Pages

  • RSS

Wednesday, January 7, 2009

apa reaksi kita?

Petikan Haaretz.com, 07/01/09. Israel mengebom sebuah sekolah di Jabaliya petang semalam kerana dipercayai menjadi tempat persembunyian HAMAS.
Ternyata, sebuah badan dari PBB menyangkal dakwaan Israel.
Bagaimanapun, tindakan Israel mendapat kecaman umum kerana serangan tersebut menyebabkan 40 Palestin syahid, kebanyakannya adalah kanak-kanak. Dan ramai lagi yang cedera. Ada yang mengatakan, jangan disabitkan dengan HAMAS sehingga kanak-kanak juga menjadi mangsa. Sebagaimana yang dimaklumi perjanjian Geneva 1977(menjamin masyarakat awam ketika perang).




Petikan Al-Quds Arabi(London) dari Ismail Haniah, Perdana Menteri Palestin, Kerajaan Palestin Gaza berkata: Gaza tidak akan menyerah diri(selama-lamanya) kepada tentera Israel.

06/01/09. Presiden Mesir, Housni Mubarak dalam kenyataannya memberikan cadangan dan langkah bagi menghentikan segera peperangan ini sama ada dari pihak Israel atau pejuang Palestin Gaza buat sementara waktu. Tambahnya, langkah ini adalah bagi bantuan kemanusiaan kerana keadaan di Gaza yang amat membimbangkan. Sebelum ini, doktor-doktor Arab dan luar(termasuk pakar kedoktoran) memohon untuk masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir tetapi hingga saat ini belum mendapat keizinan dari Kerajaan Mesir. Menteri Kesihatan, Kerajaan Palestin Gaza pernah merayu agar doktor-doktor tersebut diizinkan ke Gaza memandangkan jumlah mangsa serangan Israel meningkat dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, belum diizinkan.


07/01/09-11.15 pagi(waktu Mesir). Jumlah mangsa yang syahid berikutan serangan Israel di Gaza meningkat ke angka 680, manakala 3075 cedera termasuk yang kritikal.

Bagaimanapun, pejuang-pejuang Palestin dari dulu hinggalah nyawa terakhir, mereka tetap akan pertahankan Gaza. Tidak dinafikan, meskipun Israel memiliki teknologi senjata dan jentera perang yang canggih, pejuang Palestin boleh dan telah berjaya membunuh tentera Israel malah kereta kebal, pesawat pengintip, kereta pengangkut tentera dan helikopter apache juga menjadi mangsa pejuang Palestin. Di samping, serangan-serangan roket pejuang Palestin ke Israel yang belum ditangkis Israel hingga sekarang.


Dakwat pen menandatangi kertas yang penuh dengan darah-darah umat, mereka tidak pernah sedar. Hari ini, jika mereka masih lagi tidak menyedari sampai terjegil mata sekalipun Israel mengganas...mungkin mereka juga akan hancur dengan sumpah-seranah ummah.

berita selanjutnya rujuk sini

p/s: saya kena study sungguh2! exam nak dekat dah.tapi tak berapa nak fokus.asyik2 teringat kat saudara2 di sana yang sedang berjihad.insyaAllah, moga hati saya tetap bersama mereka walaupun jihad saya di sini, mengadap buku2 medic (huhu kecilnya kalau nak compare)

p/s lagi:kejap lagi nak masuk waktu berbuka dah.nak kena bersiap untuk ifthar jam'ie sempena 10 Muharram.InsyaAllah akan diadakan juga solat jenazah dan solat hajat bagi mujahidin2 di seluruh dunia, terutamanya di Palestin.Senjata orang mu'min: DOA, yang disertai dengan USAHA dan TAWAKKAL

p/s lagi lagi: Dear Akhawat,
siapa2 yang berhajat nak menyumbang lihaf/saratoga/selimut/baju2 sejuk untuk saudara2 kita di sana, boleh hubungi saya A.S.A.P. Orang Malaysia pun boleh menyumbang, dengan menghulurkan sumbangan kewangan, kalau tak jumpa saluran di tempat anda, boleh masukkan melalui akaun saya.

memetik kalam sorang ukhti:

hmm, banyak yg demo, tapi, byk gak yg makan KFC, g Carrefour, beli nestle, coke, cadbury,nike..ape cerita? sambil demo, ,sambil kutuk, sambil hantar bom

0 comments: