Pages

  • RSS

Friday, February 8, 2013

ananiyyah

tiada perasaan yg paling mengharukan bagi seorang murabbiyah, melainkan apabila melihat mutarabbi dan anak-anak binaannya kini semakin membesar mampu berdikari dalam jalan dakwah ini, walaupun belum sepenuhnya.



perasaan yang sama turut dirasai sewaktu mukhayyam syita' (winter camp) tempoh hari. melihat  kefahaman dakwah mereka yang semakin berkembang mekar, membuatkan kami tersenyum penuh kesyukuran.



Dua mukhayyam yang telah berlangsung telah memberikan sedikit nafas lega kepada kami, bahawa adik-adik ini semakin matang dan membesar dalam kafilah dakwah dan tarbiyyah ini. dan ini memberi satu sinar baru untuk perkembangan dan kelangsungan dakwah di Mesir di masa akan datang.

alhamdulillah ala kulli haal. segala pujian dan kesyukuran dikembalikan kepada Allah. siapakah yang memberikan hidayah kepada mereka, dan memelihara dan memberi kefahaman islam dan dakwah kepada mereka, kalau tidak bukan keranaNya?

[ kanan:  ABTHAL]
[ kiri: WING'13]



namun tatkala melihat kematangan dan tumbesaran anak2 binaan di dalam dakwah, para du'at dan murabbi sering tidak terkecuali dari menghidap penyakit yang satu ini.

murabbi yang tersenyum bangga melihat mutarabbinya kini bertebaran melaksanakan dakwah ilallah. 
murabbi yang dahulunya menjadi pemula dakwah di muhafazah dan daerah. dahulunya dia keseorangan menebar jala dakwah di tempat 'jajahannya'. kini, dia mampu berbangga dengan  anak2 binaannya terdiri daripada pelbagai lapisan dan mustawa.
murabbi yang pernah suatu ketika dahulu terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran hanya untuk mengadakan daurah/katibah/mukhayyam. kekurangan wang, tenaga, dan masa, itu perkara biasa. tapi kini? tiada lagi kekangan. dakwah yang semakin berkembang di Mesir ini telah melahirkan pelapis-pelapis dan tenaga-tenaga penggerak yang menyambung rantai perjuangannya. 

tahun demi tahun berlalu, kini sang murabbi itu sekadar melihat dari tepi dan kadang memantau gerak kerja dakwah anak-anak binaannya. dan terselit dalam sudut hatinya rasa bangga.

AKUlah yang mentarbiyah mereka, disebabkan AKUlah dakwah tersebar ke muhafazah2 di Mesir. tanpa AKU mereka takkan berubah menjadi muslim yang baik seperti sekarang. kerana AKUlah bilangan mereka yang bersama di dalam dakwah ini kini menghampiri ribuan jumlahnya.

tanpa disedari, penyakit ini mula menular dalam hati para murabbi.

أنانية
(Ananiyyah)
atau kata nama lainnya, penyakit keAKUan.

Penyakit yang berbahaya yang menyelinap tanpa disedari. virus di dalam hati yg menjadikan para duat berbangga dengan pencapaian yg diperolehnya di dalam dakwah ini. sehingga kadang dia benci dan tak betah menerima kritikan dan pandangan orang lain, kerana merasakan pandangannyalah yang  terbaik dan paling wajar diikuti.

Dia bangga menjadi pemula dakwah di tempatnya. Anak2 binaannya menyanjungi dan menghormatinya. Dia mendabik dada bila semua kata2nya didengari dan tiada siapa yang  menyangkal kerana kethiqohan mereka. Sehingga terbit keangkuhan yang walaupun tidak dizahirkan, menjadi berhala di dalam hati dan syirik khofiyy yang akhirnya memakan diri dan menjadikan segala amal soleh ibarat debu-debu yang berterbangan. Sia-sia.


Si murabbi seakan-akan terlupa, semakin dia ujub dengan dirinya, semakin kecil darjatnya di sisi Allah SWT. Dia terlupa, bahawa dia hanyalah merupakan asbab sampainya hidayah Allah kepada manusia. Jika bukan kerana Allah yang mengizinkan, dakwah ini takkan pernah berjaya mengetuk hati-hati kerana Dialah pemegang dan pembolak balik hati manusia.


Sebagaimana Saidina Abu Bakr r.a menasihati Saidina Khalid Al-Walid yang memperolehi kejayaan yang tidak putus-putus dalam peperangan di Iraq.Khuatirkan si pedang Allah yang mungkin akan terleka dan terlalai dengan nikmat dunia, Saidina Abu Bakar mengingatkan tentang niat, kerana ujub yang bertandang akan merosakkan segala amal yang dilakukan. Sedangkan kemenangan dan kurniaan itu hanyalah dari Allah!

Tidakkah kita beriman dengan firman Allah :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ وَمَن يَتَّبِعۡ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَإِنَّهُ ۥ يَأۡمُرُ بِٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۚ 

"Wahai orang2 beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya dia (syaitan) menyuruh melakukan perbuatan keji dan mungkar." (AnNuur 24:21)





Betapa keji dan liciknya sang iblis , dia tidak akan mengajak seorang mu'min kufur kepada Allah secara terang-terangan. Tapi iblis laknatullah ini menggoda manusia untuk mengikut 'LANGKAH-LANGKAH kepada kekufuran'. Bermula dengan terbitnya rasa  ujub dan riya' dalam hati du'at dengan amal-amal dakwahnya yang selanjutnya cetusan ego mula bertandang. Sikap "ana khayrun minhu" atau AKU LEBIH BAIK DARIPADANYA mula meresap, menjadikan si du'at sukar ditegur dan tenggelam dalam perasaan 'syok sendiri'nya.



قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ


"(Iblis) berkata, "Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka (manusia) dari jalanMu yang lurus."

ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ

"Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka  dari DEPAN, dari BELAKANG, dari KANAN, dan dari KIRI mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur."
 (Al'A'raaf 7:16-17)

Syaitan dan iblis yang telah hidup jutaan tahun usianya, pasti mempunyai pelbagai tipu daya yang akan merosakkan amalan anak Adam. Para duat tidak terkecuali, bahkan mereka yang beriltizam dengan Islam inilah yang menjadi sasaran utama iblis untuk disesatkan. Yang akhirnya, segala amal soleh dan amal dakwah yang dilakukan di dunia, tiada nilaiannya di sisi Allah. Si du'at menjadi muflis, kerana amalnya dirosakkan oleh penyakit ananiyyah ini. Na'uzubillah min dzaalik.

Kerana itulah ikhlas itu yang wajar dicari dalam setiap amal. Ikhlas di permulaannya, saat kelangsungannya, dan juga di pengakhiran amal itu. Jangan pernah kita lupa bahawa dakwah ini milik Allah, dan tabiat dan sunnatullahnya memang akan terus tersebar. Kita? Hanyalah seorang hamba yang hina yang dimuliakan Allah kerana dakwah, dan Allah yang Maha Pengasih itu telah sudi untuk memilih kita menjadi penyambung rantaian perjuangan Rasulullah ini. Tanpa kehadiran kita, dakwah tetap akan terus maju dan berkembang. Dan jangan pernah kita lupa, dakwah tidak akan pernah memerlukan kita, bahkan kita yang memerlukan dakwah ini untuk selamat di akhirat kelak.

Sucikanlah setiap amal kita dari sebarang penyakit hati yang akan merosakkannya, dengan istighfar dan taubat.

اللهم ارزقنا الإخلاص في كل أعمالنا 
اللهم اهدنا وأهدى بنا واجعلنا سببا لمن اهتدى  

Ya Allah Kau kurniakanlah keikhlasan dalam setiap amalan kami.
Ya Allah, berilah petunjuk kepada kami, dan jadikanlah kami asbab kepada orang-orang yang mendapat hidayahMu.  

Ameen. 

  

2 comments:

Ramadhan al-Banna said...
This comment has been removed by the author.
nuryn said...

Teringat ayat 18: 103-104. Huuu. Jzkk dearest. May Allah always guide our niyyah.