Pages

  • RSS

Friday, November 28, 2008

Tak Mengapa..

Tak mengapa,
kalau waktu tidur kita bukan lagi seperti dulu.

Tak mengapa,
kalau kita terpaksa mengikat perut untuk dakwah terus maju.

Tak mengapa,
kalau kita harus menelan keperitan,
menyembunyikan 1001 masalah,
menceriakan wajah,
demi meraikan mad'u.

Tak mengapa,
Kalau otak kita penat kerana berfikir tentang masalah ummah.

Tak mengapa,
kalau mereka berkata yang tak benar tentang kita,
kesabaran dan kelapangan dada kita yang akan menyerlahkan hakikat sebenar,
yang pasti kita sama sekali tidak akan melakukan perkara yang sama kepada mereka,
bukankah kita seperti sahabat itu?
segala kemarahan dan dendam lenyap tika mata dilelapkan.

Tak mengapa,
kalau usaha kita dianggap sia-sia di mata manusiawi,
mungkin mereka terlupa atau tak sedari,
Allah tak memandang enteng,
usaha burung kecil yang membantu Nabi Ibrahim memadamkan api.

Tak mengapa,
kalau kadang-kadang diri mengeluh kerana payah,
tapi diri harus dilatih agar sebati dan lali dengan penat dan lelah,
kerana kerehatan kita kini hanya dalam bekerja, memberi dan bersusah.

Ikhwah wa akhawat fillah,

Tak mengapa,
kalau kita terpaksa menanggung semua itu,
kerana Allah telah pun menggantikan dengan nikmat-nikmat,
dalam kita sedar ataupun tidak,
bukan pada nama,
pangkat mahupun harta,
tapi pada kekayaan jiwa.

Bukankah kita kini dapat katakan 'sayonara' pada jahiliyah?
masa kita tidak lagi dicuri oleh perkara yang tak berfaedah,
'cermin mata' baru yang di kurniakan sebaik-baik hadiah,
dapat kita lihat sesuatu dengan mata hati,
kita bukan lagi orang yang 'buta' dan 'tuli'.

Doa dan solat kita bukan lagi seperti orang lain,
kita ketemukan ketenangan dan kerehatan dalam tiap rukuk dan sujud,
doa penuh dengan harapan dan air mata,
mendambakan simpati dan pertolongan Ilahi,
tahajjud dan qiyam menjadi sesuatu yang sentiasa dinanti-nanti,
kerana kita imani,
kekuatan yang ditagihkan hanya milik Al-Qawi.

Setiap langkah dan hela nafas pasti bersertakan Allah,
jiwa dan bibir sentiasa basah dengan Zikrullah,
taubat dan istighfar jarang berpisah,
kerana kita sedar jiwa yang kotor akan cepat penat dan lelah.

Syaitan sering menunggu untuk mengambil peluang,
menipu dan menggaburkan hati kita dengan hasutan dengki,
agar kita terlupa tentang nikmat-nikmat ini.

Berbahagialah saudara yang ku kasihi,
kalau redha Allah yang kau buru sepenuh ikhlas di hati,
nikmat ini tak akan berhenti di sini,
ganjaran yang lebih besar sedang menanti,
di hari pembalasan yang Dia telah janji.



-jzkk ukhti zaza from UK n kak hanim sayang =) -

7 comments:

fathiyyah said...

terima kasih huda...

adiLa said...

uda..suke.

btw, kak zaza tu, aberdeen ke?

~alhuda~ said...

fathy:
same2 kaseh fathy =)

nova:
yaps.how did u know her?

siti nurani abdullah said...

good post..syukran^_^..nak mintak copy paste leh? akak sertakan sekali link blog awk ye..tq.

Anonymous said...

hoholi

el-mike said...

tak mengapa..

emhoho said...

sbe bek i xcopy paste bnde nh..ha3~chayok huda nik pe!!