Pages

  • RSS

Sunday, March 8, 2009

Maafkanku

"Selamat menyambut maulidurrasul,Huda"

"Malam ni jangan lupa hadirkan diri ke rumah X ye, ada ceramah sempena Maulud Nabi"

"Mauludirrasul sebagai stimulus untuk kita lebih mengamalkan sunnah Baginda SAW"

"Bestnye, naseb baek ada maulud.dapatla aku holiday sehari."

Bismillah.Salaam Alayk.

Moga rahmat Allah sentiasa melimpah ke atas ummat Muhammad SAW.

Tahukah kamu hari ini hari apa?

Hari ini, 12 Rabiu'ulawwal 1430H.Hari Maulud Nabi Muhammad SAW.


رَضِيْتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالإِْسْلاَمِ دِيْنًا وَبِحَمَّدٍ نَبِيًا وَ رَسُوْلاً

Aku redha Allah sebagai Tuhanku. Islam sebagai agamaku. Dan Muhammad sebagai nabi dan rasulku.


Tahukah kamu?

Aku ada seorang nabi, yang dikurniakan Allah kepadaku.Seorang nabi, untuk aku taati sepanjang hayatku. Aku tidak pernah berjumpa dengan baginda. Tapi aku tahu, nabiku sangat kasihkan aku. Sewaktu hayatnya, nabiku telah mengorbankan seluruh hidupnya untukku. Nabiku menanggung derita, menahan lapar dahaga, dicaci, dimaki,terluka dan cedera parah, serta bersusah-payah menyabung nyawanya untukku.Nabiku sangat bimbangkan aku, bahkan menitiskan air matanya kerana risaukan aku yang mungkin tidak ketemu jalan ke syurga.Dan yang paling mengharukan, tatkala hayatnya tiba ke penghujungnya, lidahnya masih menyebut tentangku. Nabiku memohon kepada Tuhanku, agar dipindahkan seluruh kesakitan sakaratulmaut kepada baginda. Agar aku tidak terseksa kelak, ketika maut mendatangiku.

Dan kerana Nabiku itu, aku bergelar muslimah kini. Kerana Nabiku itu, aku berpeluang mengenal Tuhanku. Aku ada peluang untuk ke syurgaNya.

Namun, penat lelah Nabiku yang bermati-matian memperjuangkan Islam dan mewariskannya kepadaku dan umat manusia, bagai tiada nilainya kini. Islam yang Nabiku bawa kini dihina, dianggap kolot, ganas, tertutup, mundur dan menyusahkan. Umatnya dipijak-pijak, dibunuh sesuka hati, miskin dan tertindas. Tidak lupa juga sebahagian dari mereka, yang sudah melupakan Tuhan mereka, lupakan Nabi mereka. Hidup hanyut dalam fatamorgana dunia, tenggelam dalam lautan keingkaran dan akhirnya karam.


Hari ini, hari memperingati kelahiran Nabiku.

Maka apa yang telah aku lakukan untuknya? Untuk Nabiku, dan untuk Tuhanku?

Entah. Aku pun tidak tahu.

Sewaktu kecil, aku gembira dengan kedatangan hari ini. Aku akan berpakaian cantik, dan berarak bersama rakan-rakanku sambil berselawat. Aku sukakan irama-irama selawat sejak kecil lagi. Namun, lafaz selawatku hanya pada hari itu sahaja. Dan pada hari-hari lainnya, jarang sekali lidahku mahu menyebut namanya.

Bahkan ketika dewasaku, sukar sungguh bagiku untuk mengingati Nabiku. Sukar sungguh untukku turuti sunnah Baginda.

Pabila ditanya, tanpa segan silu ku katakan, "Aku cintakan Nabiku."
Namun kata-kataku langsung tidak diterjemahkan dengan perbuatan.
Kerana aku masih lagi tidak mencintai Nabiku melebihi segala-galanya.
Bagaimana dengan akhlak, perilaku, dan tutur kataku?
Masih lagi seperti dulu. Buruk.


Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia (riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah)


Nabiku sering dihina oleh kafir laknatullah, bahkan sunnahnya dianggap kolot oleh ummatnya sendiri..
Aku marah.Hatiku membara dan menggelegak.Kumaki-maki mereka yang menghina Nabiku.

Namun hanya seketika sahaja.
Aku kembali melupakannya.Aku kembali meninggalkan sunnahnya.

Tetapi Nabiku tidak pernah melupakanku.Bahkan baginda merinduiku. Walau tidak pernah bersua denganku.

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam telah pergi ke kawasan perkuburan dan berkata, “sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita”. Sahabat bertanya: Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah? Baginda menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin) yang belum muncul (i.e mukmin di masa hadapan) – [Riwayat Muslim]

Aku menangis.

Maafkanku Ya Rasulullah. Aku telah mensia-siakan pengorbananmu, dan umat Islam terdahulu. Aku hanya melihat umat Islam hari ini yang semakin jauh dari Tuhan mereka, dan semakin jauh darimu. Aku malu kepada Nabiku. Sedang sunnah baginda yang kecil-kecil itu pun aku tinggalkan, bagaimana pula dengan sunnah Nabiku yang terbesar-DAKWAH-Amar Maaruf Nahi Munkar? Tidak, masih belum cukup terlaksana lagi sunnah dakwah Nabiku.

Aku kembali menyelak surat cinta dari Allah untukku,yang disampaikan melalui Nabiku.
Aku kembali membuka lembaran-lembaran seerah Nabiku.

Aku menangis lagi.

Apa yang telah aku lakukan untuk Tuhanku?
Adakah aku menyambung perjuangan Nabiku?

Hari ini, 12 Rabiulawwal 1430H adalah hari bekerja.

Hari ini bukan hari perayaan. Ia adalah hari bekerja dan berusaha.

Kerana aku adalah ummat Nabiku, Muhammad SAW.

Dan bukankah Nabiku juga adalah Nabi kamu semua?

Semoga Allah mengurniakan kedudukan yang tertinggi dan terpuji di syurga kepada Nabiku.Dan moga Allah sampaikan salam rinduku kepada Baginda.



Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.

Wa ‘ala aalihi wasohbihi wasallam.


12 Rabiulawwal 1430 Hijrah,7 pm

.



3 comments:

Anonymous said...

wah...
sedih aku baca entry ni
tq kerana menulis entry yang cukup bermakna...

salam ziarah dari cerita mungkar

Amanina ST said...

thanks huda..igtkn balik kami yg asek tlupe nih,,,,

Dr. E-iN said...

yup..

jzkk ingtkn kite spya trus bkerja..dan bkerja...

ust syed qadir pnah tmbulkn persoaln..
"mungkin rasulullah dihina kerna kita jrg ingt dan selawat atas nabi.bukan ke setiap selawat mendoakn agar darjat ketinggian nabi akn diangkat"...


milah gune ein nye id..