Pages

  • RSS

Tuesday, December 30, 2008

may the 3rd intifadhah will rise soon















semua org pun tahu ttg isu palestin, lebih2 lagi tentang serangan di Gaza baru2 ni.
kalau ada yang tak tahu, sama ada rumah dia tiada TV,radio, suratkhabar,internet access, ataupun dia sendiri yang bermasalah.gejala 'aku tidak pedulism' mungkin.

taknak cerita banyak2. gambar2 kat atas tu pon dah worth kot?anda semua pun boleh baca berita sendiri kan..?

tapi saya terfikir, sampai bila saya hanya boleh membantu dgn doa dan boikot sahaja?tu pun kalau istiqamah. kadang2 terlupa juga nak sertakan mereka dalam doa. kadang2 (slalu kot?) beli je coklat cadbury lepas habis kuliah.kat malaysia makan je KFC n so on.

sedangkan,Palestin dengan Mesir, memang dah dekat sangat. 9jam perjalanan dengan bas.last year semasa jaulah ke Sinai, tidur satu malam di Dahab, and from there memang dah nampak Palestin dari jauh. tapi itu lah dia.saya hanya MAMPU pandang DARI JAUH.and still can do nothing.

ya, saya kini berjiran dengan mereka. saya juga berada di negara 'islam'. tapi negara 'islam' ini lah yang mengkhianati saudaranya sendiri. sungguh, pada saya, Mesir banyak kelebihannya. Syababnya ramai, tak usah nak cakap.dan semangat jihad mereka pada pengamatan saya pun tinggi (jauh lebih tinggi lah kalau nak compare dgn pemuda2 Malaysia). Mungkin zahirnya mereka sudah mula berkiblatkan barat. Tapi hati mereka sangat dekat dengan Palestin. Semalam semasa dalam perjalanan balik dari kuliah, nampak demonstrasi dari syabab2 Mesir ni yang membantah serangan terhadap Palestin. Kalau saya join agaknya terus pegawai MARA datang sini dan tarik scholarship saya agaknya?

Sayang sekali, pemimpin mereka begitu. oh, bukan Mesir saja mungkin. Pemimpin2 negara Arab dan negara2 Islam kini memang pengecut ! Iraq, Jordan, Mesir, mana2 pun sama.Selanjutnya mungkin anda boleh baca dari sini dan sini.

masa muda saya berlalu begini sajakah? dengan buku, kuliah, exam? dan jika saya ditakdirkan meninggal dunia sebelum berjaya grad, tak bermakna langsung usia yang saya habiskan selama ini, jika niat saya dalam menuntut ilmu masih tidak betul lagi.Mungkin untuk dapat kerja yang best, dapat title doktor dll.dan sepanjang hayat saya yg dihabiskan untuk belajar,langsung tidak akan dikira Allah sebagai pahala.

dan di saat saya sakit kepala risaukan masalah duit, exam, buku yang tak habis2 dibaca,
rakan2 sebaya saya di Palestin,yang tidak berpeluang ke sekolah atau universiti langsung.tapi berjaya meraih syahid. dan mereka MULIA di sisi Allah.

Ya Allah , layakkah aku untuk memohon syahid di jalanMu, sedang diri ni masih tak bersedia untuk mentajarrudkan diri untukMu?

p/s: my current hero: Muntadar. you are so BRAVE ! eventho the shoe didnt hit 'si tua keparat bush', but it shows how much you and all muslims hate him! may Allah bless u, ameen


oh ye. terjumpe article d bawah sms berjalan2 d blog org :)

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) -

"Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel".


Begitulah ucapan penuh biadap pegawai pertahanan awam entiti haram Israel bernama Ofer Shmerling yang diungkap semula oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub untuk mengajak semua rakyat Malaysia membantah kekejaman dan sifat 'kebinatangan' Israel terhadap penduduk Palestin sekaligus memberi pengajaran kepada pengganas yang angkuh itu.

Intifadah tersebut akan diadakan esok (Selasa) di kedutaan Amerika 30 Disember, jam 11.00 pagi.

Salahuddin mengajak semua rakyat Malaysia memastikan kehadiran mereka dalam perhimpunan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak bagi membantah keganasan terburuk pengganas-pengganas Israel di Gaza sepanjang konflik Palestin-Israel sejak 1967.

"Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik menyemarakkan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika itu.

"Jika anda ragu-ragu untuk menyertai Intifadah rakyat Malaysia menentang keganasan Israel Selasa ini, anda boleh membaca apa yang diucapkan oleh seorang pegawai pertahanan awam entiti haram Israel bernama Ofer Shmerling: 'Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel," katanya berang dengan ungkapan tersebut. - azm _

sumber:harakah daily


-sekadar luahan perasaan seorang medical student yang risau nak exam lagi 3minggu.huhu-

3 comments:

Anonymous said...

huda..korg kat mesir apa khabar?

risau lak.. gaza xdela jauh mana kan..

hati2 dear..

semoga studi itu jua adalah jihadmu ",

Anonymous said...

dekat sangat dah gaza tu..
sbb dekat sangat tu lah feeling die laen macam sket..

sedih, saket hati, geram, memberontak

kitrg skang kt mesir, negare islam, tp pemerintahan mesir sndiri yg tembak budak2 n pelarian gaza yg nak masuk mesir

husni mubarak, pm mesir lah d one who shud b blamed. tahap kejam je lagi trok dr zionis.sbb die muslim!

huh. emosi tgh xstabil.sori

Fieka said...

sdey~~sbb ak x mampu wat ape2...btol ckp huda~~bilala ak nak btolkan niat dlm stdy..ooohhh~~