Pages

  • RSS

Sunday, March 8, 2009

Maafkanku

"Selamat menyambut maulidurrasul,Huda"

"Malam ni jangan lupa hadirkan diri ke rumah X ye, ada ceramah sempena Maulud Nabi"

"Mauludirrasul sebagai stimulus untuk kita lebih mengamalkan sunnah Baginda SAW"

"Bestnye, naseb baek ada maulud.dapatla aku holiday sehari."

Bismillah.Salaam Alayk.

Moga rahmat Allah sentiasa melimpah ke atas ummat Muhammad SAW.

Tahukah kamu hari ini hari apa?

Hari ini, 12 Rabiu'ulawwal 1430H.Hari Maulud Nabi Muhammad SAW.


رَضِيْتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالإِْسْلاَمِ دِيْنًا وَبِحَمَّدٍ نَبِيًا وَ رَسُوْلاً

Aku redha Allah sebagai Tuhanku. Islam sebagai agamaku. Dan Muhammad sebagai nabi dan rasulku.


Tahukah kamu?

Aku ada seorang nabi, yang dikurniakan Allah kepadaku.Seorang nabi, untuk aku taati sepanjang hayatku. Aku tidak pernah berjumpa dengan baginda. Tapi aku tahu, nabiku sangat kasihkan aku. Sewaktu hayatnya, nabiku telah mengorbankan seluruh hidupnya untukku. Nabiku menanggung derita, menahan lapar dahaga, dicaci, dimaki,terluka dan cedera parah, serta bersusah-payah menyabung nyawanya untukku.Nabiku sangat bimbangkan aku, bahkan menitiskan air matanya kerana risaukan aku yang mungkin tidak ketemu jalan ke syurga.Dan yang paling mengharukan, tatkala hayatnya tiba ke penghujungnya, lidahnya masih menyebut tentangku. Nabiku memohon kepada Tuhanku, agar dipindahkan seluruh kesakitan sakaratulmaut kepada baginda. Agar aku tidak terseksa kelak, ketika maut mendatangiku.

Dan kerana Nabiku itu, aku bergelar muslimah kini. Kerana Nabiku itu, aku berpeluang mengenal Tuhanku. Aku ada peluang untuk ke syurgaNya.

Namun, penat lelah Nabiku yang bermati-matian memperjuangkan Islam dan mewariskannya kepadaku dan umat manusia, bagai tiada nilainya kini. Islam yang Nabiku bawa kini dihina, dianggap kolot, ganas, tertutup, mundur dan menyusahkan. Umatnya dipijak-pijak, dibunuh sesuka hati, miskin dan tertindas. Tidak lupa juga sebahagian dari mereka, yang sudah melupakan Tuhan mereka, lupakan Nabi mereka. Hidup hanyut dalam fatamorgana dunia, tenggelam dalam lautan keingkaran dan akhirnya karam.


Hari ini, hari memperingati kelahiran Nabiku.

Maka apa yang telah aku lakukan untuknya? Untuk Nabiku, dan untuk Tuhanku?

Entah. Aku pun tidak tahu.

Sewaktu kecil, aku gembira dengan kedatangan hari ini. Aku akan berpakaian cantik, dan berarak bersama rakan-rakanku sambil berselawat. Aku sukakan irama-irama selawat sejak kecil lagi. Namun, lafaz selawatku hanya pada hari itu sahaja. Dan pada hari-hari lainnya, jarang sekali lidahku mahu menyebut namanya.

Bahkan ketika dewasaku, sukar sungguh bagiku untuk mengingati Nabiku. Sukar sungguh untukku turuti sunnah Baginda.

Pabila ditanya, tanpa segan silu ku katakan, "Aku cintakan Nabiku."
Namun kata-kataku langsung tidak diterjemahkan dengan perbuatan.
Kerana aku masih lagi tidak mencintai Nabiku melebihi segala-galanya.
Bagaimana dengan akhlak, perilaku, dan tutur kataku?
Masih lagi seperti dulu. Buruk.


Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia (riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah)


Nabiku sering dihina oleh kafir laknatullah, bahkan sunnahnya dianggap kolot oleh ummatnya sendiri..
Aku marah.Hatiku membara dan menggelegak.Kumaki-maki mereka yang menghina Nabiku.

Namun hanya seketika sahaja.
Aku kembali melupakannya.Aku kembali meninggalkan sunnahnya.

Tetapi Nabiku tidak pernah melupakanku.Bahkan baginda merinduiku. Walau tidak pernah bersua denganku.

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam telah pergi ke kawasan perkuburan dan berkata, “sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita”. Sahabat bertanya: Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah? Baginda menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin) yang belum muncul (i.e mukmin di masa hadapan) – [Riwayat Muslim]

Aku menangis.

Maafkanku Ya Rasulullah. Aku telah mensia-siakan pengorbananmu, dan umat Islam terdahulu. Aku hanya melihat umat Islam hari ini yang semakin jauh dari Tuhan mereka, dan semakin jauh darimu. Aku malu kepada Nabiku. Sedang sunnah baginda yang kecil-kecil itu pun aku tinggalkan, bagaimana pula dengan sunnah Nabiku yang terbesar-DAKWAH-Amar Maaruf Nahi Munkar? Tidak, masih belum cukup terlaksana lagi sunnah dakwah Nabiku.

Aku kembali menyelak surat cinta dari Allah untukku,yang disampaikan melalui Nabiku.
Aku kembali membuka lembaran-lembaran seerah Nabiku.

Aku menangis lagi.

Apa yang telah aku lakukan untuk Tuhanku?
Adakah aku menyambung perjuangan Nabiku?

Hari ini, 12 Rabiulawwal 1430H adalah hari bekerja.

Hari ini bukan hari perayaan. Ia adalah hari bekerja dan berusaha.

Kerana aku adalah ummat Nabiku, Muhammad SAW.

Dan bukankah Nabiku juga adalah Nabi kamu semua?

Semoga Allah mengurniakan kedudukan yang tertinggi dan terpuji di syurga kepada Nabiku.Dan moga Allah sampaikan salam rinduku kepada Baginda.



Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.

Wa ‘ala aalihi wasohbihi wasallam.


12 Rabiulawwal 1430 Hijrah,7 pm

.



Monday, March 2, 2009

ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ

Bismillah. Salaam 'Alayk.

Entri kali ini lebih ditujukan kepada para wanita Islam, walau di mana sahaja anda berada.

Kepada yang bukan wanita pun, sangat dipersilakan untuk turut membaca. :)

Tertarik untuk membuat entri mengenai kisah perempuan yang muhsonat.

Rujukan : Al-Quranul Kareem, Surah AnNuur (24:1-5)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Dengan Maha Allah Yang Maha Pengasih,Maha Penyayang.

سُورَةٌ أَنزَلۡنَـٰهَا وَفَرَضۡنَـٰهَا وَأَنزَلۡنَا فِيہَآ ءَايَـٰتِۭ بَيِّنَـٰتٍ۬ لَّعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ (١)

1. (Inilah) suatu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum-hukumnya), dan Kami turunkan di dalamnya tanda-tanda (kebesaran Allah) yang jelas, agar kamu ingat.

ٱلزَّانِيَةُ وَٱلزَّانِى فَٱجۡلِدُواْ كُلَّ وَٲحِدٍ۬ مِّنۡہُمَا مِاْئَةَ جَلۡدَةٍ۬‌ۖ وَلَا تَأۡخُذۡكُم بِہِمَا رَأۡفَةٌ۬ فِى دِينِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ وَلۡيَشۡہَدۡ عَذَابَہُمَا طَآٮِٕفَةٌ۬ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

2.Penzina perempuan dan penzina laki-laki, deralah masing-masing dari keduanya 100 kali, dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian; dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman.

Ayat ini menceritakan hukuman zina yang sangat berat. Sudahlah hukumannya berat, orang di sekeliling pun tidak dibenarkan merasa kasihan terhadap si penzina itu, jika perasaan itu akan menyebabkan hukuman Allah tidak berjalan di atas muka bumi.

Sering saja kita mendengar, manusia mempersoalkan tentang pelaksanaan hukuman Allah. Orang bukan Islam, dan bahkan orang Islam sendiri, mempertikaikan bahawa hukuman hudud dari Allah tidak relevan, terlalu dahsyat, tidak diterima akal dan macam-macam lagi.

Ah, di Malaysia, di dalam sebuah 'negara yang dikatakan Islam' sekalipun, hukuman Allah masih tidak tertegak lagi, bukan?

Kita seharusnya sentiasa ingat, bahawa Allah yang menciptakan kita, dan Allah lah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk manusia. Sebaliknya kita bukannya orang yang LEBIH TAHU daripada Allah, untuk mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan.
Memanglah jika kita lihat kebanyakan hukuman di dalam Islam yang ditetapkan, jauh dari logik akal manusia.

Tetapi, kita sebagai orang Islam perlu tahu, dalam kita menimbang sesuatu perkara atau membuat keputusan, kita tidak hanya mengikut logik akal semata-mata.Bahkan pertimbangan seorang Muslim itu perlu disertai KEIMANAN. Disebabkan keimanan inilah, banyak perkara yang dilakukan oleh Muslim, yang dianggap tidak logik oleh orang bukan Islam. Bahkan, Muslim yang tidak MUKMIN juga kadangkala mempertikaikan, kenapa perlu dilaksanakan syariatAllah, kenapa perlu kepada hudud. Ini kerana pertimbangan yang mereka lakukan, hanya berlandaskan logik akal, dan tidak bersandarkan kepada IMAN.

Dan Allah menegaskan tentang perkara ini di dalam ayat di atas.

Surah AnNuur ini, seperti yang kita tahu, adalah surah madaniyah, yang diturunkan pada zaman Madinah. Ini bermakna, Allah telah menurunkan ayat hukuman zina dalam keadaan umat Islam yang beriman,kuat,mempunyai negara Islam,bi'ahnya solehah dan Rasulullah SAW juga masih hidup dan berada di samping mereka. It seems inappropriate, rite?

Mungkin jika ayat zina ini diturunkan pada tahun 2009 hari ini, sesuai sangatlah, kerana umat Islam sekarang yang memang terlalu ramai berzina.



Anda rasa apa sebabnya?

Ini kerana mukjizat AlQuran itu sendiri salah satunya adalah menceritakan tentang perkara-perkara yang AKAN berlaku. AlQuran adalah satu bukti bahawa Allah memang mengetahui, akan tiba suatu zaman di mana zina menjadi benar-benar berluasa di atas muka bumi, which is zaman kini. Sedangkan umat Islam pada zaman Madinah itu, mungkin tak pernah terfikir bagaimana zina itu menjadi perkara yang casual di dalam mansyarakat dan berlaku saban hari.Ayat ini juga menjadi bukti bahawa zina memang dipandang sangat BERAT dan JIJIK di dalam Islam.

ٱلزَّانِى لَا يَنكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوۡ مُشۡرِكَةً۬ وَٱلزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَآ إِلَّا زَانٍ أَوۡ مُشۡرِكٌ۬‌ۚ وَحُرِّمَ ذَٲلِكَ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ 

3. Penzina laki-laki tidak boleh menikah kecuali dengan penzina perempuan, atau dengan perempuan musyrik; dan penzina perempuan tidak boleh menikah kecuali dengan penzina lelaki atau dengan lelaki musyrik; dan yang demikian diharamkan bagi orang-orang mukmin.

Ayat ini boleh dilihat dari sudut ayat penyata, dan juga dari sudut ayat perintah.

Ayat penyata: penzina lelaki hanya akan berkahwin dengan penzina perempuan.
Ayat perintah (menurut tafsiran Ulama') : orang mukmin dilarang dari berkahwin dengan penzina lelaki/perempuan.
Tapi bagaimana jika penzina tu telah bertaubat?
Ulama' berpendapat, ayat ini dikecualikan ke atas penzina yang telah bertaubat nasuha, kerana dia dikira telah kembali bersih dari dosa dan tergolong sebagai orang MUKMIN.

وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَأۡتُواْ بِأَرۡبَعَةِ شُہَدَآءَ فَٱجۡلِدُوهُمۡ ثَمَـٰنِينَ جَلۡدَةً۬ وَلَا تَقۡبَلُواْ لَهُمۡ
شَہَـٰدَةً أَبَدً۬ا‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (٤)


4. Dan orang-orang yang menuduh perempuan-permpuan yang baik (berzina) dan mereka tidak mendatangkan 4 orang saksi, maka deralah mereka 80 kali, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka untuk selama-lamanya. Mereka itulah orang-orang yang fasik.


إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُواْ مِنۢ بَعۡدِ ذَٲلِكَ وَأَصۡلَحُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬


5. Kecuali mereka yang bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Cuba kita lihat kalimah ini di dalam ayat ke 4.

ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ

Apakah maksud perempuan muhsonat?
(sila rujuk Quran terjemahan masing-masing)

AlQuran terjemahan kepunyaan saya menafsirkan perempuan muhsonat sebagai perempuan yang baik-baik. Padahal, itu bukan maksudnya yang sebenar.Perempuan muhsonat bukan sekadar baik sahaja, malah lebih daripada itu.Dia adalah perempuan yang baik, suci, solehah, berakhlak dengan akhlak Islam,mukminah dan macam-macam lagi.. Bukan sekadar baik semata-mata.

Inilah kelemahan Bahasa Melayu. Banyak perkataan di dalam Bahasa Arab, jika diterjemah ke dalam Bahasa Melayu, akan hilang hampir separuh daripada maksud asalnya.

Dan inilah pentingnya kita mempelajari Bahasa Arab, supaya maksud ayat AlQuran yang sebenar dapat kita fahami keseluruhannya.

Jika kita lihat, ayat ini merupakan satu ayat protection dari Allah kepada perempuan-perempuan Islam.Allah hendak memelihara perempuan muhsonat, supaya sesiapa sahaja tidak boleh menuduh mereka dengan sesuka hati. Sesiapa yang menuduh perempuan muhsonat ini melakukan zina, dan si penuduh itu tidak berjaya mendatangkan 4 orang saksi, maka yang wajib disebat adalah si PENUDUH, bukannya perempuan yang TERTUDUH itu.

Ya, inilah dia keadilan Islam !

Ini kerana, once seseorang itu dituduh, walaupun masih belum terbukti tuduhan itu benar atau tidak, secara automatik tuduhan tersebut telah menjatuhkan maruah orang yang tertuduh itu.

Jadi, sekarang Allah sebenarnya hendak melarang manusia daripada MENUDUH sesuka hati.

Betapa hebat ayat ini, dan betapa besar perlindungan Allah terhadap perempuan-perempuan Islam, yang MUHSONAT.


Saya hendak mengajak anda melihat ayat ini dari sudut yang pelbagai.

Jika ayat ini hanya menyatakan perlindungan kepada perempuan muhsonat..

Bagaimana jika perempuan yang tertuduh itu BUKAN perempuan yang muhsonat?

Maka, tidak perlulah didatangkan 4 orang saksi zina itu.Kerana ayat protection ini tidak valid langsung kepada perempuan-perempuan yang tidak baik, tidak solehah, tidak menjaga batasan pergaulan, tidak menjaga aurat dan tidak berakhlak dengan akhlak Islam.

Dan jika tuduhan yang dilemparkan kepada perempuan itu, walaupun tidak benar, si PENUDUH tidak akan dikenakan apa-apa hukuman sebatan. Kerana Allah hanya melindungi perempuan-perempuan yang muhsonat sahaja.

Ini bermakna, hukuman sebatan kepada PENUDUH, hanya akan diwajibkan bergantung kepada perempuan yang DITUDUH tersebut, sama ada dia adalah perempuan muhsonat, atau tidak.Jadi, perkara pertama yang harus dilihat sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman, adalah mengenai perempuan itu sendiri. Adakah perempuan itu terjaga pergaulannya, bagaimana pemakaiannya,bagaimana akhlaknya, dan lain-lain.

Dan jika perempuan yang dituduh itu, pakaiannya memang seksi habis,keluar malam entah dengan siapa,lelaki keluar masuk rumahnya, dan jika tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu tidak benar sekalipun,ia langsung tidak memberi kesan kepada si penuduh. Kerana ayat pembelaan Allah itu tidak valid kepada perempuan sebegini.

Anda faham apa yang cuba disampaikan dari ayat ini?

Oleh itu, jika kita, sebagai muslimah, jika kita tidak mahu DITUDUH, jika kita mahukan pembelaan dari Allah seperti yang dinyatakan di dalam ayat ini, maka kita PERLU berusaha menjadi perempuan yang muhsonat.

Bagaimana?Setuju dengan saya?

Dan untuk memiliki pembelaan Allah seperti ini bukan mudah.

Ibaratnya, jika kita mahukan emas, adakah berbaloi dengan membayar dengan wang yang hanya 10sen?

Sama sahaja jika kita mahukan pembelaan Allah, kita perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi muslimah yang solehah, yang zahiriah mahupun lahiriahnya adalah selari dengan apa yang digariskan oleh Islam.

Jadi, sekarang saya mengandaikan bahawa anda telah faham tentang kepentingan menjadi perempuan yang muhsonat.

Ayat 1 hingga 10 dari Surah AnNuur ini menceritakan tentang hukum-hakam.Hukum kepada penuduh, hukum kepada si tertuduh, hukum li'an dan pembelaan Allah terhadap muslimah yang solehah.

Manakala jika kite telusuri lagi ayat 11 hingga 20 dari surah ini, kita akan lihat bagaimana APLIKASI terhadap teori, hukuman dan pembelaan Allah seperti yang dinyatakan sebelum itu dilaksanakan pada zaman Rasulullah .Dan segalanya diceritakan di dalam kisah Ifk,kisah tuduhan terhadap Saidatina Aisyah yang diceritakan oleh Allah di dalam ayat 11 hingga 20.

InsyaAllah, perbincangan kisah Ifk dan tafseer ayat 11 hingga 20 ini akan disambung ke entri yang akan datang.


ps: sanah helwah ya gameelah kepada Nurnawwar Ramalan. Moga Allah berkati usia kamu.
Luv u!muah3


~Toodles~
2 Mac 2009
11.00pm