Pages

  • RSS

Monday, January 12, 2009

video lagi

saya baru jumpa video ni tengah malam semalam.Doa Qunut Imam Masjidil Haram 8tahun yang lalu.

tak tertahan hati bila menonton video ini, sangat mengharukan.kemungkinan anda juga akan menangis tersedu selepas menontonnya.huhu




pengalaman ramadhan di negara arab sangat menarik, doa qunutnya sangat panjang, (pernah ada pengalaman qunut 1 jam semasa berimamkan Imam Jibril, imam Masjidilharam pada Ramadhan 2007 yang lalu) dan apabila imam membacakan doa qunut, seluruh jemaah yang mengikutinya akan menangis dengan dahsyat sekali. kami orang melayu ini apa lagi, ikut sama menangis, walaupun kadang -kadang kami tak faham pun apa maksudnya (kemungkinan menangis sebab lenguh kaki berdiri adalah sangat tinggi~)

Semoga doa daripada umat Islam seluruh dunia akan dimakbulkan Allah SWT.Kemenangan akan tiba, tidak lama saja lagi.

*Saya bertekad untuk belajar Bahasa Arab dengan lebih bersungguh-sungguh lagi lepas ni!*

1 comments:

[MH] said...

apsal cumel sgt template?
mode jeles..hua hua hua