Monday, August 12, 2013
Kisah 28 Ramadhan
Jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi.Di luar langit pun dah makin cerah .Aku dan Radhiah bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Malam itu kami menjadikan Masjid Bilal bin Rabah di Hayyu Sabie sebagai masjid pilihan untuk iktikaf hingga ke subuh.
Kami menahan teksi di jalan besar untuk pulang ke Sayeda Zeinab. Selepas 5 minit menanti, akhirnya ada teksi yang sudi membawa kami pulang.
Ammu teksi kelihatan kurang biasa melalui jalan di Madinat Nasr. Beberapa kali dia tersilap memilih jalan yang menghala ke Medan Rabiatul Adawiyah; tempat perkumpulan jutaan rakyat Mesir yang menolak penggulingan kuasa oleh tentera ke atas Presiden Mesir yang sah Dr Muhammad Mursi. Berpusing-pusing ammu mencari jalan keluar kerana kebanyakan jalan yang menghala ke Rabiatul Adawiyah telah ditutup.
"Kau tengok, entah apa yang mereka nak pun aku tak tahu. Apa yang mereka dapat bila berkumpul2 macam tu? Menyusahkan betul!" rungut ammu meluahkan kemarahan terhadap pro Mursi yang berkumpul.
Aku mengambil langkah berdiam diri. Kami selalu diberi amaran oleh kedutaan Malaysia di Mesir supaya tidak berbincang soal politik Mesir dengan rakyatnya, bimbang menimbulkan ketegangan. Tambahan pelajar Malaysia di sini sudah dilabel sebagai penyokong ikhwanul muslimin, dibimbangi keselamatan pelajar Malaysia terancam.
"Mereka semua pengganas. Kau tahu mereka yang lepaskan tembakan kepada polis? Kalau di negara kau ada ke orang buat macam tu? Berhimpun depan bangunan tentera dan menyerang tentera? Tak ada siapa pun atas muka bumi ni yang buat macam mereka!" ammu nampak makin meradang.
"Mana kamu tahu mereka yang lepaskan tembakan? Mesti kau tengok tv kerajaan kan.Takpun kau baca surat khabar Ahram. Kau tahu tak media kerajaan negara kamu ni penipu, mereka tak tunjukkan kebenaran!" aku jadi naik darah bila orang-orang soleh di Rabiatul Adawiyah itu dikatakan pengganas. Tak peduli dengan isu keselamatan, aku cuba merasionalkan ammu teksi ini.
"Kenapa kau cakap macam tu?"
"Yelah, apa yang aku baca dari berita, lain pula. Yang aku tahu, tentera yang mulakan tembakan ke atas mereka. Kau tak tahu ke mereka ditembak oleh polis selepas pulang dari solat subuh di hadapan Kubur Anwar Sadat? Kau tak baca ke berita yang mereka ditembak di depan Hirs Jumhuri ketika sedang solat subuh dan ketika sujud?"
"Mereka ditembak ketika sujud??" ammu nampak terkejut. siap tertoleh ke belakang memandangku meminta kepastian.
"Ya. Itu yang aku baca dari internet, dari AlJazeera, dari sumber2 lain yang lebih tepat. Media kerajaan yang penipu memang takkan siarkan benda ni, sebab tu kau tak tahu! Adakah orang yang sujud dikatakan pengganas? Atas alasan apa tentera mahu tembak orang yang sedang solat?"
Ammu terdiam.
"Ammu, kau tak boleh hanya baca dari satu sumber sahaja. Bukan di Mesir sahaja, di Malaysia pun media kerajaannya kadang-kadang tak menceritakan kebenaran. Mereka hanya akan tunjukkan benda yang membawa kepentingan kepada mereka sahaja. "
Ammu diam lagi. Sedang berfikir agaknya.
"Kau kena dapatkan dari pelbagai sumber, dari internet, dari orang-orang yang sedang berkumpul di Rabiatul Adawiyah tu.Allah kurniakan kita akal, untuk kita bezakan antara yang haq dan yang batil! Kalau kau hanya baca dari media kerajaan yang biased, kau takkan nampak kebenaran."
Ammu terangguk-angguk sedikit.
"Tapi kenapa Syeikh Azhar pun menolak Mursi?"
"Ammu, yang menolak Mursi tu hanya ketuanya sahaja, Syeikh Tayyib tu. Kau tak tahu ke kebanyakannya syuyukh Azhar yang lain bersama Mursi? Mereka sama-sama berkumpul di Rabiatul Adawiyyah!"
"Yakah?"
"Ya ammu..sebab tu kau kena baca dari internet.."
"Habis tu apa yang mereka nak sebenarnya dengan berkumpul di sana?" Ammu bertanya.Mungkin nak mengujiku.
"Sudah tentu kerana mereka mahu Mursi kembali memerintah kerana Mursi adalah presiden yang sah."
"Ahhhh..Mursi tu tak layak jadi presiden. Dia tak pandai memerintah. Kau tahu kan, disebabkan dia rakyat susah. Masalah petrol, air, elektrik. Dia memang patut digulingkan!" ammu nampaknya meradang semula bila nama Mursi dibangkitkan.
"Kau tak boleh kata itu semua salah dia semata-mata. Macam mana dia nak memerintah, kalau menteri-menteri semuanya tak bekerjasama? Bahkan menteri-menteri kebanyakannya adalah saki baki rejim Mubarak. Lagi pun macam mana dia mahu memerintah Mesir yang sudah dirosakkan Mubarak selama 30 tahun dalam tempoh satu tahun saja?"
"Huh..kalau kau nak tahu, semua kerosakan yang Mubarak buat dalam 30 tahun tu Mursi buat dalam setahun saja!" geram sangat ammu ni nampaknya.
"Apa buktinya? Yang aku nampak dia banyak bawa kemajuan." memang susah nak merasionalkan orang yang bercakap dengan emosi, bukan dengan hujah.
"Macam ni lah ammu, kau jangan percaya apa yang media kerajaan katakan. Mereka tak tunjukkan kebenaran pun. Pada pendapat aku, satu tahun sahaja memang tak cukup untuk Mursi membaiki semua kerosakan yang ada. Takkan ada siapa-siapa pun atas dunia ni yang mampu mengislahkan negara dalam tempoh sesingkat itu. Bahkan di negara kami pun, kami beri tempoh sekurang-kurangnya 5 tahun untuk memerintah, kemudian baru pilihanraya diadakan. Kau kena bagi Mursi peluang."
Ammu terdiam.
"Kau kenal bekas perdana menteri negara aku? Mahathir Muhammad?"
"Ya."
"Dia mengambil masa 20 tahun untuk membangunkan Malaysia, sampai menjadi negara maju sekarang. 20 tahun sebelumnya, negara kami mundur, macam Mesir juga!" sengaja aku memancing dengan nama Tun Mahathir, kerana rakyat Mesir memang kebanyakannya sangat menyanjung Tun Mahathir disebabkan kebolehannya membangunkan Malaysia.
"20 tahun? lama tu!" ammu kelihatan terkejut.
"Ya, ammu. Sebab tu kau tak boleh menghukum Mursi dalam tempoh satu tahun sahaja. Kau kena bagi dia peluang."
Ammu mengangguk. Teksi kami sudah makin menghampiri kawasan rumahku di Syari Kasr El-Einy.
"Aku nak cadangkan kepada kau ammu, apa kata kau cuba pergi sendiri ke Medan Rabiatul Adawiyyah. Kau lihat bagaimana orang-orangnya, apa yang mereka buat. Kau akan nampak bahawa yang berkumpul di sana semua orang-orang soleh yang mahu menegakkan kebenaran.Kau tak boleh hanya sekadar dengar dari media sahaja. Kau kena lihat sendiri"
"Baik aku akan cuba ke sana nanti."
"Aku doakan moga Allah tunjukkan kebenaran kepada kau. Terima kasih ammu."
"Ameen." Ammu tersenyum dan memberhentikan teksinya untuk menurunkan kami.
dalam hati memang aku benar-benar mendoakan ammu ini dapat melihat kebenaran. kerana aku lihat dia seorang yang benar-benar cintakan negaranya. dan aku benar-benar berharap dia ke Medan Rabiatul Adawiyyah seperti yang aku sarankan, kerana aku tahu kebanyakan rakyat Mesir buta huruf, dan tak mampu mendapat akses internet, maka mereka perlu melihat dengan mata mereka sendiri.
ala kulli haal, politik Mesir memang sangat menarik. bahkan sejarahnya yang tertulis di dalam Quran tentang kisah Firaun dan Musa bagaikan ditayangkan semula kepada ummat zaman ini.
memang, pertempuran antara AlHaq dan AlBatil itu akan sentiasa berlangsung, hingga kiamat menamatkan semuanya..
allahumma arinal haqqa haqqan warzuqnattiba3ah..waarinal batila batilan warzuqnajtinabah
Friday, June 28, 2013
fansalakha
Bacaan Al-Quran terhenti. Aku menghela nafas panjang, dan
menatap lama baris ayat 175 hingga 177 dari Surah Al-A’raaf itu. Tiga ayat yang dibaca seakan menusuk ke
dalam hati. Aku kah orang itu? Aku kah yang digambarkan dalam ayat ini?
Mata mula merasa panas dan berkaca.
Surah Al-A’raaf, antara surah kegemaranku. Antaranya
disebabkan surah ini banyak mengandungi kisah-kisah para nabi dan rasul yang
terdahulu, yang membuatkan menghafalnya lebih mudah dan menarik, sambil cuba membayangkan
peristiwa-peristiwa yang berlaku pada para anbiya’ tersebut. Dan kisah yang pernah memberi kesan kepadaku
adalah kisah tentang sejarah permusuhan antara Iblis laknatullah dengan
manusia, seperti yang terkandung di
dalam ayat 11 hingga 18.
11.Kami
berfirman kepada para malaikat, “Bersujudlah kamu kepada Adam” maka mereka
sujud kecuali Iblis. Ia (Iblis) tidak termasuk mereka yang bersujud.
12.(Allah)
berfirman, “Apakah yang menghalangimu (sehingga) kamu tidak bersujud (kepada
Adam) ketika Aku menyuruhmu?” (Iblis) menjawab: “Aku lebih baik daripada dia.
Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”
13. (Allah)
berfirman, “Maka turunlah kamu darinya (syurga); kerana kamu tidak sepatutnya
menyombongkan diri di dalamnya. Keluarlah! Sesungguhnya kamu termasuk makhluk
yang hina.”
14. (Iblis)
menjawab, “Berilah aku penangguhan waktu, sampai hari mereka dibangkitkan.”
15. Allah berfirman, “Benar, kamu termasuk yang diberi penangguhan waktu”
16. (Iblis)
menjawab, “Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu
menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus,
17. Kemudian
pasti aku akan mendatangi mereka dari DEPAN, dari BELAKANG
dari KANAN dan dari KIRI mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati
kebanyakan mereka bersyukur.”
18. (Allah)
berfirman, “Keluarlah kamu dari sana (syurga) dalam keadaan terhina dan
terusir! Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka ada yang mengikutimu, pasti
akan Aku isi neraka jahannam dengan kamu semua.”
Benar, kisah perbualan di antara Allah dan iblis ini telah
berlaku sekian lama, seawal penciptaan Nabi Allah Adam alaihissalam. Namun
Allah masih menginginkan agar perbualan ini dirakamkan di dalam kitabNya Al-Quran,
supaya dibaca dan dijadikan peringatan kepada kita ummat akhir zaman. Supaya
ummat Muhammad ini tidak lupa, bahawa sang iblis laknatullah sememangnya musuh
mereka yang utama, yang pernah berjanji di hadapan Allah untuk menyesatkan
manusia sehabis upayanya!
Aku teliti lagi tiga ayat yang kubaca tadi. Ayat 175 hingga
177 dari Surah yang sama.
وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِىٓ ءَاتَيۡنَـٰهُ ءَايَـٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ175. “Dan bacakanlah (Muhammad) kepada mereka, berita orang yang telah Kami berikan ayat-ayat Kami kepadanya, kemudian dia MELEPASKAN DIRI dari ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang yang sesat”
Hati rasa tertusuk-tusuk. Seolah-olah Allah sedang berbicara
secara langsung kepadaku. Seolah tiga ayat ini memang ditujukan kepadaku.
Ya, akulah orangnya yang telah diberikan Allah hidayahNya,
untuk menggabungkan diri di dalam gerabak dakwah ini. Aku yang dengan izin
Allah dan rahmat kasih sayangNya,akhirnya sedar tentang hakikat penciptaanku
sebagai seorang hamba dan khalifah.Tetapi aku sering lupa, iblis dan syaitan
yang hidup beribu tahun lamanya itu tak pernah putus asa untuk menyesatkan
manusia, hatta para daie tidak terkecuali.
Tidakkah kita sedar, tatkala hati mula rasa bosan dan jemu
dengan urusan dan kesibukan dakwah, tatkala jiwa meronta-ronta mahu melarikan
diri dari qodhoya dakwah yang menyesakkan dada dan menuntut masa dan fikiran,
tatkala keluhan diluahkan apabila masuliyyah dakwah datang bertimpa-timpa di
hadapan kita, tatkala kita lebih mengutamakan kepentingan diri daripada
kepentingan dakwah.
Tidakkah kita sedar, semuanya itu merupakan petanda dunia
mula menapak di dalam jiwa kita, dan syaitan mula melabuhkan sarangnya di dalam
hati kita?
Jahiliyyah para du’at itu, datangnya secara berperingkat,
perlahan tanpa disedari.
Kerana itulah Allah menggunakan kalimah “fansalakha” untuk
menggambarkan perihal du’at yang perlahan-lahan melepaskan dirinya dari
tuntutan dakwah. Kalimah fansalakha yang juga menggambarkan keadaan ular yang
sedang bersalin kulit. Sang ular menanggalkan kulitnya yang pernah menjadi sebahagian
dari dirinya, dan perlahan-lahan pergi meninggalkan kulitnya yang lama.
Begitu juga para du’at.
Syahadatul Haq yang pernah satu ketika dahulu mengegarkan
jiwanya,dakwah yang pernah menjadi sebahagian dari hidup dan nadinya. Sayang, keterujaan
dan hamasah itu tidak lagi dirasakan kini, bahkan du’at itu perlahan-lahan mahu
lari dari menanggung kewajipan yang maha berat itu.
Tanpa disedari, “fansalakha”, du’at itu cuba melepaskan diri
dari ayat-ayat itu.
Maka tunggulah! Du’at itu akan mula diikuti oleh iblis dan syaitan, yang sentiasa
mengintai peluang untuk menyesatkannya. Iblis yang tak pernah jemu menggoda
manusia dengan alhawa’, dan takkan redha sehinggalah manusia itu menjadi
pengikutnya dan temannya di neraka!
Ya, selayaknya du’at yang meninggalkan dakwah menjadi teman
sang iblis di neraka, kerana keduanya berkongsi kisah yang sama. Bukankah iblis
juga pada awalnya merupakan makhluk Allah yang taat dan kemudian menjadi
makhluk yang paling dilaknat kerana kufur dan ingkar untuk sujud kepada Nabi Adam
alaihissalam? Maka apa bezanya iblis dengan du’at yang ingkar dengan perintah Allah
untuk melaksanakan Syahadatul Haq setelah hidayah pernah menyapanya suatu
ketika dahulu?
وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَـٰهُ بِہَا وَلَـٰكِنَّهُ ۥۤ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُۚ176. “Dan sekiranya Kami menghendaki nescaya Kami tinggikan (darjatnya) dengan (ayat-ayat) itu, tetapi dia CENDERUNG KEPADA DUNIA dan MENGIKUTI KEINGINANNYA (yang rendah)”
Tak cukup masa, sibuk dengan kerja, tiada siapa nak jaga
anak, suami tak bagi pergi program, kelas banyak, exam dah dekat, tak cukup
ilmu, jauh dari akhawat, blablabla. Apa-apa sahaja alasan akan cuba diberikan
dan disogokkan.
Asalkan bukan dakwah.
فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ ٱلۡڪَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُڪۡهُ يَلۡهَثۚ ذَّٲلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَاۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ176. “Maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menjulurkan lidahnya (juga). Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir”
Maka Allah mengumpamakan du’at yang sebegini dengan
perumpamaan yang dahsyat. Dan jijik.
Seperti ANJING yang hina, tiada nilainya, dan tidak
dihiraukan sedikit pun.
سَآءَ مَثَلاً ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَأَنفُسَہُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ177. “Sangat buruk perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami; mereka menzalimi diri sendiri”
Begitu lah du’at yang meninggalkan dakwah, sangat hina
dipandangan Allah. Walau banyak mana sumbangannya kepada dakwah sebelum ini, tiada
nilainya, ibarat amal yang bagai debu-debu berterbangan.
Kerana itu gerabak dakwah ini hanya mampu dinaiki oleh
mereka yang IKHLAS dalam perjuangan, dan TSABAT hingga ke akhirnya.
*nanges potong bawang T___T*
Monday, June 17, 2013
kering
menjadi pelajar tahun akhir perubatan memang memenatkan. hampir setiap hari kelas mula seawal 7 pagi hingga 5 petang, atau kadang2 terlajak juga sampai 6-7 petang.balik rumah pun kena buka buku, prepare utk kelas keesokannya takut2 doktor nak tanya dalam kelas. dengan exam yang sangat kerap, every 2 weeks, memang semput nak cover segala benda.
maka dengan segala kepenatan ulang alik ke kelas 6 hari seminggu tu, akan jadi sia-sia kalau tidak diniatkan sebagai ibadah.
bukan aku tak pernah penat. tahun-tahun sebelum ni penat juga. tapi bukan penat sebab belajar. 5 tahun sebagai medical student sebelum ni, aku akui tak bersungguh sangat dalam belajar. mungkin sebab takde passion dengan medic? wallahu a'lam. bila masuk tahun 6 jadi insaf, memandangkan dah tahun akhir as medical student maka perlulah jadi lebih rajin T__T
jika tahun-tahun sebelum ini, penatnya terasa lagi manis.walaupun sibuk dengan urusan dakwah tarbiyyah, berprogram berdaurah sana sini, meeting sampai 2-3 pagi, aku jarang mengeluh kepenatan.mungkin kerana segalanya dibuat dengan rasa cinta. kalau dah suka, penat macam mana pun dah tak rasa.
aku jadi rindu dengan kesibukan kami yang dahulu, di waktu kami semua all out dalam kerja2 dakwah. di awal2 fasa pembinaan dakwah di mesir ini, semuanya perlu dibuat sendiri tanpa pantauan murabbi secara langsung. kerana kurang bimbingan, proses tajmik dan takwin banyak dilakukan secara try and error semata2. alhamdulillah, walaupun hasilnya banyak 'error', tp kami gembira dapat membina pengalaman baru walaupun terpaksa menerima hasil yang kurang memberangsangkan. ketika itu, segala tenaga dan fikiran hampir setiap masa untuk dakwah. qadhaya berlaku di mana-mana. di rumah, dalam teksi, dalam lecture hall. kadang2 dlm gap antara 2 kelas boleh jadi sesi meeting sesama kami kerana terlalu sibuk dan terlalu banyak perkara yang perlu diqadhayakan.
penat,bahkan lebih penat dari sekarang. tapi penat ketika itu terasa manisnya.
tak tahu mana silapnya, penat yang aku rasakan sekarang berbeza.
rasa kering.
bila mana dah menjadi pelajar tahun akhir perubatan, diberi keringanan untuk melepaskan beberapa masuliyah dalam dakwah, dengan alasan supaya fokus dalam pembelajaran. maka banyaklah masa yang diluangkan untuk medic, dan kuranglah masa yang disumbangkan untuk urusan2 dakwah.
memang terasa kosong. dan kering.
dan itu sepatutnya tak berlaku. bilamana kita menjadikan belajar tu sbg part of our ibadah, kita tak sepatutnya rasa kering. seolah-olah belajar itu terpisah dengan dakwah. sedangkan menjadi muslim yang cemerlang pun adalah satu bentuk dakwah bil haal dan juga satu qudwah.
ditambah dengan memikirkan kesibukan yang bakal dihadapi dalam alam pekerjaan nanti memang menakutkan. di waktu bujang ni pun terkial-kial nak balance antara medic dan dakwah, apatah lagi bila dah berkeluarga, bekerja. adakah kerjaya dan keluarga tu menjadi alat untuk melaju dalam dakwah, atau adakah menjadi fitnah? nauzubillah min zalik.
resolusi yang dapat dibuat? tajdid niat kenapa ambil medic. dan kena reset mind, bahawa dakwah itu perlulah dimaknakan dalam seluruh aspek kehidupan. dakwah bukan sekadar usrah, daurah, meeting, qadhaya dll. tp segala tingkah laku, peribadi, tutur kata, performance dlm pembelajaran, muamalah dengan manusia sekeliling, semuanya adalah dakwah. bilamana semua perkara dalam kehidupan seharian dilakukan kerana Allah, tiada istilah kering, tak ruhiy, tak basah dan sebagainya yg timbul .
kerana sepatutnya setiap tindakan kita seharian hanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata. full stop.
huuu entry yang agak kurang bermanfaat, more to curahan hati sebenarnya. pardon my rambling :p
maka dengan segala kepenatan ulang alik ke kelas 6 hari seminggu tu, akan jadi sia-sia kalau tidak diniatkan sebagai ibadah.
bukan aku tak pernah penat. tahun-tahun sebelum ni penat juga. tapi bukan penat sebab belajar. 5 tahun sebagai medical student sebelum ni, aku akui tak bersungguh sangat dalam belajar. mungkin sebab takde passion dengan medic? wallahu a'lam. bila masuk tahun 6 jadi insaf, memandangkan dah tahun akhir as medical student maka perlulah jadi lebih rajin T__T
jika tahun-tahun sebelum ini, penatnya terasa lagi manis.walaupun sibuk dengan urusan dakwah tarbiyyah, berprogram berdaurah sana sini, meeting sampai 2-3 pagi, aku jarang mengeluh kepenatan.mungkin kerana segalanya dibuat dengan rasa cinta. kalau dah suka, penat macam mana pun dah tak rasa.
aku jadi rindu dengan kesibukan kami yang dahulu, di waktu kami semua all out dalam kerja2 dakwah. di awal2 fasa pembinaan dakwah di mesir ini, semuanya perlu dibuat sendiri tanpa pantauan murabbi secara langsung. kerana kurang bimbingan, proses tajmik dan takwin banyak dilakukan secara try and error semata2. alhamdulillah, walaupun hasilnya banyak 'error', tp kami gembira dapat membina pengalaman baru walaupun terpaksa menerima hasil yang kurang memberangsangkan. ketika itu, segala tenaga dan fikiran hampir setiap masa untuk dakwah. qadhaya berlaku di mana-mana. di rumah, dalam teksi, dalam lecture hall. kadang2 dlm gap antara 2 kelas boleh jadi sesi meeting sesama kami kerana terlalu sibuk dan terlalu banyak perkara yang perlu diqadhayakan.
penat,bahkan lebih penat dari sekarang. tapi penat ketika itu terasa manisnya.
tak tahu mana silapnya, penat yang aku rasakan sekarang berbeza.
rasa kering.
bila mana dah menjadi pelajar tahun akhir perubatan, diberi keringanan untuk melepaskan beberapa masuliyah dalam dakwah, dengan alasan supaya fokus dalam pembelajaran. maka banyaklah masa yang diluangkan untuk medic, dan kuranglah masa yang disumbangkan untuk urusan2 dakwah.
memang terasa kosong. dan kering.
dan itu sepatutnya tak berlaku. bilamana kita menjadikan belajar tu sbg part of our ibadah, kita tak sepatutnya rasa kering. seolah-olah belajar itu terpisah dengan dakwah. sedangkan menjadi muslim yang cemerlang pun adalah satu bentuk dakwah bil haal dan juga satu qudwah.
ditambah dengan memikirkan kesibukan yang bakal dihadapi dalam alam pekerjaan nanti memang menakutkan. di waktu bujang ni pun terkial-kial nak balance antara medic dan dakwah, apatah lagi bila dah berkeluarga, bekerja. adakah kerjaya dan keluarga tu menjadi alat untuk melaju dalam dakwah, atau adakah menjadi fitnah? nauzubillah min zalik.
resolusi yang dapat dibuat? tajdid niat kenapa ambil medic. dan kena reset mind, bahawa dakwah itu perlulah dimaknakan dalam seluruh aspek kehidupan. dakwah bukan sekadar usrah, daurah, meeting, qadhaya dll. tp segala tingkah laku, peribadi, tutur kata, performance dlm pembelajaran, muamalah dengan manusia sekeliling, semuanya adalah dakwah. bilamana semua perkara dalam kehidupan seharian dilakukan kerana Allah, tiada istilah kering, tak ruhiy, tak basah dan sebagainya yg timbul .
kerana sepatutnya setiap tindakan kita seharian hanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata. full stop.
huuu entry yang agak kurang bermanfaat, more to curahan hati sebenarnya. pardon my rambling :p
Saturday, April 6, 2013
tumuhaat al-fateh
Mengenali Sultan Muhammad Al-Fateh dengan lebih mendalam, semakin menambahkan rasa kagum dalam hati. Kisah bagaimana beliau dibesarkan dan dididik dari awal untuk menjadi Pembuka Kota Konstantinopel memang mengujakan. Mengajar aku tentang pentingnya menjadi seorang 'VISIONARY', memiliki tumuhaat (wawasan) dan berjiwa besar. Al-Fateh seusia 12 tahun telah beriman bahawa dialah yang akan menjadi seperti yang disebut oleh Rasulullah di dalam hadisnya,
لتفتحن القسطنطينية فلنعلم الأمير أميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش"Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera ... " (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Hadis yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW di dalam peristiwa khandaq, ketika para sahabat ketakutan menanti kedatangan 10,000 musuh dari kaum Arab yang mahu memerangi Islam di Madinah. Sahabat yang juga sedang kelaparan sehinggakan terpaksa mengikat perut mereka dengan batu, diarahkan oleh Rasulullah untuk menggali parit (khandaq) sebagai strategi peperangan atas saranan Salman Al-Farisi r.a. Ketika itulah mukjizat Rasulullah SAW berlaku dan baginda diberitakan oleh Allah dengan kemenangan Islam ke atas Parsi dan Rom.
Jika kita yang berada di tempat para sahabat ketika itu, mampukah kita beriman sekental iman mereka golongan muhajirin dan ansar? Sedangkan mahu memenangi Rom dan Parsi, hendak menghadapi kaum Arab pun mereka menggigil kegerunan. Namun sememangnya usah diragui keimanan mereka, mereka lantas percaya sebulat hati dan bergembira dengan perkhabaran dari Rasulullah SAW, menandakan kemenangan Islam semakin dekat!
Dan sabda Rasulullah SAW itu terbukti dengan kemenangan Islam ke atas Parsi di dalam Perang Qadisiyyah pada tahun ke15 Hijrah. Manakala, hadis tentang pembukaan Rom menjadi aspirasi kepada umat Islam sejak zaman berzaman. 800 tahun selepas diungkapkan hadis tersebut, akhirnya Sultan Muhammad AlFatih yang menjadi pembuka Kota Konstantinopel selepas 12 kali percubaan untuk menawan kota itu dilakukan sejak zaman sahabat lagi.
Ramai yang takjub kekaguman dengan pencapaian AlFatih ini. Apa yang membezakan beliau dari pemimpin-pemimpin terdahulu daripadanya? Mengapa kemenangan ke atas Rom itu hanya berlaku pada zaman pemerintahannya?
Hakikatnya, tiada yang ajaib pada Muhammad Al-Fatih. Dia hanyalah manusia biasa yang mempunyai wawasan, dan dia bekerja ke arah mencapai wawasannya.
Perlu kita fahami juga bahawa AlFatih seusia 8 tahun sama seperti kanak-kanak lain, nakal dan liat belajar. Sehingga ayahnya Sultan Murad terpaksa menjemput seorang ulama' untuk mengajarkan agama dan AlQuran kepada AlFatih, dan membenarkan ulama' tersebut, Syeikh Syamsuddin untuk menggunakan kekerasan ke atas AlFatih dalam proses pentarbiyahannya. Di sini dapat kita lihat peranan Syeikh Syamsuddin sebagai murabbi kepada AlFatih, sehinggakan pemerintahan beliau menjadikan ulama sebagai tempat rujuk utama. AlFatih dibesarkan dengan tegas dan sering ditanamkan ke dalam dirinya sejak kecil lagi bahawa dialah yang akan menjadi pembuka Konstantinopel seperti yang disebut di dalam hadis itu.
Mindset yang ditanamkan sejak kecil ini menjadikan AlFatih 'beriman' bahawa dialah yang akan melaksanakan hadis Rasulullah SAW itu, dan kerana itulah dia berusaha ke arahnya. Zaman remajanya tidak seperti remaja yang lain, bahkan dipenuhi dengan persiapan sebagai seorang pemimpin dari sudut agama, pendidikan, ketenteraan dan kepimpinan. Visinya yang besar untuk menawan Konstantinopel seringkali diragui, kerana 12x percubaan telah gagal termasuk ayahnya sendiri, Sultan Murad. Namun AlFatih dengan penuh keyakinan diri berkata,
"Aku bukan seperti mereka datuk moyangku yang terdahulu. Ini adalah aku, Muhammad, dan aku pasti akan menawan Konstantinopel"
Akhirnya AlFatih membuktikan kata-katanya sewaktu usianya hanya 21 tahun. Dialah yang disebut oleh Rasulullah sebagai sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera.
Sememangnya, Allah mentakdirkan kemenangan itu tercapai melalui AlFatih, bukan sia-sia. Bahkan Allah mahu mengajar kita pentingnya mempunyai wawasan dan visi yang besar dalam hidup. Tiada yang mustahil dalam dunia ini, andai kita bekerja ke arahnya. Meski kita pernah hidup di dalam jahiliyyah yang penuh kegelapan, masih ada ruang untuk kita berubah menjadi yang lebih baik. Andai bermimpi untuk melakukan perubahan pada dunia, mulakan pada diri kita sendiri. Didiklah nafsu supaya tunduk kepada iman. Penuhi jiwa hanya dengan Allah, nescaya setiap langkah sentiasa mengikut kehendak dan pandanganNya.
Andai mengimpikan seorang penyelamat ummah yang lahir dari rahim ini, maka proses pentarbiyahan bakal zuriat itu bermula dari sekarang, iaitu pentarbiyahan wanita yang bakal melahirkannya Wanita yang meghayun buaian itu takkan mampu menggoncang dunia, andai masih tidak bertuhankan Allah sepenuhnya, masih leka dengan dunia yang membelenggu. Visi yang sekadar pada kata-kata tanpa amal ke arahnya, takkan ke mana-mana, hanya bermimpi di siang hari semata.
Kau bermimpi mahu memenangkan Islam. Kau bermimpi mahu menjadi seperti Hannah yang menginfaqkan zuriat di dalam kandungannya untuk Islam. Kau mahu mentarbiyah manusia bahkan zuriatmu menjadi penyelamat ummah dan pembebas AlAqsa. Namun sudahkah kau lengkapkan dirimu dengan setiap muwasafat tarbiyah? Bagaimana dengan mutabaah amalmu? tilawahmu? tahajjudmu?puasamu?amal dakwahmu?
Tumuhaat itu, bukan sekadar angan-angan atau kata-kata. Tapi selayaknya diterjemahkan dalam bentuk amal.
Ighfirlana Ya Rabb T__T
Sunday, March 17, 2013
seni kematian
Notification di facebook dan message di what's app bertalu-talu masuk. semuanya mengkhabarkan berita kehilangan 2 orang insan hebat di lapangan dakwah, pakcik Jusri dan akh Iman Syafiq.
Penuh newsfeed di facebook insan-insan yang hidup di sekeliling mereka memberi penyaksian akan kebaikan dan amal soleh yang mereka curahkan selama hayat mereka, terutamanya setelah berkenalan dengan dakwah dan tarbiyah.
Antara keduanya, kisah kematian akh Iman Syafiq lebih memberi kesan ke dalam jiwaku. mungkin kerana usianya yang sebaya denganku membuatkan aku tertanya-tanya dan cemburu. dia diusianya yang muda dan masih bertatih di dalam dakwah ini telah berjaya mengetuk ribuan jiwa di luar sana dengan amal solehnya. Aku hanya termenung.Apa pula amal yang boleh aku persembahkan kpd Allah saat kematianku nanti? Bagaimana pula kesudahanku? Baikkah? Atau burukkah?
Kisah akh Iman Syafiq juga mengingatkan aku tentang kematian seorang senior universitiku, akh Ammar pada tahun 2009 yang lepas. Aku pernah menulis tentangnya dalam entri : Aku Cemburukan Dia. Terasa ada persamaan antara kedua akh Iman dan akh Ammar. Mereka pergi di usia yang muda, keduanya adalah penggerak di atas jalan dakwah. keduanya juga meninggal kerana kemalangan jalan raya. Dan yang paling penting, pemergian kedua akh ini telah memberi kesan yang mendalam ke dalam hati mereka yang mengenali mereka, bahkan kepada insan-insan yang tidak pernah mengenali mereka sebelum ini turut terasa kehilangannya.
Kematian yang membangkitkan iman bagi jiwa-jiwa yang telah lama alpa dan leka bergelumang dengan jahiliyah. Kematian yang mengembalikan hamasah bagi jiwa-jiwa du'at yang lesu di dalam dakwah ini, yang telah kehilangan 'rasa' untuk all out di dalam dakwah. Akh Iman telah menunjukkan qudwah kepada para du'at, bahawa jalan dakwah ini terlalu mahal nilainya. Akh Iman telah mengajarkan para du'at bahawa tiada ertinya hidup ini, jika dakwah dan tarbiyah itu tidak dijadikan nadi.
Sungguh, kesedaran itu terlalu mahal harganya sehinggakan dengan kematianmu
sahajalah, hatiku dan hati ramainya manusia lain mula tersedar dan
bermuhasabah beristighfar.
Sabda Rasulullah:
"Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati." (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya.)
Hadis yang biasa diperdengarkan kepada kita. namun kali ini aku seperti baru pertama kali membacanya.
Ya, sememangnya orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati, dan bersedia menghadapi kematiannya.
Kerana manusia sifatnya memang sering merancang kehidupannya. Perancangan kerjaya, pembinaan keluarga, hatta perancangan di dalam dakwah sendiri.
Tetapi manusia sering terlupa untuk meletakkan PERSEDIAAN KEPADA KEMATIAN di dalam perancangan dan timeline hidupnya.
Sedangkan kematian dan akhirat itu adalah sesuatu yang pasti. Manakala dunia ini dan seisinya? Masih kabur. Yakinkah kita bakal hidup sehingga esok hari? Yakinkah kita mampu pulang ke Malaysia membawa ijazah kedoktoran ini? Kita merancang untuk berkahwin, bekerja, membina keluarga. Tapi yakinkah bahawa ajal tidak akan menjemput kita sebelum saat itu?
Imam Hasan Al Banna juga pernah berkata, “Orang yang bijak adalah orang yang mengolah seni kematiannya.”
Ya, kematian bisa menjadi seni, bergantung bagaimana kita memahaminya.
Seni kematian apa yang akan kita pilih, itu bergantung pada kita. Hidup
dalam kemaksiatan dan hura-hura, maka seni kematian yang mungkin kita
dapatkan tidak jauh dari itu. Sama hal-nya dengan kehidupan yang kita
penuhi dengan amal islami dan jihad, seni kematian yang kita dapatkan
pun seharusnya tidak jauh dari itu.
Imam Asy-Syahid Hasan Al Banna juga telah mengukir seni kematiannya, kematiannya di antara desingan peluru sniper ketika melaksanakan amanah
dakwah. Asy Syahid Syed Qutub telah mengolah seni kematiannya dengan begitu indah, di atas tali gantung kerana memperjuangkan agama Allah.
Lalu, seni kematian apakah yang akan kita pilih kelak. Sudahkah
kehidupan ini menjadi pengukir kematian yang baik nanti? Atau mungkin
sebaliknya?
Ah, mungkin masih muda. Masih banyak goresan cita yang ingin
diwujudkan. Masih besar harapan kehidupan yang ingin direalisasikan.
Namun, tiada siapa pernah tahu bila saatnya Izrail bakal menjemput dan mencabut nyawa dari tubuh.
Mungkin hari ini? Esok lusa? 10 tahun lagi? wallahu a'lam.
Maka, benarlah hanya orang yang bijak akan mengolah seni kematiannya. Agar kematiannya tidak sia-sia, bahkan membuahkan amal-amal soleh dan pahala yang tidak pernah putus sehingga kiamat. Kuncinya? DAKWAH. dan berdakwah IKHLAS kerana Allah.
Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda:
الدال على الخير كفاعله
Orang yang memberi petunjuk kepada kebaikan (hidayah), pahala orang yang membuat kebajikan itu akan sampai kepadanya, tanpa ada sedikit pengurangan pun.
Ya, dengan dakwah lah, kau mampu menjana pahala yang berlipat kali ganda, yang tidak akan putus walaupun kematian menjadi pemutus kepada amal solehmu sendiri..
Muhasabah untuk diri sendiri.
Kembalilah mengolah kehidupan
dalam mengukir seni kematian terbaik. Kembalilah melantunkan doa-doa agar Allah matikan
dalam syahid, dalam seni kematian terindah yang pernah ada di muka bumi
ini.
Allahummaghfirlahum warhamhum wa3afihim wa3fu3anhum.
Moga Allah tempatkan ruh Akh Iman Syafiq dan Pakcik Jusri di kalangan orang-orang soleh dan berjihad di atas jalanNya. Dan moga Allah memberikan kekuatan kepada keluarga mereka, serta ikhwah akhawat untuk terus tabah dan redha dengan ketetapanNya.
Ketahuilah,
dakwah tidak rugi sedikit pun dengan kehilangan mereka. Perjuangan ini
tidak kehilangan apa-apa dengan pemergian mereka. Kerana hakikatnya, dakwah
dan perjuangan ini tidak memerlukan sesiapa. Dan hakikatnya, kitalah yang berhajatkan kepada dakwah itu untuk selamat di akhirat kelak.
Wallahu a'lam.
(baca kisah Akh Iman yang dinukilkan oleh Akh APG dan Ukhti Aisyah Muharikah)
Friday, March 8, 2013
true love
when Abu Darda' passes away, Ummu Darda' gets a marriage proposal from Muawiyah bin Abi Sufyan who was the Khalifah of muslims
and the response of Ummu Darda' :
" I cannot marry you, because I already engaged to Abu Darda' in Jannah"
Subhanallah :')
and the response of Ummu Darda' :
" I cannot marry you, because I already engaged to Abu Darda' in Jannah"
Subhanallah :')
Friday, February 8, 2013
ananiyyah
tiada perasaan yg paling mengharukan bagi seorang murabbiyah, melainkan apabila melihat mutarabbi dan anak-anak binaannya kini semakin membesar mampu berdikari dalam jalan dakwah ini, walaupun belum sepenuhnya.

perasaan yang sama turut dirasai sewaktu mukhayyam syita' (winter camp) tempoh hari. melihat kefahaman dakwah mereka yang semakin berkembang mekar, membuatkan kami tersenyum penuh kesyukuran.
Dua mukhayyam yang telah berlangsung telah memberikan sedikit nafas lega kepada kami, bahawa adik-adik ini semakin matang dan membesar dalam kafilah dakwah dan tarbiyyah ini. dan ini memberi satu sinar baru untuk perkembangan dan kelangsungan dakwah di Mesir di masa akan datang.
alhamdulillah ala kulli haal. segala pujian dan kesyukuran dikembalikan kepada Allah. siapakah yang memberikan hidayah kepada mereka, dan memelihara dan memberi kefahaman islam dan dakwah kepada mereka, kalau tidak bukan keranaNya?
[ kanan: ABTHAL]
[ kiri: WING'13]
Betapa keji dan liciknya sang iblis , dia tidak akan mengajak seorang mu'min kufur kepada Allah secara terang-terangan. Tapi iblis laknatullah ini menggoda manusia untuk mengikut 'LANGKAH-LANGKAH kepada kekufuran'. Bermula dengan terbitnya rasa ujub dan riya' dalam hati du'at dengan amal-amal dakwahnya yang selanjutnya cetusan ego mula bertandang. Sikap "ana khayrun minhu" atau AKU LEBIH BAIK DARIPADANYA mula meresap, menjadikan si du'at sukar ditegur dan tenggelam dalam perasaan 'syok sendiri'nya.

perasaan yang sama turut dirasai sewaktu mukhayyam syita' (winter camp) tempoh hari. melihat kefahaman dakwah mereka yang semakin berkembang mekar, membuatkan kami tersenyum penuh kesyukuran.
Dua mukhayyam yang telah berlangsung telah memberikan sedikit nafas lega kepada kami, bahawa adik-adik ini semakin matang dan membesar dalam kafilah dakwah dan tarbiyyah ini. dan ini memberi satu sinar baru untuk perkembangan dan kelangsungan dakwah di Mesir di masa akan datang.
alhamdulillah ala kulli haal. segala pujian dan kesyukuran dikembalikan kepada Allah. siapakah yang memberikan hidayah kepada mereka, dan memelihara dan memberi kefahaman islam dan dakwah kepada mereka, kalau tidak bukan keranaNya?
[ kanan: ABTHAL]
[ kiri: WING'13]
namun tatkala melihat kematangan dan tumbesaran anak2 binaan di dalam dakwah, para du'at dan murabbi sering tidak terkecuali dari menghidap penyakit yang satu ini.
murabbi yang tersenyum bangga melihat mutarabbinya kini bertebaran melaksanakan dakwah ilallah.
murabbi yang dahulunya menjadi pemula dakwah di muhafazah dan daerah. dahulunya dia keseorangan menebar jala dakwah di tempat 'jajahannya'. kini, dia mampu berbangga dengan anak2 binaannya terdiri daripada pelbagai lapisan dan mustawa.
murabbi yang pernah suatu ketika dahulu terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran hanya untuk mengadakan daurah/katibah/mukhayyam. kekurangan wang, tenaga, dan masa, itu perkara biasa. tapi kini? tiada lagi kekangan. dakwah yang semakin berkembang di Mesir ini telah melahirkan pelapis-pelapis dan tenaga-tenaga penggerak yang menyambung rantai perjuangannya.
tahun demi tahun berlalu, kini sang murabbi itu sekadar melihat dari tepi dan kadang memantau gerak kerja dakwah anak-anak binaannya. dan terselit dalam sudut hatinya rasa bangga.
AKUlah yang mentarbiyah mereka, disebabkan AKUlah dakwah tersebar ke muhafazah2 di Mesir. tanpa AKU mereka takkan berubah menjadi muslim yang baik seperti sekarang. kerana AKUlah bilangan mereka yang bersama di dalam dakwah ini kini menghampiri ribuan jumlahnya.
tanpa disedari, penyakit ini mula menular dalam hati para murabbi.
أنانية
(Ananiyyah)
atau kata nama lainnya, penyakit keAKUan.
Penyakit yang berbahaya yang menyelinap tanpa disedari. virus di dalam hati yg menjadikan para duat berbangga dengan pencapaian yg diperolehnya di dalam dakwah ini. sehingga kadang dia benci dan tak betah menerima kritikan dan pandangan orang lain, kerana merasakan pandangannyalah yang terbaik dan paling wajar diikuti.
Dia bangga menjadi pemula dakwah di tempatnya. Anak2 binaannya menyanjungi dan menghormatinya. Dia mendabik dada bila semua kata2nya didengari dan tiada siapa yang menyangkal kerana kethiqohan mereka. Sehingga terbit keangkuhan yang walaupun tidak dizahirkan, menjadi berhala di dalam hati dan syirik khofiyy yang akhirnya memakan diri dan menjadikan segala amal soleh ibarat debu-debu yang berterbangan. Sia-sia.
Si murabbi seakan-akan terlupa, semakin dia ujub dengan dirinya, semakin kecil darjatnya di sisi Allah SWT. Dia terlupa, bahawa dia hanyalah merupakan asbab sampainya hidayah Allah kepada manusia. Jika bukan kerana Allah yang mengizinkan, dakwah ini takkan pernah berjaya mengetuk hati-hati kerana Dialah pemegang dan pembolak balik hati manusia.
Sebagaimana Saidina Abu Bakr r.a menasihati Saidina Khalid Al-Walid yang memperolehi kejayaan yang tidak putus-putus dalam peperangan di Iraq.Khuatirkan si pedang Allah yang mungkin akan terleka dan terlalai dengan nikmat dunia, Saidina Abu Bakar mengingatkan tentang niat, kerana ujub yang bertandang akan merosakkan segala amal yang dilakukan. Sedangkan kemenangan dan kurniaan itu hanyalah dari Allah!
Tidakkah kita beriman dengan firman Allah :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِۚ وَمَن يَتَّبِعۡ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَإِنَّهُ ۥ يَأۡمُرُ بِٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِۚ"Wahai orang2 beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya dia (syaitan) menyuruh melakukan perbuatan keji dan mungkar." (AnNuur 24:21)
Betapa keji dan liciknya sang iblis , dia tidak akan mengajak seorang mu'min kufur kepada Allah secara terang-terangan. Tapi iblis laknatullah ini menggoda manusia untuk mengikut 'LANGKAH-LANGKAH kepada kekufuran'. Bermula dengan terbitnya rasa ujub dan riya' dalam hati du'at dengan amal-amal dakwahnya yang selanjutnya cetusan ego mula bertandang. Sikap "ana khayrun minhu" atau AKU LEBIH BAIK DARIPADANYA mula meresap, menjadikan si du'at sukar ditegur dan tenggelam dalam perasaan 'syok sendiri'nya.
قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
"(Iblis) berkata, "Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka (manusia) dari jalanMu yang lurus."ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ"Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari DEPAN, dari BELAKANG, dari KANAN, dan dari KIRI mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur."(Al'A'raaf 7:16-17)
Syaitan dan iblis yang telah hidup jutaan tahun usianya, pasti mempunyai pelbagai tipu daya yang akan merosakkan amalan anak Adam. Para duat tidak terkecuali, bahkan mereka yang beriltizam dengan Islam inilah yang menjadi sasaran utama iblis untuk disesatkan. Yang akhirnya, segala amal soleh dan amal dakwah yang dilakukan di dunia, tiada nilaiannya di sisi Allah. Si du'at menjadi muflis, kerana amalnya dirosakkan oleh penyakit ananiyyah ini. Na'uzubillah min dzaalik.
Kerana itulah ikhlas itu yang wajar dicari dalam setiap amal. Ikhlas di permulaannya, saat kelangsungannya, dan juga di pengakhiran amal itu. Jangan pernah kita lupa bahawa dakwah ini milik Allah, dan tabiat dan sunnatullahnya memang akan terus tersebar. Kita? Hanyalah seorang hamba yang hina yang dimuliakan Allah kerana dakwah, dan Allah yang Maha Pengasih itu telah sudi untuk memilih kita menjadi penyambung rantaian perjuangan Rasulullah ini. Tanpa kehadiran kita, dakwah tetap akan terus maju dan berkembang. Dan jangan pernah kita lupa, dakwah tidak akan pernah memerlukan kita, bahkan kita yang memerlukan dakwah ini untuk selamat di akhirat kelak.
Sucikanlah setiap amal kita dari sebarang penyakit hati yang akan merosakkannya, dengan istighfar dan taubat.
اللهم ارزقنا الإخلاص في كل أعمالنا
اللهم اهدنا وأهدى بنا واجعلنا سببا لمن اهتدى
Ya Allah Kau kurniakanlah keikhlasan dalam setiap amalan kami.
Ya Allah, berilah petunjuk kepada kami, dan jadikanlah kami asbab kepada orang-orang yang mendapat hidayahMu.
Ameen.



