Pages

  • RSS

Tuesday, June 23, 2009

mentaliti hud hud

salaam aleyk.just wanna share this beautifully written fiqh daawah, by kak Nikmun.

do visit her blog HERE :)


"Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah ia termasuk yang tidak hadir?”

” Pasti akan kuhukum ia dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas.”

Demikian bicara Nabi Sulaiman alaihisalam seusai pemeriksaan barisan tenteranya yang juga terdiri daripada burung-burung.

Ya, di manakah hud-hud? Masakan dia tak hadirkan diri untuk ‘roll call’ yang sangat penting ini? Masakan dia berani derhaka kepada perintah Nabi Sulaiman, yang kerajaan jika dibandingkan pada hari ini, lebih hebat daripada kerajaan Barrack Obama?

Tiba-tiba…

” Aku mengetahui sesuatu yang belum engkau ketahui. Aku datang kepadamu dari negeri Saba membawa suatu berita yang meyakinkan.”

Ah…itu hud-hud! Berita apakah yang dibawa oleh di kecil ini? Berita yang lebih penting daripada menghadirkan diri ke ‘roll call’ barisan tentera Nabi Sulaiman? Lebih penting daripada nyawanya sendiri? (Recap –> ” Pasti kuhukum dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia…”)

” Sungguh, kudapati ada seorang perempuan yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta memiliki singgahsana yang besar.”

” Aku dapati dia dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah, dan setan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah, maka mereka tidak mendapat petunjuk,”

” mereka juga tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan yang kamu nyatakan.”

” Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arsy yang agung.”

Hud-hud, seekor burung yang kecil, tapi mempunyai himmah (semangat) yang besar. Sanggup mengambil risiko demi menyampaikan berita yang cukup kritikal. ‘ Oh Nabi Allah, ada kaum yang berada dalam kesesatan yang nyata! Mereka, walaupun dikurniakan dengan kerajaan yang tidak kurang hebatnya, tidak menyembah Allah, yang telah mengurniakan mereka dengan nikmat itu pada awalnya! Apakah kita harus berdiam diri sahaja? Apakah kita harus goyang kaki sementara kaum ini terus menerus dalam kesesatan? Apakah kita bisa membiarkan saja mereka menyembah matahari?’

Hebat, hebat sungguh mentaliti hud-hud.

Dia tidak merasakan tubuhnya yang kecil menjadi penghalang dalam membawa misi yang cukup besar. Amar maaruf, nahi munkar.

Dia tidak merasakan, ‘oh, aku cuma seekor burung, ini sekumpulan manusia. mengapa aku perlu menjaga tepi kain mereka? Biarlah manusia lain yang menyibuk mengambil tahu hal mereka!’

Dia juga tidak merasakan, alamak, nanti kalau aku tak pulang segera untuk roll call ni, Nabi Sulaiman marah dan hukum aku. Tak perlulah sibuk-sibuk dengan kaum ni. Pandai-pandailah Nabi Sulaiman dapat tahu nanti. Dia kan rasul. Yang penting, aku jaga diri aku sendiri. Nanti aku kena hukum, kena sembelih, aku juga yang susah.’

Yang penting, yang bermain dalam fikiran hud-hud, cuma satu; ‘ok, ni ada kaum yang menyembah selain Allah. Isu yang sangat kritikal ok! kena sembelih pun sembelih la, masakan aku dapat berdiam diri sedangkan ada kemungkaran yang besar berlaku di hadapan mataku? Menyembah selain Allah! Tidak, tidak mungkin aku dapat biarkan!’

*******************

Saya sempat berbual dengan seorang pesakit semasa aku memasukkan cannula ke dalam salur darahnya. Dia dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan pada tulang kakinya yang patah. Semasa berbual saya mendapat tahu yang dia rupa-rupanya seorang guru (bekas).

” Did you enjoy your job?” Saya bertanya sambil menyiapkan peralatan untuk memasukkan cannula tersebut.

” Yes and no.” Jawabnya.

” Why no? “

” The kids nowadays, they have no respect to teachers. Unlike in the old days. And there is nothing that you can do about it. You can’t punish them. And there is no use bringing this up to the top. They don’t like to hear about this things.” Jelas tergambar kekecewaan di wajahnya yang sedikit pucat. (kiraan darah merahnya 7.6–>kerana itulah saya berusaha untuk memasukkan cannula ini, untuk memindahkan sedikit darah sebagai ganti)

” They don’t like whistle blowers? ” Cannula akhirnya berjaya dimasukkan, tinggal hendak ‘flush’.

” No, they don’t. They pretend that everything is ok when its clearly not.”

” At one point, the society is going to collapse isn’t it? It can’t keep on like this.” Saya membuat spekulasi sambil meletakkan ‘dressing’ di atas cannula tadi.

” I hope not. ” Pesakit itu tersenyum. ” Hopefully somebody will realize it and take action before its too late.”

Rupa-rupanya dia pun menanti kedatangan ‘hud-hud’. Hud-hud yang berani menyatakan kebenaran, berani menyatakan yang hak, berani mengambil tindakan, bukan hanya sekadar melihat dari tepi dan menanti.

Hud-hud yang menjadi pemangkin kepada perubahan masyarakat ini…

******************************

” Masuklah ke dalam istana.”

Ketika Balqis melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya penutup kedua betisnya.

” Sesungguhnya ini hanyalah lantai istana yang dilapisi kaca.” Kata Nabi Sulaiman.

Dan ketika itu pintu hidayah terbuka, lalu dia menyatakan keimanannya.

‘ Ya Tuhanku, sungguh, aku telah berbuat zalim terhadap diriku. Aku berserah diri bersama-sama Sulaiman kepada Allah, Tuhan seluruh alam.”

**********************************

Saya bayangkan, kiranya hud-hud bersama-sama berada di situ, pastinya dia tersenyum puas mendengar ucapan ikhlas Ratu Balqis.

Dan dia cuma seekor burung. Sedangkan kitalah, sebagai manusia yang dipertanggungjawabkan untuk membawa risalah ini.

Adakah kita hendak kalah pada hanya seekor burung?

*************************************

Saya tak dapat bayangkan, seandainya kita dapat memahami percakapan burung-burung atau semut, atau apa jua binatang yang sentiasa menjadi saksi terhadap peradaban manusia pada hari ini…

Pastinya kita akan malu…

Kerana pastinya tidak putus-putus mereka mengingatkan, mengkhabarkan, mengejar kita dengan berita-berita…

” Kaum X tak sembah Allah, sembah taghut!” Bising burung A.

” Kaum Y dah lupa kepada ajaran Rasulullah!” Leter semut B.

” Kaum Z perlu bimbingan, mereka tengah kritikal diserang jahiliyyah ni!” Panik ikan C.

Tak dapat bayangkan. Mesti kita ketika itu tak putus-putus bekerja kan? Tak ada masa dengan kerja-kerja lagho. Ada saja ‘report’ dari spesis yang berbeza. Semuanya peka, semuanya ingin sama-sama melihat dunia ini dikendalikan mengikut hukum Allah. Jaminan kesejahteraan dan kebahagiaan. Untuk semua.

*********************************

Tapi realitinya, kita sebagai manusialah yang dipilih untuk memikul tanggungjawab ini.

Bukan burung-burung, bukan semut, bukan kucing, bukan ikan, bukan zirafah…

Rasulullah telah mewariskannya kepada kita.

Kitalah yang harus menjadi hud-hud itu…

Ayuh, persiapkan diri, ikhlaskan niat, dan teruslah bekerja!

(sumber rujukan : dari Surah an-Naml)


***********************************************

nota kaki dari hood-hood blogger :)

1. 3 hari lagi nak terbang ke bumi Malaysia terchenta.mungkin ini last post dari mesir.iAllah akan update secare pukal spanjang summer holiday nnt.heheh

2. ade satu lagi Oral Physiology exam.buku nak baca banyak.doakan doakan doakan!! moga2 Doctor bagi soalan senang2, plus dapat jawab dgn cemerlangnye!

3. doakan juga natijah imtihan yg akan keluar end of july nnt.takoot :(

Tuesday, June 16, 2009

qudwah



sila2 lah klik link d bawah

UMMU AMMAR BERBICARA

TERMAKBULLAH KINI


nak tulis lagi tapi tak berkesempatan.

hissoh AlQuran menanti d Rab3ah.

nantikan kepulangan saya :)


Friday, June 12, 2009

aku cemburukan dia

Aku cemburukan dia.

Walhal, aku tak pernah mengenalinya. Dan aku teruskan juga niat untuk mencoret tentangnya dan sahabat-sahabatnya.Walaupun mereka semua adalah kaum Adam, yang langsung tiada kaitan dengan aku. Tapi aku yakin, peristiwa ini telah mengajarku sesuatu yang sangat berharga. Dan tiada sesiapa yang mampu mengajarkannya, melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Pencipta.

Aku hanya sekadar mengenali wajahnya, sebagai seorang senior di universiti.Itu pun, aku tak pernah tahu namanya, sehinggalah berita pemergiannya sampai ke pengetahuan kami.

Ketika itu, baru kami sibuk membelek Majalah Asy-Syifa',Majalah rasmi Persatuan Perubatan Mesir.Kami cari gambarnya. Oh, ini rupanya akh tersebut. Memang selalu terserempak di universiti.Masih tidak percaya dengan perkhabaran malang tersebut. Kami menunggu dengan penuh debar sehingga berita disahkan.Benar, tragedi tersebut telah membawa kepada kembalinya arwah Ammar kepada kekasihnya, dan Aman dan Eckm terlantar kritikal di hospital.2 yang lain, Saif dan Fitri, alhamdulillah hanya mengalami cedera ringan.

Malam tragedi itu berlaku adalah malam peperiksaan bagi kami Pelajar Tahun 2 Perubatan Universiti Kaherah. Tapi, kami langsung tidak dapat belajar. Cuba untuk membuka buku Anatomy, sekadar mencukupkan syarat usaha, supaya Allah permudahkan dalam exam keesokannya. Tapi fikiran langsung tiada pada buku, hanya sedih memikirkan arwah, dan nasib Aman dan Eckm , yang juga merupakan senior di SMAP Labu.

Sehingga hari ini, tak tahu berapa banyak air mataku telah tumpah untuk mereka, terutama arwah.

Bukan kerana perit kehilangannya.Tapi kerana aku sangat mencemburuinya.

Aku tidak pernah menyangka, akan hanya mengenalinya setelah dia tiada lagi. Setiap butir yang menceritakan tentangnya, pasti yang baik-baik sahaja. Aku teliti satu demi satu blog-blog sahabatnya yang menceritakan tentang arwah. Aku mendengar kalam-kalam dari kakak-kakak senior tentangnya.Kesemuanya menggambarkan dia sebagai seorang yang bersopan-santun, lemah-lembut, berbudi bahasa, dan jelas fikrah dakwahnya. Dia yang diceritakan, sangat disenangi sahabat-sahabatnya, dan kata-katanya penuh hikmah yang sering menyentuh hati insan-insan yang mendengar.Tiada langsung kisah buruk yang aku terima mengenainya.

Paling menyentuh hati, Ummu Ammar dan Abu Ammar merelakan pemergian arwah Ammar dengan penuh redha dan tabah.

"Makcik redha.InshaAllah, seorang Ammar pergi, 10 lagi Ammar akan ganti.Adik-adik Ammar akan jadi lebih hebat daripada Ammar"

"Bangunlah wahai mujahid dan mujahidah, teruskan perjuangan Ammar mudah-mudahan Allah menjemput Ammar yang disayangi untuk menguatkan semangat dan cinta kepada Islam dalam rangka mendidik dan berbakti."

Subhanallah.

Baru aku sedar, dunia sebenarnya sedang kehilangan seorang mujahid muda.Mujahid muda yang hebat, dan dilahirkan dari benih ibu ayahnya yang pasti turut sama hebat.

Sungguh, kehilangannya ditangisi semua, dan bagiku sendiri, pemergiannya amat aku cemburui.

Aku cemburukannya kerana dia pergi dalam keadaan yang mulia, ketika sedang berjihad menuntut ilmu dan menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin.

Aku cemburukannya kerana semua yang mengenalinya bagaikan membuat penyaksian kepada Allah SWT, bahawa dia merupakan insan yang soleh selama hayatnya di muka bumi.

Aku cemburukannya kerana seandainya penghuni bumi telah mengiktirafnya sebegitu, apatah lagi penghuni langit dan penghuni taman-taman syurga. Jika di dunia manusia menangisi pemergiannya, pasti penghuni langit dan syurga juga sedang bergembira menyambut kedatangannya.

Aku cemburukannya kerana dia pergi dengan sempat melafazkan kalimah yang mulia, kalimah syahadatain, dengan wajah yang terukir sedikit senyuman. Petanda dia tergolong dalam golongan yang beriman, inshaAllah.

Cemburu. Sangat-sangat cemburu. Dan sebenarnya sayu memikirkan nasib diri.

Bagaimana pengakhiranku? Apakah pemergianku nanti juga akan ditangisi? Jika aku mati, bagaimanakah aku yang bakal digambarkan oleh insan-insan yang mengenaliku? Adakah baik gambarannya, sehingga mereka akan sangat merasakan kehilanganku nanti? Ataupun mereka langsung tidak terkesan, bahkan lebih bergembira tanpaku?

Bagaimana nasibku di akhirat nanti? Apa penyaksian dari seluruh makhluk di sekelilingku, tentang ku di hadapan Allah di Mahsyar kelak? Di mana bukan sekadar manusia, bahkan mata, telinga, anggota badan, binatang, tanah, pokok, bahkan seluruh alam akan menjadi saksi selama hayatku di dunia.

Dan sungguh, aku sangat takut memikirkannya.

Ya, ini pengajaran dari Allah.Teguran dari Allah kepadaku.Betapa aku lalai dengan kehidupan dunia,alpa dengan hakikat penciptaanku, dan lupa bahawa aku akan dikembalikan kepadaNya, BILA-BILA MASA dan SEKELIP MATA SAHAJA. Dan demi pengajaran yang berharga ini, ia menuntut kepada tragedi yang memeritkan ini. Sangat memeritkan.

Pemergian arwah Ammar,tidak sia-sia. Aman dan Eckm yang sedang terlantar di hospital juga. Benar, pengajaran dari tragedi ini sangat menyentuh hati. Membangkitkan iman. Dan mengembalikan kami kepada Rabb yang Maha Mencipta, Maha Menghidup dan Maha Mematikan.

Muhasabah diri. Apakah selepas ini masih ada peluang untuk kita? Atau adakah kita hanya menunggu orang lain pula dikorbankan untuk Allah menegur kita lagi?

Na3udzublillah min dzalik.

Memetik kata-kata Allahyarham Ammar,

Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat.

Berbahagialah saudaraku. Dirimu kini telah terpilih Allah, untuk melihat dunia dari jendela akhirat. Lantaran dirimu adalah anak-anak akhirat, yang jiwanya hangat dengan cinta kepada akhirat.Dirimu kini telah bebas dari fitnah dunia yang menyesakkan, sedang kami masih berusaha untuk tidak terus hanyut dalam arus dunia ini.Selesai sudah perjuanganmu di dunia, dalam usaha menjadi Mujahid Islam, dan Musafir Ilmu yang diredhai Allah.

Ya Rabb, dengan kekuatan dan kebesaranMu, gantikanlah pemergian Mujahid muda ini dengan kelahiran lebih ramai Mujahidin Islam, yang sentiasa ikhlas dan istiqamah dalam mengejar redhaMu.Terimalah saudaraku sebagai hamba yang soleh di sisiMu, tempatkan lah dia di tempat yang terbaik di sisi Mu.

Ya alQawiy, wahai Tuhan Yang Maha Kuat, kuatkan hati kami. Kuatkan saudara kami, Eckm dan Aman.Dengan kekuasaanMu yang Maha Agung, selamatkanlah mereka, sembuhkan mereka seperti sedia kala, agar kami semua dapat bersama-sama meneruskan perjuangan menggapai mardhotillah Mu di atas muka bumi ini.

Ya Allah, Ya Raheem, Tuhan Yang Maha luas rahmatNya, izinkan kami juga pulang mengadapMu, dalam keadaan yang paling mulia dan di bawah keredhaanMu, dalam ingatanku yang terbaik mengingatiMu.Kurniakan kami pengakhiran yang terbaik, dan ganjaran yang terbaik, yakni nikmat syurgaMu.

Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah, seandainya dosa-dosa kami yang menggunung tinggi ini telah mengundang kemurkaanMu.

Ameen Ya Allah.Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

**latest update arwah Ammar klik SINI**

Tuesday, June 9, 2009

id-din ya harr giddan

salaam aleyk.

ayuwa.kulli youm fil misr harr giddan.3ashan is-seyf dilwaqt.

nak kene translate ke? XD

(ye. stiap hari di mesir sgt panass.bcoz now is summer)

view forecast kat internet, baru 35 degree.tapi rase cam panas gile.ingatkan dah sampai 40degree.mashaAllah ni baru panas dunia ye?panas neraka? T.T


antare faktor budak2 melayu cabut lari balek mesia tatkala summer tibe

dalam panas2 tu masih menabahkan hati menapak langkah demi langkah menuju pulang ke rumah usai saje exam Psychology tadi.bangga, hari ni tak amek teksi balek umah.ha3 dah lame tak eksesais jalan kaki balek Saad Zaghloul. :D

lalu kat Syari3 Isma3il Sirri, singgah kat ba'alah New Market.oh ade kdai baru nampaknye.dari luar cam best.masuk je,buat satu pusingan sambil mate mengusha 3a-seer Beyti Burtu'al dan Juhayna Shukulatah.takde.kecewa.keluar balek.naseb baek ade ba'alah bawah Bait Kauthar n Bait Badar313.hamek kau.3a-seer Burtu'al 2Litre tros dcapai n bayar.oh murahnye.5 genih stngah je?alhamdulillah.


Syari3 Isma3il Sirri : Jalan Ismail Sirri
ba'alah: kedai runcit
3a-seer Beyti Burtu'al: jus oren jename Beyti
Juhayna Shukulatah: air coklet jename Juhayna
Metro: keretapi d Mesir.ala2 KTM gitu


sambung lagi perjalanan yg maseh jauh. ni baru half way b4 sampai rumah ni.fighting!lintas jambatan Metro Sayeda Zeinab.tibe2 ade suare sayup2 dari blakang.

"lau samaht?"
(excuse me?)

ade org panggil aku ke? toleh blakang.ade sorang pakcik ni rupenye.asal muke die sdeyh je?

"fee 3a-seer ya 3ablah?ashan ana 3atsyan giddan"
(wahai gadis comey, ko ade jus tak? aku haus ni.haus na mati)

sambel tangannye digaye gayekan ke langit tande kepanasan.

tediam.takkan nak bagik 3aseer botol besa ni? pakcik ni nak ke minom botol besa2?pandang tangan kanan, ade air kotak beyti, tapi dah minom.tggl sket lagik. takkan nak bagik kot sisa kat die?

laju je mulut ni jawab tanpe pikir dulu, " ma3a leesh ya 3am.ma-feesh" (sorila pakcik.tadek ar)
dan teros menyambung perjalanan dgn slumbernye tanpe menoleh ke blakang.

padahal terang2 tangan bawak plastik isi sbtol besa air oren.


kegemaran ramai d musim soyfiyy


on d way yg memakan mase 15menet tu, tatau nape asek terpikir2 je muke pakcik tu.
kesiannye die.ntah2 die mmg tade duet.kalau die tak haus sgt takkan die sampai mintak2 kan? dahla mmg panas hari ni. mula nyumpah2 diri sendiri.apsal aku tak bagi je sbtol besa ni? macam tak bleh beli laen? 5genih je pon? kedekut nak mati aku ni?

haish.T.T

telajak kate buruk padahnye.

perasaan besalah mule membuak-buak. takkan nak patah balek kot. mesti die da blah lame da.

pikir punye pikir..

oh! baru tringat! kat lorong Metro Saad Zaghloul tu ade sorang makcik ni slalu jual tisu. haa..infaq la sket kat die.nak cover balek yg tadi.at least tade a jahat sgt kan.bukan rezki pakcik tu kot. *grinning*

tangan pon seluk2 poket.eh, banyak plak duet syiling hari ni.alhamdulillah murah rezki makcik tu hari ni.*tersengih lagi*

jalan-jalan dengan riang gembirenye...hoyeh-hoyeh..

aik? mane makcik tu? telinge cuba menangkap2 suare2 wanita..

"ti-sa-3id-nee....robbuna naggah.." (tolong la sayeee....may Allah make u succeed..)

tadek pon?

usha lagi kiri kanan.makcik tu slalu pakai jubah n purdah lengkap itam.

tadek gak?

sah..hari ni die tak jual tisu.leyh? why? kenape?

sedeyh.sob3.

....................

sambel naek lift imarah sambel pikir.ape hikmahnye eh?

yes.i got d point.Allah nak ajar supaya sentiasa memberi kepada yang meminta.jangan tangguh2.jangan pikir due tige kali kalau nak buat bende baik.sebabnye, Akhlaq yg sbnrnye adlh, when we do amal soleh without thinking.spontaneously.macam reflex movement.if not, if we still hv to thnk twice trice n so on b4 doing dat, then it is not considered as our akhlaq!

yaRobb.akhlaq aku maseh buruk lagi rupenye. ke maknenye aku tak berakhlak? T.T

kesimpulannye:

-sentiase get redi dgn fakkah (duet kecik) kat dlm poket.kalo ade org mintak tade terkial2 nak bukak2 purse kalo takot sgt kene ragut.

-kat Mesir ni banyak sangat peluang nak buat baik.peluang nak infaq. sbb org miskin kiri kanan. on d way nak g kuliah pon dah bape ramai jumpe org mntak sedekah.Allah dah bukak peluang.now it depends on us!

-so...tolonglaa jgn kedekut! (cakap pade diri sndiri)

speechless sudeyh.koreksi diri.refleks diri.banyaknye karat2 jahiliah dlm diri yg nak kne sental.haish.

yok! moh tadabbur ayat ni same2 :)

وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٍ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٲتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ (١٣٣)
133. Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari TuhanMu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.

ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡڪَـٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (١٣٤)
134.(yaitu) orang yang berINFAQ, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan(kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.

(Surah Ali-Imran)

وَمَثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمُ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِ وَتَثۡبِيتً۬ا مِّنۡ أَنفُسِهِمۡ كَمَثَلِ جَنَّةِۭ بِرَبۡوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ۬ فَـَٔاتَتۡ أُڪُلَهَا ضِعۡفَيۡنِ فَإِن لَّمۡ يُصِبۡہَا وَابِلٌ۬ فَطَلٌّ۬‌ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ (٢٦٥)
265.Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

( Surah Al-Baqarah )

"Mulakan hari mu dengan sadaqah"

Ta~Salaam XD