Pages

  • RSS

Wednesday, April 7, 2010

pencinta waktu fajar

Siapa pencinta waktu Fajar itu?

Dia yang senantiasa kepingin untuk bertemu RabbNya di permulaan hari, meski belenggu syaitan yang merantai tubuhnya saban pagi sangat sukar diungkaikan.

Kerana dia percaya, pada fajar itu ada simbol kemunculan segala kebaikan.
Fajar simbol kemenangan. Lambang kehidupan.
Ia saat pembahagian rezeki dijalankan.
Fajar, solatnya bukti kuatnya iman dan kesucian dari kemunafikan.

"Solat yang paling berat pelaksaannya bagi orang-orang munafiq ialah Solat Isya' dan Solat Subuh. Andai mereka tahu kebaikan pada keduanya,tentu mereka mengerjakannya walaupun dengan merangkak."
(HR Bukhari Muslim)


Munafiq? Sebegitu dahsyat sekali?

Ya. Bahkan para sahabat radiallahu anhum menjadikan solat subuh berjemaah sebagai kayu ukur untuk menilai orang mukmin dan munafiq.

justeru bagaimana dengan umat kini, yang solat sunat lebih diutamakan dari solat fardhu?

Kita berbangga melihat saff jemaah solat terawikh di bulan Ramadhan yang melimpah ruah.

Kita senyum terharu melihat golongan yang tidak pernah solat sepanjang tahun, akan datang juga ke masjid untuk solat sunat hari raya 2 kali setahun,memenuhkan lagi ruang masjid yang sedia padat.

Namun,

tak sayukah hati kita melihat jemaah Subuh di masjid dan di rumah-rumah yang sekadar dihitung dengan jari?

"Dua rakaat solat Fajar lebih baik dari dunia dan seisinya."
(HR Muslim)

Dunia dan seisinya tiada apa-apa pun dibandingkan dengan dua rakaat solat sunnah sebelum solat Fajar (Subuh) di mata Rasulullah.

Apatah lagi solat Subuh yang fardhu itu.

"Malaikat yang bertugas malam dan malaikat yang bertugas siang pergi secara bergantian kepada kalian. Mereka bertemu ketika solat Subuh dan solat Asar. Malaikat yang bertugas malam naik,lalu ditanya Allah, walhal Dia lebih mengetahui daripada mereka,'Bagaimana kalian meninggalkan hamba-hambaKu?' Para malaikat yang bertugas malam menjawab,'Kami tinggalkan mereka sedang mengerjakan solat, dan datang lagi kepada mereka saat mereka mengerjakan solat"
(HR Bukhari Muslim)


Waktu Asar itu, waktu manusia sibuk dengan urusannya

Subuh pula, waktu manusia ralit dalam mimpinya.

Asar dan Subuh, dua waktu yang sulit,bukan?

Maka beruntunglah mereka yang memelihara kedua solat ini. Kerana ia jaminan bahawa dia akan tetap memelihara solat-solat fardhu yang lainnya.

"Dan solat Subuh, sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan"
(Al-Israa':78)


Ya. TuhanMu menyaksikan. Malaikat turut menyaksikan.

Berbahagialah pencinta-pencinta fajar.

mereka menjadi golongan yang terawal, yang ditulis namanya pada buku para malaikat yang bertugas pada malam dan siang hari.

maka tak kepinginkah kau bersamaku, menjadi pencinta-pencinta fajar?



ps: saya bahagia di daerah baru saya.bersama mereka 'ahl anfaal', saya lebih menghayati erti fajar yang sebenar :)

pss: dah lame tak cuci sawang blog ni kan? :D


1 comments:

likeastar said...

rasa betapa teruknya diri saya ;(