Bismillah.
Sekadar ingin berkongsi. Antara kalam Tuhan yang selalu berjaya menyentak hati saya.
قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُڪُمۡ وَإِخۡوَٲنُكُمۡ وَأَزۡوَٲجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٲلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَـٰرَةٌ۬ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَـٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡڪُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ۬ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِىَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَـٰسِقِينَ
قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُڪُمۡ وَإِخۡوَٲنُكُمۡ وَأَزۡوَٲجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٲلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَـٰرَةٌ۬ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَـٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡڪُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ۬ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِىَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَـٰسِقِينَ
24. Katakanlah, "Jika bapa-bapamu,
anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang
kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah
tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya
serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya"
Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang
fasiq.Surah At-Taubah (9:24)
Terkedu sekejap. memang benarlah Allah itu bersifat Al-Khaliq, Dia betul-betul memahami fitrah makhluk ciptaanNya. disebabkan itulah Allah mention every single thing yang sentiasa mengikat hati manusia daripada dekat denganNya. yang juga menyekat langkah kaki para du'at daripada keluar berjihad di jalan Allah. keluarga, anak isteri, kekayaan, dan rumah tempat tinggal kita. Allah memang tahu, manusia sentiasa terikat hatinya dengan keindahan dunia ni.
Buktinya banyak.ada di mana-mana kan?berapa ramai para du'at dan penggerak yang hebat ketika mudanya, gugur satu demi satu di pertengahan jalan dakwah ini?
Risau.
Sekarang segalanya mudah. Nak berdaurah,berusrah, langsung tiada halangan.mama dan abah tak menentang, malah dihantarnya sendiri sehingga ke pintu tempat program. kalau terasa langkah makin berat, makin perlahan, ada sahabat yang mengingatkan, yang menolak dari belakang. nak malas-malas bergerak dan berdakwah, jangan haraplah.
tapi itu sekarang. akan datang macam mana agaknya?
masih tergolongkah sebagai ansarullah? tetap bergerak kah seaktif dulu? masih membarakah semangat untuk mengembalikan dan menegakkan agama Allah di atas muka bumi?
atau langkah makin perlahan, dek tarikan-tarikan dunia sebagaimana yang Allah telah sebutkan dalam ayat di atas.sibuk mencari harta dunia,sibuk bekerja, seorang doktor, apatah lagi. beranak-pinak dan disibukkan dengan keluarga dan anak-anak. dan yang sering menjadi dilema bagi para akhawat, bersuamikan mereka yang tiada kefahaman dakwah dan tarbiyyah, malah menyekat zaujahnya daripada proses penerusan tarbiyyah.
entahlah. rasa tak layak untuk mengomen apa-apa. mungkin kerana masih baru lagi bernafas dalam medan ini.
tapi sungguh. hati saya bergetar dengan amaran Allah ini.
"maka tunggulah, sehingga Allah
memberikan keputusannya.."
"tunggulah.."
Allah seakan-akan memberikan amaran yang sangat keras kepada kita yang sudah diberikan hidayah dan pencerahan tentang tanggungjawab di atas muka bumi, tetapi akhirnya berpaling dan tenggelam di tengah lautan dunia.
huhu. so scary isn't it? :(
mampukah menjadi sekental Abu Ubaidah Al-Jarrah, yang sanggup membunuh ayahnya yang musyrik di medan perang, kerana mencintai Allah melebihi cintanya terhadap bapanya sendiri?
mampukah menjadi sehebat Mus'ab bin Umair, yang sanggup meninggalkan kebangsawanannya dan ibu yang tersayang, kerana berasa lebih mulia dan izzah dengan Islam dan dakwah di jalanNya?
atau cinta kita terhadapAllah dan RasulNya, dan cinta kepada dakwah ini sekadar mainan kata yang diungkapkan, yang akan dilupakan semula apabila hambatan dunia mengejar?
.....
وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَـٰلَكُم
وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَـٰلَكُم
Ya Rabb,"Dan jika kamu berpaling (dari
jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka
tidak akan (durhaka) seperti kamu."Surah Muhammad
(47:38)
Jangan kau gugurkan kami dari jalan ini.
Jangan kau gantikan kami dengan kaum yang lain kerana kedurhakaan kami.
Tetapkanlah langkah kaki dan hati kami di atas jalanMu ini ya Allah..
:(
2 comments:
itu sume btol uda
rindu la awk
mot, sy rndu kamu juge.sobs.
rse cm nak terbang g uk join pms korg huhu
Post a Comment