Pages

  • RSS

Friday, November 13, 2009

jauh

terasa jauh rasanya.

kamu aku kira sudah tidak seperti dulu.

sedangkan, bukankah kita suatu masa dulu pernah bersama-sama menerima 'pencerahan' dan diperkenalkan semula dengan islam dari kaca mata yang baru?

bukankah kita dahulu pernah menangis bersama, kerana baru tersentak dari lena yang panjang, sedang kita tidak menyedari bahawa umat sedang parah menderita?

bukankah dahulu, aku dan kamu, pernah menjadi golongan gharib, dipulaukan dan dicemuh oleh manusia sekeliling, semata-mata kerana kita ingin membawa islam, dan bercita-cita untuk menegakkan kesaksian syahadah ini di atas muka bumi?

bukankah kita satu ketika dahulu pernah berkongsi murabbi dan murabbiah yang sama, menadah telinga saban minggu, untuk menerima ilmu dan fikrah yang akhirnya menjadi urat nadi perjuangan kita kini?

kamu yang dahulu, sangat aku kagumi. kamu sering menjadi inspirasi aku. hati kamu yang telah disentuh oleh tarbiyyah, telah menggerakkan jasadmu, untuk terus menyampaikan islam ini kepada manusia lain, tanpa berlengah-lengah. kamu benar-benar beriman dengan wahyu kedua dari Rabbmu, "Qum fa anzir!" tanpa berhujah dengan bermacam alasan, kamu menerima amanah ini dengan rela.

kamu tidak pernah ragu-ragu dengan bebanan tanggungjawab dakwah ini. kamu tidak pernah kisah dengan apa yang mereka umpatkan, apa sahaja celaan mereka tentang kita. bahkan ia menjadi penguat semangat kamu. sehinggakan bila takdir membawaku terbang ke bumi Mesir ini, aku jadi rindu kepada kamu yang sentiasa menjadi penguat semangat dalam aku terus bertahan di atas jalan ini.

dan pabila kamu menyusul ku juga memijak di bumi Ardhul Kinanah ini, aku bagai tidak pernah mengenali kamu.

kamu mula disibukkan dengan tanggungjawab yang pelbagai. sehinggakan ajakan demi ajakanku untuk kita kembali menanam fikrah seperti dahulu, tidak kamu endahkan. aku tahu, kamu bukannya sengaja begitu. tanggungjawab mu itu berat. tapi bukankah kita dahulu telah sama-sama diberi kefahaman dan pencerahan, bahawa tanggungjawab sebagai du'at itu layak menerima prioriti teratas, mengatasi yang lain?

di mana hilangnya kamu yang dahulu?

bila aku mendengar kalam-kalam yang tidak enak menceritakan tentangmu, aku jadi sedih. saban hari, jahiliyah makin menjauhkanmu dari tarbiyyah islam ini.

kesedihanku bertambah, pabila mengetahui kamu telah memberikan persepsi yang buruk tentang ku.kamu mengata di belakangku. kamu marahkan aku, aku tahu. intonasi suaramu ketika berbicara denganku sudah tiada lagi mesranya. tegang. dan nada itu sangat merobekkan hati ku.

aku tak tahu kenapa kamu begitu marahkan aku. sedang kamu tahu apa sebenarnya yang sedang aku buat.bahkan kamu faham, mengapa aku begitu bersusah payah membuat kerja-kerja ini. bukankah kamu juga dahulu pernah begitu? bertebaran di atas muka bumi, mencari hati-hati manusia yang ingin kembali mengenal Rabbnya?

sungguh, aku tidak mengerti, mengapa kamu yang kini sudah jauh berbeza.

mungkin salahku, kerana tidak bersemuka denganmu, berbicara dari hati ke hati. mungkin salahku juga, kerana mengabaikan ikatan ukhuwwah ini.

tapi ketahuilah ukhti, aku rindukan kamu yang dahulu.

aku akan sentiasa berdoa, semoga Allah menemukan kita lagi dalam pertemuan yang penuh erti, bahkan ditemukan semula di atas jalan ini. kerana bukankah kita pernah bertekad suatu masa dahulu, untuk terus menjadi jundiy dalam deen ini?

ya Allah jangan kau palingkan hati kami, setelah kami menerima hidayahMu ini..

4 comments:

fathiyyah said...

yang, be strong!

fathy ada nk tumpang bahu, nk menangis pon boley :)

ahlkauthar said...

yup2...
be strong ek huda...
welcome to our kauthar @ any tyme...
>.<

Leb@H_m@nJ@ said...

hehe. dhuha, kahfi dan air mata. tak tahulah, byk sgt dala kepala aku smalam

iktiraf said...

salam ziarah..
moga terus kuat..
jom le singgah.. ;)