Pages

  • RSS

Tuesday, December 30, 2008

may the 3rd intifadhah will rise soon















semua org pun tahu ttg isu palestin, lebih2 lagi tentang serangan di Gaza baru2 ni.
kalau ada yang tak tahu, sama ada rumah dia tiada TV,radio, suratkhabar,internet access, ataupun dia sendiri yang bermasalah.gejala 'aku tidak pedulism' mungkin.

taknak cerita banyak2. gambar2 kat atas tu pon dah worth kot?anda semua pun boleh baca berita sendiri kan..?

tapi saya terfikir, sampai bila saya hanya boleh membantu dgn doa dan boikot sahaja?tu pun kalau istiqamah. kadang2 terlupa juga nak sertakan mereka dalam doa. kadang2 (slalu kot?) beli je coklat cadbury lepas habis kuliah.kat malaysia makan je KFC n so on.

sedangkan,Palestin dengan Mesir, memang dah dekat sangat. 9jam perjalanan dengan bas.last year semasa jaulah ke Sinai, tidur satu malam di Dahab, and from there memang dah nampak Palestin dari jauh. tapi itu lah dia.saya hanya MAMPU pandang DARI JAUH.and still can do nothing.

ya, saya kini berjiran dengan mereka. saya juga berada di negara 'islam'. tapi negara 'islam' ini lah yang mengkhianati saudaranya sendiri. sungguh, pada saya, Mesir banyak kelebihannya. Syababnya ramai, tak usah nak cakap.dan semangat jihad mereka pada pengamatan saya pun tinggi (jauh lebih tinggi lah kalau nak compare dgn pemuda2 Malaysia). Mungkin zahirnya mereka sudah mula berkiblatkan barat. Tapi hati mereka sangat dekat dengan Palestin. Semalam semasa dalam perjalanan balik dari kuliah, nampak demonstrasi dari syabab2 Mesir ni yang membantah serangan terhadap Palestin. Kalau saya join agaknya terus pegawai MARA datang sini dan tarik scholarship saya agaknya?

Sayang sekali, pemimpin mereka begitu. oh, bukan Mesir saja mungkin. Pemimpin2 negara Arab dan negara2 Islam kini memang pengecut ! Iraq, Jordan, Mesir, mana2 pun sama.Selanjutnya mungkin anda boleh baca dari sini dan sini.

masa muda saya berlalu begini sajakah? dengan buku, kuliah, exam? dan jika saya ditakdirkan meninggal dunia sebelum berjaya grad, tak bermakna langsung usia yang saya habiskan selama ini, jika niat saya dalam menuntut ilmu masih tidak betul lagi.Mungkin untuk dapat kerja yang best, dapat title doktor dll.dan sepanjang hayat saya yg dihabiskan untuk belajar,langsung tidak akan dikira Allah sebagai pahala.

dan di saat saya sakit kepala risaukan masalah duit, exam, buku yang tak habis2 dibaca,
rakan2 sebaya saya di Palestin,yang tidak berpeluang ke sekolah atau universiti langsung.tapi berjaya meraih syahid. dan mereka MULIA di sisi Allah.

Ya Allah , layakkah aku untuk memohon syahid di jalanMu, sedang diri ni masih tak bersedia untuk mentajarrudkan diri untukMu?

p/s: my current hero: Muntadar. you are so BRAVE ! eventho the shoe didnt hit 'si tua keparat bush', but it shows how much you and all muslims hate him! may Allah bless u, ameen


oh ye. terjumpe article d bawah sms berjalan2 d blog org :)

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) -

"Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel".


Begitulah ucapan penuh biadap pegawai pertahanan awam entiti haram Israel bernama Ofer Shmerling yang diungkap semula oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub untuk mengajak semua rakyat Malaysia membantah kekejaman dan sifat 'kebinatangan' Israel terhadap penduduk Palestin sekaligus memberi pengajaran kepada pengganas yang angkuh itu.

Intifadah tersebut akan diadakan esok (Selasa) di kedutaan Amerika 30 Disember, jam 11.00 pagi.

Salahuddin mengajak semua rakyat Malaysia memastikan kehadiran mereka dalam perhimpunan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak bagi membantah keganasan terburuk pengganas-pengganas Israel di Gaza sepanjang konflik Palestin-Israel sejak 1967.

"Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik menyemarakkan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika itu.

"Jika anda ragu-ragu untuk menyertai Intifadah rakyat Malaysia menentang keganasan Israel Selasa ini, anda boleh membaca apa yang diucapkan oleh seorang pegawai pertahanan awam entiti haram Israel bernama Ofer Shmerling: 'Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel," katanya berang dengan ungkapan tersebut. - azm _

sumber:harakah daily


-sekadar luahan perasaan seorang medical student yang risau nak exam lagi 3minggu.huhu-

Saturday, December 20, 2008

misi jejak salahuddin

hari yg penat, tp sronok

knape ye?

sbb hari ini kami telah menjejaki salahuddin al ayyubi =)


8am: predeparture dgn adik2 thn 1. sdikit sharing mengenai biografi dan rahsia kehebatan salahuddin al ayyubi.mau tau slanjutnye? rujuk blog makcik ini

10.30am: tibe ke destinasi, Qal'ah Salahuddin Al-Ayyubi (qal'ah=kubu), yg terletak berhampiran dgn Sayyida 'Aishah, Kaherah.

skuad memulekan misi menjejak salahuddin!



statue of Salahuddin Al-Ayyubi. statues diharamkan dalam islam sbnarnye. tp ni jela satu2nye bende pasal salahuddin yg di abadikan kat dlm kubu ni.so snap jela gambar ni



ini namenye masjid muhammad ali pasha. sbijik macam masjid biru kat istanbul kan?



candid adek2ku yg comey =)


huda n ayu menyumpah2 bile tgk muka mamat ni dlm muzium kat dalam kubu ni

ini ke yg dkatekan hero of war n peace?

padahal die yg menyumbat beribu2 org islam dalam penjara

hanya krn mereka ingin menegakkan islam dan khilafah !

ntah pape ntah mesir ni.mengagungkan mende2 yg xspatutnye

n he's muslim by the way

haihh~

as expected, kubu ni name je kubu salahuddin al ayyubi, tp kat dalamnye langsung x crite pasal perjuangan salahuddin dan tentera d zamannye. yg ade punyela belambak statues of pmimpin2 mesir yg kononnye 'superheroes'.tp these 'so-called-heroes' ni la yg menjanamkan umat islam, esp kat mesir..

agaknye takut sgt kot smangat jihad umat islam yg laen akan naek kalo dceritakan sejarah2 kehebatan islam terdahulu !

quote from yayu:

juz imagine if org kapir dtg melawat kubu ni, mst kat kpale diorg terpikir, 'oo..ni la islam yg DULUnye hebat.tp skrg, islam yg plg hina!'.

atau bayangkan salahuddin sndiri yg melihat islam masa kini.kawasan takluknya skarang sudah dijajah barat, sama ada djajah zahiriah ataupun djajah pemikirannya.ckp je mane. Palestin?Syria?Jordan? Mesir, apatah lagi !

pemerintah negara2 islam skrg pun dah jd mcm anjing2 barat dan yahudi.umat islam pun sama, lupe diri.berkiblatkan hedonism dan barat.sumenye islam, tp hanya pada nama, IC, surat beranak.

adakah wujud lagi manusia spt salahuddin pada zaman ni?

salahuddin yg wara' dan bersemangat jihad yg sgt tinggi


salahuddin sendiri yg akan turun ke medan perang, bergerak dari hujung medan perang ke hujungn yg lain utk mengingatkan tenteranya spy benar2 berjihad d jalan Allah smata2

salahuddin yg tdak pernah membayar zakat,
krn tidak mempunyai harta yg cukup nisab,
even beliau memerintah negara,
krn hampir seluruh harta peribadinya dsedekahkan kpd fakir miskin.

salahuddin yg tidak pernah berkesempatan menunaikan haji, krn memikirkan tanggungjawabnya yg lebih besar mempertahankan islam.


salahuddin yang hanya meninggalkan 47dirham wang perak dan 1 dinar emas ketika wafatnya.

salahuddin yg sangat2 berhajat menawan Baitul Maqdis dan merealisasikannya pada hari jumaat, 27 Rejab 583H

Salahuddin Al-Ayyubi yg sgt hebat !

Salahuddin, one of heroes yg bertakhta d hati saye, slaen Muhammad AlFateh =)

(ps: berangan nak ltak name anak Salahuddin n Muhammad AlFateh.moge2 mewarisi smangat jihad yg serupa.hoho)

Jika Salahuddin telah mengorbankan seluruh hidupnya utk berjuang demi Islam dan demi mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis

dan jika AlFateh telah merealisasikan hadith Rasulullah SAW, menawan Constantinople, suatu waktu dahulu

apa pula yg kita sudah sumbang kpd islam? adakah hanya menjadi pemerhati dan pengagung sejarah kegemilangan islam DAHULUKALA?

sedangkan palestin terus dijajah kini.saudara2 kita di sana dtindas.

sedangkan separuh lagi hadith Rasulullah SAW masih belum direalisasikan.Constantinople telah dibuka oleh AlFateh. Tetapi Rome?Masih belum ada umat Muhammad yang berjaya menawan Rome sehingga ke hari ini.

Tanggungjawab itu terletak di atas bahu setiap drpd kita.

Jadi, sedarkah kita,misi dan perjuangan kita sangat besar sebenarnya?

(note:sape ade crite saladin animated series yg org malaysia buat tu? kalo ade sile inform saye k?)




Thursday, December 11, 2008

Nikmat ke?

Sang murobbi ku menuturkan,

"Dakwah adalah anugerah Allah. Bertemunya kita dgn dakwah adalah satu NIKMAT"


Nikmat ke?

Nikmat ke dakwah ni sampai Nabi Muhammad dihina, dipulau, dikatakan gila kerana berDAKWAH.Kalau baginda tak buat dakwah, mungkin baginda akan bahagia hidup aman sejahtera dgn gelaran Al-Amin, dan mungkin akan di angkat menjadi pemimpin kaumnya.

Nikmat ke?

Hari pertama Rasulullah dikatekan GILA adalah hari pertama baginda berDAKWAH.

Nikmat ke?

1st time Umar dibelasah beramai-ramai oleh kafir Quraisy, adalah pada hari pertama beliau memeluk ISLAM.

2."Dengan kurnia Tuhanmu engkau (Muhammad) bukan orang yang gila."

3."Dan sesungguhnya engkau pasti mendapat pahala yang besar dan tidak putus-putus."

4."Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti luhur."

5."Maka kelak engkau akan melihat dan mereka (orang-orang kafir) juga melihat"

6."Siapa di antara kamu yg gila?"

7."Sungguh TuhanMu, Dialah yang paling mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya; dan Dialah yang paling mengetahui siapa orang yang mendapat petunjuk."

(Surah AlQalam)


Ya, dakwah tu satu anugerah. Dakwah tu jugak adalah nikmat. Hanya kepada yang benar-benar IKHLAS melaksanakannya.

Tersentak mendengar bicara ukhti siang tadi,

"Kenapa kita buat dakwah? adakah kita betul2 buat dakwah smata2 utk dapatkan keredhaan Allah? Sudah cukup tajarrud kah kita dgn Allah Taala?"

Terpana skejap. Krn aku bukan org yg sebegitu. Sering saja melangkah ke medan dakwah dgn rasa terpaksa. Buat krn kewajipan. Mungkin kadang2 nikmat dakwah tu dirasa, tp tak selalu. kerana ia sangat menuntut pengorbanan. masa stadi, masa tidur, leisure time, duit dll. padahal baru sedikit.dakwah masih belum menuntut pengorbanan jiwa aku lagi.

ukhti menyambung lagi,

"Nikmat dakwah tidak dirasa kerana hubungan dengan Allah tak dijaga. Hubungan dgn Allah yg menetapkan tsabatnya hati dan kaki kita d jalan dakwah ni."

Runtunnya hati. kebelakangan ni dating dgnNya semakin singkat masanya. khusyu' smakin berkurang.qiyam jarang sekali. yg sunat2 di abaikan saja.nak mengadap quran pun hanya bila ada masa terluang.langsung tak berkeras pada diri.

Krn itulah agaknya hati masih lagi tidak merasakan sepenuhnya nikmat TARBIYYAH yg Allah beri.

Tarbiyyah bukan untuk si manja!

Salaam 'Eid ~

13 dzulhijjah 1429H
Saad Zaghloul
2.17 am