Pages

  • RSS

Tuesday, September 30, 2008

Hamdalah !

~Bismillahirrahmanirrahim~

Result dur baru sahaja keluar.Terkedu sebentar bila sahabat di Mesir menyampaikan berita.Alhamdulillah.Berkat Ramadhan dan doa keluarga serta sahabat-sahabat, Allah anugerahkan saya rezekiNya lagi.Terus saja saya bersujud syukur.

Namun kegembiraan dirasakan tidak lama. Beberapa sahabat-sahabat lain ada yang terpaksa bertungkus-lumus lagi pada tahun hadapan menghadapi imtihan yang sama. Sayu rasanya. Kerana saya ada bersama-sama mereka berjuang di Mesir tatkala sahabat lain sedang enjoy summer holiday di Malaysia kebanyakannya. Saya tahu mereka juga berusaha keras. Malah lebih keras berbanding biasa. Tapi mungkin Allah ada perancanganNya sendiri. Allahu a'lam.

Sememangnya pengalaman pertama kali di'nobat'kan antara yang terpilih untuk menjalani imtihan dur, satu pengalaman yang sangat berharga. Macam-macam yang dipelajari sepanjang tempoh 20hari tersebut. Insaf memang insaf. Lepas ni berazam nak belajar rajin-rajin.No more ronggeng2. Akidah terasa sudah kembali ke landasan yang benar, itu lebih penting.Konsep Qada' Qadar, sabar, ikhlas, tawakkal semakin dihayati tatkala menjalani hari-hari imtihan di Mesir. Di sana, kami bermuhasabah diri semula. Apa hikmahnya di sebalik semua ini?Apa yang Allah mahu tunjukkan kepada kami di sebalik ketetapanNya?


Terasa hancur luluh hati bila diberitakan tentang natijah imtihan Julai lalu, walaupun hakikatnya sudah dapat disangka. Sebulan saya mengurung diri. Tambahan pula menerima tekanan dari orang sekeliling. Pressure yang amat. Segala SMS dan email rakan-rakan yang mengambil berat dibuat tak endah. Bagi saya tatkala itu, mereka langsung tak memahami,kerana mereka tidak mengalami.

Mujur ada sahabat. Mereka yang memberi peransang, walaupun mereka juga menerima nasib yang sama. Saya akui saya memang lemah, tak tabah. Susah nak terima kenyataan, lagi-lagi berkaitan pelajaran. Ini agaknya yang cikgu2 SMAP selalu sebut2kan dulu.

"Budak-budak SMAP ni, asyik kene spoon feeding je kat skolah.Dah masuk U nnt, tak reti nak urus diri sendiri.Pelajaran pun kantoi!"

Hmm.baru kena batang hidung sendiri.Tapi tak boleh nak guna alasan tu juga. Sebab ada budak SMAP lain najah. Mumtaz lagi tu~Huhu salah siapa? Lu pikir la sendiri.

Teringat words of wisdom from Melor,

''rilek la huda. exam2 ni dunia je. ko jgn compare diri ko ngan org atas ko.ko kene tgk org dibawah ko yg lagi susah.kite stakat kne dur je pon.org kat palestin tu,kne bunuh.skola pon xsempat nak pegi!''

Cemie pula berkata,

"Maybe Allah nak suruh kite duduk kat Mesir taim2 Ramadhan ni. Kalo kat Mesia, ape kite buat? enjoy je kan..Allah nak suruh kite kumpul pahale dalam bulan Ramadhan.Org enjoy,kite study.Doa kite pon mesti berbakul-bakul kan.Result tu sejak azali dah Allah tetapkan.Allah tak pandang hasil, tapi Allah pandang usaha kita."


Saya sangat kagum dgn mereka krn begitu optimistik. Thanks kawan2. Saya semakin tabah pabila bersama kalian!




If Allah answers your prayers, Allah is increasing your patience. If not, He has better plans for you in the future