga 20 sebagai hujah dan membersihkan Aisyah dan Safwan dari fitnah tersebut.

إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلۡإِفۡكِ عُصۡبَةٌ۬ مِّنكُمۡ‌ۚ لَا تَحۡسَبُوهُ شَرًّ۬ا لَّكُم‌ۖ بَلۡ هُوَ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ‌ۚ لِكُلِّ ٱمۡرِىٍٕ۬ مِّنۡہُم مَّا
ٱكۡتَسَبَ مِنَ ٱلۡإِثۡمِ‌ۚ وَٱلَّذِى تَوَلَّىٰ كِبۡرَهُ ۥ مِنۡہُمۡ لَهُ ۥ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬

11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga). Janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu bahkan itu baik bagi kamu. Setiap orang dari mereka akan mendapat balasan dari dosa yang diperbuatnya. Dan barang siapa di antara mereka yang mengambil bahagian terbesar (dari dosa yang diperbuatnya), dia mendapat azab yang besar (pula).

Ayat ini secara automatiknya membuktikan bahawa Aisyah dan Safwan tidak bersalah. Dan walaupun peristiwa ini sangat memalukan bagi keluarga Rasulullah, Aisyah, Saidina Abu Bakar dan Safwan sendiri, Allah menjanjikan bahawa ada hikmah di sebalik peristiwa tersebut.

Dan insyaAllah, hikmah-hikmah tersebut yang akan kita kongsi kali ini. :)

"Setiap orang dari mereka akan mendapat balasan dari dosa yang diperbuatnya. Dan barang siapa di antara mereka yang mengambil bahagian terbesar (dari dosa yang diperbuatnya), dia mendapat azab yang besar (pula)."

"Dosa yang diperbuatnya" di sini bermaksud, dosa mengumpat, bergossip, dan memfitnah yang ditujukan kepada penduduk Madinah ketika itu.

Ini bermakna, ayat di atas menunjukkan satu equation.
SEMAKIN banyak seseorang itu bergossip, yang macam ASTRO bergerak, menyebarkan kisah-kisah fitnah yang tidak diketahui kesahihannya, SEMAKIN banyak dosa dan azab yang dia bakal terima.

Manakala jika seseorang itu hanya senyap, dan tidak menjadi penyampai kisah-kisah gossip tersebut, maka dia akan selamat.

Anda faham equation tersebut?

Azab dari Allah adalah berkadar terus (proportionate) dengan kadar gossip yang dibuat.

Apa yang baiknya dari peristiwa Ifk ini?

Sebenarnya dari kisah ini, banyak mendedahkan di kalangan umat Islam sendiri, yang mana yang benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya, dan yang mana di antara mereka yang munafiq.Yang mana di antara mereka yang tsiqah dan beriman kepada Nabi, yang tidak akan mempercayai khabar-khabar angin tersebut, sehinggalah disahkan sendiri kesahihannya daripada Rasulullah. Ini kerana, Rasulullah hanya mendiamkan sahaja fitnah yang berlaku kepada Aisyah dan Safwan, untuk menunggu pembelaan dari wahyu Allah itu sendiri.

Jadi peristiwa ini bukan saja suatu ujian kepada Rasulullah, Aisyah dan keluarganya, bahkan juga kepada seluruh umat Islam, sejauh mana mereka mempercayai Rasulullah dan ahlul bait baginda.

لَّوۡلَآ إِذۡ سَمِعۡتُمُوهُ ظَنَّ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بِأَنفُسِہِمۡ خَيۡرً۬ا وَقَالُواْ هَـٰذَآ إِفۡكٌ۬ مُّبِينٌ۬

12. Mengapa orang-orang mukmin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, ketika kamu mendengar berita bohong ini dan berkata, "Ini adalah (suatu berita) bohong yang nyata."

Ayat ini menunjukkan kemarahan Allah terhadap orang-orang Islam.
Allah seakan-akan bertanya, kenapa perlu bersangka buruk terhadap sesama mukmin sendiri? Kenapa perlu percaya kepada khabar-khabar angin yang dibawa oleh orang munafiq?Kenapa iman sangat lemah sehinggakan boleh hilang kethiqahan terhadap Rasulullah dan keluarga baginda?

Jadi, ayat ini mengajar kita tentang HUSNUZZON. Bersangka baiklah.Selagi mana seseorang itu tidak terbukti bersalah, maka kita wajib bersangka baik terhadapnya.
Manusia ini suka bersangka-sangka, kan?
Kita selalu berkata,
"Entah-entah si H tu couple dengan si P.Kamceng semacam je aku tengok."

"Aku rasa kakak2 tu saja-saja je buat baik dengan kita, datang lawat-lawat,bawak makanan, entah-entah ada udang disebalik mee."

Tapi sebenarnya, BERSANGKA-SANGKA itu juga adalah satu DOSA.

Hadis Nabi ada mengatakan,
"Jauhilah prasangka, kerana sebahagian besar dari prasangka itu adalah dosa."

Dalam Islam, a person is innocent until proven guilty. Selagi mana tiada bukti, maka seseorang itu tidak bersalah. Tapi jika kita lihat sekarang, undang-undang dunia menetapkan bahawa, seseorang itu akan disabitkan bersalah jika tertuduh, sehinggalah ada bukti mengatakan dia tidak bersalah, maka dia terlepas dari tuduhan tersebut.

Terbalik, kan?
Jika kita lihat dunia kini, jika seseorang itu didakwa, dia akan ditahan reman. Padahal baru didakwa, TANPA bukti yang menunjukkan dia bersalah.Dia akan dikira sebagai bersalah, sehinggalah proven innocent, dan dibicarakan di dalam mahkamah contohnya dan didapati tidak bersalah, barulah dia akan dibebaskan. Nah, itulah undang-undang manusia, tidak selari dengan undang-undang yang Allah telah tetapkan. Undang-undang manusia yang tidak adil, dan zalim.

Di dalam ayat 12 ini juga, Allah menyuruh kita menolak segala khabar angin, tuduhan, atau gossip yang sampai ke telinga kita.

"Ini adalah (suatu berita) bohong yang nyata."

Sewajarnya umat Islam tidak percaya kepada gossip yang dibawa oleh Abdullah bin Ubai. Bukankah mereka sendiri mengenali Aisyah, isteri Rasulullah yang solehah, mukminah dan muhsonat? Bukankah mereka tahu tentang kesolehan Safwan bin Mu'attal?
Dan teguran ALlah itu juga, ditujukan kepada kita. Sekiranya satu kisah tidak baik sampai ke pengetahuan kita, tanpa ada bukti atau saksi, Allah mengajar kita di dalam ayat ini untuk MEMOTONG percakapan orang yang menyampaikan kisah itu, dan mengatakan,
"Ini semua adalah dusta yang nyata."

Situasi 1

"Eh, aku nampak Minah jumpa dengan Abu tadi. Ko tak rase pelik ke?Apsal diorang jumpe ha? Aku tak tau la betul ke tak kan..tapi pade firasat aku kan..diorang mesti ade pape!"


Pernah mengalami situasi di atas? Sama ada kita menjadi pendengar, ataupun kita sendiri menjadi penyampainya.
Kita sendiri mungkin pernah mengenali seorang sahabat yang kita rasakan, baik orangnya. Tapi mungkin ada orang bercerita tentang keburukan dia, padahal kita sendiri merasakan bahawa dia sebenarnya tidaklah sejahat itu. Jadi, apa yang perlu kita lakukan? Kita seharusnya MENAFIKAN cerita yang dibawa itu, dan membela sahabat kita tersebut, selagi mana tidak terbukti kesalahannya.

Ertinya, tanggungjawab seorang mukmin apabila mendengar gossip adalah:

1.Memotong gossip tersebut, jika sampai ke telinga kita.
2. Tolak kebenaran gossip tersebut.
3. Bagitahu orang lain, supaya turut sama menolak cerita dan gossip tersebut.

..selagi mana tidak terbukti kebenarannya.

Mungkin ada di antara kita yang kononnya mahu mengambil jalan selamat.Pura-pura tidak mendengar gossip tersebut, dan hanya buat tidak tahu sahaja.
Tidak! Allah sebut di dalam ayat ini, umat Islam seppatutnya bukan sahaja tidak mendengar gossip tersebut dan duduk jauh-jauh, tetapi juga kena TOLAK dan mengatakan, "ini adalah dusta yang nyata!"

Ya, inilah akhlak Islam, bahawa kita seharusnya menjaga maruah muslim yang lain. Ini kerana, gossip dan tuduhan ini adalah melibatkan maruah. Walaupun tuduhan yang dibuat tidak betul, sedikit sebanyak, maruah orang yang dituduh tercalar, bukan?

إِذۡ تَلَقَّوۡنَهُ ۥ بِأَلۡسِنَتِكُمۡ وَتَقُولُونَ بِأَفۡوَاهِكُم مَّا لَيۡسَ لَكُم بِهِۦ عِلۡمٌ۬ وَتَحۡسَبُونَهُ ۥ هَيِّنً۬ا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ۬

15. (Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar.


Menerima dari mulut ke mulut. Obviously kita bergossip macam tu kan? Dari mulut ke mulut :)
Kita selama ini hanya menganggap gossip sebagai perkara yang kecil sahaja, kerana kita yang bergossip, bukannya kita yang digossipkan. Kita tidak pernah memikirkan bagaimana perasaan dan maruah orang yang kita gossipkan itu. Padahal pada pandangan Allah, gossip, fitnah, mengumpat, mengata adalah BESAR dan BERDOSA di sisi Allah.

وَلَوۡلَآ إِذۡ سَمِعۡتُمُوهُ قُلۡتُم مَّا يَكُونُ لَنَآ أَن نَّتَڪَلَّمَ بِہَـٰذَا سُبۡحَـٰنَكَ هَـٰذَا بُہۡتَـٰنٌ عَظِيمٌ۬

16. Dan mengapa kamu tidak berkata ketika mendengarnya, " Tidak pantas bagi kita membicarakan ini. Mahasuci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar."

Apa yang boleh kita ambil dari ayat ini?
Allah seolah-olah mengajar kita melalui ayat ini, bahawa kita langsung tidak layak untuk MENGATA, MENGUMPAT dan BERGOSSIP tentang orang lain.
Hakikatnya, apabila kita berdepan dengan realiti sebenar, agak susah untuk mengaplikasikan apa yang Allah ajarkan menerusi ayat-ayat ini.

Anda pernah mengalaminya?
Saya pernah, boleh juga dikatakan selalu.
Contoh situasi yang pernah saya alami, ketika makan beramai-ramai di dalam talam. (trend di Mesir, dinner, lunch dan breakfast di dalam talam, secara beramai-ramai)

Sambil makan, mulut pun sibuk bercerita. Dan cerita yang dibuka adalah mengenai kisah hidup ORANG LAIN. Orang tu melamar orang ni. Orang nun couple dengan orang ni. Orang ni makin hari makin hensem. Jemaah X bergaduh dengan jemaah Y. Artis ni cerai sebab itu ini.Penyanyi nasyid kumpulan S sekarang dah jadi bapuk. Dan...macam-macam lagi.
Sedang kita tidak sedar, kita sebenarnya sedang memakan daging saudara kita sendiri. Dan kisah mengenai orang lain, yang konon-kononnya kita tahu 100%, sebenarnya tidak terbukti lagi kesahihannya.

Dan apabila kita termasuk di dalam perbualan-perbualan dan gossip-gossip hangat ini, saya tahu, sangat susah untuk kita MEMOTONG, MENOLAK dan MEMBERHENTIKAN maksiat yang berlaku depan mata kita ketika itu, iaitu bergossip, fitnah dan mengumpat.




Segalanya memerlukan kekuatan diri.
Kita bukan sekadar hanya bangun, dan meninggalkan perbualan tersebut jika kita benci dengan maksiat itu, tetapi Allah suruh kita menyuruh mereka yang lain untuk turut berhenti dari berkata tentang orang lain.

Inilah pengajaran dari Kisah Ifk ini. Sebelum ini kita mempelajarinya dari Seerah, dan kita hanya menganggapnya sebagai satu perisiwa yang menjadi asbab nuzul bagi ayat dari Surah AnNuur ini. Tetapi sebenarnya, kisah Ifk ini berlaku di SEKELILING kita, setiap hari. Di meja makan, di dalam lecture, sementara menunggu lecturer bermula, di dalam teksi.Di mana-mana.Benda ini berulang-ulang dan berkait dengan ramai orang. Dan sedar tak sedar, kita adalah orang yang mengalami Kisah Ifk ini, hampir setiap hari.Kita melihat dan mendengarnya saban hari.

Betapa pentingnya akhlak Muslim yang Allah ajar di dalam ayat ini, sehinggakan Allah ajar dialog-dialog yang sepatutnya kita gunakan bilamana berdepan dengan situasi ini !

Dan anda rasa,kenapa peristiwa ini terjadi kepada Aisyah dan Rasulullah sendiri?
Kenapa mereka berdua dijadikan watak utama dalam kisah Ifk ini?
Sedangkan Rasulullah adalah orang yang paling tsiqoh di Madinah, dan Aisyah adalah isteri Rasulullah yang solehah.

Ini menunjukkan, peristiwa dan pengajaran dari kisah Ifk ini sangat penting untuk kita teladani, disebabkan itu Allah menggunakan watak-watak yang paling hebat.
Ibaratnya, jika kita sebagai pengarah filem, kita mahukan filem kita menjadi box-office contohnya, sudah tentu kita akan mengambil pelakon yang paling terkenal sebagai watak utama, bukan?

Jadi, jangan ambil ringan dengan apa yang kita bualkan. Perhatikan apa yang kita sembangkan.Kerana topik yang kita sembangkan saban hari adalah BESAR di sisi Allah.Kalau tahu, katakan tak tahu. Kalau tahu, katakan tahu. Jika tak pasti, diamkan sahaja.

Hadis Nabi juga mengatakan:
"Berkatalah yang baik sahaja, ataupun diam."


Jika ayat 12 mengatakan tentang kewajipan kita MEMOTONG percakapan orang yang membawa kisah-kisah gossip dan fitnah ini,
jadi ayat 16 ini pula mengajar kita tentang dialog yang sewajarnya digunakan untuk MEMBERHENTIKAN orang lain dari bergossip.

Sudah faham tentang kewajipan kita?Align Center
Masih mahu bergossip?

Bukankah ia sangat besar pada pandangan Allah?

Maka,berhati hatilah dengan apa yang kita bualkan saban hari.





2 comments:

nuruliman said...

Menusuk kalbu aku.
Terasa pedas sampai pelvis.

Diri perlu diislah.
segera.
Thnks buat peringatan.

Sharifah Syahirah TSM said...

huhu...
terasa part gosip artis nasyid X jd bapuk~ adehhh...
thanx hud~ entry yg amattt pjg..
tp insyaAllah dpt dihadam dgn baik..
:)