kekuatan yang ditagihkan hanya milik Al-Qawi.
"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu menyatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan." (Ash-shaff: 2-3)
Saya percaya setiap dari kita punya keinginan untuk kembali ke jalan Nya.tidak kira siapa pun kita..sejahat-jahat manapun manusia, jauh di sudut hatinya pasti ada keyakinan bahawa hanya kembali pada Allah itu kebahagiaan yang sebenar.cuma, kita perlu berusaha ke arah itu,carilah jalan itu kerana pasti ada jalan untuk kembali bagi mereka yang mahu.InshaAllah….
Bismillahirrahmanirrahim.
Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya, pujian sebanyak bilangan ciptaanNya dan keredhaanNya, dan seberat timbangan arasyNya dan sebanyak dakwat kalimatNya. Tidak ada apa yang mudah melainkan apa yang Allah mudahkan. Tidak ada apa yang susah melainkan apa yang Allah susahkan.
InsyaAllah kali ni nak tadabbur sket Surah AlKauthar.Surah ke 108 dalam AlQuran, dan merupakan surah Makkiah. Surah ni sangatlah pendek, yang saya rasa adlh yg terpendek sbnrnya dlm AlQuran.Surah yang nampak simple, tp membawa mesej yang sangat besar, terutamanya bagi da’ie, tatkala futur datang menguji.
Surah AlKauthar, moodnya sama macam Surah AdDhuha dan AlInsyirah, yakni mood memujuk, menghibur, menenangkan dan menyayangi.Allah turunkan surah ini bilamana Rasulullah sedang dilanda kesedihan yang amat. Baginda dipermainkan dan diejek oleh kafir Quraisy. Memandangkan bangsa Arab Quraisy dahulu sifat mereka mmg sangat obsess dgn keturunan, qabilah dan anak lelaki, Rasulullah SAW telah dihina dan diejek oleh mereka krn tidak mempunyai anak lelaki.Mereka mengatakan ajaran yang dibawa Rasulullah pasti akan terputus setelah kewafatan Rasulullah kerana baginda tidak akan mempunyai pembela.Kesemua anak lelaki Rasulullah meninggal dunia sejak kecil lagi, dan Rasulullah diceritakan pernah menitiskan airmata tatkala Ibrahim, anak baginda meninggal dunia.
Turunnya Surah AlKauthar, sebagai bukti Allah sangat mengambil berat akan emosi baginda. Walaupun sesetengah menganggap ini hanya isu yang kecil shj, tapi Allah menurunkan surah ini sebagai belaian kepada baginda, dan untuk memujuk baginda Rasulullah SAW.
“Sungguh, telah kami berikan kepadamu (Muhammad), nikmat yang banyak .”
AlKauthar disini, bermaksud :
· Nikmat yang banyak.
· Nama sebuah telaga di syurga.
· Nikmat yang berterusan dan tidak terputus.
Daripada ayat pertama surah ini, Allah menyuruh Rasulullah SAW reflex semula nikmat2 kurniaanNya kepada baginda.
Antara nikmat-nikmat tersebut:
So special, right?
Sebagai contoh, apabila dihidangkan dengan pelbagai makanan, Rasulullah memilih sup sayur terlebih dahulu untuk dimakan. Dan Umar meniru perbuatan Rasulullah tersebut. Walhal, itu bukan disebabkan syariat Islam mengajar sebegitu, tetapi itu kesukaan Rasulullah sahaja. Dan Saidina Umar RA insyaAllah akan dikurniakan pahala kerana mengamalkan sunnah!
Terdapat juga satu kisah yang lain, ketika Rasulullah sedang mengimami solat , tiba-tiba baginda membaling kasut ke luar.Dan yang mengejutkan, seluruh jemaah ikut perbuatan Rasulullah, semuanya ikut membaling kasut mereka. Apabila selesai solat, Rasulullah bertanya kepada jemaah ma’mum, mengapa mereka membaling kasut. Mereka menjawab, mereka hanya meniru perbuatan Rasulullah. Baginda hanya tersenyum dan menerangkan, sebenarnya Jibril memberitahu baginda bahawa di dalam kasut baginda terdapat najis, dats why baginda baling kasut tersebut jauh-jauh. Bukannya disebabkan syariat menyuruh begitu. =)
Lucu, tetapi cuba kita lihat betapa constant n istiqamahnya para sahabat dalam mengamalkan sunnah baginda, even dalam perkara yang remeh sahaja pada pandangan kita.
“Maka laksanakanlah solat kerana TuhanMu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah.”
Bagaimanakah yang dikatakan solat kerana TuhanMu?
Adakah niat solat lillahi ta’ala yang selama ni dilafazkan benar-benar dilaksanakan?
Adakah sudah tertumbang semua berhala-berhala lain di dalam hati kita tatkala dahi sujud menyembah Allah SWT?
Saya menjawab secara jujur bagi diri saya sendiri, TIDAK.
Sering saja diri ini mewujudkan berhala-berhala lain di dalam hati, walaupun saat itu sedang menghadap Tuhan yang Maha Esa.
Terlalu banyak berhala di dalam hati ini, yang walaupun tidak berbentuk fizikal. Tatkala solat dilaksanakan, fikiran dan hati tidak ikut sama. Menerawang entah ke mana.Memikirkan buku Medic yang tak pernah-pernah habis diulangkaji. Memikirkan masalah keluarga,rakan dan sebagainya.Memikirkan surah-surah yang tak dihafal lagi untuk ditasmi’ di depan ustazah. Padahal, jasad sudah pun sujud mengadap Ilahi. Tetapi hati? Tetap dengan berhala-berhala duniawi!
Kadang-kadang, ada satu ketika yang apabila solat, dapat dirasakan yang hati juga ikut sujud. Perasaannya sangat berbeza. Sangat halus. Tatkala itu,rasa macam sudah lama sgt tidak berperasaan begini. Tetapi kenapa perasaan tu hanya sesekali sahaja hadir?
Menerusi ayat ini, Allah memang tidak memberikan kita ruang walau sedikit pun, untuk mengagungkan benda-benda lain, selain Allah SWT !
Itu lah bezanya agama Islam dengan agama lain. Agama lain tidak mempunyai ritual atau solat yang wajib dilakukan setiap hari. Sebagai contoh, penganut agama Kristian hanya sembahyang dalam hati sahaja. “I say prayer in my heart.” Itulah solat mereka.
Jika pun ada ritual dalam agama lain, it’s not beneficial. Contoh, PUASA. Puasa agama lain hanya setakat menahan lapar dan dahaga semata-mata. Sebaliknya puasa umat Islam perlu disertai dengan keimanan dan ketaqwaan. Jika tidak, sama sahaja puasa kita dengan puasa penganut agama lain, dan juga sama sahaja seperti mana puasa pesakit yang hendak di bedah!
Puasa di dalam Islam ada 3 tahap:
“Sungguh, orang-orang yang membencimu, merekalah yang terputus (dari rahmat Allah).
Ayat ini menafikan tuduhan orang kafir, bahawa dakwah Rasulullah akan terputus kerana ketiadaan anak lelaki. Allah menjawab tuduhan mereka, tidak sama sekali! Walhal orang2 kafir tersebutlah yang sebenarnya telah terputus. Terputus dari segala macam jahiliah yang mereka cipta.
Ayat ini sebenarnya merupakan dalil yang kuat bagi para da’ie. Apabila para da’ie melihat dunia dan umat semakin teruk, jangan sesekali futur. Jangan down! Mungkin ada yang berkata,
”Boleh ke Islam nak menang? Nak menguasai dunia? Dengan masyarakat yang teruk sebegini!”
Da’ie seharusnya tidak putus asa dengan umat.Walaupun ditentang oleh umat manusia,hatta umat Islam sendiri kerana KEPELIKAN kita yang melaksanakan dakwah, jangan sesekali berhenti. Kalaulah hendak putus asa, sepatutnya Rasulullah SAW yang paling patut untuk berputus asa dalam dakwah, kerana baginda ditimpa dugaan yang berkali-kali ganda lagi hebat dari kita. Tapi baginda tidak pernah berhenti berdakwah. Just imagine if Rasulullah rasa down dan berhenti berdakwah tatkala penduduk Taif menghalau dan membaling batu kepada baginda yang hendak menyebarkan Islam, sudah tentu Islam tiada hari ni.
Ketika Surah AlKauthar diturunkan, orang-orang kafir yang menentang nabi seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan lain2 terus menentang baginda dan mengatakan dakwah baginda pasti terputus. Tetapi cuba kita lihat sekarang, pada tahun 2008 hari ini,tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang menyanjung Abu Jahal atau Abu Lahab.Tiada siapa pun hatta di Mekah yang mengikuti mereka menyembah berhala-berhala, yang menjadi pengikut mereka, walaupun ANAK LELAKI MEREKA RAMAI.Sehinggakan seluruh manusia yang beriman berterusan membaca Surah Al Masad yang melaknat Abu Lahab sehingga hari kiamat.
Tetapi Rasulullah SAW, sehingga ke hari ini dan insyaAllah ke hari kiamat nanti, akan terus disanjung dan diikuti, walaupun tidak mempunyai anak lelaki.
Sungguh, orang-orang yang menentang dakwah Islam ini sangat dihinakan oleh Allah.
Surah AlKauthar ini, seperti yang kita tahu, diturunkan di Mekah, di mana tatkala tu umat Islam sangat sedikit. Jika disemak balik, hampir half drpd AlQuran tu,diturunkan di Mekah (ayat Makkiah).Sebabnya, Allah sangat appreciate umat Islam pada zaman itu. Merekalah core dalam Islam, golongan Assabiqun Al-Awwalun yang sangat hebat melaksanakan dakwah.Mereka juga pernah merasai hentaman dan tentangan yang hebat bersama-sama Rasulullah hanya kerana mengucapkan kalimah “Laailahaillallah, Muhammadurrasulullah”. Allah turunkan surah ini juga sebagai penenang hati bagi mereka dan semua da’ie di sepanjang zaman.
Jadi, jangan rase down jika golongan da’ie ini sangat minoriti dalam masyarakat,jika masyarakat kembali menjadi jahiliah, jika dakwah dan Islam tidak disuburkan dan jika ia telah kembali menjadi asing di atas muka bumi.
Ingatlah duhai da’ie, Allah bersama kita !
Saad Zaghloul
6.38pm, 18112008
Tersebutlah kisah d sebuah perkampungan nelayan, tinggallah 2org nelayan yg dah lama bersahabat baik. Mereka ni mmg kamceng habis, ke laut pun besame2. Pak Mat ni ade sorg isteri, bernama Mak Mat. Hidup mereka berdua suami isteri mmg aman damai dan bahagia, walaupun miskin. Saban hari slps pulang dr laut, Pak Mat akan melepak2 besame isterinye d tepi pantai sambil membaiki jalanya dan minum2 teh.Mcm tulah rutin hidupnya sejak dahulu.Tapi mereka berdua xkesah, asalkan mereka bahagia berdua hingga ke akher hayat.ececeh.
Pak Tam ni pulak, agak advance sket pemikirannya.Dah lama die nak ubah nasib die yg miskin. Lantas di ajukan suggestion kpd Pak Mat. Datang lah Pak Tam kpd Pak Mat yg tgh begurau2 senda dgn Mak Mat d tepi pantai.
“Pak Mat, aku rase kite kne ubah idup kite yg miskin ni. Kau taknak ke jadi kaye?”
“ Ntah. Aku ok je ngan idup aku sekarang.Apa cadangan kau utk jadi kaya?”
“Ape kate kite kerja lebih masa? Kite keluar ke laut sblm subuh,kite balek lepas Maghrib. Before ni lpas Zuhur je kite dah balek darat smule. Kalau kerja lebih masa, boleh dapat tangkapan lebih. Duit pon boleh dapat banyak!”
“Nak buat ape dgn duit banyak?”
“Nanti kita boleh beli perahu yg lagi besar!”
“Nak buat ape dgn perahu besar?”
“Nanti kite boleh pegi ke laut yg dalam sket. Boleh dapat ikan lagi banyak. Dpt duit lagi banyak.”
“ Nak buat ape dgn duit lagi banyak tu?”
“ Nanti kite boleh beli bot pulak. Siap dgn enjin lagi. Boleh kite menangkap ikan kat laut yg lagi dalam. Duit pun lagila banyak!”
“Nak buat ape dgn duit banyak2?”
“Kita boleh beli lagi banyak bot. Nanti kita upah pekerja2 lain. Sume hasil keuntungan dapat ke kita semula. Duit pon banyak.”
“Duit2 tu nak buat ape pulak?”
“Haa..dgn duit2 yg banyak tu, boleh kite buat rumah banglo besar. Siap ade aircond , jakuzzi , sauna , Astro , parabola, swimming pool. Lepas tu bole la kite HIDUP SENANG, TENANG dan AMAN DAMAI.”
“Kau nak tau Pak Tam?”
“Ape die Pak Mat?”
“Itulah yg sedang aku lakukan. Aku dah lama merasa HIDUP SENANG, TENANG dan AMAN DAMAI sejak dulu lagi..”
See? Kitaran bodoh, Isn’t it?
Hakikatnya, itulah yang menjadi rutin harian makhluk yang bergelar manusia kat atas Bumi ni.
Saban hari berhempas pulas bekerja, sampai xcukup tido.Siap amek OT lagitu.Sumenye utk mndapatkan duit. Utk ape? Untuk makan yg sedap2 dan berkhasiat. Utk ape? Supaye dapat tenage utk pegi kerja esoknye pulak. Pegi kerja utk ape? Utk dapat duit lagi. Duit nak buat ape? Supaya dapat beli minyak petrol kereta, kan skang harga minyak dah naek! Isi minyak kereta untuk ape ?Utk pegi kerja. Utk ape? Utk dapat DUITlah!
Bodohnya manusia sebegini.
Back to d story, siapakah antara PakMat dan PakTam yg betul?
Dua2 salah!
Pak Tam salah kerane, hanya akan menyusahkan dirinya dan org laen.Dia akan menyusahkan pembuat bot,pembuat rumah, pekerja2 nya dll smate2 utk memenuhi impiannya yg nak sebuah rumah banglo beraircond. Dia juga akan menyusahkan dirinya krn terpaksa berkerja keras pagi petang siang malam utk pegi ke laut dalam, beli bot baru,keje lebih mase blablabla. Tup tup bila impiannya dah tercapai nak bina banglo, 20tahun dah berlalu, dan Pak Tam pon dah saket2. Sakit tulang blakang , sakit jantung , kencing manis dan sgalenye. Tinggal nak tunggu mati je dalam banglo idamannya tu.
Pak Mat pula,hanya hidup dalam dunianya dan isterinya. Langsung takde tujuan hidup, dan tak menyumbang apa2 langsung kpd dunia.
Kata2 seorg Ulama’ Mesir:
Yg bermaksud:
“Kalau kamu tidak menambah apa2 kpd dunia, kamu adalah lebihan drpd dunia.”
Lebihan dunia mcm mana? Lebihan dunia ni samela mcm air kencing, najis, peluh, nanah, sampah, dan sume yg buruk2 dan menggelikan blake.
Jadi kite ni samelah macam najis, air kencing dan sume waste products yg ade, sbb kite tidak menambah ape2 pon kpd dunia. Yang kite tambah adelah sampah-sarap, carbon dioxide, kite habiskan oxygen kat udare , kite nipiskan lapisan ozon, sbb wujudnye kita,space atas bumi dah berkurang, dan sebagainya.
Macam mane nak tambah apa2 kpd dunia ye?Adekah perlu membuat mentol mcm Thomas Edison, atau buat telefon mcm Alexander Graham Bell?Tak! Kerana mereka hanya menambah dari sudut material smate2.
Ketahuilah Rasulullah telah diutuskan kpd manusia, dgn membawa TUJUAN HIDUP, yang apabila difahami akan senanglah hidup manusia DUNIA dan AKHIRAT.
Apakah tujuan hidup Muslim yang sebenarnya?
KHALIFAH~
“Dan ingatlah apabila Tuhanmu berfirman kepada malaikat,’Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi’. Mereka berkata, ‘Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosakkan dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji Mu dan menyucikan namaMu?’ Dia berfirman, ‘Sungguh aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui’.” (Surah AlBaqarah 2:30)
HAMBA~
“Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku.”
(Surah AzZariyat 51:56)
Persoalannya..
Mcm mana nak jadi khalifah dan hamba dlm erti kata yg sebenar2nya?
11.16pm
Saturday,08112008
Saad Zaghloul,Cairo
Copyright 2010
IJLIS BINA NU'MIN SA3AH. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by The Bookish