Pages

  • RSS

Tuesday, October 7, 2008

Eid Mubarak 1429H


family gathering 08 with our new baby Ameen !

~Bismillahirrahmanirrahim~

Salaam 'Eid to all ! Minal Aidin wal Faizin.Taqabbalallahu minna wa minkum, taqabbal ya kareem ~
May Allah accept all of our deeds we've done in Ramadhan, and may we meet Ramadhan again next year with better deeds, insyaAllah.

Sorry for any wrongdoings that i've done during my entire life. Maaf zahir dan batin ye sahabat-sahabat =)

Today is 7th Oct,7th day of 'Eid, but i still wanna share some guidelines in celebrating Hari Raya, which are the sunnah from Rasulullah PBUH. insyaAllah ia akan menjadi panduan untuk kita mengamalkannya for the next 'Eid.


AMALAN SUNNAH DI 'EIDULFITRI

Adalah penting bagi kita utk sentiasa menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai petunjuk dalam menyambut hari-hari kebesaran Islam, seperti Hari Raya Aidilfitri ini, kerana ia membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi insan yang bertakwa setelah melalui madrasah Ramadhan, yang padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin. Antara amalan-amalan yang diajar Rasulullah sempena 'Eidulfitri :

  1. BERTAKBIR


Takbir, amalan yang disyariatkan pada 1 Syawal bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir seketika selesai imam berkhutbah.




(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu menyaksikan (di negeri tempat tinggalnya) bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (dengan bertakbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (QS. Al-Baqarah: 2: 185)


Disunnahkan juga untuk bertakbir sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat 'Eidulfitri. Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuanmenyerlahkan syiar Islam di setiap pelosok jalan yang dilalui ketika menuju tempat solat.


2. LAFAZ UCAPAN SELAMAT DI 'EIDULFITRI


Ucapan 'Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin' yang sering kita ucapkan di hari lebaran adlh tidak bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Rasulullah SAW, sebagaimana yang diceritakan al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yg dinukilkan drpd Jubair bin Nufair r.a katanya :

"Apbl para sahabat Rasulullah bertemu d pagi hari raya, sbgn mereka mengucapkan kpd yg lain, 'taqabbalallahu minna waminka' (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu)" -Rujuk Fath al-Bari, alHafiz Ibn Hajar al'Asqalani, jil5 ms 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

3. MENERUSKAN QIAMULLAIL

Di bulan Ramadhan kita sudah bersungguh-sungguh menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadhan (solat terawih). Ibadah ini seharusnya diteruskan pada hari2 berikutnya sesudah Ramadhan dengan mengerjakan solat tahajjud.

4. MANDI PADA PAGI HARI RAYA

Disunnahkan mandi d pagi raya sbgmana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat pelaksanaan solat 'Eidulfitri. Ali bin Abi Talib pernah dtanya, 'Adakah harus mandi setiap hari?' Beliau menjawab :

"Tidak harus melakukannya. Namun mandi yg diharuskan adlh mandi pd hari jumaat, hari Arafah, hari Eiduladha dan hari Eidulfitri"

5. MAKAN SBLM SOLAT EIDULFITRI


Disunnahkan kaum Muslimin utk menjamah mknn sblm berangkat menunaikan solat Eidulfitri. Perbuatan ini brtujuan menutup andaian bhw dibenarkan berpuasa pada hari raya.

Anas bin Malik r.a berkata,
" Rasulullah SAW tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi AIdilfitri sblm makan bbrp biji kurma". Murajja' bin Raja' berkata:Ubaidillah menceritakan kpdku bhw Anas r.a berkata: Rasulullah SAW memakannya dalam jumlah yg ganjil.- Hadis Riwayat al-Bukhari di dlm Sahihnya,no 953.

Jika tidak memiliki kurma , dibolehkan utk mengisi perut dgn mknn lain esp yg manis2 spt madu. Jika tiada mknn, memadailah dgn hanya meminum air.

6. MEMAKAI PAKAIAN YG INDAH2

Disunnahkan kaum Muslimin menghiaskan diri dgn pakaian indah2 dp hari raya. Imam Syafie berkata :

"Aku lebih menyukai seseorg memakai pakaian terbaik yg dimilikinya pd hari2 raya, iaitu pd hari Jumaat, dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yg bersih dan wangi-wangian" -rujuk ringkasan Kitab Al-Umm, Imam AlSyafie jil1 ms 327

Disunnahkan juga bagi lelaki utk memakai wangi-wangian, ttp tidak dsunnahkan kpd kaum wanita.Sabda Rasulullah SAW:

"Mana2 wanita yg memakai wangian lalu melintas di hdpn lelaki supaya mrk dpt menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." Hadis riwayat AnNasaai d dlm Sunannya, no 5036

Ini tidak bermakna wanita membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adlh agama yg menitikberatkan kebersihan dan kesihatan diri. Dbenarkan wanita utk memakai wangian yg sekadar utk mnjaga dirinya drpd berbau busuk, dan tidak menarik perhatian org sekeliling.


7. BERJALAN KAKI MENUJU KE TEMPAT SOLAT HARI RAYA


Ali bin Abi Thalib r.a:

"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalann kaki menuju ke tempat solat hari rayadan memakan sesuatu sblm berangkat." Hadis riwayat Tirmizi d dlm Sunannya. no 487

8. MENGIKUTI JLN YG BERBEZA KTK PERGI DAN KEMBALI DR MENGERJAKAN SOLAT HARI RAYA

Jabir bin 'Abdullah r.a berkata:

"Nabi SAW melalui jalan yg berbeza pd hari raya"- Hadis riwayat AlBukhari d dlm Sahihnya no 986

Bbrp pendapat ulama' ttg kepentingan sunnah ini :




  • dpt bersalaman dgn org2 yg melalui kedua2 jalan itu


  • dpt memberikan barakah kpd mereka


  • dpt mmberikan pertolongan kpd mrk yg memerlukan d kedua2 jln itu


  • menampakkan syiar Islam d jalan2


  • supaya perjalanan yg dtempuh lebih jauh (lebih byk langkahnya) *ini merupakan pdpt yg lebih tepat. Org yg berjalan ke masjid atau ke tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjat . Sedangkan langkah2 kaki yg lain akan menghapuskan kesalahan2nya.
9. TEMPAT PERLAKSANAAN SOLAT HARI RAYA


Sunnah mengerjakan solat hari raya d kwsn lapang atau musolla (tmpt terbuka spt padang shg khatib dpt melihat semua hadirin) meruapakan amln yg jrg dpraktikkan d Malaysia melainkan bbrp kelompok kecil yg benar2 kuat berpegang kpd sunnah Nabi SAW. Abu Said alKhudri r.a berkate:

"Pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah SAW keluar menuju ke Musolla. Ktk itu, perkara pertama yg dlakukan olh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa sbrg solat sunat)" -Hadis riwayat Bukhari dlm Sahihnya no 956

10. PUASA SUNAT 6HARI D BULAN SYAWAL

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yg berpuasa d bulan Ramadhan diiringi dgn puasa 6hari d bulan Syawal, seolah2 dia telah berpuasa setahun"-Hadis riwayat Muslim dlm SAhihnya , no 1164

Cara yg plg afdhal utk melaksanakannya adlh dgn mula berpuasa slps hari raya Aidilfitri berturut-turut (bermula 2Syawal) sbgmana yg dtetapkan ulama'. Ini juga merupakan pndpt Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie. Amln sstgh pihak yg melakukan puasa qada' dan sunat Syawal scr serentak engikut formula 2 in 1 merupakan perbuatan yg tidak ada dalilnya dr mana2 hadis Nabi SAW yg thabit. Oleh itu afdhal menyempurnakan puasa Ramadhan yg dtinggalkan dahulu dan diikuti dgn puasa sunat d bulan Syawal.



Inilah sbgn drpd hukum hakam dan amalan2 yg dsunnahkan ketika menyambut Aidilfitri menurut AlQuran dan AsSunnah yg sepatutnya menjadi ikutan seluruh ummat Islam. Moga Aidilfitri akan dtg disambut dgn penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dgn perintah Allah SWT dan RasulNya =)





1.28am
Kajang, Selangor