Pages

  • RSS

Saturday, December 19, 2009

isn't this proof enough for us?


OPEN YOUR EYES- Maher zain


Look around yourself
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such a perfect harmony





Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
No..



We just have to
Open our eyes, our hearts, our minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah...)
Guide us every single day
(Allah...)
Keep us close to you
Until the end of time



Look inside yourself
Such a perfect order
Hiding in your cells
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there



When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life



Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Rabb we raise our hands
Forever we thank You
Alhamdulillah..


*a-must-watch video, how Rubben (Abu Bakr) reverting into Islam*
subhanallah, walhamdulillah, allahuakbar!
and there is NO OTHER GOD BESIDES YOU..

Thursday, December 10, 2009

Ar-Rumaisa'


Rumaisa' yang aku kenali, namanya tidak segah Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah, mahupun Fatimah Az-Zahrah. Namun, tokoh yang seorang inilah yang sering aku jadikan sebagai inspirasi.


Kisahnya terkenal sehingga ke umat hari ini. Namun, kebanyakannya kurang mengetahui, bahawa watak utama yang diceritakan adalah merupakan peribadi yang sama.


Dialah Ar-Rumaisa' binti Milhan, juga dikenali sebagai Ummu Sulaym.


Dia antara wanita Ansar pertama yang menerima Islam hasil dakwah yang disampaikan oleh Mus'ab bin Umair di Madinah, dan turut terlibat dalam Perjanjian Aqabah II. Malang sekali, keislamannya mengundang marah suami yang tercinta, Malik bin Nadhir. Keimanannya sama sekali bukan ikut ikutan, tapi berlandaskan kesedaran dan kefahaman. Lantas dia ditinggalkan suaminya bersama anaknya, Anas bin Malik, dan ditakdirkan pula suaminya mati dibunuh musuhnya.


Tidakkah rawan hati sang isteri, tatkala suami yang disayangi mati dalam keadaan kufur?


Namun, Ummu Sulaym punya hati yang tegar. Diasuh dan dibesarkan anaknya, Anas bin Malik sebaik mungkin. Sungguh, bukan calang-calang ibu semurni Ummu Sulaym. Anak kesayangannya diserahkan kepada Rasulullah, untuk berkhidmat sepenuh masa kepada baginda, dan kepada Islam. Anas dididik supaya menjaga rahsia Rasulullah, bahkan kepada ibunya sendiri. Nah, hasilnya terkesan sehingga ke hari ini, bilamana umat hari ini menerima beratus-ratus hadis Rasulullah SAW, yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik. Masakan Anas mampu sehebat begitu, jika tidak kerana pengorbanan sang ibu?


Ummu Sulaym yang terkenal dengan peribadinya yang terpuji, mengundang pinangan daripada Abu Talhah, yang di waktu itu masih lagi kufur. Pinangan Abu Talhah, sukar ditolak. Masakan tidak, Abu Talhah adalah dari golongan bangsawan dan hartawan yang kacak, yang menjadi kegilaan sekalian wanita. Namun bukan itu yang menjadi neraca pertimbangan bagi Ummu Sulaym. Pinangan Abu Talhah dikenakan syarat, dan hanya akan diterima, apabila keislaman Abu Talhah menjadi mahar perkahwinan mereka. Subhanallah, mana lagi wanita di atas muka bumi ini empunya mahar 'termahal' seumpama Ummu Sulaym? Emas, perak dan harta, sama sekali tidak menjadi ukuran !


Bahtera perkahwinan mereka juga diuji Tuhan, tatkala zuriat tercinta jatuh sakit dan meninggal dunia, ketika Abu Talhah keluar berperang. Sekembalinya suaminya ke rumah, dilayaninya sebaik mungkin. Ummu Sulaym mendandan dirinya lebih cantik dari biasa, wangian dipakai, dan ditunaikan tanggungjawab sebagai sang isteri. Sehingga di akhir malam, barulah Ummu Sulaym bersuara,


" Wahai Abu Talhah, bagaimana pendapatmu seandainya ada suatu kaum meminjamkan barang kepada satu keluarga kemudian satu ketika mereka mengambil semula barang tersebut,maka bolehkah bagi keluarga tersebut tidak mengizinkan?"


"Tentu saja tidak boleh." jawab Abu Talhah.


Ummu Sulaym berkata, " Sesungguhnya anakmu adalah pinjaman dari Allah, dan Allah telah mengambilnya kembali. Maka tabahkanlah hatimu dengan pemergian anakmu"


Amarah dan kesedihan Abu Talhah tidak terbendung. Keesokannya Rasulullah dicari dan diceritakan apa yang berlaku. Rasulullah bersabda, "Semoga Allah memberi barakah kepada malam kalian berdua." Dan dengan berkat doa itulah, Ummu Sulaym mengandung dan dikurniakan anak yang diberi nama Abdullah oleh Rasulullah.


Seorang sahabat meriwayatkan , "Aku melihat Abdullah mempunyai 7 orang anak, yang kesemua hafiz Al-Quran."


Ummu Sulaym, yang juga tinggi semangat jihadnya, turut sama menyertai Perang Uhud dan Ahzab. Bahkan tatkala beliau sarat mengandung, disisipnya pisau, yang diniatkan untuk membunuh musuh dan umat islam yang lari dari medan jihad !


Tuhan, bagaimana aku mampu menjadi sehebat wanita ini..?


Rumaisa' , peribadimu sungguh mulia. Seorang ibu yang mithali, juga isteri yang romantik dan tenang. Wanita yang begitu mengenal Rabbnya, dan memahami tanggungjawab sebagai muslimah sejati, yang berkorban apa saja demi agama. Rumaisa' , bukan calang-calang wanita, bahkan cemerlang di dalam sirahnya. Ah, andai peribadimu aku dan seluruh muslimah yang lain teladani, betapa rumahtangga kami adalah syurga, yang berpayungkan di bawah rahmatNya !


Andai..


Andai di zaman ini masih wujud lagi wanita solehah umpama Khadijah R.A, wanita secerdas Aisyah R.A, seorang wanita bersifat perwira seperti Nusaibah binti Kaab, seorang syahidah yang teguh imannya seteguh Sumayyah, dan juga daie berfikiran tajam dan berani, seumpama Ummu Sulaym..


Andai masih ada figur-figur sehebat mereka di akhir zaman ini, mungkinkah Islam kan tertegak kembali, dengan lahirnya pejuang-pejuang Islam dari rahim wanita-wanita seperti ini?


Ya Rabb, betapa aku ingin menjadi seperti mereka..



Friday, November 13, 2009

jauh

terasa jauh rasanya.

kamu aku kira sudah tidak seperti dulu.

sedangkan, bukankah kita suatu masa dulu pernah bersama-sama menerima 'pencerahan' dan diperkenalkan semula dengan islam dari kaca mata yang baru?

bukankah kita dahulu pernah menangis bersama, kerana baru tersentak dari lena yang panjang, sedang kita tidak menyedari bahawa umat sedang parah menderita?

bukankah dahulu, aku dan kamu, pernah menjadi golongan gharib, dipulaukan dan dicemuh oleh manusia sekeliling, semata-mata kerana kita ingin membawa islam, dan bercita-cita untuk menegakkan kesaksian syahadah ini di atas muka bumi?

bukankah kita satu ketika dahulu pernah berkongsi murabbi dan murabbiah yang sama, menadah telinga saban minggu, untuk menerima ilmu dan fikrah yang akhirnya menjadi urat nadi perjuangan kita kini?

kamu yang dahulu, sangat aku kagumi. kamu sering menjadi inspirasi aku. hati kamu yang telah disentuh oleh tarbiyyah, telah menggerakkan jasadmu, untuk terus menyampaikan islam ini kepada manusia lain, tanpa berlengah-lengah. kamu benar-benar beriman dengan wahyu kedua dari Rabbmu, "Qum fa anzir!" tanpa berhujah dengan bermacam alasan, kamu menerima amanah ini dengan rela.

kamu tidak pernah ragu-ragu dengan bebanan tanggungjawab dakwah ini. kamu tidak pernah kisah dengan apa yang mereka umpatkan, apa sahaja celaan mereka tentang kita. bahkan ia menjadi penguat semangat kamu. sehinggakan bila takdir membawaku terbang ke bumi Mesir ini, aku jadi rindu kepada kamu yang sentiasa menjadi penguat semangat dalam aku terus bertahan di atas jalan ini.

dan pabila kamu menyusul ku juga memijak di bumi Ardhul Kinanah ini, aku bagai tidak pernah mengenali kamu.

kamu mula disibukkan dengan tanggungjawab yang pelbagai. sehinggakan ajakan demi ajakanku untuk kita kembali menanam fikrah seperti dahulu, tidak kamu endahkan. aku tahu, kamu bukannya sengaja begitu. tanggungjawab mu itu berat. tapi bukankah kita dahulu telah sama-sama diberi kefahaman dan pencerahan, bahawa tanggungjawab sebagai du'at itu layak menerima prioriti teratas, mengatasi yang lain?

di mana hilangnya kamu yang dahulu?

bila aku mendengar kalam-kalam yang tidak enak menceritakan tentangmu, aku jadi sedih. saban hari, jahiliyah makin menjauhkanmu dari tarbiyyah islam ini.

kesedihanku bertambah, pabila mengetahui kamu telah memberikan persepsi yang buruk tentang ku.kamu mengata di belakangku. kamu marahkan aku, aku tahu. intonasi suaramu ketika berbicara denganku sudah tiada lagi mesranya. tegang. dan nada itu sangat merobekkan hati ku.

aku tak tahu kenapa kamu begitu marahkan aku. sedang kamu tahu apa sebenarnya yang sedang aku buat.bahkan kamu faham, mengapa aku begitu bersusah payah membuat kerja-kerja ini. bukankah kamu juga dahulu pernah begitu? bertebaran di atas muka bumi, mencari hati-hati manusia yang ingin kembali mengenal Rabbnya?

sungguh, aku tidak mengerti, mengapa kamu yang kini sudah jauh berbeza.

mungkin salahku, kerana tidak bersemuka denganmu, berbicara dari hati ke hati. mungkin salahku juga, kerana mengabaikan ikatan ukhuwwah ini.

tapi ketahuilah ukhti, aku rindukan kamu yang dahulu.

aku akan sentiasa berdoa, semoga Allah menemukan kita lagi dalam pertemuan yang penuh erti, bahkan ditemukan semula di atas jalan ini. kerana bukankah kita pernah bertekad suatu masa dahulu, untuk terus menjadi jundiy dalam deen ini?

ya Allah jangan kau palingkan hati kami, setelah kami menerima hidayahMu ini..

Monday, November 2, 2009

adakah taat tergolong dalam birrul walidain?

khusus kepada mereka yang masih keliru dalam membuat 'keputusan', saya sarankan membaca post ini :)

sanggupkah membuat ibu bapa kita menangis,melukakan hati mereka, demi menjaga hati dan perasaan naqib/naqibah kita? sedang ibu bapalah murabbi/ah pertama kita dalam dakwah dan tarbiyyah ini?

(ditujukan kepada mereka yang merupakan anak-anak hasil dari beit muslim, termasuk saya.huhu)




Saturday, October 31, 2009

gelojak hati

Bismillah.

Sekadar ingin berkongsi. Antara kalam Tuhan yang selalu berjaya menyentak hati saya.

قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُڪُمۡ وَإِخۡوَٲنُكُمۡ وَأَزۡوَٲجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٲلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَـٰرَةٌ۬ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَـٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡڪُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ۬ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِىَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَـٰسِقِينَ

24. Katakanlah, "Jika bapa-bapamu,
anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang
kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah
tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya
serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya"
Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang
fasiq.

Surah At-Taubah (9:24)

Terkedu sekejap. memang benarlah Allah itu bersifat Al-Khaliq, Dia betul-betul memahami fitrah makhluk ciptaanNya. disebabkan itulah Allah mention every single thing yang sentiasa mengikat hati manusia daripada dekat denganNya. yang juga menyekat langkah kaki para du'at daripada keluar berjihad di jalan Allah. keluarga, anak isteri, kekayaan, dan rumah tempat tinggal kita. Allah memang tahu, manusia sentiasa terikat hatinya dengan keindahan dunia ni.
Buktinya banyak.ada di mana-mana kan?berapa ramai para du'at dan penggerak yang hebat ketika mudanya, gugur satu demi satu di pertengahan jalan dakwah ini?

Risau.

Sekarang segalanya mudah. Nak berdaurah,berusrah, langsung tiada halangan.mama dan abah tak menentang, malah dihantarnya sendiri sehingga ke pintu tempat program. kalau terasa langkah makin berat, makin perlahan, ada sahabat yang mengingatkan, yang menolak dari belakang. nak malas-malas bergerak dan berdakwah, jangan haraplah.

tapi itu sekarang. akan datang macam mana agaknya?

masih tergolongkah sebagai ansarullah? tetap bergerak kah seaktif dulu? masih membarakah semangat untuk mengembalikan dan menegakkan agama Allah di atas muka bumi?
atau langkah makin perlahan, dek tarikan-tarikan dunia sebagaimana yang Allah telah sebutkan dalam ayat di atas.sibuk mencari harta dunia,sibuk bekerja, seorang doktor, apatah lagi. beranak-pinak dan disibukkan dengan keluarga dan anak-anak. dan yang sering menjadi dilema bagi para akhawat, bersuamikan mereka yang tiada kefahaman dakwah dan tarbiyyah, malah menyekat zaujahnya daripada proses penerusan tarbiyyah.

entahlah. rasa tak layak untuk mengomen apa-apa. mungkin kerana masih baru lagi bernafas dalam medan ini.

tapi sungguh. hati saya bergetar dengan amaran Allah ini.
"maka tunggulah, sehingga Allah
memberikan keputusannya.."

"tunggulah.."
Allah seakan-akan memberikan amaran yang sangat keras kepada kita yang sudah diberikan hidayah dan pencerahan tentang tanggungjawab di atas muka bumi, tetapi akhirnya berpaling dan tenggelam di tengah lautan dunia.

huhu. so scary isn't it? :(

mampukah menjadi sekental Abu Ubaidah Al-Jarrah, yang sanggup membunuh ayahnya yang musyrik di medan perang, kerana mencintai Allah melebihi cintanya terhadap bapanya sendiri?

mampukah menjadi sehebat Mus'ab bin Umair, yang sanggup meninggalkan kebangsawanannya dan ibu yang tersayang, kerana berasa lebih mulia dan izzah dengan Islam dan dakwah di jalanNya?

atau cinta kita terhadapAllah dan RasulNya, dan cinta kepada dakwah ini sekadar mainan kata yang diungkapkan, yang akan dilupakan semula apabila hambatan dunia mengejar?
.....


وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَـٰلَكُم
"Dan jika kamu berpaling (dari
jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka
tidak akan (durhaka) seperti kamu."
Surah Muhammad
(47:38)
Ya Rabb,

Jangan kau gugurkan kami dari jalan ini.

Jangan kau gantikan kami dengan kaum yang lain kerana kedurhakaan kami.

Tetapkanlah langkah kaki dan hati kami di atas jalanMu ini ya Allah..

:(

Thursday, October 22, 2009

cerita syurga

bismillah. salaam aleykum :)

keyf halukum? keyf imanukum? semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat Allah Taala hendaknya.

ini kisah tentang syurga. syurga yang menjadi impian setiap mereka yang beriman. syurga yang mahal harganya, memerlukan mujahadah dan pengorbanan yang tinggi untuk memilikinya. syurga yang juga adalah kampung halaman kita, asal usul kita. yang pernah dihuni oleh bapa kita Adam alaihissalam.

وَقُلۡنَا يَـٰٓـَٔادَمُ ٱسۡكُنۡ أَنتَ وَزَوۡجُكَ ٱلۡجَنَّةَ وَكُلَا مِنۡهَا رَغَدًا حَيۡثُ شِئۡتُمَا وَلَا تَقۡرَبَا هَـٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ
"Dan kami berfirman,'Wahai Adam! Tinggallah engkau dan
isterimu di dalam syurga, dan makanlah dengan nikmat (berbagai makanan) yang ada
di sana sesukamu. (Tetapi) janganlah kamu dekati pohon ini, nanti kamu termasuk
orang-orang yang zalim"

Al-Baqarah (2:35)


perasan atau tidak, di dalam quran terdapat terlalu banyak ayat-ayat yang menggambarkan suasana syurga. kesemuanya adalah gambaran yang baik-baik belaka. ketika saya mendengar ayat-ayat quran mengenai syurga, hati terasa damai.ibarat orang hendak memberi hadiah kepada kita, dan dia menceritakan tentang ciri-ciri hadiah itu kepada kita dengan kata-kata yang sangat mempesona. begitu juga Allah, Dia menjanjikan syurga kepada hambaNya yang beriman, dan dia menceritakan tentang gambaran nikmat syurga itu menerusi kitabNya, dengan bahasa yang paling indah.


مَّثَلُ ٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِى وُعِدَ ٱلۡمُتَّقُونَ‌ۖ فِيہَآ أَنۡہَـٰرٌ۬ مِّن مَّآءٍ غَيۡرِ ءَاسِنٍ۬ وَأَنۡہَـٰرٌ۬ مِّن لَّبَنٍ۬ لَّمۡ يَتَغَيَّرۡ طَعۡمُهُ ۥ وَأَنۡہَـٰرٌ۬ مِّنۡ خَمۡرٍ۬ لَّذَّةٍ۬ لِّلشَّـٰرِبِينَ وَأَنۡہَـٰرٌ۬ مِّنۡ عَسَلٍ۬ مُّصَفًّ۬ى‌ۖ وَلَهُمۡ فِيہَا مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ وَمَغۡفِرَةٌ۬ مِّن رَّبِّہِمۡ‌ۖ كَمَنۡ هُوَ خَـٰلِدٌ۬ فِى ٱلنَّارِ وَسُقُواْ مَآءً حَمِيمً۬ا فَقَطَّعَ أَمۡعَآءَهُمۡ

"Perumpamaan taman syurga yang dijanjikan
kepada orang-orang yang bertakwa; di sana ada sungai-sungai yang airnya tidak
payau, dan sungai-sungai air susu yang
tidak berubah rasanya, dan sungai-sungai
khamar
(anggur yang tidak memabukkan) yang lazat rasanya bagi
peminumnya, dan sungai-sungai madu yang
murni. Di dalamnya mereka memperoleh segala macam
buah-buahan
, dan ampunan dari Tuhan mereka. Samakah mereka
dengan orang yang kekal dalam neraka, dan diberi minuman dengan air yang
mendidih, sehingga ususnya terpotong-potong?"

Muhammad (47:15)


أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ (١١) فِى جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ (١٢) ثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ (١٣) وَقَلِيلٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ (١٤) عَلَىٰ سُرُرٍ۬ مَّوۡضُونَةٍ۬ (١٥) مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيۡہَا مُتَقَـٰبِلِينَ (١٦) يَطُوفُ عَلَيۡہِمۡ وِلۡدَٲنٌ۬ مُّخَلَّدُونَ (١٧) بِأَكۡوَابٍ۬ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٍ۬ مِّن مَّعِينٍ۬ (١٨) لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡہَا وَلَا يُنزِفُونَ (١٩) وَفَـٰكِهَةٍ۬ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ (٢٠) وَلَحۡمِ طَيۡرٍ۬ مِّمَّا يَشۡتَہُونَ (٢١) وَحُورٌ عِينٌ۬ (٢٢) كَأَمۡثَـٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ

11. Mereka itulah orang yang dekat (kepada
Allah).

12. Berada dalam syurga
kenikmatan.

13. segolongan besar dari orang-orang
terdahulu.

14. dan segolongan kecil dari orang-orang
terkemudian.

15. mereka berada di atas dipan-dipan yang bertakhtakan emas dan
permata
.

16. mereka bersandar di atasnya
berhadapan-hadapan.

17. mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap
muda.

18. dengan membawa gelas, cerek
dan sloki (piala)berisi minuman
yang diambil dari air yang
mengalir.

19. mereka tidak pening kerananya dan
tidak pula mabuk.
20. dan buah-buahan apa pun yang mereka
pilih.

21. dan daging
burung
apa pun yang mereka inginkan.

22. dan ada bidadari-bidadari yang bermata indah.

23.laksana mutiara yang tersimpan
baik.

(surah al-waqi'ah)


إِنَّ ٱللَّهَ يُدۡخِلُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ يُحَلَّوۡنَ فِيهَا مِنۡ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ۬ وَلُؤۡلُؤً۬ا‌ۖ وَلِبَاسُهُمۡ فِيهَا حَرِيرٌ۬


"sesungguhnya Allah akan
memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan ke dalam
syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.Di sana mereka diberi
perhiasan gelang-gelang emas dan
mutiara
,
dan pakaian mereka dari
sutera
."


Al-Hajj (22:23)


إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِى جَنَّـٰتٍ۬ وَعُيُونٍ


"Sesungguhnya orang yang bertaqwa itu
berada di dalam syurga-syurga (taman-taman)dan (di dekat) mata-mata air (yang mengalir).

Al-Hijr (15:45)



bila dengar ayat-ayat tentang syurga , saya selalu cuba bayangkan suasana syurga itu dalam fikiran saya. bila Allah cerita tentang syurga dengan sungai-sungai susu, sungai khamar dan sungai madu yang sangat lazat, saya membayangkannya sama seperti dalam filem Charlie and The Chocolate Factory.siapa yang pernah tengok cerita tu tahulah. ada scene pasal sungai coklat yg sangaaaat sedap :)

)


macam tu juga bila Allah mention tentang anak-anak muda dalam syurga yang membawa gelas, piala dan cerek untuk minuman. saya selalu tersenyum bila terjumpa ayat ni.rasa macam kelakar pula bila ada pemuda2 bawak cerek dalam taman syurga yang cantik.hehe
tapi kan, setuju tak kalau saya katakan,anything yang kita imagine sekalipun tentang syurga, TAKKAN SAMA dengan syurga yang sebenarnya?

okai.cuba kita buat analogi. katakan lah saya boleh bercakap dengan baby dalam kandungan ibu. saya dengan excited nya cerita kat baby tu tentang alam dunia. dunia ni cantik. ada bulan, ada matahari. ada pokok. ada binatang, ada tumbuh-tumbuhan. cantiik sangat. ada sungai, air terjun, ada makanan yang pelbagai. macam-macam.

agak-agaknya baby dalam alam rahim tu dapat imagine ke tentang alam dunia yang belum pernah dia rasa tu?

mesti baby tu tak boleh imagine. best ke pokok? ye ke bulan tu cantik? bagi dia alam rahim dah cukup best. very comfortable. boleh berenang-renang dalam rahim mak. makan tak payah pikir, dah ade tali pusat yang sambung ke placenta. sume nutrient mak makan, terus disalurkan kpd dia. dia cuma duduk diam-diam dalam uterus, hisap jari dan skali sekala bersenam sambil tendang perut mak :)

heheh faham ke ape yang saya nak sampaikan?


sama juga dengan kita, manusia yang hidup di alam dunia ini. bila Allah cerita tentang alam akhirat, syurga, neraka, dan sebagainya, tak semestinya apa yang kita imagine tentang alam akhirat tu adalah tepat. samakah pohon-pohon dalam syurga dengan pokok-pokok di dunia? mestilah tak. samakah sungai-sungai susu dan madu dalam syurga dengan sungai coklat dalam movie Charlie and The Chocolate Factory?samakah bidadari-bidadari dan pemuda-pemuda syurga itu dengan peserta-peserta American Top Model atau Ratu Cantik Asia? samakah mata air syurga dengan telaga belakang rumah nenek kita? samakah cerek di dalam syurga dengan cerek kita di dapur? tentulah tidak. bahkan hebat lagi ciptaan Allah yang bernama syurga itu, kerana ia hadiah Allah untuk hambaNya yang benar-benar beriman :)

the point is, jika kita nak merasai dan melihat sendiri bagaimana syurga itu, nak tak nak, kita perlu berusaha mendapatkannya. work for the jannah!

kerana manusia itu pengakhirannya antara dua, syurga atau neraka.

nak ke kita ke neraka? sedangkan atas dunia lagi hati bergetar takutkan neraka bila Allah cerita mengenainya di dalam Al-Quran. dalam neraka, minumannya air nanah dan air panas yang akan menghancukan dan memutuskan tali perut, makanannya pohon zaqqum yang air buahnya sangat pahit dan busuk. jika setitik air pohon zaqqum itu menitik ke bumi, akan rosak penghidupan penduduk bumi. apatah lagi mereka yang memakannya!
itu baru apa yang kita bayangkan. hakikatnya azab Allah itu berkali ganda lebih dahsyat.

then, what should we do?

let's work for jannah from now on. the greatest jannah, jannatul firdaus inshaAllah :)


Sunday, September 20, 2009

'Eid Mubarak 1430H


-perantau pulang ke desa :) -
kredit untuk si kecik Al-Ameen.comey dgn baju melayu johor di pagi raye.heheh

Salaam 'Eid Mubarak 1430H

Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kelemahan diri kepada semua rakan-rakan bloggers umumnya, sama ada yang dikenali atau tidak.

Khusus untuk keluarga tersayang, sisters seusrah, adik-adik 'bulatan' kak huda di mesir atau di malaysia, ikhwah akhawat seperjuangan, sahabat-sahabat medicairo 07, seniors, juniors, dan member2 dari zaman Smap Labu, Darul Quran serta sekolah rendah.

Kullu sanah wentu bikheyr. semoga Allah menerima amalan kita sepanjang Ramadhan yang lalu, dan semoga ianya berterusan sepanjang tahun.taqabbalallhu minna waminkum.

Moga sama-sama istiqomah!

Doakan perjalanan kami pulang ke mesir dengan selamat 27 Sept ni :)

-huda-

Monday, August 24, 2009

cukupkah sekadar rindu?

dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Penyayang

sejahtera kepada mereka yang sentiasa mengharapkan maghfirah dan mardhotillah dariNya.

alhamdulillah, hari ini sudah 3 Ramadhan, 3 hari umat Islam melaksanakan syariat puasa di bulan penuh keberkatan ini.

tahun ini, biiznillah genap 30hari saya akan berpuasa di bumi Malaysia.tidak seperti 2 tahun sebelum ini, saya berkesempatan merasai nikmat menjalani ibadah puasa di negara orang.

percaya tak, bila saja Ramadhan bertandang, hati saya serta merta jadi sayu, dipagut rindukan suasana di Mesir.

Ramadhan di bumi para nabi itu, memang lain benar suasananya. lain benar manusianya. dan yang ajaibnya, lain benar perasaan yang bertandang di hati kami ketika menjalani madrasah ramadhan di sana.

hati yang sekeras batu bagai dilembutkan secara tiba-tiba.

saya jadi rindu.

rindukan suasana malam-malam di Mesir. rumah-rumah mereka yang akan diterangi lampu-lampu yang beraneka warna dan tanglung-tanglung ramadhan yang sangat cantik, bagaikan ada keraian selama sebulan ramadhan. tidak perlu bimbang lagi berjalan pulang ke rumah lewat malam usai solat terawikh di masjid. sungguh meriah ! jangan kata di Malaysia saja ada mercun, di sana pun ada juga. dan kerap kali juga kami pelajar perempuan Malizi di sana dibuli oleh kanak-kanak Arab dengan mercun mereka, kerana saiz tubuh kami yang lebih kurang saja dengan kanak-kanak arab di sana =)

'fanoos'
tanglung ramadhan tradisi Mesir

dan yang menariknya, lampu-lampu yang digantung seawal 1 Ramadhan itu, akan ditanggalkan pada malam 1 Syawal.dan mereka hanya meraikan eidulfitri ala-ala kadar sahaja.

kalau di Malaysia, lain pula ceritanya,kan?malam raya itulah segala macam perhiasan akan mula dipasang =)

rindu sungguh.

kisah di siang hari pun tak kurang menariknya. pak-pak arab yang bengis pada hari biasanya, secara automatik akan bertukar perangainya 180 darjah menjelang ramadhan. jika hendak tawar-menawar harga, ucap sahaja 'Ramadhan Kareem' kepada mereka dan doakan mereka, inshaAllah, mereka pasti berlembut hati dan akan memberikan harga yang murah. dan jika bernasib baik, tambang teksi juga boleh jadi percuma.

Al-Quran, usah katalah. jika di hari-hari biasa pun mereka sudah membiasakan diri membaca Al-Quran di mana-mana sahaja, apatah lagi di bulan Ramadhan. Cybercafe, farmasi, kedai runcit,kedai VCD, restoran, kedai jus, hampir kesemuanya akan diimarahkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran. di atas bas, di dalam Metro (keretapi), di kuliah, bahkan anda akan melihat, sambil berjalan pun mereka akan bersama-sama dengan Al-Quran dan membacanya !

Subhanallah.

tahun sudah, saya mengalami pengalaman yang menarik. ketika waktu ifthor hampir masuk, saya masih lagi tersangkut di dalam teksi untuk ke satu tempat. dalam hati sudah risau, kerana tiada walau sedikit pun makanan untuk dibuat berbuka puasa.

azan maghrib berkumandang.

'tafadhholi ya ukhti'

pemandu teksi itu menghulur sebungkus plastik, berisi 3 biji tamar kepada saya. rupa-rupanya dia memang sudah menyediakan beberapa bungkus tamar, untuk penumpang-penumpangnya barangkali. dan kami pun berbuka puasa bersama pemandu itu di dalam teksinya.

lebih menarik lagi, sepanjang jalan yang kami lalui, tak putus-putus ada insan pemurah yang akan menyedekahkan makanan kepada kami. bayangkan, mereka berdiri di tengah-tengah jalan yang sibuk, sambil mengedarkan pelbagai jenis makanan untuk mereka yang terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. macam-macam ada. air mineral, air tamar hind (asam jawa), roti, tamar. langsung tidak perlu bimbang tentang ketiadaan makanan, jika anda terperangkap di jalan raya bila tiba waktu berbuka puasa.


ya Rabb, indahnya jika masyarakat di Malaysia juga sebegitu rupa.

terasa manisnya menjadi saudara seaqidah!

dan, perasaan rindukan suasana di masjid-masjidnya, usah dikata.

teramat-amat rindu.

Mesir, masjid-masjidnya akan sentiasa dipenuhi dengan jemaah yang datang untuk solat terawikh. sepanjang ramadhan, bahkan pada 10 malam terakhir ramadhan, masjid akan jadi lebih sesak daripada biasa!

rata-rata masjid di mesir, akan membaca 1 juzu' pada setiap malam, bagi 8 rakaat terawikh. kali pertama dulu, memang lenguh-lenguh kaki dibuatnya. fikiran melayang-layang, kerana bacaan yang panjang. tapi kami pelajar melayu belajar sesuatu daripada orang arab di sana. kami membiasakan diri solat terawikh dengan memegang Al-Quran, dan ia memang dibolehkan bagi solat-solat sunat. lebih baik lagi jika memegang Al-Quran terjemahan, kerana jika imam membaca ayat-ayat amaran, ayat tentang neraka dan siksaan Allah, inshaAllah kita juga akan memahaminya dan menangis bersama-sama imam dan jemaah solat yang lain. =)


pada 10 malam terakhir ramadhan pula, masjid-masjid akan lebih diimarahkan. masjid-masjid akan dibuka sepanjang malam, bagi membolehkan jemaah beriktikaf, tidur di masjid, dan Qiyamullail secara berjemaah. mashaAllah, satu pemandangan yang sangat menakjubkan bagi saya, kerana bilangan jemaah yang datang qiyamullail di sebuah masjid yang pernah saya kunjungi, bilangannya hampir sama ramai dengan jemaah solat Jumaat. dan yang lebih mengagumkan, jemaah wanita juga memenuhi ruang solat muslimat, sehinga terpaksa solat di luar masjid.

dan solat tahajud, solat hajat, solat taubat, dan solat witirnya, setiap satu solat akan dibacakan setengah juzu' daripada Al-Quran, dengan doa qunut yang dibaca hampir setengah jam lamanya.

tidak hairanlah qiyamullail jam'ie yang bermula seawal 1 pagi, akan tamat pada jam 3 pagi.

dan bila tiba waktu sahur, jemaah akan berkumpul untuk bersahur bersama-sama. dan ketika itulah kami akan bertukar-tukar makanan, dan merasai pelbagai jenis makanan-makanan dari pelbagai negara. Ada makanan Mesir, Sudan, Yaman, Afrika, Indonesia, India, dan Malaysia. =)


menarik, kan?

tentu anda kini memahami, kenapa saya begitu rindukan madrasah ramadhan di Mesir.

lalu, apa yang perlu saya lakukan?

hanya bersedih hati dan kecewa dengan suasana ramadhan di Malaysia, yang kurang hebat dan kurang meriah?

atau menuding jari kepada umat Islam di Malaysia, kerana tidak mengimarahkan ramadhan yang mulia ini sebagaimana umat Islam di negara lain?

atau menyalahkan dan mencaci maki media dan kerajaan, kerana di dalam bulan penuh barakah ini masih lagi menyiarkan rancangan penuh maksiat di kaca TV?

atau menghantar komen mengutuk pusat siaran radio di negara ini, yang tidak menyiarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di corong radio sepanjang bulan ini?

Akhirnya, tidak dapat tidak, seluruh jari ini sewajarnya menuding jari kepada diri saya sendiri, jika saya sendiri tidak berusaha untuk menjayakan madrasah ramadhan di tanahair, sepertimana yang pernah saya lalui dengan manis sekali, sewaktu di Mesir.

jika tidak, selama-lamanya lah saya akan berterusan merindukan ramadhan di mesir saban tahun, sedang bi'ah di negara sendiri langsung tidak diimarahkan!

bermaknakah rindu itu, jika ia langsung tidak membuahkan amal?

sekadar rindu tidak mencukupi.

iman itu tidak boleh dibeli. semangat dan kerajinan dalam beribadah tidak mampu dipinjam. diri ini perlu membiasakan diri, supaya sentiasa bersemangat untuk memperbanyakkan ibadah, bila-bila masa dan di mana jua.bahkan pada bulan-bulan yang biasa. iman bukannya hanya mencanak tinggi, jika kita berada dalam bi'ah yang solehah, dan kembali mengempis bila kita berada dalam suasana yang tiada sifat islami.

Ia perlu dididik, dan madrasah tarbiyah itu menjadi lebih mudah dengan keberkatan ramadhan.


Moga Allah menerima amalan kita tak kira di mana kita berada, moga ianya jauh dari ujub & riak, moga Istiqamah & moga hasil Ramadhan ini adalah Taqwa, seperti yang Allah kehendaki:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

“Wahai orang2 beriman, diwajibkan ke atasmu berpuasa sepertimana diwajibkan kpd orang2 terdahulu sebelummu, AGAR KAMU BERTAQWA.”

(Al-Baqarah:ayat 183)

.

Ramadhan kareem.

kullu 3am, wentu filkheyr, wa firrohmah, wa fil maghfirah,inshaAllah.


Saturday, August 15, 2009

fastabiqul khayrat !

ini adalah sambungan bagi entri sebelum ini; muqorrabun.

mungkin ada yang merasakan mustahil untuk mencapai apa yang kita impikan, iaitu menjadi golongan muqorrabun, yakni golongan yang dekat dengan Allah, di akhirat nanti.

ya, mereka ada kualifikasi dan kriteria yang tersendiri.ada yang diceritakan Allah menerusi kitabNya, dan ada juga menerusi hadith-hadith Rasulullah SAW.

mereka empunya kisah mereka yang tersendiri, sehinggakan diberi pengiktirafan, dan diabadikan kisah mereka dalam Al-Quran. sedang kitab suci kita itu, surahnya hanya 114 buah surah, ayatnya hanya 6236 ayat (terdapat khilaf di sini), dan didalam kitab yang serba lengkap ini, segalanya perlu diceritakan kepada umat Muhammad.Aqidah, Akhlaq, Syariat, Seerah umat terdahulu,kisah-kisah umat mendatang, hari kiamat, syurga, neraka, dan macam-macam lagi.

jadi,mustahil Allah akan memasukkan kisah-kisah yang langsung tiada kepentingan bagi manusia yang membacanya,bukan?

dan apa pula kualifikasi dan kriteria yang menobatkan mereka sebagai golongan muqorrabun?

mereka ini, golongan yang sentiasa mengimpikan jannah. seperti kita juga, yang saban waktu selepas solat, pasti kita panjatkan doa supaya tergolong dalam ahl jannah.
namun, mereka bukan sekadar berdoa dan berangan-angan untuk ke jannah.

they work for it!

mereka adalah golongan;

وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ

10.mereka adalah golongan yang mendahului kita, dalam beriman kepada Allah SWT, dan mendahului kita masuk ke dalam syurga. (alwaqiah)

golongan yang hebat, dan memiliki satu perangai yang serupa,

yakni sentiasa berlumba-berlumba untuk mendapatkan syurga!

ini kisah mereka.

ini kisah pemburu syurga.



KISAH 1

terdapat 2 orang pemuda lelaki di zaman rasulullah saw, yang sentiasa bersaing antara satu sama lain dalam beramal ibadah. jika si A berpuasa 2 hari, si B berpuasa sunat 3 hari. jika si A berpuasa setiap hari isnin dan khamis, si B berpuasa selang sehari. jika si A membaca Al-Quran 1juzu' sehari, si B akan membaca 2 juzu' pula.mereka sentiasa akan berusaha untuk menandingi antara satu sama lain.

pada satu hari, ketika panggilan jihad tiba, keduanya tanpa lengah terus mendaftarkan diri untuk turut sama berjihad. dan seperti yang diinginkan, keduanya terpilih untuk menjadi mujahidin di barisan hadapan perang.

ditakdirkan Allah, salah seorang daripada pemuda itu ditangkap dan ditawan oleh pihak musuh. dia disiksa dengan dahsyat, dan apabila dia merasakan ajalnya hampir tiba, pemuda tersebut ketawa dengan tiba-tiba.musuh yang menyiksanya terpinga-pinga.

' kenapa kau ketawa? adakah kau gila? padahal kau sedang menunggu maut datang kepadamu !'

' aku ketawa kerana aku sangat gembira.selepas ini aku akan mati. semestinya aku telah berjaya menandingi sahabatku, kerana aku telah mencapai kemuncak keimanan, yakni syahid !' dia menyambung tawanya.
Bold
dengan marah orang kafir itu berkata,

' apa kena dengan kamu semua hai orang islam? pemuda yang aku bunuh sebelum ini pun berkata seperti kamu !'

serta-merta si pemuda menangis teresak. menangis kerana rupa-rupanya sahabatnya telah menandinginya, telah syahid terlebih dahulu sebelumnya !

dan dia tetap juga berjaya meraih syahid, setelah dibunuh oleh si kafir tersebut.


KISAH 2

Masyitah, seperti yang diketahui ramai kisahnya, merupakan ibu kepada 5 orang anak, dan anak bongsunya masih menyusu badan. Masyitah juga merupakan tukang sikat rambut kepada anak fir'aun. dia telah beriman kepada Allah secara sembunyi, tatkala fir'aun dengan angkuhnya memerintahkan rakyatnya mengakuinya sebagai Tuhan.

ketika Masyitah sedang menyikat rambut anak fir'aun, ditakdirkan Allah sikat itu jatuh, dan Masyitah tanpa sengaja telah melafazkan kalimah "Allah".

si anak bertanya, ' siapa Allah? Adakah Allah itu ayahku, Tuhan kamu?'

'Tidak. Allah itu Tuhanku, bahkan Tuhan kamu dan Tuhan ayahmu'

si anak terus melaporkan peristiwa itu kepada ayahnya. fir'aun yang angkuh lantas memanggil Masyitah mengadapnya.
'benarkah kau mempunyai Tuhan selain daripada aku?'

'ya, bahkan Tuhanku adalah Tuhanmu juga, dan Tuhan seluruh alam ini'

fir'aun menjadi berang.dia memerintahkan disediakan sebuah kawah minyak yang besar, yang dipanaskan di atas api dan dibiarkan panas menggelegak. seorang demi seorang anak-anak Masyitah dicampakkan ke dalam kawah minyak yang panas itu, namun Masyitah masih mempertahankan keimanannya kepada Allah.

Sehinggalah ketika giliran bayi di dalam pelukannya tiba, Masyitah menjadi serba salah.

'Sabarlah ibuku. Sesungguhnya kau di dalam kebenaran. Allah menjanjikan syurga buatmu!'

mashaAllah,bayi yang masih kecil itu mampu bersuara!

keraguan yang bertandang di hati Masyitah bagaikan lenyap sama sekali.

' Aku mempunyai satu permintaan terakhir wahai fir'aun. aku mahu kau perintahkan tenteramu untuk mengumpulkan cebisan2 daging kami, dan kau kuburkan di dalam satu kubur yang sama. kerana aku mahu menuju ke syurga bersama anak-anakku'

Masyitah lantas mencampakkan bayinya ke dalam kawah itu, kemudian dia sendiri terjun ke dalamnya.

KISAH 3


kisah imraah fir'aun, isteri fir'aun, yakni Asiah. Tangannya yang mengangkat Musa yang dihanyutkan di Sungai Nil, dan membesarkan Nabi Allah itu dengan penuh kasih sayang. Pabila hidayah dan keimanan kepada Allah meresap ke dalam hatinya, suaminya, fir'aun sendiri yang menyiksanya tanpa belas kasihan.

Asiah dibiarkan tanpa seurat benang, dan fir'aun memerintahkan supaya isterinya digantung ke bumbung penjara istana, dengan menggantung susunya.

Asiah yang menderita tersiksa, menangis merintih kepada Tuhannya.Dia yang dahulunya permaisuri di istana fir'aun, dihinakan oleh suaminya sendiri. Tiada sesalan baginya, bahkan dia memohon kepada Allah dalam rintihnya, agar dikurniakan istana di syurga.

Dengan izin Allah, hijab Asiah terbuka. Pandangannya mampu melihat istana yang telah Allah sediakan buatnya di syurga.

Asiah ketawa.

Dan ketawanya mengundang marah fir'aun.fir'aun terus menyiksanya, sehinggalah Asiah dikurniakan syahid di dalam tawanya.

وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلاً۬ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱمۡرَأَتَ فِرۡعَوۡنَ إِذۡ قَالَتۡ رَبِّ ٱبۡنِ لِى عِندَكَ بَيۡتً۬ا فِى ٱلۡجَنَّةِ وَنَجِّنِى مِن فِرۡعَوۡنَ وَعَمَلِهِۦ وَنَجِّنِى مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ

Dan Allah membuat perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, isteri Fir'aun, ketika dia berkata, "Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim," At-Tahrim (66:11)

KISAH 4

Kisah seorang lelaki yang tidak diketahui namanya, yang disebut di dalam Surah Yaasin, ayat 13-30. Mufassir berpendapat lelaki itu diberi nama Habib An-Najar.

Kisah dari surah yaasin menceritakan mengenai penduduk di sebuah kampung yang mengingkari ajaran yang dibawa oleh 3 utusan Allah kepada mereka.

Lantas datang Habib An-Najar dari hujung kota, demi memberi peringatan kepada kaumnya.

وَجَآءَ مِنۡ أَقۡصَا ٱلۡمَدِينَةِ رَجُلٌ۬ يَسۡعَىٰ قَالَ يَـٰقَوۡمِ ٱتَّبِعُواْ ٱلۡمُرۡسَلِينَ

20.Dan datanglah dari hujung kota seorang lelaki, dengan bergegas dia berkata, "Wahai kaumku! Ikutilah utusan-utusan itu.

ٱتَّبِعُواْ مَن لَّا يَسۡـَٔلُكُمۡ أَجۡرً۬ا وَهُم مُّهۡتَدُونَ

21.Ikutilah orang yang tidak meminta imbalan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

وَمَا لِىَ لَآ أَعۡبُدُ ٱلَّذِى فَطَرَنِى وَإِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ

22. Dan tidak ada alasan bagiku untuk tidak menyembah (Allah) yang telah menciptakanku dan hanya kepadaNyalah kamu akan dikembalikan. (Surah Yaasin)

Sayang sekali. Kaumnya tidak mengerti, bahkan mengingkari ajaran Allah.

Terdapat hadis yang meriwayatkan, penduduk-penduduk kampung tersebut telah menggali sebuah lubang, dan Habib An-Najar telah ditanam ke dalam lubang itu. Dan kepalanya akhirnya dipenggal.

Hadis lain pula meriwayatkan, bahawa Habib An-Najar telah dicampakkan ke dalam sebuah perigi lantas dibunuh.

Namun begitu, dengan rahmat Allah SWT, Habib An-Najar dihadiahkan dengan ganjaran terbaik. Allah telah memerintahkan supaya Habib An-Najar dimasukkan ke dalam syurga.

قِيلَ ٱدۡخُلِ ٱلۡجَنَّةَۖ قَالَ يَـٰلَيۡتَ قَوۡمِى يَعۡلَمُونَ

26. Dikatakan (kepadanya), "Masuklah ke syuga." Dia (lelaki itu) berkata, "Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui,

بِمَا غَفَرَ لِى رَبِّى وَجَعَلَنِى مِنَ ٱلۡمُكۡرَمِينَ

27. apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang telah dimuliakan."

(Surah Yaasin)

sungguh, beliau merupakan da'ie yang sejati.

walaupun nikmat syurga sudah terbentang di depan mata, Habib An-Najar masih memikirkan nasib kaumnya yang ingkar kepada Allah!

KISAH 5


Kisah tentang 2 orang sahabat nabi kita Rasulullah SAW, iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab.

Abu Bakar, sangat terkenal dengan sikapnya yang sangat dermawan, bahkan harta yang didermakannya pasti melebihi para sahabat yang lain. Ini menyebabkan Umar sangat cemburu pada beliau dan berhasrat untuk menandingi Abu Bakar.

Suatu hari, Rasulullah SAW menyeru kepada sahabat-sahabat, supaya berinfaq dengan harta mereka kepada Islam. Umar menjadi bersemangat, kerana inilah masanya untuk dia menandingi Abu Bakar.

Umar pun mengumpulkan separuh daripada hartanya. Sehinggakan subang isterinya pun diambilnya sebelah. Setelah dikumpulkan semuanya, Umar membawakan seguni besar hartanya kepada Rasulullah.

Dipertengahan jalan, Umar bertembung dengan Abu Bakar yang hanya membawa uncang kecil. Hati Umar gembira kerana yakin kali ini dia pasti dapat menandingi Abu Bakar.

Tiba di hadapan Rasulullah SAW, baginda bertanya;

"Wahai Umar, apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?" " Aku tinggalkan mereka separuh daripada hartaku."
"Dan bagaimana pula dengan kamu wahai Abu Bakar? Apa yang kamu tinggalkan kepada keluargamu?" "Aku hanya tinggalkan kepada mereka, Allah dan RasulNya."

Umar terpempan.

Umar berkata; "Aku berharap, aku adalah sehelai bulu di dada Abu Bakar."

Mana tidaknya, keimanan Abu Bakar kepada Allah dan RasulNya tidak mampu ditandingi!

KISAH 6


Mus'ab bin Umair.

Pemuda bangsawan, tampan, kaya dan petah berkata-kata.

Mus'ab gemar memakai wangi-wangian di tubuhnya. Sehinggakan jika Mus'ab berjalan di kota Mekah, wanita-wanita Mekah ketika itu akan membuat barisan di tepi jalan yang menjadi laluan Mus'ab untuk menghidu wangiannya dan memikat Mus'ab bin Umair.

Dengan izin Allah, hati Mus'ab terpikat untuk memeluk agama Islam.

Kepetahan Mus'ab dalam berkata-kata menyebabkan Rasulullah memilihnya sebagai wakil baginda di Madinah, setelah termeterai perjanjian Aqabah. Mus'ab dihantar ke Madinah untuk mengajar penduduknya tentang Islam.

Diriwayatkan, tiada satu pintu rumah pun di Madinah yang tidak diketuk oleh Mus'ab, dan diajarkan mengenai Islam.

Sehinggakan, ketika hijrah Rasulullah SAW ke Madinah, baginda disambut oleh penduduk-penduduk Madinah dengan meriah, dan hampir kesemua mereka telah pun memeluk agama Islam.

Hasil tangan siapa, kalau bukan hasil amal daawah yang dilakukan oleh Mus'ab bin Umair.

Mus'ab yang begitu hebat. Sebelum keislamannya, dia hidup dalam kemewahan dan kebangsawan.

Namun, setelas hidayah Allah meresap ke hatinya, kemewahan tiada makna lagi padanya. Harta-hartanya disedekahkan kepada golongan yang memerlukan.

Mus'ab mewakafkan dirinya kepada Islam, sehinggakan dia berjaya meraih syahid di medan Uhud.

Ketika Perang Uhud, ramai sahabat-sahabat yang lari dari medan tempur demi mengejar ghanimah. Pada waktu yang getir itulah, Mus'ab adalah diantara sahabat yang bermati-matian melindungi Rasulullah SAW dan kaum muslimin yang lain.

Alangkah bahagianya Mus'ab,tergolong dalam golongan syuhada'.

[perkuburan syuhada' di medan uhud]

Ketika para sahabat hendak menguruskan jenazah Mus'ab bin Umair, tiada harta Mus'ab yang dapat ditemui oleh mereka, melainkan sehelai kain. Kain itu mereka jadikan sebagai kain kafan beliau. Kain itu, yang mana bila ditutup kepala Mus'ab, kakinya akan terjulur keluar.Bila ditutup kakinya, kepalanya pula akan kelihatan.

Sehinggakan Nabi SAW bersabda;
"Wahai Mus'ab bin Umair, kami tidak dapat menjumpai hartamu untuk menutupi mayatmu. Semuanya kau sedekahkan kepada mereka yang miskin. Di syurga nanti kita berjumpa, wahai Mus'ab"
******

ya, ini kisah mereka.

ini kisah pemburu-pemburu syurga.

ini kisah mereka yang dekat dengan Tuhan.

kisah kita bagaimana pula?

وَقَلِيلٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ
14. dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. (alwaqiah)


ah, mampukah kita menjadi segolongan kecil itu?

usah banyak bertanya. kita sudah kesuntukan masa.

fastabiqul khayrat!












Friday, August 14, 2009

muqorrabun

Satu soalan.

Apa yang kamu ingin capai dalam hidup kamu?

Berwajah cantik? Suami yang handsome? Wang berjuta? Rumah sebesar rumah PM di Putrajaya? Sebuah pulau peribadi? Pangkat dan kenamaan?


Jika ini yang kita impikan selama ini, sesungguhnya kita telah tertipu dengan kecantikan dunia.

Dunia, yang diumpamakan Allah di dalam Al-Quran, ibarat bunga yang berkembang mekar di taman, baunya harum, kecantikannya memikat hati semua. Namun lama kelamaan ia gugur layu menyembah bumi, dan akhirnya reput bagaikan tidak pernah wujud sebelum ini.

Ini definisi dunia yang Tuhan kita umpamakan.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ (١) لَيۡسَ لِوَقۡعَتِہَا كَاذِبَةٌ (٢) خَافِضَةٌ۬ رَّافِعَةٌ (٣) إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجًّ۬ا (٤) وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسًّ۬ا (٥) فَكَانَتۡ هَبَآءً۬ مُّنۢبَثًّ۬ا (٦

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

1. Apabila terjadi hari kiamat.
2. Terjadinya tidak dapat didustakan (disangkal).
3.(kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain).
4.Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya.
5. dan gunung-gunung dihancur-luluhkan sehancur-hancurnya.
6.maka jadilah ia debu yang berterbangan.

Ini kisah hari kiamat. Hari yang kita imani akan kedatangannya.

[kiamat kecil abad ini]

Dan dengan kedatangannya, manusia akan terbahagi kepada 3 golongan.

وَكُنتُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا ثَلَـٰثَةً۬ (٧) فَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ (٨) وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ (٩) وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ (١٠) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ (١١) فِى جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ (١٢) ثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ (١٣) وَقَلِيلٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ

7. dan kamu menjadi tiga golongan.
8.yaitu golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu.
9.dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu.
10. dan orang-orang yang paling dahulu (beriman), merekalah yang paling dahulu (masuk syurga).
11. mereka itulah orang yang dekat (kepada Allah)
12. berada dalam syurga kenikmatan.
13. segolongan besar dari orang yang terdahulu.
14. dan segolongan kecil dari golongan kemudian.


3 golongan yang Allah sebutkan di sini :
  • golongan kanan : mereka yang soleh
  • golongan kiri : mereka yang melakukan maksiat dan menjadi ahli neraka.
  • muqarrabun : mereka yang lebih tinggi darjatnya berbanding golongan kanan.
Oh, saya ulang sekali lagi soalan tadi ya.

Apa yang kamu ingin capai dalam hidup kamu?

Ya, sudah tentu untuk menjadi golongan muqarrabun dan mencapai syurga Allah yang tertinggi!

'Boleh ke menjadi muqarrabun? Kalau dapat jadi golongan kanan pun dah cukup bagus lah.'

Sudah tentu boleh! Bahkan Rasulullah telah mengajarkan kita, bukan? Jika mahu berdoa, minta ganjaran yang terbaik. Jika mahukan syurga, pohonlah syurga yang tertinggi, syurga firdausi !

Alangkah bahagianya golongan muqarrabun itu..

Di manakah kesudahan mereka?

فِى جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ 
berada di dalam syurga kenikmatan.

Dan siapakah golongan muqarrabun itu?

ثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ

"segolongan besar dari orang-orang terdahulu."

وَقَلِيلٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ

"dan segolongan kecil dari orang-orang terkemudian."

Siapa golongan terdahulu itu?

Iaitu para sahabat Rasulullah yang berjuang bersama baginda, para tabi' tabi'in, dan juga mereka yang hidup sebelum zaman Rasulullah yang beriman kepada Allah dan RasulNya.

Golongan terkemudian?

Kitalah ! Siapa lagi?
Kitalah, yang masih hidup sehingga kini, walaupun Rasulullah telah lama wafat.
Kitalah, yang masih hidup sehingga kini, walaupun hampir kesemua tanda-tanda kiamat telah muncul.

Dan muqarrobun itu, kebanyakannya adalah golongan terdahulu, dan hanya sedikit sahaja terdiri daripada golongan terkemudian seperti kita.

Jadi, berbaloikah mengharap kepada sesuatu yang sangat TIPIS peluangnya?
Berbaloikah mengimpikan diri tergolong dalam golongan teringgi ini, sedangkan kuota untuk umat akhir zaman ini terlalu SIKIT seperti yang Allah telah janjikan?

Sudah tentu, kerana di dunia inilah medan perlumbaan dan perebutan yang sebenar-benarnya!

Ayuh!

rujukan: Surah Al-Waqi'ah



Tuesday, August 4, 2009

umat islam ; singa yang berani atau kijang yang pengecut?




Bismillah. Salaam 'aleykum.Salaam kepada mereka yang sering mengharapkan keredhaan dan maghfirah dariNya.

Alkisahnya, hiduplah sekawanan kijang di dalam sebuah hutan belantara. Ada bapak kijang, mak kijang dan anak-anak mereka.Mereka hidup aman dan bahagia.

Satu hari, mak kijang dan anak sulungnya tengah ambik2 angin kat tepi sungai,terdengarlah mereka suare baby tengah menangis.Mereka pun mencari-cari dari mana datangnye suara baby tersebut.

"mak, ade anak singa laa.."

"haah le nak, siannye die.ni mesti kes buang bayi ni.jom kite bawak balik,kita jage die."

membesarlah anak singa tersebut dalam kawanan kijang. minumnya susu mak kijang, makannya sama macam kijang lain, daun-daun jadi fevret food die, bercakap pun dengan bahasa kijang, bermain pun dengan anak-anak kijang lain.

satu hari anak singe bertanya,

"mak, nape kite tak macam adik bradik laen?kaki ngan tangan kite ade kuku, kite ade janggut,kite ni anak angkat ke mak?"

"mane ade..same je korang sume ni.mak dulu mengidam makan daging singe mase mengandungkan kau.tu yg kau lahir ade iras2 singe sket2."


pandai mak kijang cover line ye.si anak singe pun percaye bulat-bulat dan tak pernah bertanya lagi selepas tu.

satu hari yang hening,kawanan kijang ni tgh syok bersuka ria di sungai.anak-anak kijang sakan bermandi manda termasuklah si anak singa.mak-mak kijang pulak tgh bizi membasuh kain sambil bergossip di tepi sungai ..tiba-tiba..jeng..jeng..jeng..

"AUMMMMMMMMM.."

"weyh ade singe laa.lariii!!!"

sume kijang-kijang bertempiaran lari.malangnye mak kijang tak sempat lari dah diterkam dek singa.sian mak kijang.

"weh, ko kan anak singe.pegi selamatkan mak cepat!!kalau kau mengaum mesti singa-singa laen lari!"kate anak kijang yang sulung kepade anak singe.

"hah?aku anak singe?bile mase pulak?"


walaupun tgh blank,anak singe tanpe melengah cube try test utk mengaum demi menyelamatkan mak kijang.tetapi yang keluar hanyalah bunyi kijang mengembek.
(err, kijang mengembek ke hah?)

suare anak singe tu langsung tak menakutkan singa-singa lain.kene gelak ngan diorang lagi adela.dek kerana takut dan malu kene gelak, si anak singe pun lari dan menyorok di dalam hutan.

dan hiduplah anak singa, tanpa belum mengetahui sapa dirinya yang sebenar, dan mengalami masalah krisis identiti sampai akhir hayatnya.

*******************************************************

Anda rasa, apa agaknya yang cuba saya sampaikan menerusi kisah ni ?

Siapa singa yang dimaksudkan? Siapa pula kijang?

Kijang pengecut yang saya maksudkan adalah golongan yang memusuhi Islam, eg: Yahudi, barat

Manakala singa yang berani adalah KITA, umat Islam !

Kenapa saya buat analogi sebegini?

Kerana kita, umat Islam, yang sewajarnya menjadi berani, gagah dan perkasa seperti singa, kini telah mengalami proses penjinakan oleh barat dan musuh-musuh Islam, supaya menjadi kijang yang pengecut dan tidak tahu menerkam!

Sewajarnya umat Islam, jika kita melalui tarbiyah Al-Quran, Al-Hadith dan seerah perjuangan Rasulullah SAW, para sahabat dan pejuang-pejuang Islam yang hebat,akan menjadi seperti singa yang hebat, dan digeruni oleh semua.Sepatutnya akan lebih ramai lagi umat Islam yang berani berjuang seperti Khalid Al-Walid, Ali bin Abi Talib, Tariq bin Ziad, Salahuddin Al-Ayyubi, dan ramai lagi tokoh-tokoh yang lain.

Sebaliknya apa yang terjadi sekarang? Umat Islam bagaikan kijang yang pengecut. Tidak mampu melindungi saudara seaqidahnya tatkala diterkam musuh. Contoh yang paling senang dan terbentang depan mata, apabila saudara kita di Palestin dihenyak dan ditekan oleh masyarakat sedunia. Siapakah dikalangan umat Islam yang berani bangkit menentang, apatah lagi membantu mereka?

Bahkan kita, umat Islam turut menyumbang dalam menghancurkan saudara kita, dengan menjadi penyumbang terbesar dalam ekonomi yahudi dan sekutunya.Kepimpinan negara-negara Islam juga seakan menutup mata dan merelakan saudara semuslim disembelih di Gaza.

Ah, ini hanya salah satu contoh yang sangat simple.Sudah tentu antum boleh menyenaraikan contoh-contoh yang lebih signifikan,kan?

Bagaimana pula dengan kita? Sedarkah kita bahawa kita adalah singa yang telah dijinakkan untuk menjadi kijang yang pengecut?Proses penjinakan yang berjalan di dalam kehidupan seharian kita, melalui media massa, sistem pendidikan, hiburan, pakaian, dan sebagainya.Kita dijinakkan, supaya membesar dan terdidik seperti mereka,hidup tanpa matlamat, hedonism, seks berleluasa, hidup hanya untuk mengejar kekayaan dunia.

Kita dijinakkan supaya jauh dari Islam.Jauh dari mengenal Islam dari konteks yang sebenarnya. Jauh dari menelusuri teladan Rasulullah SAW dan para mujahidin Islam yang terdahulu. Hasilnya, umat Islam kini hanya mengenal Islam dari sudut solat,puasa,zakat haji semata-mata.Bagi mereka, Islam mereka sudah sempurna dengan hanya melaksanakan 5 rukun tersebut.

Tanpa mangambil kira kewajipan berjihad dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi.

Mana lagi Muhammad Al-Fatih di zaman ini,yang merupakan pemimpin terbaik dan mempunyai tentera terbaik, sehinggakan hadis Rasulullah tentang pembebasan Constantinople terlaksana di bawah pimpinannya ?

Mana lagi Tariq bin Ziad di zaman ini, yang asalnya hanya budak suruhan, namun berjaya menegakkan kalimah di bumi Andalusia?

Mana lagi Mus'ab bin Umair di zaman ini, yang sanggup meninggalkan kebangsawanan dan kekayaannya, demi menyahut seruan Allah dan Rasulnya, dan mengislamkan hampir keseluruhan penduduk Madinah?

Mana lagi Nusaybah di zaman ini, yang berani masuk ke medan perang demi melindungi Rasulullah di perang Uhud, tatkala ramai di antara umat Islam leka mengejar ghanimah yakni harta rampasan perang?

Mana lagi Ummu Sulaym di zaman ini, yang mempunyai mahar yang termahal yakni keislaman suaminya, yang menyerahkan putera tunggalnya utk berbakti kpd Rasulullah, dan yang berjiwa mujahidah dan bersiap sedia utk membunuh mereka yang lari dari medan jihad di dalam perang Ahzab?

Mana lagi akan kita jumpa insan-insan hebat sebegini, sekiranya umat Islam zaman ini masih selesa berada dalam kawanan kijang, dan bergembira dijinakkan untuk menjadi kijang yang pengecut.

Zaman satu bangsa yang hina
Akan ada ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!
Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi
Tetapi semuanya sependapat dengan satu target
Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam
Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan

(dipetik dari penyair Islam Muhammad Iqbal, Diwan Dharb al-Kalim, ms102)

Unsurna ya Rabb, unsur da'watuna, unsur ikhwanuna, unsur jihaduna, unsurna ya Allah, ya Rahman, ya Raheem..




Tuesday, June 23, 2009

mentaliti hud hud

salaam aleyk.just wanna share this beautifully written fiqh daawah, by kak Nikmun.

do visit her blog HERE :)


"Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah ia termasuk yang tidak hadir?”

” Pasti akan kuhukum ia dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas.”

Demikian bicara Nabi Sulaiman alaihisalam seusai pemeriksaan barisan tenteranya yang juga terdiri daripada burung-burung.

Ya, di manakah hud-hud? Masakan dia tak hadirkan diri untuk ‘roll call’ yang sangat penting ini? Masakan dia berani derhaka kepada perintah Nabi Sulaiman, yang kerajaan jika dibandingkan pada hari ini, lebih hebat daripada kerajaan Barrack Obama?

Tiba-tiba…

” Aku mengetahui sesuatu yang belum engkau ketahui. Aku datang kepadamu dari negeri Saba membawa suatu berita yang meyakinkan.”

Ah…itu hud-hud! Berita apakah yang dibawa oleh di kecil ini? Berita yang lebih penting daripada menghadirkan diri ke ‘roll call’ barisan tentera Nabi Sulaiman? Lebih penting daripada nyawanya sendiri? (Recap –> ” Pasti kuhukum dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia…”)

” Sungguh, kudapati ada seorang perempuan yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta memiliki singgahsana yang besar.”

” Aku dapati dia dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah, dan setan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah, maka mereka tidak mendapat petunjuk,”

” mereka juga tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan yang kamu nyatakan.”

” Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arsy yang agung.”

Hud-hud, seekor burung yang kecil, tapi mempunyai himmah (semangat) yang besar. Sanggup mengambil risiko demi menyampaikan berita yang cukup kritikal. ‘ Oh Nabi Allah, ada kaum yang berada dalam kesesatan yang nyata! Mereka, walaupun dikurniakan dengan kerajaan yang tidak kurang hebatnya, tidak menyembah Allah, yang telah mengurniakan mereka dengan nikmat itu pada awalnya! Apakah kita harus berdiam diri sahaja? Apakah kita harus goyang kaki sementara kaum ini terus menerus dalam kesesatan? Apakah kita bisa membiarkan saja mereka menyembah matahari?’

Hebat, hebat sungguh mentaliti hud-hud.

Dia tidak merasakan tubuhnya yang kecil menjadi penghalang dalam membawa misi yang cukup besar. Amar maaruf, nahi munkar.

Dia tidak merasakan, ‘oh, aku cuma seekor burung, ini sekumpulan manusia. mengapa aku perlu menjaga tepi kain mereka? Biarlah manusia lain yang menyibuk mengambil tahu hal mereka!’

Dia juga tidak merasakan, alamak, nanti kalau aku tak pulang segera untuk roll call ni, Nabi Sulaiman marah dan hukum aku. Tak perlulah sibuk-sibuk dengan kaum ni. Pandai-pandailah Nabi Sulaiman dapat tahu nanti. Dia kan rasul. Yang penting, aku jaga diri aku sendiri. Nanti aku kena hukum, kena sembelih, aku juga yang susah.’

Yang penting, yang bermain dalam fikiran hud-hud, cuma satu; ‘ok, ni ada kaum yang menyembah selain Allah. Isu yang sangat kritikal ok! kena sembelih pun sembelih la, masakan aku dapat berdiam diri sedangkan ada kemungkaran yang besar berlaku di hadapan mataku? Menyembah selain Allah! Tidak, tidak mungkin aku dapat biarkan!’

*******************

Saya sempat berbual dengan seorang pesakit semasa aku memasukkan cannula ke dalam salur darahnya. Dia dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan pada tulang kakinya yang patah. Semasa berbual saya mendapat tahu yang dia rupa-rupanya seorang guru (bekas).

” Did you enjoy your job?” Saya bertanya sambil menyiapkan peralatan untuk memasukkan cannula tersebut.

” Yes and no.” Jawabnya.

” Why no? “

” The kids nowadays, they have no respect to teachers. Unlike in the old days. And there is nothing that you can do about it. You can’t punish them. And there is no use bringing this up to the top. They don’t like to hear about this things.” Jelas tergambar kekecewaan di wajahnya yang sedikit pucat. (kiraan darah merahnya 7.6–>kerana itulah saya berusaha untuk memasukkan cannula ini, untuk memindahkan sedikit darah sebagai ganti)

” They don’t like whistle blowers? ” Cannula akhirnya berjaya dimasukkan, tinggal hendak ‘flush’.

” No, they don’t. They pretend that everything is ok when its clearly not.”

” At one point, the society is going to collapse isn’t it? It can’t keep on like this.” Saya membuat spekulasi sambil meletakkan ‘dressing’ di atas cannula tadi.

” I hope not. ” Pesakit itu tersenyum. ” Hopefully somebody will realize it and take action before its too late.”

Rupa-rupanya dia pun menanti kedatangan ‘hud-hud’. Hud-hud yang berani menyatakan kebenaran, berani menyatakan yang hak, berani mengambil tindakan, bukan hanya sekadar melihat dari tepi dan menanti.

Hud-hud yang menjadi pemangkin kepada perubahan masyarakat ini…

******************************

” Masuklah ke dalam istana.”

Ketika Balqis melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya penutup kedua betisnya.

” Sesungguhnya ini hanyalah lantai istana yang dilapisi kaca.” Kata Nabi Sulaiman.

Dan ketika itu pintu hidayah terbuka, lalu dia menyatakan keimanannya.

‘ Ya Tuhanku, sungguh, aku telah berbuat zalim terhadap diriku. Aku berserah diri bersama-sama Sulaiman kepada Allah, Tuhan seluruh alam.”

**********************************

Saya bayangkan, kiranya hud-hud bersama-sama berada di situ, pastinya dia tersenyum puas mendengar ucapan ikhlas Ratu Balqis.

Dan dia cuma seekor burung. Sedangkan kitalah, sebagai manusia yang dipertanggungjawabkan untuk membawa risalah ini.

Adakah kita hendak kalah pada hanya seekor burung?

*************************************

Saya tak dapat bayangkan, seandainya kita dapat memahami percakapan burung-burung atau semut, atau apa jua binatang yang sentiasa menjadi saksi terhadap peradaban manusia pada hari ini…

Pastinya kita akan malu…

Kerana pastinya tidak putus-putus mereka mengingatkan, mengkhabarkan, mengejar kita dengan berita-berita…

” Kaum X tak sembah Allah, sembah taghut!” Bising burung A.

” Kaum Y dah lupa kepada ajaran Rasulullah!” Leter semut B.

” Kaum Z perlu bimbingan, mereka tengah kritikal diserang jahiliyyah ni!” Panik ikan C.

Tak dapat bayangkan. Mesti kita ketika itu tak putus-putus bekerja kan? Tak ada masa dengan kerja-kerja lagho. Ada saja ‘report’ dari spesis yang berbeza. Semuanya peka, semuanya ingin sama-sama melihat dunia ini dikendalikan mengikut hukum Allah. Jaminan kesejahteraan dan kebahagiaan. Untuk semua.

*********************************

Tapi realitinya, kita sebagai manusialah yang dipilih untuk memikul tanggungjawab ini.

Bukan burung-burung, bukan semut, bukan kucing, bukan ikan, bukan zirafah…

Rasulullah telah mewariskannya kepada kita.

Kitalah yang harus menjadi hud-hud itu…

Ayuh, persiapkan diri, ikhlaskan niat, dan teruslah bekerja!

(sumber rujukan : dari Surah an-Naml)


***********************************************

nota kaki dari hood-hood blogger :)

1. 3 hari lagi nak terbang ke bumi Malaysia terchenta.mungkin ini last post dari mesir.iAllah akan update secare pukal spanjang summer holiday nnt.heheh

2. ade satu lagi Oral Physiology exam.buku nak baca banyak.doakan doakan doakan!! moga2 Doctor bagi soalan senang2, plus dapat jawab dgn cemerlangnye!

3. doakan juga natijah imtihan yg akan keluar end of july nnt.takoot :(