Pages

  • RSS

Friday, June 12, 2009

aku cemburukan dia

Aku cemburukan dia.

Walhal, aku tak pernah mengenalinya. Dan aku teruskan juga niat untuk mencoret tentangnya dan sahabat-sahabatnya.Walaupun mereka semua adalah kaum Adam, yang langsung tiada kaitan dengan aku. Tapi aku yakin, peristiwa ini telah mengajarku sesuatu yang sangat berharga. Dan tiada sesiapa yang mampu mengajarkannya, melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Pencipta.

Aku hanya sekadar mengenali wajahnya, sebagai seorang senior di universiti.Itu pun, aku tak pernah tahu namanya, sehinggalah berita pemergiannya sampai ke pengetahuan kami.

Ketika itu, baru kami sibuk membelek Majalah Asy-Syifa',Majalah rasmi Persatuan Perubatan Mesir.Kami cari gambarnya. Oh, ini rupanya akh tersebut. Memang selalu terserempak di universiti.Masih tidak percaya dengan perkhabaran malang tersebut. Kami menunggu dengan penuh debar sehingga berita disahkan.Benar, tragedi tersebut telah membawa kepada kembalinya arwah Ammar kepada kekasihnya, dan Aman dan Eckm terlantar kritikal di hospital.2 yang lain, Saif dan Fitri, alhamdulillah hanya mengalami cedera ringan.

Malam tragedi itu berlaku adalah malam peperiksaan bagi kami Pelajar Tahun 2 Perubatan Universiti Kaherah. Tapi, kami langsung tidak dapat belajar. Cuba untuk membuka buku Anatomy, sekadar mencukupkan syarat usaha, supaya Allah permudahkan dalam exam keesokannya. Tapi fikiran langsung tiada pada buku, hanya sedih memikirkan arwah, dan nasib Aman dan Eckm , yang juga merupakan senior di SMAP Labu.

Sehingga hari ini, tak tahu berapa banyak air mataku telah tumpah untuk mereka, terutama arwah.

Bukan kerana perit kehilangannya.Tapi kerana aku sangat mencemburuinya.

Aku tidak pernah menyangka, akan hanya mengenalinya setelah dia tiada lagi. Setiap butir yang menceritakan tentangnya, pasti yang baik-baik sahaja. Aku teliti satu demi satu blog-blog sahabatnya yang menceritakan tentang arwah. Aku mendengar kalam-kalam dari kakak-kakak senior tentangnya.Kesemuanya menggambarkan dia sebagai seorang yang bersopan-santun, lemah-lembut, berbudi bahasa, dan jelas fikrah dakwahnya. Dia yang diceritakan, sangat disenangi sahabat-sahabatnya, dan kata-katanya penuh hikmah yang sering menyentuh hati insan-insan yang mendengar.Tiada langsung kisah buruk yang aku terima mengenainya.

Paling menyentuh hati, Ummu Ammar dan Abu Ammar merelakan pemergian arwah Ammar dengan penuh redha dan tabah.

"Makcik redha.InshaAllah, seorang Ammar pergi, 10 lagi Ammar akan ganti.Adik-adik Ammar akan jadi lebih hebat daripada Ammar"

"Bangunlah wahai mujahid dan mujahidah, teruskan perjuangan Ammar mudah-mudahan Allah menjemput Ammar yang disayangi untuk menguatkan semangat dan cinta kepada Islam dalam rangka mendidik dan berbakti."

Subhanallah.

Baru aku sedar, dunia sebenarnya sedang kehilangan seorang mujahid muda.Mujahid muda yang hebat, dan dilahirkan dari benih ibu ayahnya yang pasti turut sama hebat.

Sungguh, kehilangannya ditangisi semua, dan bagiku sendiri, pemergiannya amat aku cemburui.

Aku cemburukannya kerana dia pergi dalam keadaan yang mulia, ketika sedang berjihad menuntut ilmu dan menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin.

Aku cemburukannya kerana semua yang mengenalinya bagaikan membuat penyaksian kepada Allah SWT, bahawa dia merupakan insan yang soleh selama hayatnya di muka bumi.

Aku cemburukannya kerana seandainya penghuni bumi telah mengiktirafnya sebegitu, apatah lagi penghuni langit dan penghuni taman-taman syurga. Jika di dunia manusia menangisi pemergiannya, pasti penghuni langit dan syurga juga sedang bergembira menyambut kedatangannya.

Aku cemburukannya kerana dia pergi dengan sempat melafazkan kalimah yang mulia, kalimah syahadatain, dengan wajah yang terukir sedikit senyuman. Petanda dia tergolong dalam golongan yang beriman, inshaAllah.

Cemburu. Sangat-sangat cemburu. Dan sebenarnya sayu memikirkan nasib diri.

Bagaimana pengakhiranku? Apakah pemergianku nanti juga akan ditangisi? Jika aku mati, bagaimanakah aku yang bakal digambarkan oleh insan-insan yang mengenaliku? Adakah baik gambarannya, sehingga mereka akan sangat merasakan kehilanganku nanti? Ataupun mereka langsung tidak terkesan, bahkan lebih bergembira tanpaku?

Bagaimana nasibku di akhirat nanti? Apa penyaksian dari seluruh makhluk di sekelilingku, tentang ku di hadapan Allah di Mahsyar kelak? Di mana bukan sekadar manusia, bahkan mata, telinga, anggota badan, binatang, tanah, pokok, bahkan seluruh alam akan menjadi saksi selama hayatku di dunia.

Dan sungguh, aku sangat takut memikirkannya.

Ya, ini pengajaran dari Allah.Teguran dari Allah kepadaku.Betapa aku lalai dengan kehidupan dunia,alpa dengan hakikat penciptaanku, dan lupa bahawa aku akan dikembalikan kepadaNya, BILA-BILA MASA dan SEKELIP MATA SAHAJA. Dan demi pengajaran yang berharga ini, ia menuntut kepada tragedi yang memeritkan ini. Sangat memeritkan.

Pemergian arwah Ammar,tidak sia-sia. Aman dan Eckm yang sedang terlantar di hospital juga. Benar, pengajaran dari tragedi ini sangat menyentuh hati. Membangkitkan iman. Dan mengembalikan kami kepada Rabb yang Maha Mencipta, Maha Menghidup dan Maha Mematikan.

Muhasabah diri. Apakah selepas ini masih ada peluang untuk kita? Atau adakah kita hanya menunggu orang lain pula dikorbankan untuk Allah menegur kita lagi?

Na3udzublillah min dzalik.

Memetik kata-kata Allahyarham Ammar,

Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat.

Berbahagialah saudaraku. Dirimu kini telah terpilih Allah, untuk melihat dunia dari jendela akhirat. Lantaran dirimu adalah anak-anak akhirat, yang jiwanya hangat dengan cinta kepada akhirat.Dirimu kini telah bebas dari fitnah dunia yang menyesakkan, sedang kami masih berusaha untuk tidak terus hanyut dalam arus dunia ini.Selesai sudah perjuanganmu di dunia, dalam usaha menjadi Mujahid Islam, dan Musafir Ilmu yang diredhai Allah.

Ya Rabb, dengan kekuatan dan kebesaranMu, gantikanlah pemergian Mujahid muda ini dengan kelahiran lebih ramai Mujahidin Islam, yang sentiasa ikhlas dan istiqamah dalam mengejar redhaMu.Terimalah saudaraku sebagai hamba yang soleh di sisiMu, tempatkan lah dia di tempat yang terbaik di sisi Mu.

Ya alQawiy, wahai Tuhan Yang Maha Kuat, kuatkan hati kami. Kuatkan saudara kami, Eckm dan Aman.Dengan kekuasaanMu yang Maha Agung, selamatkanlah mereka, sembuhkan mereka seperti sedia kala, agar kami semua dapat bersama-sama meneruskan perjuangan menggapai mardhotillah Mu di atas muka bumi ini.

Ya Allah, Ya Raheem, Tuhan Yang Maha luas rahmatNya, izinkan kami juga pulang mengadapMu, dalam keadaan yang paling mulia dan di bawah keredhaanMu, dalam ingatanku yang terbaik mengingatiMu.Kurniakan kami pengakhiran yang terbaik, dan ganjaran yang terbaik, yakni nikmat syurgaMu.

Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah, seandainya dosa-dosa kami yang menggunung tinggi ini telah mengundang kemurkaanMu.

Ameen Ya Allah.Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

**latest update arwah Ammar klik SINI**

Tuesday, June 9, 2009

id-din ya harr giddan

salaam aleyk.

ayuwa.kulli youm fil misr harr giddan.3ashan is-seyf dilwaqt.

nak kene translate ke? XD

(ye. stiap hari di mesir sgt panass.bcoz now is summer)

view forecast kat internet, baru 35 degree.tapi rase cam panas gile.ingatkan dah sampai 40degree.mashaAllah ni baru panas dunia ye?panas neraka? T.T


antare faktor budak2 melayu cabut lari balek mesia tatkala summer tibe

dalam panas2 tu masih menabahkan hati menapak langkah demi langkah menuju pulang ke rumah usai saje exam Psychology tadi.bangga, hari ni tak amek teksi balek umah.ha3 dah lame tak eksesais jalan kaki balek Saad Zaghloul. :D

lalu kat Syari3 Isma3il Sirri, singgah kat ba'alah New Market.oh ade kdai baru nampaknye.dari luar cam best.masuk je,buat satu pusingan sambil mate mengusha 3a-seer Beyti Burtu'al dan Juhayna Shukulatah.takde.kecewa.keluar balek.naseb baek ade ba'alah bawah Bait Kauthar n Bait Badar313.hamek kau.3a-seer Burtu'al 2Litre tros dcapai n bayar.oh murahnye.5 genih stngah je?alhamdulillah.


Syari3 Isma3il Sirri : Jalan Ismail Sirri
ba'alah: kedai runcit
3a-seer Beyti Burtu'al: jus oren jename Beyti
Juhayna Shukulatah: air coklet jename Juhayna
Metro: keretapi d Mesir.ala2 KTM gitu


sambung lagi perjalanan yg maseh jauh. ni baru half way b4 sampai rumah ni.fighting!lintas jambatan Metro Sayeda Zeinab.tibe2 ade suare sayup2 dari blakang.

"lau samaht?"
(excuse me?)

ade org panggil aku ke? toleh blakang.ade sorang pakcik ni rupenye.asal muke die sdeyh je?

"fee 3a-seer ya 3ablah?ashan ana 3atsyan giddan"
(wahai gadis comey, ko ade jus tak? aku haus ni.haus na mati)

sambel tangannye digaye gayekan ke langit tande kepanasan.

tediam.takkan nak bagik 3aseer botol besa ni? pakcik ni nak ke minom botol besa2?pandang tangan kanan, ade air kotak beyti, tapi dah minom.tggl sket lagik. takkan nak bagik kot sisa kat die?

laju je mulut ni jawab tanpe pikir dulu, " ma3a leesh ya 3am.ma-feesh" (sorila pakcik.tadek ar)
dan teros menyambung perjalanan dgn slumbernye tanpe menoleh ke blakang.

padahal terang2 tangan bawak plastik isi sbtol besa air oren.


kegemaran ramai d musim soyfiyy


on d way yg memakan mase 15menet tu, tatau nape asek terpikir2 je muke pakcik tu.
kesiannye die.ntah2 die mmg tade duet.kalau die tak haus sgt takkan die sampai mintak2 kan? dahla mmg panas hari ni. mula nyumpah2 diri sendiri.apsal aku tak bagi je sbtol besa ni? macam tak bleh beli laen? 5genih je pon? kedekut nak mati aku ni?

haish.T.T

telajak kate buruk padahnye.

perasaan besalah mule membuak-buak. takkan nak patah balek kot. mesti die da blah lame da.

pikir punye pikir..

oh! baru tringat! kat lorong Metro Saad Zaghloul tu ade sorang makcik ni slalu jual tisu. haa..infaq la sket kat die.nak cover balek yg tadi.at least tade a jahat sgt kan.bukan rezki pakcik tu kot. *grinning*

tangan pon seluk2 poket.eh, banyak plak duet syiling hari ni.alhamdulillah murah rezki makcik tu hari ni.*tersengih lagi*

jalan-jalan dengan riang gembirenye...hoyeh-hoyeh..

aik? mane makcik tu? telinge cuba menangkap2 suare2 wanita..

"ti-sa-3id-nee....robbuna naggah.." (tolong la sayeee....may Allah make u succeed..)

tadek pon?

usha lagi kiri kanan.makcik tu slalu pakai jubah n purdah lengkap itam.

tadek gak?

sah..hari ni die tak jual tisu.leyh? why? kenape?

sedeyh.sob3.

....................

sambel naek lift imarah sambel pikir.ape hikmahnye eh?

yes.i got d point.Allah nak ajar supaya sentiasa memberi kepada yang meminta.jangan tangguh2.jangan pikir due tige kali kalau nak buat bende baik.sebabnye, Akhlaq yg sbnrnye adlh, when we do amal soleh without thinking.spontaneously.macam reflex movement.if not, if we still hv to thnk twice trice n so on b4 doing dat, then it is not considered as our akhlaq!

yaRobb.akhlaq aku maseh buruk lagi rupenye. ke maknenye aku tak berakhlak? T.T

kesimpulannye:

-sentiase get redi dgn fakkah (duet kecik) kat dlm poket.kalo ade org mintak tade terkial2 nak bukak2 purse kalo takot sgt kene ragut.

-kat Mesir ni banyak sangat peluang nak buat baik.peluang nak infaq. sbb org miskin kiri kanan. on d way nak g kuliah pon dah bape ramai jumpe org mntak sedekah.Allah dah bukak peluang.now it depends on us!

-so...tolonglaa jgn kedekut! (cakap pade diri sndiri)

speechless sudeyh.koreksi diri.refleks diri.banyaknye karat2 jahiliah dlm diri yg nak kne sental.haish.

yok! moh tadabbur ayat ni same2 :)

وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٍ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٲتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ (١٣٣)
133. Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari TuhanMu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.

ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡڪَـٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (١٣٤)
134.(yaitu) orang yang berINFAQ, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan(kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.

(Surah Ali-Imran)

وَمَثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمُ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِ وَتَثۡبِيتً۬ا مِّنۡ أَنفُسِهِمۡ كَمَثَلِ جَنَّةِۭ بِرَبۡوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ۬ فَـَٔاتَتۡ أُڪُلَهَا ضِعۡفَيۡنِ فَإِن لَّمۡ يُصِبۡہَا وَابِلٌ۬ فَطَلٌّ۬‌ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ (٢٦٥)
265.Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

( Surah Al-Baqarah )

"Mulakan hari mu dengan sadaqah"

Ta~Salaam XD

Friday, May 29, 2009

itulah si anak muda, itulah sebaik-baik raja dan tenteranya

Assalamualaikum WBT

Special Edition Post, bersempena memperingati ulangtahun pembebasan Kota Constantinople pada 29 Mei, 1453 yang lalu.




HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

____________________________________________________

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar!

PENAWANAN CONSTANTINOPLE

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,

“Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”.

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”.

Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”.

Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Al Fateh telah merealisasikan hadis Rasulullah SAW.

Bagaimana dengan kita, anak-anak muda sekalian?



***anda kurang pencerahan tentang sejarah kebangkitan dan kejatuhan tamadun Islam dahulukala? layari laman ini : INI SEJARAH KITA

Wednesday, May 20, 2009

for those who desire paradise

Moga Allah mengira setiap nukilan di sini sebagai ibadah yang ikhlas. Moga blog ini menjadi peringatan yang paling tajam, janji yang paling kuat buat pemilik jari yang menulis ini, iaitu jari-jemari yang bakal menjadi saksi setiap perbuatan di Mahkamah Agung, di hadapan Hakim Yang Maha Adil di akhirat kelak. Moga saudara-saudara seiman yang tercinta mendapat sedikit manfaat dari sini. Because i believe – Sharing is caring. InshaAllah.

-kak hanim

jzkk kak for the reminder.inshaAllah, kami akan cuba selalu tajdid semula niat.perbetulkan niat.kenapa berblog?adakah sekadar suka-suka? sedang setiap amal perbuatan kita, akan dihitung Allah SWT, dan dipamerkan di mahkamah akhirat kelak.

walaupun sekadar blogging.

moga blog ini juga ada sahamnya untuk saya di akhirat kelak.moga ia menjadi pemberat amal kebajikan di mizan nanti.

“Nun.Demi pena dan apa yg mereka tuliskan” (Al-Qalam:1)

sedang berada di dalam fatrah imtihan sekarang. jadi mungkin akan mengurangkan kadar pengeluaran post2 baru.doakan, moga Allah permudahkan segalanya, moga mumtaz milik bersama.agar tiada fitnah terjadi kepada dakwah dan islam yang kami seru.

bukankah Allah akan memberi bantuan kepada mereka yang menolong agamaNya?

dear readers,
rajin2lah melawat blog kakak kesayangan kami ni :)

KAK HANIM

juga saya tinggalkan anda semua dengan sebuah video yang sangat menarik. sebuah talk daripada Bilal Assad.


THOSE WHO DESIRE PARADISE

inshaAllah, sesuai dengan tajuknya, talk ni sangat sesuai untuk mereka yang sangat mendambakan ganjaran syurga. dengan izin Allah juga, moga-moga ia akan menyentuh dan melembutkan hati-hati anak Adam yang keras.membasahkan jiwa yang kering.menitiskan airmata bagi mereka yang sudah lama tidak menumpahkan air mata mereka semata-mata kerana takutkan dan cintakan Tuhannya, Allahu Robbul 'Alamin.

juga mengingatkan semula apa yang kita sering lupa.bahawa destinasi kita yang terakhir dan utama di negara abadi di sana,yakni SYURGA.

salaam imtihan kepada seluruh penuntut ilmu di bumi Mesir!
ma3a taufiq wannajah.robbuna yusahhil.


Tuesday, May 5, 2009

mahu dikenali penghuni langit?

wahai kawan-kawan mari dengar cerita
kisah Nabi Yunus dalam perut ikan nun

wahai kawan-kawan janganlah bimbang

Nabi Allah tetap dalam pembelaan

Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
sembahlah Allah yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia


Seruan Nabi tidak diterima

Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dinista


Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka

Lalu dia pergi membawa diri
Ketepi pantai seorang diri


Baginda menumpang kapal pedagang
Membawa diri ke rantau orang

Malangnya laut bergelombang
Hampir karam di tengah lautan

Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut yang bergelora
Baginda ditelan ke perut ikan nun

Gelap gelita tiada terkira

Sedarlah Nabi akan dosanya
Dihukum Allah begitu rupa
Menangislah Nabi setiap masa
Memohon ampun dari Tuhannya


Begitulah kisah seorang Nabi
Diuji Allah begitu sekali
40 hari 40 malam
Barulah taubatnya diterima Tuhan





Bismillah. Salaam Aleyk :)

haa.. ada siapa-siapa yang rasa macam familiar dengan rangkap-rangkap di atas?

oh, ini bukannya pantun, mahupun sajak, ataupun syair.saya bukan macam cik fathy atau cik yuyumiza yang pandai membuat bait-bait yang indah-indah. :D

bagi siapa-siapa yang semasa zaman kecilnya gemar mendengar lagu-lagu nasyid kanak-kanak, sudah tentu anda kenal dengan lagu di atas.

Seingat saya, lagu ini adalah salah satu daripada lagu2 kegemaran saya seusia 6 tahun dahulu.Kecil-kecil dahulu, mama rajin belikan kaset-kaset nasyid kanak-kanak dan kaset Quran Imam Abdul Rahman Sudais untuk kami. Masuk saja ke dalam kereta, kami adik-beradik akan sama-sama menyanyikan lagu-lagu nasyid dan sama-sama ikut Imam Abdul Rahman Sudais membacakan Juzu' Amma. Comel kan?hihi
Dan ini adalah salah satu daripada lagu-lagu daripada kaset nasyid itu.Mengenai Nabi Yunus.

Kenapa saya bawakan kisah Nabi Yunus kali ini?Saya yakin sangat-sangat, kamu semua semestinya tahu sangat tentang kisah Nabi Yunus kan.Kecil-kecil dulu mesti kamu semua rajin baca buku kisah para Nabi dan Rasul. :)

Bagi yang tak mengetahui cerita Nabi Yunus, tak mengapa. Anda boleh klik SINI untuk kisah selanjutnya.

Tetapi ada lagi hikmah lain yang boleh kita garap daripada kisah Nabi Yunus, selain kisah tentang kesabaran baginda berdakwah kepada kaumnya yang ingkar itu.

Apa agaknya hikmah yang tersebunyi itu ya?

Ia mengenai doa Nabi Yunus.

Doa baginda, yang dikenali oleh penghuni langit.
Siapa penghuni langit? Malaikat-malaikat, dan makhluk-makhluk lain yang diluar pengetahuan kita.

Nabi Yunus, berdoa kepada Allah saban hari. Doa baginda berterusan, semasa baginda susah, mahupun senang. Semasa baginda sedang berdakwah, mahupun tatkala ditimpa musibah, ditelan ke dalam perut ikan nun.
Sehinggakan, suara baginda Nabi Yunus dikenali oleh penghuni langit, dek kerana betapa kerapnya baginda bermunajat dan memanjatkan doa kepada Tuhannya.

Sehinggalah pada suatu masa, penghuni langit masih terdengar suara Nabi Yunus berdoa, tetapi tertanya-tanya di mana gerangan Nabi Yunus.

" Ini suara Yunus.Tapi di manakah dia?"

Mana tidaknya, baginda sewaktu itu sedang berada di dalam perut ikan nun. Memohon keampunan daripada Allah selama 40 hari 40 malam.


Itu Nabi Yunus.

Bagaimana dengan kita ya?

Adakah kita berdoa seperti Nabi Yunus? Berterusan?

Atau adakah hanya selepas solat sahaja? Itu pun kalau lagi pendek lagi bagus!
Atau adakah doa kita hanya akan jadi bersungguh-sungguh tatkala fatrah imtihan semata-mata? Sujud di akhir rakaat solat sampai setengah jam,doa sampai menangis-nangis, sampai lekuk lantai dek lama sangat sujud.
Adakah kita hanya berbuat sedemikian pada waktu-waktu tertentu sahaja? Bila exam final menjelang, atau bila ibu kita sedang sakit, atau bila segala macam kesusahan menimpa kita.

Jika begitu, sudah tentu suara kita langsung tidak dikenali oleh penghuni langit. Kerana jarang sekali kita memanjatkan doa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh dan penuh pengharapan.

"Eh, suara siapa pula ni? Tak pernah dengar pun? Mesti budak ni doa dan ingat Allah bila susah je. Time senang tak ingat!"

Agaknya inilah yang mungkin penghuni langit katakan tentang kita.

Itupun JIKA doa kita SAMPAI ke langit.

Kalau dengan doa yang tak bersungguh, macam nak tak nak je, jangan haraplah Allah nak makbulkan.

Jadi?

Sempena musim exam ni, alang-alang kita dah perbanyakkan doa dan tawakkal kita (bagi yang berbuat demikian) apa kata kita TERUSKAN berdoa walaupun selepas habis fatrah imtihan ni. Doa, biar bersungguh. Biar sampai menangis-nangis. Kalau tengok cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham boleh menangis tersedu, atau bila mengadu masalah dengan boyfriend sampai habis berkotak-kotak tisu, takkan bila kita sedang mengadu dan bermunajat kepada Allah, kekasih kita yang sebenar-benarnya, susah sangat nak menitiskan airmata?

Unless, kita sendiri yang tidak menjadikan Allah sebagai sebenar-benar kekasih, dan sebenar-benar tempat bergantung dan mengadu.

Berdoalah, moga-moga doamu dimakbulkan Allah, dan moga-moga dikenali suara kita oleh penghuni langit.

Allahussomad.

Allah, sebaik-baik pendengar, sebaik-baik penerima taubat, dan sebaik-baik tempat bergantung.

Wallahu a'lam

Saturday, April 25, 2009

kepastian


Kepastian - Inteam

klik sini utk download :)

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kedukaan
Angkara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

* rindu nak buat reunion dgn keluarga, kawan2 dan akhawat fillah saya.
**tapi..sebaik-baik reunion yang kita sangat2 harapkan tentulah reunion kat syurga kan?

syurga, yang dibawahnya mengalir sungai dari air susu, sangat putih warnanya, rasanya lemak dan tidak berubah.

syurga, yang mengalirkan sungai dari air berupa arak yang lazat rasanya, ia tidak memabukkan.

syurga,yang mengalirkan sungai dari air berupa madu yang jernih dan manis.

syurga, yang terkandung di dalamnya pelbagai jenis buah-buahan dan minuman.

syurga, di mana penghuninya akan duduk di atas dipan bertakhtakan emas dan permata. Anak-anak yang muda akan membawakan kepada penghuni syurga gelas, cerek dan piala berisi minuman yan diambil dari air yang mengalir.mereka boleh memilih buah-buahan dan daging-daging burung yang mereka kehendaki.

syurga, yang terkandung di dalamnya kamar-kamar yang bergemerlapan, ada dipan-dipan yang tinggi, bantal dan tilam untuk bersantai dan permaidani yang dihamparkan sebagai perhiasan dan untuk bersenang-lenang.

syurga, di dalamnya tiada yang lain, selain pengampunan dari Allah.

dan di dalam syurga, nikmat apakah yang lebih besar yang akan diperoleh, melainkan nikmat menatap wajah Allah yang Maha Agung?

kenikmatan dan kelazatan syurga yang tidak akan mampu terbayang oleh akal manusia yang terbatas.gambaran syurga, yang hanya akan dirasai oleh penghuninya kelak.

jangan tinggalkan saya. sila tarik saya bersama kamu.saya mahu kita sama-sama menggapai syurga.bukan nafsiy-nafsiy.

:( sedeyh mode.

medan fikir lebih luas dari medan cakap.
medan cakap lebih luas dari medan amal.
medan amal lebih luas dari medan jihad.
medan jihad lebih luas dari medan jihad yang muntij.

tak semua yang kita angan-angankan akan terzahir dalam tutur kata kita.
tak semua yang kita tuturkan akan kita buktikan dengan perbuatan dan amal.
tak semua yang kita amalkan akan kita laksanakan dengan penuh mujahadah dan jiddiah.
tak semua perkara yang kita mujahadahkan, kita lakukan dengan efficient dan membawa natijah.

tak paham ape maksud medan jihad muntij? sile klik sini untuk pengetahuan lanjut.

kesimpulannya,

jangan sekadar berangan-angan nak masuk syurga,

kalau amalan seharian langsung tidak seperti amalan AHLI syurga.

ahli syurga kah yang tengok cerita korea ?
ahli syurga kah yang solat subuh lewat?
ahli syurga kah yang kutuk2 ammu teksi bila kena tipu tambang mahal nak mampus?
ahli syurga kah yang tidak menundukkan pandangan?skodeng mat arab ensem kat kuliah?
ahli syurga kah yang solatnya tidak khusyuk?
ahli syurga kah yang quran nak tadarus 2 maqra' sehari pun susah?
ahli syurga kah yang bertambah amalan sunat solat hajat etc hanya bila fatrah imtihan menjelang?
ahli syurga kah yang playlist mp3 nya lebih banyak lagu jason mraz, dbsk, superjunior, etc daripada bacaan ayat quran syeikh saad al ghamidi dll dan zikrullah?

saya sgt sedeyh.
seriyesly sgt sedeyh.

saya nak jadi penghuni syurga.kamu juga begitu, kan?




Thursday, April 23, 2009

what did i learn tonight?

4 wajibaat yg perlu diiltizamkan olh para du'aat

1. faham islam dan sistemnya yang syamil(menyeluruh) dlm kehidupan.

-islam, nizom shamil,yakni sistem yang lengkap, meliputi seluruh aspek kehidupan. islam adlh sistem dlm aspek aqidah, ibadah, iqtisod (ekonomi), akhlaq, siasah (politik), fard (individu),usrah (keluarga),mujtama'(masyarakat), ummah dll.

-tiada nizom dlm kehidupan muslim melainkan nizom dr Allah SWT smata2.nizom slaen Allah adelah dr taghut.

-mereka yg menjalankan nizom Allah,adlh golongan soleh dan musleh.

-mereka yg keluar dr nizom islam, adlh golongan fasid dan mufsid.

2. melaksanakan sistem yg telah difahami itu dgn shamil dan kamil dlm kehidupan.maknenye bukan skadar faham je, tp tak apply dlm hidup.

-apply sistem Allah tu, bukan skadar amek mane yg kite suke.cth, bab ibadah mmg mantop gile, tp tolak politik islam, tolak hudud. tak pun, dlm bab ekonomi mmg 100% ikut care islam,tak amik riba', tp akhlaq ngan jiran tetangge hancus. slalu maki jiran blablabla.

-wajib apply sistem Allah dlm kehidupan secare MENYELURUH.

-memahami islam secara menyeluruh, dan mengamalkan islam pun secara menyeluruh.

3. menyebarkan dan menyeru kepada islam secare menyeluruh jugak.menyeru umat islam supaya melaksanakan nizom Allah itu.

-berdakwah scare menyeluruh. bukan skadar ajar org baca Quran, solat, pose, bukan menekankan aspek ibadah smate2 contohnye, tp kena ajak kepada islam yg menyeluruh.(politik, ekonomi, akhlaq, kemasyarakatan,aqidah,ibadah dll)

4. mempertahankan nizom Allah.

syi'ar almujahidin fi sabilillah,

Allah ghayatuna, ArRasul qudwatuna, AlQuran dusturuna, Al-jihad sabiluna,Al-maut fi sabilillah asma' amanina.

Allah matlamat kami, rasul ikutan kami, AlQuran perlembagaan kami, jihad jalan kami, mati di jalan Allah cita tertinggi kami.


murobbi kate: "kite memainkan peranan sbg rasul di zaman skrg, sbb rasul dah takde..dlm perkataan, perbuatan, ibadah,jihad, ta'awun, dll"

camne ek nak jadikan rasul tu qudwah kite?

slalu2 la tanye pada diri masing2,

"lau kana rasulullah fi makani, maza yaf3al?"

"kalo la rasulullah ade kat tmpt aku skang, apa agaknye yg baginda buat?"

kalo la rasulullah ade kt tmpt aku skang, as medical student, masuk kuliyyah tibb, ape agaknye yg baginde buat ek?

kalo la rasulullah tu jadi rakyat mesia, ape agaknye rasulullah akan buat kat mesia tuh ek?

kalo la rasulullah tu jadi ahli PERUBATAN mesir, ape agaknye yg baginde akan buat?

-believe me,dgn sentiase bertanya diri ttg soalan tu, akan mendorong diri utk beramal dgn akhlaq rasulullah saw.

-jika akhlaq kite bercanggah dgn rasulullah, maka kita tlh bercanggah dgn rasulullah!

-tanak ke masok syurga, bersuke ria dgn nabi? kalo nak, kene la buat apa yg nabi buat!

ada byk sgt jemaah yg seru kpd islam.tapi sbnarnye islam yg macam mane yg kite perlukan?

islam yg beramal mengikut AlQuran dan AsSunnah, dan melaksanakan spt yang salafussoleh buat.

siapa salafussoleh tu?

mereka adlh umat nabi yang terbaik yg disebut olh nabi dlm hadis.

"Sebaik-baik umat adalah pada zamanku. Kemudian orang-orang setelah mereka (dari generasi berikutnya) kemudian orang-orang setelah mereka" (sahih bukhari no.3650)

-mereka adlh para sahabat, tabii', dan tabi'iin.

-mereka dikatakan ummat terbaik kerana mereka tlh melaksanakan 4 wajibaat tersebut :
faham, laksanakan, dakwah dan mempertahankan islam.

-jadi, islam yg kita perlukan adlh islam sepertimana para salafussoleh.kefahaman kita adlh sebagaimana fahaman salafussoleh.

--da'watuna da'wah salafi :)

quote of d day : NAHNU RUWWAD, WA LASNA NUWWAB !

nota kaki:

this is just a summarization for what did i learn tonight.saje je abadikan dlm blog, hopefully tak lupe..

**mlm ni online dr Badar313.katil cikyuymiza dah melambai2.ngeh3 :)
gudnite evribodi!