Pages

  • RSS

Wednesday, August 6, 2008

KENANGAN TERINDAH

"Mak.Huda sayang nak keluar dari DQ.Menghafal pun tak habis lagi ni.." Surat tawaran MARA ke Mesir di tangan.Kalau kawan-kawan yang lain semua ceria dengan tawaran tersebut, hanya saya saja yang bermuram.

"Menghafal tu kat mana-mana pun boleh. Kat Mesir sana nanti banyak syeikh2 boleh tasmi'.Offer MARA ni pun bukan senang nak dapat! Kat sana nanti pelan-pelan la menghafal ye"Nampaknya mak dah bagi hint,mak mengharapkan saya terima tawaran tersebut.






Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak kblakangan ni, jadi rindu yang teramat kat bumi barakah Darul Quran. Rindu kat kwn2 ofcoz lah, tp rindu kpd bi'ah dan ketenangan di DarulQuran lebih2 lagi. Suasana d dlm masjid saban malam slps maghrib sampaila dekat2 pukul 12tgh malam.Masjid DQ akan hingar bingar dgn alunan kalamullah oleh banin dan banat yg bersungguh2 mencarik 'modal' 2maqra sblm ditasmi' d hdpm ustazah esok paginya. Masjid mmg mnjadik port rasmi saye ntok menghafal dan mencarik modal. Ade zouq lah kununnye kalo menghafal d masjid. Ade yg mncrk modal kat tepi tasik, lam bilik kuliah,dlm bilik tdo, kat balkoni asrama n so on. Mcm2 ragam bleh dlihat tatkale plajar DQ mencarik modal.Hmm mane lagik tempat laen dlm Msia ni yg ade bi'ah solehah sbgtu.


Minggu sudah, demi mlepaskan rindu yg da staun dtanggung, saye merajinkan diri ke DQ yg kebetulan sedang meraikan Majlis Konvokesyen sahabiah2 saye (gen8) yang telah tamat pengajian d DQ, yg bemakne juge telah tamat katam 30juz hafalan.Tak sempat nak jumpe sume org, hanye sempat bertemu muke dgn ex-roommate,Syifa yang juge akan terbang ke Mesir nnt,akhawat seusrah,bbrp banat gen8 dan tak lupe Ustaz Nazri yang byk berjase (ni ustaz yang hakim Akademi Quran tu ye, harap maklum).Jelez yg teramat mlihat kawan2 sudah bergelar huffaz dan hamalatul quran,sedang diri saye maseh terkial-kial nak menjage hafalan 10juz yg sempat dhafaz d DQ dulu. Walaubagaimanepun,, hamdalah hamdalah hamdalah.Allah kabulkan impian mereka.Allah kurniakan mereka dgn AlQura. InsyaAllah saye akan tros berdoa moge Allah izinkan saye untuk bersame2 mereka dalam menjadi pembawa Kalamullah ini.Ameen Ya Rabb

alf mabruk bagi yg berkonvo pade tempoh hari.Allah yubarik alaikunna!

Oh ye. gossip hangat yg baru dkutip tempoh hari. 4org sahabiah gen8 telah memilih ntok tdak meneruskan pengajian d UIA krn ingin mementapkan hafalan 30juz d maahad tahfiz laen.Mereka adelah Humaira,Anis Sakinah, Faizah Jasni dan Rahmah. Subhanallah. Sgt kagum dgn antunna sumer.

dan sejujurnya sgt cemburu dgn kalian krn dpt meluangkan spenuh mase dgn Kalamullah..



turut drindui.suasane imtihan d darulquran. frankly speaking dis is d worst exam i ever had.lagi cuak dpd SPM!



rindu jugak!! tasmi' modal dgn ustzh setiap pagi..


kelas kami *BASYIRAH* bersame Ustazah Nazaturraha

Moge harapan dan impian menggunung ni dpt tros membakar smangat saye ntok bejuang merealisasikan impian yg sejak kecil saye tanam.Betol kate mama, d Mesir lebih banyak peluang.Allah kurniakan saya Ustazah Iffat yang penyayang, Sheikhah Talaqi saye yang mendapat sanad tros dpd Rasulullah.Ustazah juge merupakan skeikhah dalam bidang Qiraat Al-Quran, yang dgn senang hatinye beliau mahu menyampaikan ilmunye kpd kami, pelajar2 Melayu d Mesir.Mesir bukan sahaja bumi Anbiya', bumi bersejarah, tempat asalnya Firaun dan Qarun, malahan ia merupakan gedung ilmu, terutamanya ilmu Agama Islam dan perubatan. Allah sangat baik. Dia hadiahkan saye mutiara yang lebih berharga untuk saye gali d sebalik debu-debu Mesir.Allahu a'lam.Dia yang Maha Mengetahui ape yg tebaek untuk hambaNya. Kini tinggal saye, same ade mahu tros berjuang atau tdak. Robbi ma'aya, ameen!

216. Diwajibkan ke atas kamu berperang padahal itu tdak menyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu , padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

[AlBaqarah 2:216]


Darul Quran tetap di hati =)

5.13 am

6 Ogos 2008

Kajang, Selangor

Cinta Yang Membawa Ke Syurga

1.MENCINTAI ALLAH, TUHAN ALAM SEMESTA

31. Katakanlah : "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah,ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

32. Katakanlah : "Taatilah Allah dan RasulNya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir."
[3.Ali Imran]
1. MENCINTAI ALLAH DAN RASULNYA


7. Dan ketahuilah olehmu bahawa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemahuanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, sebagai kunia dan nikmat dari Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

[QS:49. Al Hujuraat]

2.MENCINTAI RASULULLAH SAW


Hadis riwayat Anas RA ia berkata :

Nabi SAW bersabda : Ada 3 hal yang barangsiapa mengamalkannya, maka dia menemukan kemanisan iman, iaitu orang yang mencintai Allah dan RsulNya lebih daripada yang lain, mencintai yang lain kerana Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya ) sebagaimana dia tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.

[HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'ie, Ahmad]

2. MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW


Hadis riwayat Anas bin Malik RA dia berkata :
Nabi SAW bersabda : Tidak disebut beriman seorang hamba (dalam hadis Abdul Warits, seorang laki-laki ) sebelum aku lebih dicintainya daripada keluarganya, hartanya dan semua orang.

[HR Bukhari, Muslim, Nasa'ie, Ibnu Majah, Ahmad,AdDarami]

3. MENCINTAI KEDUA ORANG TUA


Hadis Riwayat Abdullah bin Mas'ud RA dia berkata:
Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW:
Pekerjaan manakah yang paling utama. Beliau menjaw
ab : Salat pada waktunya. Aku bertanya lagi, kemudian apa? Baginda menjawab : Berbakti kepada kedua orang tua. Kembali aku bertanya : Kemudian apa lagi? Baginda menjawab: Berjuang di jalan Allah. Aku tidak bertanya lagi kepada beliau untuk menjaga perasaan beliau.

[HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'ie,Ahmad, AdDarami]

4. MENCINTAI KELUARGA / SAUDARA


Hadis Riwayat Anas bin Malik RA beliau berkata :
Nabi SAW bersabda: Salah satu di antara kalian tidak disebut
beriman sebelum dia mencintai saudaranya (atau tetangganya) seperti mencintai dirinya sendiri.

[HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'ie, Ibnu Majah,Ahmad, AdDarami]

5. MENCINTAI SESAMA MUKMIN



Hadis Riwayat Nukman bin Basyir RA beliau berkata:
Rasulullah SAW bersabda : Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti satu tubuh, jika sal
ah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh lain ikut merasakan sukar untuk tidur dan demam.

[HR Bukhari, Muslim, Ahmad]

JIKA ALLAH MENCINTAI HAMBANYA


Hadis Riwayat Abu Hurairah RA beliau berkata :

Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan memanggil Jibril dan berkata, Sesungguhnya aku mencintai si Fulan, Maka cintailah dia! Jibril pun mencintainya. Kemudian dia (Jibril) menyeru kepada para penghuni langit: Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka cintailah dia! Para penghuni langit pun mencintainya. Kemudian die pun diterima di bumi. Dan apabila Allah membenci seorang hamba, maka dia memanggil Jibril dan berkata : Sesungguhnya aku membenci si fulan, maka bencilah dia! Jibril pun membencinya. Kemudian dia menyeru kepada penghuni langit : Sesungguhnya Allah membenci si fulan, maka bencilah kepadanya. Para penghuni langit pun membencinya. Kemudian kebencian pun merambat ke bumi.

[HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ahmad, Malik]