Pages

  • RSS

Saturday, April 25, 2009

kepastian


Kepastian - Inteam

klik sini utk download :)

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kedukaan
Angkara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

* rindu nak buat reunion dgn keluarga, kawan2 dan akhawat fillah saya.
**tapi..sebaik-baik reunion yang kita sangat2 harapkan tentulah reunion kat syurga kan?

syurga, yang dibawahnya mengalir sungai dari air susu, sangat putih warnanya, rasanya lemak dan tidak berubah.

syurga, yang mengalirkan sungai dari air berupa arak yang lazat rasanya, ia tidak memabukkan.

syurga,yang mengalirkan sungai dari air berupa madu yang jernih dan manis.

syurga, yang terkandung di dalamnya pelbagai jenis buah-buahan dan minuman.

syurga, di mana penghuninya akan duduk di atas dipan bertakhtakan emas dan permata. Anak-anak yang muda akan membawakan kepada penghuni syurga gelas, cerek dan piala berisi minuman yan diambil dari air yang mengalir.mereka boleh memilih buah-buahan dan daging-daging burung yang mereka kehendaki.

syurga, yang terkandung di dalamnya kamar-kamar yang bergemerlapan, ada dipan-dipan yang tinggi, bantal dan tilam untuk bersantai dan permaidani yang dihamparkan sebagai perhiasan dan untuk bersenang-lenang.

syurga, di dalamnya tiada yang lain, selain pengampunan dari Allah.

dan di dalam syurga, nikmat apakah yang lebih besar yang akan diperoleh, melainkan nikmat menatap wajah Allah yang Maha Agung?

kenikmatan dan kelazatan syurga yang tidak akan mampu terbayang oleh akal manusia yang terbatas.gambaran syurga, yang hanya akan dirasai oleh penghuninya kelak.

jangan tinggalkan saya. sila tarik saya bersama kamu.saya mahu kita sama-sama menggapai syurga.bukan nafsiy-nafsiy.

:( sedeyh mode.

medan fikir lebih luas dari medan cakap.
medan cakap lebih luas dari medan amal.
medan amal lebih luas dari medan jihad.
medan jihad lebih luas dari medan jihad yang muntij.

tak semua yang kita angan-angankan akan terzahir dalam tutur kata kita.
tak semua yang kita tuturkan akan kita buktikan dengan perbuatan dan amal.
tak semua yang kita amalkan akan kita laksanakan dengan penuh mujahadah dan jiddiah.
tak semua perkara yang kita mujahadahkan, kita lakukan dengan efficient dan membawa natijah.

tak paham ape maksud medan jihad muntij? sile klik sini untuk pengetahuan lanjut.

kesimpulannya,

jangan sekadar berangan-angan nak masuk syurga,

kalau amalan seharian langsung tidak seperti amalan AHLI syurga.

ahli syurga kah yang tengok cerita korea ?
ahli syurga kah yang solat subuh lewat?
ahli syurga kah yang kutuk2 ammu teksi bila kena tipu tambang mahal nak mampus?
ahli syurga kah yang tidak menundukkan pandangan?skodeng mat arab ensem kat kuliah?
ahli syurga kah yang solatnya tidak khusyuk?
ahli syurga kah yang quran nak tadarus 2 maqra' sehari pun susah?
ahli syurga kah yang bertambah amalan sunat solat hajat etc hanya bila fatrah imtihan menjelang?
ahli syurga kah yang playlist mp3 nya lebih banyak lagu jason mraz, dbsk, superjunior, etc daripada bacaan ayat quran syeikh saad al ghamidi dll dan zikrullah?

saya sgt sedeyh.
seriyesly sgt sedeyh.

saya nak jadi penghuni syurga.kamu juga begitu, kan?




5 comments:

Anonymous said...

aik, pompuan pun suke skodeng yerr

hehehe, ingat aku je suke skodeng pompuan dalam lecture hall...

kak nurani said...

salam huda..
nice song and good post^_^
insyaAllah,sama-sama kita memperingat satu sama lain yea..

'Andai diumpama Islam spt sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan seluruh dunia bagi mencari jiwa2 muda. aku tak ingin mengutip dgn ramainya bilangan mereka. tapi aku ingin hati2 yang ikhlas utk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu mnjadi bangunan yg tersergam indah 'as syahid al-imam Hassan Al-Banna

sayang kamu;))

zulaikha said...

saya mmg suka baca entry2 akak :)

mabruk alaiki!

best n ada isi

mahu juga jadi ahli syurga

moga kita semua tergolong dlm ahli syurga hendaknya...insya allah

mil said...

hud2,
saya pon nk jdi ahl syurga...
jgn lupa tarik sy bersama2 kamu jika sy terpesong mlgkah tnpa hala tuju....

sdeyhnya....

misnomer

[amiza a.malik] said...

down nye baca..

tgh refleks diri,

ahli syurga kah aku?