Pages

  • RSS

Wednesday, November 19, 2008

Al-Kauthar


Bismillahirrahmanirrahim.

Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya, pujian sebanyak bilangan ciptaanNya dan keredhaanNya, dan seberat timbangan arasyNya dan sebanyak dakwat kalimatNya. Tidak ada apa yang mudah melainkan apa yang Allah mudahkan. Tidak ada apa yang susah melainkan apa yang Allah susahkan.

InsyaAllah kali ni nak tadabbur sket Surah AlKauthar.Surah ke 108 dalam AlQuran, dan merupakan surah Makkiah. Surah ni sangatlah pendek, yang saya rasa adlh yg terpendek sbnrnya dlm AlQuran.Surah yang nampak simple, tp membawa mesej yang sangat besar, terutamanya bagi da’ie, tatkala futur datang menguji.

Surah AlKauthar, moodnya sama macam Surah AdDhuha dan AlInsyirah, yakni mood memujuk, menghibur, menenangkan dan menyayangi.Allah turunkan surah ini bilamana Rasulullah sedang dilanda kesedihan yang amat. Baginda dipermainkan dan diejek oleh kafir Quraisy. Memandangkan bangsa Arab Quraisy dahulu sifat mereka mmg sangat obsess dgn keturunan, qabilah dan anak lelaki, Rasulullah SAW telah dihina dan diejek oleh mereka krn tidak mempunyai anak lelaki.Mereka mengatakan ajaran yang dibawa Rasulullah pasti akan terputus setelah kewafatan Rasulullah kerana baginda tidak akan mempunyai pembela.Kesemua anak lelaki Rasulullah meninggal dunia sejak kecil lagi, dan Rasulullah diceritakan pernah menitiskan airmata tatkala Ibrahim, anak baginda meninggal dunia.

Turunnya Surah AlKauthar, sebagai bukti Allah sangat mengambil berat akan emosi baginda. Walaupun sesetengah menganggap ini hanya isu yang kecil shj, tapi Allah menurunkan surah ini sebagai belaian kepada baginda, dan untuk memujuk baginda Rasulullah SAW.

“Sungguh, telah kami berikan kepadamu (Muhammad), nikmat yang banyak .”

AlKauthar disini, bermaksud :

· Nikmat yang banyak.

· Nama sebuah telaga di syurga.

· Nikmat yang berterusan dan tidak terputus.

Daripada ayat pertama surah ini, Allah menyuruh Rasulullah SAW reflex semula nikmat2 kurniaanNya kepada baginda.

Antara nikmat-nikmat tersebut:

  • Allah menjadikan Rasulullah sebagai insan yang paling mulia dari kalangan seluruh manusia, dengan membawa ajaran yang suci. Rasulullah telah mengubah dunia ini dengan wahyu Allah SWT.
  • Segala yang Rasulullah lakukan, seluruh manusia yang beriman akan ikut, dan Allah akan berikan pahala sehingga hari kiamat kepada mereka yang melaksanakan sunnah Rasulullah, even perkara yang kita nampak remeh-temeh.

So special, right?

Sebagai contoh, apabila dihidangkan dengan pelbagai makanan, Rasulullah memilih sup sayur terlebih dahulu untuk dimakan. Dan Umar meniru perbuatan Rasulullah tersebut. Walhal, itu bukan disebabkan syariat Islam mengajar sebegitu, tetapi itu kesukaan Rasulullah sahaja. Dan Saidina Umar RA insyaAllah akan dikurniakan pahala kerana mengamalkan sunnah!

Terdapat juga satu kisah yang lain, ketika Rasulullah sedang mengimami solat , tiba-tiba baginda membaling kasut ke luar.Dan yang mengejutkan, seluruh jemaah ikut perbuatan Rasulullah, semuanya ikut membaling kasut mereka. Apabila selesai solat, Rasulullah bertanya kepada jemaah ma’mum, mengapa mereka membaling kasut. Mereka menjawab, mereka hanya meniru perbuatan Rasulullah. Baginda hanya tersenyum dan menerangkan, sebenarnya Jibril memberitahu baginda bahawa di dalam kasut baginda terdapat najis, dats why baginda baling kasut tersebut jauh-jauh. Bukannya disebabkan syariat menyuruh begitu. =)

Lucu, tetapi cuba kita lihat betapa constant n istiqamahnya para sahabat dalam mengamalkan sunnah baginda, even dalam perkara yang remeh sahaja pada pandangan kita.

“Maka laksanakanlah solat kerana TuhanMu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah.”

Bagaimanakah yang dikatakan solat kerana TuhanMu?

Adakah niat solat lillahi ta’ala yang selama ni dilafazkan benar-benar dilaksanakan?

Adakah sudah tertumbang semua berhala-berhala lain di dalam hati kita tatkala dahi sujud menyembah Allah SWT?

Saya menjawab secara jujur bagi diri saya sendiri, TIDAK.

Sering saja diri ini mewujudkan berhala-berhala lain di dalam hati, walaupun saat itu sedang menghadap Tuhan yang Maha Esa.

Terlalu banyak berhala di dalam hati ini, yang walaupun tidak berbentuk fizikal. Tatkala solat dilaksanakan, fikiran dan hati tidak ikut sama. Menerawang entah ke mana.Memikirkan buku Medic yang tak pernah-pernah habis diulangkaji. Memikirkan masalah keluarga,rakan dan sebagainya.Memikirkan surah-surah yang tak dihafal lagi untuk ditasmi’ di depan ustazah. Padahal, jasad sudah pun sujud mengadap Ilahi. Tetapi hati? Tetap dengan berhala-berhala duniawi!

Kadang-kadang, ada satu ketika yang apabila solat, dapat dirasakan yang hati juga ikut sujud. Perasaannya sangat berbeza. Sangat halus. Tatkala itu,rasa macam sudah lama sgt tidak berperasaan begini. Tetapi kenapa perasaan tu hanya sesekali sahaja hadir?

Menerusi ayat ini, Allah memang tidak memberikan kita ruang walau sedikit pun, untuk mengagungkan benda-benda lain, selain Allah SWT !

Itu lah bezanya agama Islam dengan agama lain. Agama lain tidak mempunyai ritual atau solat yang wajib dilakukan setiap hari. Sebagai contoh, penganut agama Kristian hanya sembahyang dalam hati sahaja. “I say prayer in my heart.” Itulah solat mereka.

Jika pun ada ritual dalam agama lain, it’s not beneficial. Contoh, PUASA. Puasa agama lain hanya setakat menahan lapar dan dahaga semata-mata. Sebaliknya puasa umat Islam perlu disertai dengan keimanan dan ketaqwaan. Jika tidak, sama sahaja puasa kita dengan puasa penganut agama lain, dan juga sama sahaja seperti mana puasa pesakit yang hendak di bedah!

Puasa di dalam Islam ada 3 tahap:

  • Menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa.
  • Disertai keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT
  • Puasa para nabi.

“Sungguh, orang-orang yang membencimu, merekalah yang terputus (dari rahmat Allah).

Ayat ini menafikan tuduhan orang kafir, bahawa dakwah Rasulullah akan terputus kerana ketiadaan anak lelaki. Allah menjawab tuduhan mereka, tidak sama sekali! Walhal orang2 kafir tersebutlah yang sebenarnya telah terputus. Terputus dari segala macam jahiliah yang mereka cipta.

Ayat ini sebenarnya merupakan dalil yang kuat bagi para da’ie. Apabila para da’ie melihat dunia dan umat semakin teruk, jangan sesekali futur. Jangan down! Mungkin ada yang berkata,

”Boleh ke Islam nak menang? Nak menguasai dunia? Dengan masyarakat yang teruk sebegini!”

Da’ie seharusnya tidak putus asa dengan umat.Walaupun ditentang oleh umat manusia,hatta umat Islam sendiri kerana KEPELIKAN kita yang melaksanakan dakwah, jangan sesekali berhenti. Kalaulah hendak putus asa, sepatutnya Rasulullah SAW yang paling patut untuk berputus asa dalam dakwah, kerana baginda ditimpa dugaan yang berkali-kali ganda lagi hebat dari kita. Tapi baginda tidak pernah berhenti berdakwah. Just imagine if Rasulullah rasa down dan berhenti berdakwah tatkala penduduk Taif menghalau dan membaling batu kepada baginda yang hendak menyebarkan Islam, sudah tentu Islam tiada hari ni.

Ketika Surah AlKauthar diturunkan, orang-orang kafir yang menentang nabi seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan lain2 terus menentang baginda dan mengatakan dakwah baginda pasti terputus. Tetapi cuba kita lihat sekarang, pada tahun 2008 hari ini,tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang menyanjung Abu Jahal atau Abu Lahab.Tiada siapa pun hatta di Mekah yang mengikuti mereka menyembah berhala-berhala, yang menjadi pengikut mereka, walaupun ANAK LELAKI MEREKA RAMAI.Sehinggakan seluruh manusia yang beriman berterusan membaca Surah Al Masad yang melaknat Abu Lahab sehingga hari kiamat.

Tetapi Rasulullah SAW, sehingga ke hari ini dan insyaAllah ke hari kiamat nanti, akan terus disanjung dan diikuti, walaupun tidak mempunyai anak lelaki.

Sungguh, orang-orang yang menentang dakwah Islam ini sangat dihinakan oleh Allah.

Surah AlKauthar ini, seperti yang kita tahu, diturunkan di Mekah, di mana tatkala tu umat Islam sangat sedikit. Jika disemak balik, hampir half drpd AlQuran tu,diturunkan di Mekah (ayat Makkiah).Sebabnya, Allah sangat appreciate umat Islam pada zaman itu. Merekalah core dalam Islam, golongan Assabiqun Al-Awwalun yang sangat hebat melaksanakan dakwah.Mereka juga pernah merasai hentaman dan tentangan yang hebat bersama-sama Rasulullah hanya kerana mengucapkan kalimah “Laailahaillallah, Muhammadurrasulullah”. Allah turunkan surah ini juga sebagai penenang hati bagi mereka dan semua da’ie di sepanjang zaman.

Jadi, jangan rase down jika golongan da’ie ini sangat minoriti dalam masyarakat,jika masyarakat kembali menjadi jahiliah, jika dakwah dan Islam tidak disuburkan dan jika ia telah kembali menjadi asing di atas muka bumi.

Ingatlah duhai da’ie, Allah bersama kita !

Saad Zaghloul

6.38pm, 18112008

4 comments:

Anonymous said...

salam,
a very good post.....
keep it up.......
hati kita perlu disuburkan walaupun dah byk kali mendgr tafsir ini..
good sgt tu sebab dapat relatekan pengajaran dgn waqek mase kini...sebagai pelajar,sebagai anak dan sebagai kawanoooopppps juga sebagai perantauan...again teruskan....syabas!!

f said...

tebaek la uda nik pa

bes2

asal tak pos sepeti ini di blog kite

huda said...

makman:
wsalam.jzkk 4 d compliment =)

samimot:
awak kopi pes la kat blog kite...hehe

izzah said...

salam.

seronok baca post ni.walaupun jauh,rasa macam terdengar ade yang bacakan cerita dan huraian surah al-Kauthar ni.

terima kasih sebab willing nak share.

moga Allah mudahkan urusan di dunia dan di akhirat.=)