Pages

  • RSS

Saturday, January 10, 2009

Dalil Keajaiban Iman

Assalamu'alaikum WBT

Setiap kali membaca berita tentang Palestin, terasa nafas macam tersekat di kerongkong, bahu terasa berat, hendak menangis pun dah tak larat.Dan kita tahu, selautan air mata kita, tiada nilai pun jika hendak dibandingkan dengan setitis darah mujahidin Palestin. Namun di sebalik semua itu, Allah telah menjanjikan kemenangan kepada umat Islam, dan janganlah kita ragui walau sedikit pun.

"Sungguh, kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata" Surah AlFath (48:1)

Hakikatnya, kita telah nampak bahawa terdapat keajaiban iman sedang berlaku di bumi Palestin. Apa yang berlaku di sana adalah hujah Allah kepada ummat di abad ke 21 ini, bahawa iman di hati 1.5juta umat Islam di Gaza, mampu berdepan dengan 5juta Yahudi yang lengkap bersenjata dan juga 300juta rakyat US,serta 250juta rakyat Rusia yang turut mendokong ideologi Zionis.Itu merupakan hujah Allah, bahawa dengan iman sahaja kita mampu bertahan walau sedahsyat mana asakan yang diterima.

Sekarang, yang merisaukan, bukan mujahidin di Palestin, kerana mereka telah menyahut seruan jihad, memang telah bersedia, dan telah ke medan jihad. Tetapi yang paling patut dirisaukan adalah golongan yang masih 'pending', masih menunggu, yang tak peduli, iaitu golongan yang berada di LUAR tembok Gaza, di seluruh dunia, masih tak tetap imannya, masih belum pasti untuk syahid atau tidak. (which is, kita lah golongan itu!)

Sabda Rasulullah SAW:

"Akan terus dari umatku, mereka yang terang-terangan di atas kebenaran.Tidak akan memudaratkan mereka orang-orang yang memusuhi mereka, sehinggalah datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan demikian."

Sahabat yang mendengar bertanya kepada Rasulullah SAW,
"Di manakah golongan ini?"


Maka Rasulullah SAW menjawab,
"Mereka itu berada di Jerusalem."


Ini antara hujah dalil ketetapan iman mujahidin di Palestin.Hinggakan sahabat-sahabat turut mengagumi golongan ini, yang berterusan di atas kebenaran.Rasulullah juga pernah bersabda, jika dicampurkan iman seluruh penduduk Madinah, takkan sama dengan iman Abu Bakar.

Dan jika kita campurkan iman seluruh penduduk Malaysia, Indonesia dan rumpun Melayu umpamanya, mungkin tidak cukup untuk menyamai iman seorang mujahid Palestin.Kerana kehebatan iman mujahidin di Palestin memang diakui dan berdalil, dan Rasulullah sendiri mengakui kehebatan mereka sejak 1400 tahun yang lalu.

Jadi, sekarang bukan mereka yang patut dikasihani, bahkan DIRI KITA sendiri yang sewajarnya kita risaukan. Iman kita masih tidak diyakini, tetapi iman mereka sudah diiktiraf oleh Allah dan Rasul. Semoga Allah masukkan kita ke dalam pasukan mereka, yang turut sama berjuang bersama-sama mereka,meski dari jauh.

Ya, kita risaukan kesejahteraan fizikal mereka. Kita risaukan mereka yang kekurangan bekalan makanan dan perubatan. Kita risaukan anak-anak isteri mereka yang mati. Kita risaukan mereka yang sedang kesejukan di musim winter ini.Namun tidak perlu dirisaukan iman mereka, sebaliknya risaulah tentang kesejahteraan iman kita sendiri.

Sayangnya masih ada golongan-golongan yang langsung tidak peduli. Mereka bukannya diibaratkan sebagai 'katak bawah tempurung', tapi sewajarnya kita gelar sebagai 'katak bawah gelas' mungkin, kerana mereka nampak segala yang berlaku , namun langsung tidak dapat berbuat apa-apa.Hanya sekadar menonton.Adakah kita tergolong seperti mereka, nauzubillah min dzalik.

Jadi kita seharusnya meneruskan usaha kita, seruan kita untuk turut menjadi sebahagian daripada mujahidin Palestin, biar pun sekadar dari jauh.Terutamanya seruan 'muqotto'ah'/boikot produk2 Israel dan sekutunya. Jangan sampai SATU SEN pun wang kita sampai kepada mereka.Jangan disebabkan diskaun yang sekadar 50 sen sahaja kita telah sanggup bekerjasama dengan Yahudi.Hanya kerana pasaraya Tesco lebih murah, dan lebih dekat, kita lebih suka untuk berbelanja di sana, berbanding berbelanja di kedai Pak Mat contohnya.Dengan keadaan umat yang sebegini, kita takkan sampai kepada syarat-syarat kemenangan yang Allah janjikan.Yes, Islam will win. Tapi sebelum itu umat Islam perlu membayar harga kemenangan tersebut,dengan pengorbanan yang mahal.




Kita, para daie juga harus sedar, Allah telah tetapkan syarat-syarat kemenangan itu. Dan 'benchmark' bagi kita mencapai kemenangan itu adalah tinggi.Kemenangan Islam sangat mahal. Tidak mudah bagi Allah untuk menghadiahkan kemenangan kepada Islam.Rasulullah dan para sahabat juga telah membayar harga kemenangan Islam itu dengan pengorbanan yang sangat besar.

Mungkin kita sering bertanya,
Mengapa susah sangat Islam hendak menang?


Sebenarnya itulah ujian keimanan daripada Allah kepada kita, umat Islam. Untuk Allah uji keimanan kita, Allah berikan 'exam' yang memang susah,untuk menguji mana di antara kita yang paling bagus imannya.Exam kita berbentuk Yahudi dan sekutunya. Allah memang telah menguji kita dengan musuh yang sangat kuat, yang kini mendominasi dunia dari segala bidang. Ekonomi, media, ilmu, kebudayaan, pemikiran,teknologi, ketenteraan dan segala macam lagi.Mereka memang kuat sehinggakan PBB langsung tidak mampu berbuat apa-apa, Rusia juga, bahkan lebih teruk lagi, US turut menyokong dan menjadi sekutu mereka.


"Allah tidak membani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa),"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami,janganlah Engkau beban kami dengan bebanan sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kami apa yang tidak sanggup kami pikulkan.Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka bantulah kami menghadapi orang-orang kafir."

Yakinlah ikhwah dan akhawat fillah, Allah takkan uji kita dengan musuh yang tak mampu kita lawan.Mengapa Allah bebankan kita dengan musuh yang sangat hebat? Kerana Allah mahu menunjukkan bahawa, kekuatan iman adalah sesuatu yang sangat hebat, dan mampu menghapuskan kebatilan.Contohnya apa yang berlaku kini, 1.5 juta umat Islam Gaza mampu berdepan dengan satu dunia yang menekannya.Itulah dalil kehebatan iman. Sesungguhnya apa yang berlaku sejak tahun 1948 dan sudah pun menjejaki 2009 ini, adalah dalil daripada Allah, bahawa dengan kekuatan iman, umat Islam mampu bertahan.

Dan tahap iman sebeginilah yang kita hendak capai, bentuk dan subur dalam diri kita. Dan kita bersunggguh-sungguh berdakwah dan menyeru orang lain, kerana kita juga mahu bentuk iman sebegini dalam diri mad'u-mad'u kita, dalam hati seluruh umat Muhammad.Oleh itu, kita perlu menjadi mujahid dan mujahidah, perlu bekerja lebih keras lagi untuk mencapai tahap iman seperti mereka, mujahidin di Palestin.

Beruntunglah umat Islam yang berada di bumi Palestin.

Dan malanglah bagi kita jika tidak turut sama berjihad seperti mereka.

Ingat, dunia bukan tempat untuk kita berehat!

10 Januari 2009
9.09 am
Saad Zaghloul

*Alhamdulillah semalam ramai betul student medic cairo yang menderma darah untuk umat Islam Gaza.ramai juga yang pitam :) Apa2pun mabruk sumer especially kpd mereka2 yang tak cukup berat badan, tapi semangat nak menderma darah juga!

Semoga darah kita selamat sampai kepada mereka, dan mengalir di dalam tubuh para mujahidin.ameen ya rabb

**siapa2 yang belum berkesempatan, boleh ke syari' kasr el einy hari ni. kaunter derm
a darah masih dibuka untuk hari ni

ni darah yam. malu nak letak gamba darah sendiri sbb tak penuh cam org len ;p





6 comments:

giant kecik said...

setuju! teruskan berjuang dan berjihad di jalan Allah..

ISLAM pasti menang! itu janji Allah!
ini adalah titik tolak kita semua umat islam untuk sedar kembali.bahawa islam harus bangkit..permulaan kepada kebangkitan semula kegemilangan islam..

ALLAHUAKBAR!!

[MH] said...

huda,aku tk bc langsung entry ni..mlm ni aku sembang ngn kak hanim..aku cm bley agak je tajuk sembang mlm ni..hihi
lepas sembang br aku bc entry ni eh..
sayang ko..

wahaa
p.s:diorg dtg sini td..smbut birthday chep.apsal ko tade ha?? hihi

huda said...

fathy, ruginye korg xde batu bate tadi...
tajuk perbincangan sangat best!

lepas usrah baru ko bace entry aku ni ek,hihi

Anonymous said...

nape beg plastik darah ko tak pnoh cm org laen punye?

huda said...

alkesahnya bermule tatkale huda di enjet, darah menderu2 keluar,kelajuannye xsepeti org laen.semua yg brade d tmpt kjadian kagom dgn situasi tersebot.malangnye tibe2 saje darahnye berhenti mengalir.entah mengape..empunye badan pon xmengerti

itulah kesahnye~

Anisah Shamilah MS said...

Huda,dh t'bce bfore together gather..
Jelez maa!agaknya topik b'ubh x mggu dpn?
Nak terus dlm Hamas!!
Mmm,ble blh drma drah lg ek?mcm addictd la pulak..malu gk coz kte pn x pnuh sbb ksilpn tknikal.