Pages

  • RSS

Monday, June 17, 2013

kering

menjadi pelajar tahun akhir perubatan memang memenatkan. hampir setiap hari kelas mula seawal 7 pagi hingga 5 petang, atau kadang2 terlajak juga sampai 6-7 petang.balik rumah pun kena buka buku, prepare utk kelas keesokannya takut2 doktor nak tanya dalam kelas. dengan exam yang sangat kerap, every 2 weeks, memang semput nak cover segala benda.

maka dengan segala kepenatan ulang alik ke kelas 6 hari seminggu tu, akan jadi sia-sia kalau tidak diniatkan sebagai ibadah.

bukan aku tak pernah penat. tahun-tahun sebelum ni penat juga. tapi bukan penat sebab belajar. 5 tahun sebagai medical student sebelum ni, aku akui tak bersungguh sangat dalam belajar. mungkin sebab takde passion dengan medic? wallahu a'lam. bila masuk tahun 6 jadi insaf, memandangkan dah tahun akhir as medical student maka perlulah jadi lebih rajin T__T

jika tahun-tahun sebelum ini,  penatnya terasa lagi manis.walaupun sibuk dengan urusan dakwah tarbiyyah, berprogram berdaurah sana sini, meeting sampai 2-3 pagi, aku jarang mengeluh kepenatan.mungkin kerana segalanya dibuat dengan rasa cinta. kalau dah suka, penat macam mana pun dah tak rasa.

aku jadi rindu dengan kesibukan kami yang dahulu, di waktu kami semua all out dalam kerja2 dakwah. di awal2 fasa pembinaan dakwah di mesir ini, semuanya perlu dibuat sendiri tanpa pantauan murabbi secara langsung. kerana kurang bimbingan, proses tajmik dan takwin banyak dilakukan secara try and error semata2. alhamdulillah, walaupun hasilnya banyak 'error', tp kami gembira dapat membina pengalaman baru walaupun terpaksa menerima hasil yang kurang memberangsangkan. ketika itu, segala tenaga dan fikiran hampir setiap masa untuk dakwah. qadhaya berlaku di mana-mana. di rumah, dalam teksi, dalam lecture hall. kadang2 dlm gap antara 2 kelas boleh jadi sesi meeting sesama kami kerana terlalu sibuk dan terlalu banyak perkara yang perlu diqadhayakan.

penat,bahkan lebih penat dari sekarang.  tapi penat ketika itu terasa manisnya.

tak tahu mana silapnya, penat yang aku rasakan sekarang berbeza.

rasa kering.

bila mana dah menjadi pelajar tahun akhir perubatan,  diberi keringanan untuk melepaskan beberapa masuliyah dalam dakwah, dengan alasan supaya fokus dalam pembelajaran. maka banyaklah masa yang diluangkan untuk medic, dan kuranglah masa yang disumbangkan untuk urusan2 dakwah.

memang terasa kosong. dan kering.

dan itu sepatutnya tak berlaku. bilamana kita menjadikan belajar tu sbg part of our ibadah, kita tak sepatutnya rasa kering. seolah-olah belajar itu terpisah dengan dakwah. sedangkan menjadi muslim yang cemerlang pun adalah satu bentuk dakwah bil haal dan juga satu qudwah.

ditambah dengan memikirkan kesibukan yang bakal dihadapi dalam alam pekerjaan nanti memang menakutkan. di waktu bujang ni pun terkial-kial nak balance antara medic dan dakwah, apatah lagi bila dah berkeluarga, bekerja. adakah kerjaya dan keluarga tu menjadi alat untuk melaju dalam dakwah, atau adakah menjadi fitnah? nauzubillah min zalik.

resolusi yang dapat dibuat? tajdid niat kenapa ambil medic. dan kena reset mind, bahawa dakwah itu perlulah dimaknakan dalam seluruh aspek kehidupan. dakwah bukan sekadar usrah, daurah, meeting, qadhaya dll. tp segala tingkah laku, peribadi, tutur kata, performance dlm pembelajaran, muamalah dengan manusia sekeliling, semuanya adalah dakwah. bilamana semua perkara dalam kehidupan seharian dilakukan kerana Allah, tiada istilah kering, tak ruhiy, tak basah dan sebagainya yg timbul .

kerana sepatutnya setiap tindakan kita seharian hanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata. full stop.

huuu entry yang agak kurang bermanfaat, more to curahan hati sebenarnya. pardon my rambling :p


3 comments:

harumaki said...

paham! tak bestnya rasa camtu, bila badan penat tapi hati terasa kosong. Allah bg rasa camtu sbb kita nak rasa manisnya penat dakwah kot hehe.

akak, chaiyok! doa kami sentiasa bersama akak :)

Unknown said...

go go huda! Allah ada, kat sini *tunjuk dada*

benda2 yang kita buat dulu, boleh je kita buat lagi sekarang, nak atau tak je. you can do better huda, i know:)

kalau kering, pandang muka kami lama-lama, ingat apa yang kita pernah dan akan buat bersama. ily

Anonymous said...

akak, entry ni sangat bermanfaat untuk saya, kerana saya pun mula rasa kering bila mana jauh dari bimbingan kawan kawan... :(

semoga kita kuat..