Walhal, aku tak pernah mengenalinya. Dan aku teruskan juga niat untuk mencoret tentangnya dan sahabat-sahabatnya.Walaupun mereka semua adalah kaum Adam, yang langsung tiada kaitan dengan aku. Tapi aku yakin, peristiwa ini telah mengajarku sesuatu yang sangat berharga. Dan tiada sesiapa yang mampu mengajarkannya, melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Pencipta.
Aku hanya sekadar mengenali wajahnya, sebagai seorang senior di universiti.Itu pun, aku tak pernah tahu namanya, sehinggalah berita pemergiannya sampai ke pengetahuan kami.
Ketika itu, baru kami sibuk membelek Majalah Asy-Syifa',Majalah rasmi Persatuan Perubatan Mesir.Kami cari gambarnya. Oh, ini rupanya akh tersebut. Memang selalu terserempak di universiti.Masih tidak percaya dengan perkhabaran malang tersebut. Kami menunggu dengan penuh debar sehingga berita disahkan.Benar, tragedi tersebut telah membawa kepada kembalinya arwah Ammar kepada kekasihnya, dan Aman dan Eckm terlantar kritikal di hospital.2 yang lain, Saif dan Fitri, alhamdulillah hanya mengalami cedera ringan.
Malam tragedi itu berlaku adalah malam peperiksaan bagi kami Pelajar Tahun 2 Perubatan Universiti Kaherah. Tapi, kami langsung tidak dapat belajar. Cuba untuk membuka buku Anatomy, sekadar mencukupkan syarat usaha, supaya Allah permudahkan dalam exam keesokannya. Tapi fikiran langsung tiada pada buku, hanya sedih memikirkan arwah, dan nasib Aman dan Eckm , yang juga merupakan senior di SMAP Labu.
Sehingga hari ini, tak tahu berapa banyak air mataku telah tumpah untuk mereka, terutama arwah.
Bukan kerana perit kehilangannya.Tapi kerana aku sangat mencemburuinya.
Aku tidak pernah menyangka, akan hanya mengenalinya setelah dia tiada lagi. Setiap butir yang menceritakan tentangnya, pasti yang baik-baik sahaja. Aku teliti satu demi satu blog-blog sahabatnya yang menceritakan tentang arwah. Aku mendengar kalam-kalam dari kakak-kakak senior tentangnya.Kesemuanya menggambarkan dia sebagai seorang yang bersopan-santun, lemah-lembut, berbudi bahasa, dan jelas fikrah dakwahnya. Dia yang diceritakan, sangat disenangi sahabat-sahabatnya, dan kata-katanya penuh hikmah yang sering menyentuh hati insan-insan yang mendengar.Tiada langsung kisah buruk yang aku terima mengenainya.
Paling menyentuh hati, Ummu Ammar dan Abu Ammar merelakan pemergian arwah Ammar dengan penuh redha dan tabah.
"Makcik redha.InshaAllah, seorang Ammar pergi, 10 lagi Ammar akan ganti.Adik-adik Ammar akan jadi lebih hebat daripada Ammar"
"Bangunlah wahai mujahid dan mujahidah, teruskan perjuangan Ammar mudah-mudahan Allah menjemput Ammar yang disayangi untuk menguatkan semangat dan cinta kepada Islam dalam rangka mendidik dan berbakti."
"Bangunlah wahai mujahid dan mujahidah, teruskan perjuangan Ammar mudah-mudahan Allah menjemput Ammar yang disayangi untuk menguatkan semangat dan cinta kepada Islam dalam rangka mendidik dan berbakti."
Subhanallah.
Baru aku sedar, dunia sebenarnya sedang kehilangan seorang mujahid muda.Mujahid muda yang hebat, dan dilahirkan dari benih ibu ayahnya yang pasti turut sama hebat.
Sungguh, kehilangannya ditangisi semua, dan bagiku sendiri, pemergiannya amat aku cemburui.
Aku cemburukannya kerana dia pergi dalam keadaan yang mulia, ketika sedang berjihad menuntut ilmu dan menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin.
Aku cemburukannya kerana semua yang mengenalinya bagaikan membuat penyaksian kepada Allah SWT, bahawa dia merupakan insan yang soleh selama hayatnya di muka bumi.
Aku cemburukannya kerana seandainya penghuni bumi telah mengiktirafnya sebegitu, apatah lagi penghuni langit dan penghuni taman-taman syurga. Jika di dunia manusia menangisi pemergiannya, pasti penghuni langit dan syurga juga sedang bergembira menyambut kedatangannya.
Aku cemburukannya kerana dia pergi dengan sempat melafazkan kalimah yang mulia, kalimah syahadatain, dengan wajah yang terukir sedikit senyuman. Petanda dia tergolong dalam golongan yang beriman, inshaAllah.
Cemburu. Sangat-sangat cemburu. Dan sebenarnya sayu memikirkan nasib diri.
Bagaimana pengakhiranku? Apakah pemergianku nanti juga akan ditangisi? Jika aku mati, bagaimanakah aku yang bakal digambarkan oleh insan-insan yang mengenaliku? Adakah baik gambarannya, sehingga mereka akan sangat merasakan kehilanganku nanti? Ataupun mereka langsung tidak terkesan, bahkan lebih bergembira tanpaku?
Bagaimana nasibku di akhirat nanti? Apa penyaksian dari seluruh makhluk di sekelilingku, tentang ku di hadapan Allah di Mahsyar kelak? Di mana bukan sekadar manusia, bahkan mata, telinga, anggota badan, binatang, tanah, pokok, bahkan seluruh alam akan menjadi saksi selama hayatku di dunia.
Dan sungguh, aku sangat takut memikirkannya.
Ya, ini pengajaran dari Allah.Teguran dari Allah kepadaku.Betapa aku lalai dengan kehidupan dunia,alpa dengan hakikat penciptaanku, dan lupa bahawa aku akan dikembalikan kepadaNya, BILA-BILA MASA dan SEKELIP MATA SAHAJA. Dan demi pengajaran yang berharga ini, ia menuntut kepada tragedi yang memeritkan ini. Sangat memeritkan.
Pemergian arwah Ammar,tidak sia-sia. Aman dan Eckm yang sedang terlantar di hospital juga. Benar, pengajaran dari tragedi ini sangat menyentuh hati. Membangkitkan iman. Dan mengembalikan kami kepada Rabb yang Maha Mencipta, Maha Menghidup dan Maha Mematikan.
Muhasabah diri. Apakah selepas ini masih ada peluang untuk kita? Atau adakah kita hanya menunggu orang lain pula dikorbankan untuk Allah menegur kita lagi?
Na3udzublillah min dzalik.
Memetik kata-kata Allahyarham Ammar,
Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat.
Berbahagialah saudaraku. Dirimu kini telah terpilih Allah, untuk melihat dunia dari jendela akhirat. Lantaran dirimu adalah anak-anak akhirat, yang jiwanya hangat dengan cinta kepada akhirat.Dirimu kini telah bebas dari fitnah dunia yang menyesakkan, sedang kami masih berusaha untuk tidak terus hanyut dalam arus dunia ini.Selesai sudah perjuanganmu di dunia, dalam usaha menjadi Mujahid Islam, dan Musafir Ilmu yang diredhai Allah.
Ya Rabb, dengan kekuatan dan kebesaranMu, gantikanlah pemergian Mujahid muda ini dengan kelahiran lebih ramai Mujahidin Islam, yang sentiasa ikhlas dan istiqamah dalam mengejar redhaMu.Terimalah saudaraku sebagai hamba yang soleh di sisiMu, tempatkan lah dia di tempat yang terbaik di sisi Mu.
Ya alQawiy, wahai Tuhan Yang Maha Kuat, kuatkan hati kami. Kuatkan saudara kami, Eckm dan Aman.Dengan kekuasaanMu yang Maha Agung, selamatkanlah mereka, sembuhkan mereka seperti sedia kala, agar kami semua dapat bersama-sama meneruskan perjuangan menggapai mardhotillah Mu di atas muka bumi ini.
Ya Allah, Ya Raheem, Tuhan Yang Maha luas rahmatNya, izinkan kami juga pulang mengadapMu, dalam keadaan yang paling mulia dan di bawah keredhaanMu, dalam ingatanku yang terbaik mengingatiMu.Kurniakan kami pengakhiran yang terbaik, dan ganjaran yang terbaik, yakni nikmat syurgaMu.
Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah, seandainya dosa-dosa kami yang menggunung tinggi ini telah mengundang kemurkaanMu.
Ameen Ya Allah.Ameen Ya Rabbal 'Alamin.
**latest update arwah Ammar klik SINI**
9 comments:
alhamdulillah,
sgt terkesan di hatiini....
roda yg berpusing sebenarnya sentiasa memberi teguran dan pengajaran bukan hanya pada pelajar medik mesir tapi sesiapa shj yg mengambil pengajaran dan iktibar
semoga......
""Ya Rabb, dengan kekuatan dan kebesaranMu, gantikanlah pemergian Mujahid muda ini dengan kelahiran lebih ramai Mujahidin Islam, yang sentiasa ikhlas dan istiqamah dalam mengejar redhaMu.Terimalah saudaraku sebagai hamba yang soleh di sisiMu, tempatkan lah dia di tempat yang terbaik di sisi Mu.""
aminnnnn......
Saya 10 tahun lebih tua dari Ammar. Bekas Student MATRI perlis. from form 1~5. Result excelent. Offered to Darul Quran. Tak sampai setahun beliau dapat offer ke Qairo.
Mmg ada talent to be da'i. Peramah dan kuat beramal kerana ditarbiyah diMATRI dengan tarbiyah yang mapan.
MATRI adalah Maahad Tarbiyah Islam yang menitik berat tarbiyah ala ikhwan.
Saya Bro ni tapi Allah lebih sayangkan dia. Kita kena meredhai dia kerana dia benar dengan perkataannya.
Bagi kita yang tinggal kena lahirkan banyak AMMAR didalam tarbiyah kita. Tidak guna menanggis tanpa usaha untuk menyambungkan perjuangannya.
Mantapkan jamaah disana. Mantapkan aqidah. Mantapkan tarbiyah. Mantapkan dakwah. Agar kita menyudurinya dengan jihad sebenar. Jihad Akbar dan mati dengan Syahid yang penuh izzah.
Antum study rajin rajin dan jangan lupa tarbiyah dan dakwah.
Antum semua adalah harapan ummah dimalaysia ini.
Jangan terlalu meratapi tanpa usaha untuk menyambung perjuangan sahabat itu.
jangan emotional dalam bersedih. Insyaalah kita doakan beliau. Kira nya dia benar, pasti Allah akan tempatkan ditempat yang baik disisinya.
Jaga iman dan amal
Salam buat semua student disana.
http://muharrikdaie.wordpress
Juga mencemburuinya dan mencemburui antum semua dengan perjuangan yang berterusan.
aku juga cemburu
"Ya Rabb, dengan kekuatan dan kebesaranMu, gantikanlah pemergian Mujahid muda ini dengan kelahiran lebih ramai Mujahidin Islam, yang sentiasa ikhlas dan istiqamah dalam mengejar redhaMu.Terimalah saudaraku sebagai hamba yang soleh di sisiMu, tempatkan lah dia di tempat yang terbaik di sisi Mu.""
pemergiannya sangat byk mengajar,
sangat memberi kesan...
Allah memilih insan yg sgt baik untuk dijadikan perantara peringatan drNya buat kita..
semoga pengakhiran kita nnti di dalam husnul khatimah..
ameen ya Rabb..
al-fatihah
'terkesan' atas pemergian arwah
jazakillah huda for d post!
moga menjadi pengajaran buat kita yg masih hidup,insyaAllah
masyaAllah huda.. terkesan sangat2... memang tgh cari jawapan untuk satu soalan.. dan akak jumpa jwpn tu kat sini.. syukran!!
jazakumullah kheyr semua
mutiara2 dr kalian juga sgt bermakna bg saya
doakan kita semua terus tsabat iAllah
huda..aku rase bergetar bace entry nih..aku ade gak rase camtu...mcmane lah kite...berusahalah ...kite xtau mase kite bile........
semoga boleh diketemukan di syurga kelak..
Amin~
subhanallah...
entry yang menyentuh hati. semoga cemburu itu menyalakan semangat dakwah yang lebih marak untuk mencontohi insan mulia ini.
Memang benar, tiada seorang pun lelaki yang hebat melainkan di belakangnya ada juga perempuan yang hebat bersamanya (ibu atau isteri).
Akhi ammar.. semoga berbahagia di sana.
-ana benar2 mencemburui pemergianmu akhi-
Post a Comment