Pages

  • RSS

Tuesday, August 4, 2009

umat islam ; singa yang berani atau kijang yang pengecut?




Bismillah. Salaam 'aleykum.Salaam kepada mereka yang sering mengharapkan keredhaan dan maghfirah dariNya.

Alkisahnya, hiduplah sekawanan kijang di dalam sebuah hutan belantara. Ada bapak kijang, mak kijang dan anak-anak mereka.Mereka hidup aman dan bahagia.

Satu hari, mak kijang dan anak sulungnya tengah ambik2 angin kat tepi sungai,terdengarlah mereka suare baby tengah menangis.Mereka pun mencari-cari dari mana datangnye suara baby tersebut.

"mak, ade anak singa laa.."

"haah le nak, siannye die.ni mesti kes buang bayi ni.jom kite bawak balik,kita jage die."

membesarlah anak singa tersebut dalam kawanan kijang. minumnya susu mak kijang, makannya sama macam kijang lain, daun-daun jadi fevret food die, bercakap pun dengan bahasa kijang, bermain pun dengan anak-anak kijang lain.

satu hari anak singe bertanya,

"mak, nape kite tak macam adik bradik laen?kaki ngan tangan kite ade kuku, kite ade janggut,kite ni anak angkat ke mak?"

"mane ade..same je korang sume ni.mak dulu mengidam makan daging singe mase mengandungkan kau.tu yg kau lahir ade iras2 singe sket2."


pandai mak kijang cover line ye.si anak singe pun percaye bulat-bulat dan tak pernah bertanya lagi selepas tu.

satu hari yang hening,kawanan kijang ni tgh syok bersuka ria di sungai.anak-anak kijang sakan bermandi manda termasuklah si anak singa.mak-mak kijang pulak tgh bizi membasuh kain sambil bergossip di tepi sungai ..tiba-tiba..jeng..jeng..jeng..

"AUMMMMMMMMM.."

"weyh ade singe laa.lariii!!!"

sume kijang-kijang bertempiaran lari.malangnye mak kijang tak sempat lari dah diterkam dek singa.sian mak kijang.

"weh, ko kan anak singe.pegi selamatkan mak cepat!!kalau kau mengaum mesti singa-singa laen lari!"kate anak kijang yang sulung kepade anak singe.

"hah?aku anak singe?bile mase pulak?"


walaupun tgh blank,anak singe tanpe melengah cube try test utk mengaum demi menyelamatkan mak kijang.tetapi yang keluar hanyalah bunyi kijang mengembek.
(err, kijang mengembek ke hah?)

suare anak singe tu langsung tak menakutkan singa-singa lain.kene gelak ngan diorang lagi adela.dek kerana takut dan malu kene gelak, si anak singe pun lari dan menyorok di dalam hutan.

dan hiduplah anak singa, tanpa belum mengetahui sapa dirinya yang sebenar, dan mengalami masalah krisis identiti sampai akhir hayatnya.

*******************************************************

Anda rasa, apa agaknya yang cuba saya sampaikan menerusi kisah ni ?

Siapa singa yang dimaksudkan? Siapa pula kijang?

Kijang pengecut yang saya maksudkan adalah golongan yang memusuhi Islam, eg: Yahudi, barat

Manakala singa yang berani adalah KITA, umat Islam !

Kenapa saya buat analogi sebegini?

Kerana kita, umat Islam, yang sewajarnya menjadi berani, gagah dan perkasa seperti singa, kini telah mengalami proses penjinakan oleh barat dan musuh-musuh Islam, supaya menjadi kijang yang pengecut dan tidak tahu menerkam!

Sewajarnya umat Islam, jika kita melalui tarbiyah Al-Quran, Al-Hadith dan seerah perjuangan Rasulullah SAW, para sahabat dan pejuang-pejuang Islam yang hebat,akan menjadi seperti singa yang hebat, dan digeruni oleh semua.Sepatutnya akan lebih ramai lagi umat Islam yang berani berjuang seperti Khalid Al-Walid, Ali bin Abi Talib, Tariq bin Ziad, Salahuddin Al-Ayyubi, dan ramai lagi tokoh-tokoh yang lain.

Sebaliknya apa yang terjadi sekarang? Umat Islam bagaikan kijang yang pengecut. Tidak mampu melindungi saudara seaqidahnya tatkala diterkam musuh. Contoh yang paling senang dan terbentang depan mata, apabila saudara kita di Palestin dihenyak dan ditekan oleh masyarakat sedunia. Siapakah dikalangan umat Islam yang berani bangkit menentang, apatah lagi membantu mereka?

Bahkan kita, umat Islam turut menyumbang dalam menghancurkan saudara kita, dengan menjadi penyumbang terbesar dalam ekonomi yahudi dan sekutunya.Kepimpinan negara-negara Islam juga seakan menutup mata dan merelakan saudara semuslim disembelih di Gaza.

Ah, ini hanya salah satu contoh yang sangat simple.Sudah tentu antum boleh menyenaraikan contoh-contoh yang lebih signifikan,kan?

Bagaimana pula dengan kita? Sedarkah kita bahawa kita adalah singa yang telah dijinakkan untuk menjadi kijang yang pengecut?Proses penjinakan yang berjalan di dalam kehidupan seharian kita, melalui media massa, sistem pendidikan, hiburan, pakaian, dan sebagainya.Kita dijinakkan, supaya membesar dan terdidik seperti mereka,hidup tanpa matlamat, hedonism, seks berleluasa, hidup hanya untuk mengejar kekayaan dunia.

Kita dijinakkan supaya jauh dari Islam.Jauh dari mengenal Islam dari konteks yang sebenarnya. Jauh dari menelusuri teladan Rasulullah SAW dan para mujahidin Islam yang terdahulu. Hasilnya, umat Islam kini hanya mengenal Islam dari sudut solat,puasa,zakat haji semata-mata.Bagi mereka, Islam mereka sudah sempurna dengan hanya melaksanakan 5 rukun tersebut.

Tanpa mangambil kira kewajipan berjihad dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi.

Mana lagi Muhammad Al-Fatih di zaman ini,yang merupakan pemimpin terbaik dan mempunyai tentera terbaik, sehinggakan hadis Rasulullah tentang pembebasan Constantinople terlaksana di bawah pimpinannya ?

Mana lagi Tariq bin Ziad di zaman ini, yang asalnya hanya budak suruhan, namun berjaya menegakkan kalimah di bumi Andalusia?

Mana lagi Mus'ab bin Umair di zaman ini, yang sanggup meninggalkan kebangsawanan dan kekayaannya, demi menyahut seruan Allah dan Rasulnya, dan mengislamkan hampir keseluruhan penduduk Madinah?

Mana lagi Nusaybah di zaman ini, yang berani masuk ke medan perang demi melindungi Rasulullah di perang Uhud, tatkala ramai di antara umat Islam leka mengejar ghanimah yakni harta rampasan perang?

Mana lagi Ummu Sulaym di zaman ini, yang mempunyai mahar yang termahal yakni keislaman suaminya, yang menyerahkan putera tunggalnya utk berbakti kpd Rasulullah, dan yang berjiwa mujahidah dan bersiap sedia utk membunuh mereka yang lari dari medan jihad di dalam perang Ahzab?

Mana lagi akan kita jumpa insan-insan hebat sebegini, sekiranya umat Islam zaman ini masih selesa berada dalam kawanan kijang, dan bergembira dijinakkan untuk menjadi kijang yang pengecut.

Zaman satu bangsa yang hina
Akan ada ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!
Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi
Tetapi semuanya sependapat dengan satu target
Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam
Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan

(dipetik dari penyair Islam Muhammad Iqbal, Diwan Dharb al-Kalim, ms102)

Unsurna ya Rabb, unsur da'watuna, unsur ikhwanuna, unsur jihaduna, unsurna ya Allah, ya Rahman, ya Raheem..




2 comments:

Unknown said...

insyaallah..
the time 4 muslim will be there.

maybe now..
who noes.

doa doa said...

umat ISLAM zaman dahulu

memberi manfaat umat islam yang sekarang

jika tiada yang menjadi singa atau kijang

maka benarlah formasi solat khauf ketika perang yang bertepatan dalam hadith dan ilmu fiqh

p/s:keberanian umat islam mahupun umat yang beriman pada kitab kitab lepas tiada kaitan dengan haiwan atau ada?

(( title blog anda ini jika dibaca dengan cermin mata 3 dimensi menjadi,IBLIS BENAR WALAUPUN SULBI))