Pages

  • RSS

Saturday, February 14, 2009

Syahadatul Haq (part 1)




Bismillah. Salaam 'Alayk.

Anda pernah dengar tentang 'Syahadatul Haq'? Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah mendengar 2 perkataan ini. Tetapi saya yakin anda sudah terlalu biasa mendengar tentang 'kalimah syahadah', bukan? Kalimah syahadah,yang merupakan persaksian yang kita lafazkan setiap kali di dalam solat kita.

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah."


Syahadah : penyaksian
Al Haq : kebenaran

Jadi, 'syahadatul haq' dari segi bahasa bermaksud, penyaksian terhadap kebenaran.
Penyaksian bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Esa, dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya.

Bagaimana yang dikatakan dengan 'penyaksian'? Adakah sama maksudnya dengan 'pengakuan'?

Saya naik saksi vs Saya mengaku

Erk, ada bezakah keduanya? Macam sama saja..
Untuk lebih memahami perbezaannya,saya bawa anda kepada satu analogi.

Mr.X berada dalam satu situasi di mana dia melihat dengan mata kepalanya sendiri, seorang budak lelaki dilanggar kereta di dalam satu kemalangan jln raya.

Di mahkamah, Mr.X berkata di hadapan hakim,
"Saya betul-betul melihat dan menyaksikan budak tu dilanggar kereta !"

Jadi, kita boleh katakan Mr.X sebenarnya adalah seorang 'syahid', atau 'orang yang naik saksi'.

Anda rasa,kenapa Mr.X tak mengatakan sebegini,
"Saya mengaku, budak itu telah dilanggar dengan kereta."


Anda nampakkah perbezaannya? Ini kerana,sesiapa sahaja boleh membuat sebarang pengakuan tentang apa-apa sahaja.Apabila Mr.X membuat pengakuan, tidak semestinya dia melihat dengan matanya sendiri.Kemungkinan juga Mr.X mendengar berita tersebut daripada orang lain.

Bermakna, sesiapa sahaja boleh mengaku dan mengucap 2 kalimah syahadah , tetapi tidak semestinya dia benar-benar menyaksikan dan melaksanakan syahadatain tersebut.

Jadi, ada bezanya di antara orang yang NAIK SAKSI bahawa Allah itu satu, dengan orang yang MENGAKU bahawa Allah itu satu.

Bezanya adalah dari sudut degree of truth penyataan tersebut. Sudah tentu orang yang mengatakan "Aku naik saksi bahawa Allah itu satu." lebih diyakini kebenarannya daripada orang yang mengatakan, "Aku mengaku Allah itu satu.".

A little bit complicated, right?
Ini baru pengertian dari sudut bahasa sahaja :)

Kita masuk kepada bahagian yg akan memeningkan kepala lagi.

Saya ingin bangkitkan satu persoalan.

Sudah terlaksanakah Syahadah Al-Haq kita?

Dan bagaimana yang dikatakan dengan pelaksanaan Syahadah Al-Haq itu sendiri?

Apakah yang anda bayangkan apabila mendengar tentang kalimah syahadatul haq ini?

Syahadatul Haq bukannya sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Bukan sekadar mendirikan solat, puasa, zakat dan haji. Bukan sekadar menjadi seorang muslim komited, yang hanya baik sendiri,nafsiy-nafsiy.Tidak sama sekali !



Walaupun kita telah menunaikan semua kewajipan fardi, kita masih belum dikira sebagai melaksanakan dan membuat penyaksian terhadap kebenaran syahadah kita, selagi mana kita tidak MENYAMPAIKAN penyaksian kebenaran kita kepada umat manusia, yakni menyampaikan risalah Islam, atau dalam erti kata yang lain, MELAKSANAKAN DAKWAH dan menjadi Da'ie !

Ini bermakna, walaupun kita mengucap dua kalimah syahadah setiap hari 5 kali di dalam solat, tidak bermakna kita telah melaksanakan syahadatul haq kita.Tidak bermakna kita telah memikul dan melaksanakan tanggungjawab menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Ini kerana kita hanya melafazkan pada lisan semata-mata, tanpa menzahirkan dengan perbuatan!

"Man qola Laa Ilaha Illallah fahuwa da'ie"

"Sesiapa yang mengucapkan Tiada Tuhan Melainkan Allah', maka dia adalah Da'ie."


Da'ie, yang dimaksudkan dari segi bahasa adalah : orang yang memanggil/menyeru kpd Islam.
Da'ie di sini bukan hanya terbatas dengan menyeru orang lain kepada Islam melalui lisan semata-mata, kerana tidak semua manusia dikurniakan Allah kelebihan untuk bercakap di khalayak ramai.

Saya berikan beberapa contoh da'ie yang berdakwah bukan melalui lisan, seperti Syed Qutb. Bukankah beliau berdakwah melalui penulisan dan buku-bukunya?
Contoh lain, seperti Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Hassan Hudhaibi. Beliau merupakan seorang yang pendiam, tetapi masih berjaya menyampaikan kalimah Islam yang Haq itu melalui apa-apa sahaja cara yang boleh beliau gunakan, asalkan kebenaran Islam itu tersebar.

Lihat pula keberanian Umar Al-Khattab. Saidina Umar digelar Al-Farouq, yang bermaksud 'pemisah antara kebenaran dan kejahilan'. Kerana apa? Kerana beliau berani menyatakan keislamannya kepada penduduk Mekah ketika itu, walaupun Islam sangat ditekan ketika itu.

Abu Dzar Al-Ghifari juga, dibelasah teruk oleh kafir Quraisy ketika beliau dengan lantangnya menngumumkan keislamannya di Kaabah.

Lihat, betapa hebatnya para sahabat ketika itu. Mereka merasai ke'izzahan Islam, oleh itu mereka tidak boleh duduk diam, dan perlu menyampaikan Islam kepada seluruh umat manusia ketika itu.
Bagaimanakah pula dengan kita? Bukankah kita menerima Islam sejak lahir lagi? Adakah kita juga merasai 'izzah dengan Islam seperti yang para sahabat rasakan?

Jika kita ada kelebihan untuk bercakap di khalayak ramai, Alhamdulillah ! Gunakannya itu berdakwah mengajak manusia kepada Islam. Jika tidak, bukankah kita dilahirkan dalam zaman teknologi yang serba canggih? Gunakan wasilah internet, dengan melalui blog, website, Yahoo! Messenger, Friendster dan sebagainya, gunakannya apa sahaja cara yang ada, supaya dapat menyampaikan kalimah Allah yang haq ini.

Allah telah berfirman tentang kewajipan melaksanakan Syahadah Al-Haq :


وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬ا‌ۗ


Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad)satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang membenarkan kebenaran perbuatan kamu.

Surah AlBaqarah (2:143)

Ada di antara kita yang sebenarnya TIDAK MERASAKAN bahawa apabila kita mengucap dua kalimah syahadah, kita akan disoal semula oleh Allah Taala di akhirat kelak. What have we done to prove the 'syahadah'? Di akhirat kelak, alam akan menjadi saksi bahawa kita telah mengucap dua kalimah syahadah itu di dalam hati dan lisan kita, sedangkan kita tidak berbuat apa-apa untuk membuktikan penyaksian kita bahawa Allah itu Tuhan Yang Esa dan Muhammad pesuruhNya.

Adakah anda kira dengan kita mengucap kalimah syahadah di lisan semata-mata, Islam akan tertegak di muka bumi ini? Nonsense.Rasulullah sendiri merupakan qudwah hasanah yang terbaik yang melaksanakan syahadatul haq dalam hayatnya. Bukankah baginda melaksanakan dakwah setiap masa?

Jadi adakah kita masih boleh berdiam diri dan berpeluk tubuh setelah mengetahui ada tanggungjawab dakwah yang seharusnya kita pikul dan laksanakan sebaik sahaja kita mengucap dua kalimah syahadah ?
Tanggungjawab dakwah ini tidak akan terlaksana hanya jika kita menunaikan rukun Islam dan sekadar melaksanakan hukum syarak dalam urusan peribadi seperti kahwin, cerai dan pembahagian harta pusaka semata-mata.Tidak semudah itu.

Ini bermakna, walaupun kita mengucap dua kalimah syahadah setiap hari 5 kali di dalam solat, tidak bermakna kita telah melaksanakan syahadatul haq kita.Tidak bermakna kita telah memikul dan melaksanakan tanggungjawab menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Ini kerana kita hanya melafazkan pada lisan semata-mata, tanpa menzahirkan dengan perbuatan!


Bagaimana jika ada di antara kita yang menolak kewajipan pelaksanaan Syahadah AlHaq ?

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَـٰدَةً عِندَهُ ۥ مِنَ ٱللَّهِ‌ۗ


Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?Surah AlBaqarah (2:140)


Cuba kita kembali mengkaji sejarah umat terdahulu yang tertulis di dalam Al-Quran.
Sebelum ini, Allah juga telah menganugerahkan takhta Syahadah ini kepada kaum Yahudi, malangnya adakalanya mereka menyembunyikan syahadah i
ni, dan adakalanya mereka mengakui kebenaran syahadah tersebut, mengikut keperluan mereka.

Jika kita kaji semula kisah-kisah Bani Israel terdahulu di dalam AlQuran contohnya, tatkala mereka dibawa oleh Nabi Musa lari ke Sinai, mereka mensyirikkan Allah dengan mencipta lembu Samiri. Dan apabila mereka diperintahkan oleh Nabi Musa untuk masuk ke Palestin, mereka ingkar kerana takutkan kaum yang berada di dalam Palestin ketika itu. Allah hukum mereka dengan menyesatkan mereka selama 40 tahu
n. Kisah Bani Israel yang ingkar ini berlanjutan sehingga ke hari ini.
 



[ jaulah Sinai 2008. kesan tinggalan lembu Samiri ]

Lihat, Allah laknat mereka hingga ke hari ini bukan saja kerana mereka menolak untuk memikul tanggungjawab menyampaikan risalah Allah, bahkan mereka ubah kitab Taurat yang diturunkan Allah kepada mereka.

Mungkin anda akan menarik nafas lega kerana anda merasakan anda tidak sama dengan Bani Israel yang derhaka itu. Ya, anda tidak membunuh nabi-nabi, seperti yang mereka lakukan.Anda juga tidak mengubah kalam Allah dalam kitabnya. Anda tidak seperti mereka yang banyak meminta, tetapi kemudian ingkar kepada suruhan Allah.

Mungkin dari sudut itu, anda memang tak wajar disamakan dengan mereka.

Tetapi adakah anda juga tergolong dalam golongan yang INGKAR untuk MEMIKUL beban dakwah dan tanggungjawab menyampaikan risalah Islam ini seperti yang telah Bani Israel lakukan dahulu?Ingkar untuk melaksanakan Syahadah Al-Haq. Saya tidak tahu. Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡمُدَّثِّرُ (١) قُمۡ فَأَنذِرۡ 

1. Wahai orang-orang yang berselimut.
2. Bangunlah, lalu berilah peringatan !

(Surah Al-Mudassir)
Jadi apa kata anda?

Masih ragu-ragu untuk menyampaikan risalah Islam?

Atau...anda mahu menunggu sehingga laknat Allah menimpa umat Muhammad atas keingkaran melaksanakan Syahadah Al-Haq ini seperti yang diterima oleh Bani Israel?

Na'udzubillah min dzalik.

p/s:saya juga sedang koreksi diri.moga2 bukan sekadar memperingati org lain, ttp juga diri sndiri :)
*************************

 ~sayaygbarubaekdemam~
La Zaghlouly, Cairo, Egypt
14 Februari 2009


sumber rujukan : Syahadah Al-Haq-Penyaksian Terhadap Kebenaran
(Sheikh Abul Al-A'la Al-Maududi)

7 comments:

adiLa said...

thanx uda..
tak pg lg sh, so, input ini byk benda baru ^o^

tade org yg mw ajak g sh. skrg sume nk sirr. huhu.

~alhuda~ said...

ahha sirr ke..mane ade sirr2..pegi jela..
nak saye fwdkan name nova ke sisters msia?

ke nova nak tggu ktrg bg daurah sh summer nanti.ekeke brangan je lbeyh (^_^)

muharikah said...

rindunya kat huda!! bile lagi kite nak berjumpa?huhuhuh

sinar_islami said...

nice artikel huda
got the point~
sma2 perbaharui syahadah sentiasa

Hazim Azhar said...

Syahadatul Haq hanya boleh dirasai oleh mereka yang melaksanakannya. Tanpa amalan, ilmu yang ada hanya menjadi ucapan dan tulisan yang kering. Alhamdulillah, Allah memberikan kpd hamba2nya peluang memahami dakwah dgn syumul. Namun, alangkah indahnya jika sumber dakwah itu dicedok dari sumbernya yang tulen di sini.

~alhuda~ said...

kak aisyah,
kami LAGIII la rindu kat akak.sobs
tggu kitrg summer ni yee.
kemsalm org UK :D

kak sha,
thx kak! sama2 perbaharui syahadah, sama2 LAKSANAKAN syahadah kita :)

hazim,
keda soh!
D&T bukan hanya skadar teori yg dcedok dr buku2 atau softcopy2 dll smate2
it needs application rite
even tokoh2 D&T pon buat 'kerja' dulu, barula dpt kluarkan buku2 seumpame dgnnye

ye, maseh byk lagi permata n mutiara2 yg x dgali lg dr bumi Mesir ni.

jzkk.mari bekerja!

aliff rahman said...

SANGAT BAIK